Isnin, 2 Januari 2017

Naik turun 2016




Assalamualaikum...


Kire wajib la kan buat entry recap balik segala jadah yang berlaku sepanjang 2016 ni ? Too many things happen in a year ! Ada naik ada turun, ada tawa ada tangis, ada bahagia ada duka.. Gitulah kehidupan.. segala rasa tu cumalah rencah kehidupan. Haaa.. nak ceritakan balik perjalanan sepanjang 2016 ni memang sampai esok tak habis taipp terlalu banyak benda nak dikongsikan... Tapi Nisa tak susun ikut turutan lah ye !





Jadi menurut 2016 best nine ni.. 9 gambar di atas ni merupakan antara imej yang paling banyak orang like di akaun instagram Nisa sepanjang 2016 ni... cuba tengok gambar pertama. Yess... I went to Samsung's event dan Nisa mendapat peluang untuk meet and greet bintang Running Man iaitu LEE KWANG SOO. I didnt have proper picture pun sebab orang yang nak tolong ambilkan gambar dari bawah pentas was having a hard time trying to take good picture. Sebab tetibe ada pengawal lalu pulakkk ! Lepas tu dah tak boleh ambil gambar dah. Sedih sangat !




Tahun 2016 aku dimulakan dengan lawatan awal tahun ke Barcelona, Sepanyol. Syukur tak terkata dah kerana ini merupakan kali ketiga Nisa menjejakkan kaki ke Barcelona. Ramai yang tidak tahu, Nisa bekerja sebagai pengacara video di AMANZ.MY. Jadi setiap tahun acara Mobile World Congress akan diadakan di Barcelona. Alhamdulillah, sudah 3 kali Nisa ditugaskan ke sana. Syukur !





Tahun 2016 juga merekodkan kenangan travel yang best-best. Alhamdulillah ya Allah... Nisa dan beberapa rakan blogger diterbangkan ke wilayah Gyeongbuk di Korea Selatan. Dan antara lokasi yang kami lawati ialah Daegu, Mungyong, Andong, Yongju, Buncheong, Gyeongju dan Busan. Padang yang penuh bunga kuning di dalam gambar di atas terletak di Busan. Rasanya Nisa belum habis bercerita mengenai trip Korea ni. Hehe nanti Nisa habiskan ye ! Terima kasih AirAsia dan Korea Tourism Organization !




Satu lagi kenangan travel yang tidak mungkin Nisa lupakan ialah diterbangkan ke selatan Jepun, wilayah Kyushu oleh Japan National Tourism Organization. Alhamdulillah.. Ini kali ketiga Nisa ke bumi matahari terbit selepas ke Osaka dan Tokyo. Sungguh berbeza pengalaman kali ini kerana kami mendekati kawasan luar bandar dan menikmati pemandangan indah. Baca keseluruhan perjalanan Nisa di sini ya !




Turut tersimpan dalam kenangan 2016 ialah trip pendek ke Pulau Langkawi bersama rakan-rakan blogger. Hujan ribut semua kami hadapi sama-sama. Gituuu.. Bermacam la kenangan bila dengan mereka ni. Gelak tawa gurau senda tak payah cakap. Terima kasih ! Dari kiri : Mawardi YunusPena BerkalaMohd FuadFauzi AryaanDikBee dan Uzu Emas Putih ! Jenguk lah blog dorang juga ye..




Antara yang tidak boleh dilupa juga, trip sehari kami ke Cameron Highland ! Hehe Nisa masa ni baru pertama kali nak sampai ke Cameron ni. Teruja sangat nak tengok ladang teh ! Haha.. Nisa sebenarnya anak jati Pahang, tapi baru nak pergi ke Cameron ! Menjadi pelancong di negeri sendiri hehe.. Terima kasih rakan-rakan blogger yang turut menceriakan hari !




Antara yang terbaru 2016, Nisa bersama rakan-rakan blogger dibawa terbang ke Jakarta oleh AirAsia bagi sama-sama menyambut kemeriahan ulangtahun ketiga AirAsia Blogger Community. Sebenarnya tahun lepas dah join sambutan ulangtahun kedua yang berlangsung di Bangkok. Alhamdulillah kali ni terpilih untuk sertai lagi sekali. Memang best ! Nanti Nisa cerita dalam entry lain ya..




Bertemu pelakon kesukaan mata haha !


Haaa banyak lagilah perkara yang berlaku dalam tahun 2016. Bukan sekadar travel dan berjalan-jalan sekitar Malaysia semata-mata... Sangattttt banyak naik turun, terutamanya love life Nisa. Hmmm.. I dont think I wanna share so much about my love life. Yelah duk berkawan pung pang pung pang sana sini, tetibe je menyepi... Haa kan malu  bila perkara tak jadi. 


Well.. I terribly failed in my love life. I tried damn hard to keep everything together. I did everything I could, but.. orang kata bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi ye dak ? Allah tahu betapa lama hati ini menahan luka dan sakit yang menular, akhirnya aku memilih untuk mengalah. Aku redha andai bukan jodoh tertulis bersama dia yang aku sayang. Ewahhh...


Setelah akhirnya aku rasa aku berjaya merelakan hati akan apa yang berlaku, aku bertemu seseorang yang berjaya membuka hati aku sedikit. Tapi mungkin tempoh perkenalan yang terlampau singkat dan jarak yang tidak mengizinkan, aku gagal lagi. Gituhh. So itu je lah nak kabor. Haha. Malas la bercerita sangat. Karang sibuk semua nak tahu siapa empunya diri. Biarlah aku, dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Cececeehhh...





Kerjaya ? Hmmm alhamdulillah kerja tetap sekarang sangat fleksibel dan Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bekerja di bawah naungan AMANZ is one of the best thing that ever happened to me. Nisa mempunyai rakan-rakan sekerja yang Nisa rasa seolah menjaga Nisa seumpama seorang adik Mungkin mereka tidak menunjukkan secara langsung, but all I can say is they are all amazing people. ALHAMDULILLAH...





ALHAMDULILLAH....

What a year... Rasanya aspek hidup yang biasa takde masalah sangat. Cumanya aspek cinta dan kasih sayang tu bergolak kuat sangat. Haha sis rapuh!! Hmmm nak buat macam mana, belum berjodoh dengan sesiapa. Bila tak rasa nak bercinta, eh eh ada yang nak berkenalan. Tapi kejap je minat kat kite, lepas tu blahh.. Bila kita suka orang, orang tu pulak tak suka kita. Haha takpelah. sis okay. Hahah..


Syukur alhamdulillah for what Allah put me through. So many lessons to be learned. Terlalu banyak pengajaran yang perlu disemat di dalam diri agar tidak lagi melakukan kesilapan yang sama. Semoga tahun 2017 berikan Nisa lebih banyak kenangan... sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri yang tidak sempurna ini, dan yang baik-baik itu semua dari Allah SWT.




NISA KAY.

9 ulasan:

  1. Chaiyokkk Nisa for 2017 onwards! Uyul antara fans Nisa nih hahahahahah. Maybe sebab adore gila dengan segala Makeup tutorial, segala potpetpot dalam insta stories tuh. Keep a good work!

    BalasPadam
  2. Awesome journey you got there Nisa. Selamat tahun baru and we look forward to see your enriching life in 2017! ;)

    and hope to have crossing path too.

    BalasPadam
  3. Sis kuattt dan harus tabah ye.. takutnya nak melalui tahun 2017 ni ... semoga urusan kita semua dipermudahkan ye. Muah!

    BalasPadam
  4. @Pojiegraphy Journal awww thanks Pojie ! yeahh hope to see u soon !

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay