Rabu, 28 September 2016

VIDEO | Soft Smokey & Glitter Eyes Makeup




Assalamualaikum...

Haa kali ini Nisa nak kongsikan langkah demi langkah bagaimana Nisa dapatkan makeup look "soft smokey" ini. Biasanya kalau orang buat smokey eyes mesti guna warna yang gelap. Tapi hari ni Nisa guna warna soft brown atau tone chocolate camtu untuk buat soft smokey effect. Ecehhh kemain haku ni macam pandai sangat je.




Sebenarnya Nisa mekap ni untuk photoshoot dan videoshoot. Memandangkan Nisa rasa macam masih awal, jadi Nisa terus rakam video so that Nisa boleh kongsikan dengan you guys makeup Nisa. Nisa segan nak share sebenarnya sebab rasa macam tak menjadi je smokey yes tu HA HA HA. Ok. Apa-apa pun jemput tonton video Nisa ya..





Haa itulah dia step by step nya. Nisa rasa macam simple sajor tapi macam tak simple jugak. Huuu I tried my best untuk guna produk yang mampu milik bagi semua orang. Yes I do fancy and have some other makeup palette yang high end. Tapi Nisa rasa Nisa boleh bantu ramai orang untuk mempunyai pilihan yang lebih murah dan berkualiti juga.. gitu..


Apa-apa pun di bawah merupakan senarai produk yang Nisa guna, berserta dengan link produk tersebut. Link tersebut akan direct you guys sama ada ke instashop / website tempat Nisa beli.. atau direct korang ke page rasmi produk tersebut untuk info lanjut okay.


#1 Urban Decay : Eyeshadow Primer Potion
Nisa beli di outlet Sephora, atau boleh dapatkan secara online di sini.

#2 Makeup Revolution : I Heart Chocolate Eyeshadow Palette
Nisa beli di laman Facebook wakil penjual rasmi jenama Makeup Revolution, klik di sini.

#3 Kat Von D : Tattoo Liner (code : Trooper)
Nisa dapat yang travel size (kecil sikit) secara percuma sebab beli produk Kat Von D. Yang full size boleh beli di outlet Sephora atau secara online di sini.

#4 Hope Girl : Magic Lash Long&Long Mascara
Boleh dapatkan dari instagram Nafura.

#5 innisfree : the green tea seed serum
Nisa beli di outlet innisfree. Untuk beli secara online dan lebih murah, boleh beli dari website Althea Korea.

#6 Clinique : Dramatically Different Mosturizing Lotion
Nisa beli di outlet Sephora (botol saiz 50ml). Untuk pembelian online dan info lanjut boleh lawat laman web Clinique Malaysia.

#7 Elizavecca : Skin Liar Primer
Boleh dapatkan di website Althea Korea.

#8 Too Faced : Born This Way Foundation (code : Light Beige)
Nisa beli di outlet Sephora. Untuk pembelian online boleh klik kat sini.

#9 Hope Girl : Nude Concealer Base
Boleh dapatkan dari instagram Nafura.

#10 Banila Co : Prime Primer Finish Powder
Nisa beli dari laman web Althea Korea. Klik di sini untuk membeli !

#11 Anastasia Beverly Hills Contour Kit : Light to Medium
Nisa beli di instashop lushxmalaysia. Barang semua original dan dia tak markup harga melampau-lampau macam sesetengah instashop.

#12 FCC : Tender Blush On (code : 14)
This code of blusher is limited edition and only comes in this FCC Selfie Kit by Janna Nick.

#13 Hope Girl : Crystal Smoky Eyes
Boleh dapatkan dari instagram Nafura.

#14 Jeffree Star Velour Liquid Lipstick (code : Rose Matter)
Nisa tak ingat betul kat instashop mana Nisa beli code yang ini.. Hukk sorry ! Tapi you guys boleh follow insta lushxmalaysia sebab dorang ada ready stocks juga.

#15 Urban Decay : All Nighter - Long-Lasting Makeup Setting Spray
Nisa beli di outlet Sephora, beli yang travel size je. Untuk pembelian online ada yang full size sahaja.






Okay siap ! Haa diharap info dan senarai di atas dapat membantu korang kalau ada di antara korang yang berminat dengan mana-mana produk yang digunakan dalam video ini ya. Actually glitternya ada tapi dalam video dan juga gambar tak berapa clear pulak. Mungkin sebab lighting kot. So macam tak obvious gitu..



Apa-apa pun Nisa masihhh lagi belajar mekap. Masih lagi cuba nak improve skill dan banyak lagi pengetahuan dan teknik yang Nisa sedang kutip. Gituuu... Nisa hargai sangat sangat siapa yang sudi tonton video-video Nisa sampai habis. Jangan lupa subscribe YouTube channel Nisa ya.






4 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay