Rabu, 1 Jun 2016

NISAKAY KE KOREA 2016 | Air Asia X ft KTO (Part 2)



Assalamualaikum..





Entry bahagian ni macam excited sikit nak share sebab nya pagi-pagi lagi dah terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan kecantikan. Haa ini semestinya para wanita mesti suka ! Rahsia kejelitaan wanita Korea kini di tangan anda ! Ewahhh !!





Pagi-pagi lagi kami sudah ke Dongseong-ro Street untuk pengalaman membuat sendiri topeng muka kecantikan di Sky Lake. Sky Lake merupakan pengeluar barangan kosmetik tradisional, minuman dan lain-lain. Sky Lake juga terkenal dengan produk mereka yang bebas bahan kimia.. Haa kirenya ada produk mereka yang boleh dimakan! Tapi takde rasa lah haha..




Semua bahan-bahan telah mereka sediakan, dan kami para bloggers dan media akan dibimbing langkah demi langkah mengadun semua bahan untuk menghasilkan facial mask. Penimbang digital turut disediakan agar semua bahan yang nak dicampur tu dalam kuantiti yang tepat.




Setiap daripada kami akan dipasang-pasangkan... maknanya work in pair lah.. Haaa jadi lebih mudah begitu, bergilir-gilir.. saling membantu dan semua pun dapat merasa buat facial mask sendiri...





Haa kami diberi pek mask yang kosong, lepas tu adunan kami tadi dituang ke dalam mask ni dan juga mereka akan seal kan sekali. Siap tulis nama tuu kat belakang. Haa Kami diberi pilihan nak buat collagen mask atau whitening mask. Jadi ada di antara bahan-bahan yang diberikan berbeza-beza. 

Sangat seronok buat mask ni sebab dapat belajar serba sedikit mengenai bahan-bahan yang digunakan di dalam produk kecantikan, Dapat juga info mengenai jenama Sky Lake dan produk yang dihasilkan mereka. Oh ya, di sini anda boleh juga membeli produk Sky Lake. 




Haa kalau nak tahu, Dongseong-ro Street ni merupakan kawasan yang popular dalam kalangan anak muda untuk membeli-belah. Memandangkan kami datang masih terlalu awal, jadi kebanyakan kedai belum dibuka kerana mereka biasanya memulakan perniagaan bermula 11 pagi. Tapi menerusi beberapa kedai yang sedang berkemas untuk dibuka, dan tingkap pameran sesetengah kedai.. dapat Nisa simpulkan di sini bahawa memang best sangat la kalau dapat shopping kat sini ! Haha pilihan pakaian yang sangat trendy.. up-to-date.. haa kaki shopping terjah-terjah la kawasan ni kalau berkunjung ke Daegu okay!





Mosimjeong Traditional Cuisine (모심정)


Dari Daegu, kami terus ke lokasi makan tengahari yeayy ! Kemain semua belum apa-apa kita orang dah lapar haha... Lokasi ni sangat unik ! Di kawasan kaki gunung gitu... cuaca pun nyaman sangat ! Sukaaa ! Restoran ini terletak di Mungyeong, perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah gitu. Yang Nisa suka sangat, reka bentuk restoran ini menyerupai "hanok", rumah tradisi masyarakat Korea.. Haa cantik !




ALAMAT :
13, Bongsaeng 1gil, Maseongmyeon, Mungyeong, Gyeongsangbuk-do  
경상북도 문경시 마성면 봉생1길 13


Dalam gambar-gambar di atas ni lah merupakan antara hidangan yang kami santap pada hari tersebut. Semuanya berunsurkan makanan tradisi Korea, memang pengalaman baru buat Nisa dan kebanyakan rakan media yang mengikuti trip ni. Oh ya, di restoran ini juga anda boleh buat pra-tempahan makanan, boleh request nak makanan halal. Tukang masak restoran ini siap tunjuk kat kami buku panduan menyediakan makanan halal bagi memenuhi permintaan kami. Wahh kami sangat hargai !




Mungyeong Coal Museum (문경석탄박물관)

Lepas selesai memenuhi nafsu makan haha.. kami pun terus beransur ke lokasi seterusnya.. Haa bangunan yang bulat ni adalah sebuah muzium, muzium batu arang. Menurut pemandu pelancong kami, rekabentuk bangunan ini diilhamkan dari bentuk arang yang digunakan lama dulu.. Haa zaman sekarang ada orang guna lagi tak arang ?




ALAMAT :
112, Wangneung-gil, Mungyeong-si, Gyeongsangbuk-do 
경상북도 문경시 가은읍 왕능길 112 (가은읍)


Di muzium ini, pera pengunjung akan didedahkan dengan sejarah perlombongan arang batu, perkembangan industri ini dan kepentingan industri arang batu kepada pembangunan Korea Selatan hingga kini. Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat jenis-jenis batu arang dan juga mendapat info mengenai pekerjaan sebagai pelombong arang.




Antara aktiviti menarik kat sini, pengunjung boleh menaiki tren interaktif di mana kita akan dibawa masuk ke gua.. Haaa ala-ala gua perlombongan arang batu lerr.. macam real je berada alam gua sebenar. Ada jugak persembahan video, patung-patung pelombong yang bergerak-gerak haha..





Mungyeong Saejae KBS Drama Set (문경새재 KBS촬영장)


Selepas selesai lawatan kami di sekitar Coal Museum tadi, kami ke sebelah muzium ini, dengan menaiki sebuah mini train.. kami naik ke atas bukit yang terletaknya betul-betul sebelah muzium arang tadi.. haa ini lokasi kami seterusnya ! This is an ideal place for photoshoot and of course, to immerse yourself in a K-drama mood !




ALAMAT :
932, Saejae-ro, Mungyeong-si, Gyeongsangbuk-do  
경북 문경시 문경읍 새재로 932


Haa memandangkan sekitar bulan April memang musim bebunga mekar dan menghasilkan pemandangan yang super cantik.. bulan April merupakan bulan yang Nisa rekemen untuk semua datang ke Korea. Cuaca pun tengah best.. Ada masa hujan jugaklah, tapi alhamdulillah most of the time kami dapat jalankan aktiviti tanpa sebarang masalah. Syukur...




ADMISSION FEES :

Adults (ages 19-64) : 2,000 won / Group: 1,500 won  
Youths (ages 13-18) : 1,000 won / Group: 800 won  
Children (ages 7-12) : 500 won / Group: 400 won   
* Group : 20 people or more


Set drama ini dibina oleh Korean Broadcasting System (KBS) pada tahun 2000, dan sejak itu tapak ini telah digunakan sebagai lokasi penggambaran dalam pelbagai drama Korea. Haaa cuba usha betul-betul.. kot ada bahagian set drama ni yang buat korang teringat mana-mana drama ke kan. Gituuu.. Memang tempat yang sangat best untuk mengabadikan gambar dan video !




Haa maaflah memang susah nak move dengan gambar-gambar di sini. Kalau boleh, setiap ceruk, dinding dan lorong kat set drama ni Nisa nak ambil gambar ala-ala model profesional. Ditambah pulak dengan udara segar dan sejuk di atas bukit ni.. amboi terlebih feel drama Korea la pulak haiii ! Oppa je lah yang tak muncul-muncul.. ehh ! Hahaa.. Oh ye, lebih info boleh anda dapatkan di laman web Visit Korea ini...





Baiklah.. masa pulak mencemburui kami haha tak dapat kami berangan dengan lebih lama di set drama tadi.. maka perjalanan kami teruskan ke galeri tembikar dan tanah liat. Haa semua yang dipamerkan ni dibuat dengan tangan ! Bisnes pembuatan barang perhiasan tembikar ni merupakan bisnes turun temurun dalam keluarga.




Kami turut menyaksikan demo membentuk tanah liat kepada mangkuk. Wahh memang ternganga la semua sebab nya tukang buat tu tak guna pemutar elektrik ke apa. Dia guna pemutar yang tradisional, yang perlu ditolak-tolak menggunakan kaki. Bila tapak dia tengah berpusing laju, tangan pun tangkas membentuk tanah liat. Dengan lawatan ke galeri ini, maka berakhirlah sesi kami di Mungyeong. Kami ke Andong pula, dan perjalanan ke Andong memakan masa sekitar dua jam.





Andong Myeongga Jjimdak (안동명가 찜닭)

Haaa kelaparan dah masing-masing ! Semua tak sabar nak dinner (early dinner) di restoran ini sebab kami akan makan ayam ! Yeee ayam yeayy alhamdulillah.. Kami dihidang dengan lauk ayam ! Yes people, halal chicken meat. Seronoknya dinner kami malam tu haha..




ALAMAT :
184-4, Seobu-dong,  Andong-si, Gyeongsangbuk-do


Ini lah dia hidangan ayam tu.. Satu serving ni saiz dia kecik sikit je dari dulang kenduri yang bulat tu haha.. Besar ni ! Boleh serve untuk 4 ke 5 orang untuk satu pinggan giant ni. Kalau jenis geng tak kuat makan mungkin boleh serve sampai 6 orang haha.. Harga satu serving ni sekitar 25000won. Jadi boleh la bayar pun share ye... Side dishes jugak ada disediakan sekali..




Weolyeong Bridge (월영교)


Baiklah.. sebelum we call it a day, kami nikmati angin malam dan pemandangan di sini pula.. Memandangkang kebanyakan tarikan sekitar kami nikmati ketika waktu siang, di sini kami ambil kesempatan untuk pergi waktu malam pula. Waktu siang pun cantik juga, tapi bila malam ni dapatlah tengok lampu-lampu yang bergemerlapan.





Haa maaflah gambar sekitar memang tak banyak disebabkan kekurangan cahaya dan kamera pulak jenis tak berapa canggih gitu ahaks. Tapi layan jugak lah perasaan kat sini.. menyaksikan air sungai yang tenang dan membiaskan semula pemandangan lampu dan jambatan di permukaan air. Kebetulan waktu kami pergi ni agak sejuk suhunya, jadi kami menapak ke kedai kopi yang berdekatan untuk menikmati minuman panas..




Andong Grand Hotel

Yeahh akhirnya masa untuk merehatkan diri. Hotel yang kami duduki malam ini terletak di sekitar kawasan jambatan tadi. Lebih kurang 10 minit je perjalanan ke hotel ni dari Wolyeong Bridge tadi. Rekaan dalaman yang memang moden dan ringkas.




Baiklahhh.. sekian lah entry panjang lebar nau nau dari Nisa. kalau boleh nak tepek semua gambar yang ada kat sini haha.. tapi takpelah nanti Nisa throwback sikit demi sikit kat instagram Nisa okay , jadi siapa yang belum follow apa lagi sila lah follow haha... kemain promote akaun insta sendiri ye ! 

Apa-apa pun stay tuned for more blogposts about my Korea trip.. banyak lagi tarikan utama yang Nisa nak share, dan mungkin boleh anda jadikan idea untuk trip anda ke Korea di masa akan datang kannn~ Terima kasih kepada semua yang masih sudi baca dan belek blogposts dalam blog Nisa ni. Alhamdulillah... 














7 ulasan:

  1. Fuhh teringin pulak nak gi korea :#

    BalasPadam
  2. Wah... bestnya kak nisa! Teringin betul nak Korea Selatan satu hari nanti. :D

    BalasPadam
  3. Bestnyaaa tengok Nisa jalan jalan.

    BalasPadam
  4. wahhhhh..... teringin nak pergi set drama tu. mesti boleh berangan-angan berdating dengan crush kan? hahaha XD.

    BalasPadam
  5. adess... terbayang2 da dpt pergi sana. bestnyaa nisa :D paling best set pengambaran drama korea tu...tak sabau nak pegi situ >_<

    BalasPadam
  6. Teringin nak pergi tempat-tempat lain pulak kat Korea nih. Serious memang cantik view dia, culture, history & makanan dia pun best :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay