Sabtu, 25 Februari 2017

Jualan Gudang Besar-besaran BENANG HIJAU dan MCC Boutique di Bangi !




Assalamualaikum..


Allahu... !! Akak di kejauhan di sayup-sayup tau di mata melihatkan pos-pos di Facebook oleh kengkawan semua ! Semuanya bagaikan nanar dengan kejadian yang bakal berlangsung weekend ni, di Bangi ! Iyee deknonn.. sesuatu yang besar dan meriah letops akan berlaku di Bangi, Selangor. Haa sah ler warga Bangi atau kawasan berhampiran dah tak senang duduk kan ???!! Teruskan membaca ye kalau semua kepochi nak tau apa dia..





Haa iye lah kakak makcik adik mak.... butik pakaian muslimah yang femes ames tuu nak buat WAREHOUSE SALE !! Diulangi ye.. Jualan gudang !! Haa sebut je jualan gudang semua dah bergetarrr kaki dan tulang rusuk semua kan ! Sebab harga kompem-kompem murah sangat! Yang dijual pulak barang dari jenama butik muslimah yang semua tahu lawa-lawa koleksinya...


Pada hujung minggu ini iaitu 25 Februari dan 26 Februari 2017 (hari Sabtu dan Ahad) akan berlangsunglah jualan gudang secara besar-besaran oleh Benang Hijau, dannnn bukan mereka sahaja yang bakal turunkan harga kaw kaw untuk pembeli.. malah jualan gudang ini turut menggabungkan MCC Boutique ! Gituu maknanya lebih banyak pilihan untuk uols.. Murahh.. murahhh... !!




Nak tambah geram korang lagi.. lebih 50 jenis tudung akan dijual dengan harga yang teramat lah rendahnya iaitu RM5 sehelai ! Haa kalau satu jenis ada empat puluh tiga warna atau corak ? Bayangkan kalau 50 jenis tudung ??? Haaa tak ke berpinar mata masing-masing nak pilih mana yang berkenan di hati ? Ye lahh dah murah kan kompem nak grab semua !


Bukan takat tudung... lebih 100 jenis jubah, blouse, palazzo boleh dibeli dengan harga super duper murah, serendah RM35 dan RM50 wehhh !! Aku pulak yang naik geram. Haha nak pergi alahai dekat Malaysia sanaa.. sis di sini hanya mampu memerhatiii uolls !! 




Bukan sekadar datang berhuha-huha mengabiskan duit haha.. Tapi boleh jugak gain something ! Haa boleh sertai lucky draw dan berpeluang untuk memenangi hamper dan baucar tunai.. Penyertaan sah untuk setiap RM150 yang dibelanjakan. Haa maka korang kena shopping banyak-banyak so boleh join lucku draw dan menang hadiah !


Ada lagi besttt !!! Pada hari jualan gudang ini jugak Benang Hijau dan jugak MCC Boutique akan melancarkan produk baru mereka dan produk tersebut akan dijual pada harga istimewa... khass untuk hari warehouse sale ini saja ! Amboi seronok nyaa macam niii.. Best nya kalau dapat pergi ni !






Ada yang mak-mak nak datang bawak laki dengan anak-anak ? Haa sambil mak-mak or kakak-kakak sibuk nak pilih tudung baru baju baru, sang ayah boleh layan anak-anak nak tengok Didi & Friends ! Ha meriah sangat kann.. Lepas tu ada bouncy castle lagi boleh laa anak-anak pergi main lepaskan rasa bosan tunggu mak tu hehe.. Anak-anak yang dah besor sikit tu boleh jugak join pertandingan mewarna haaa...





Sejenis tak suka bawak cash banyak-banyak ? Apa risauuu... lepas dah pilih-pilih baju dan tudung kesukaan jiwa raga, boleh swipeee je kad tu ha ! Pastikan bawak kad debit atau kad kredit anda tau, bukan kad bonus link mahupun touch n go ! Haa yang itu kau swipe la sampai tahun depan pun tak dapat dekk !!


Tak dapat pergi sebab jauh ? Haa kalau jauh or takde kat Malaysia weekend ni macam aku, boleh lah uolss halo halo personal shopper dari senarai di atas dan kirim nak tudung semacam mana haaa.. Roger je dorang okayyy !





Jadi uolsss.. jangan lupa datang beramai-ramai ke jualan gudang Benang Hijau dan Butik MCC yang berlangsung pada 25 & 26 Februari ini di HQ MCC Bangi yang beralamat di No. 3, Perindustrian Suntrack, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tak datang rugi tauuuu ! Dah melepas jangan meroyan okay hahaha... Kbye.




NISA KAY.



2 ulasan:

  1. wowowowowwww..tak boleh lepaskan peluang warehouse sale ni!!

    BalasPadam
  2. Benang Hijau dah takde kat Kilang Batery. Tak dan nak pergi kat Bangi tuh.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay