Memaparkan catatan dengan label Jualan Murah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jualan Murah. Papar semua catatan

Rabu, 11 September 2019

Kedai Cermin Mata Murah dan Viral di Sungei Wang Plaza KL

www.wasap.my/60176027433

Assalamualaikum...

Pernah tahun lepas rasanya Nisa kongsikan mengenai tempat buat cermin mata murah yang teramat dekat Sungei Wang Plaza. Nisa kongsikan melalui laman Twitter. Bangun je esok pagi mak oii sampai beribu-ribu retweet kepada tweet tu! Tapi tu kisah tahun lepas lah. Nak cari balik tweet tu entah kat mana-mana tah. 


Tak sangka rupanya ramaiiii lagi yang tak tahu dekat Sungei Wang Plaza ada kedai cermin mata yang jual spek murah gilaaa dan kedai tu went viral jugak. Haa nak kongsi melalui Twitter susah nak kongsi lebih banyak info sebab satu tweet ada limit kan. So alang-alang tu, eloklah kiranya Nisa kongsikan melalui blog je senang baca semua info sekali harung.



Kedai yang Nisa pergi buat cermin mata ni nama dia EYE SMART VISION, bertempat di lot G114 Ground Floor, Sungei Wang Plaza. Dari jauh dah perasan kedainya yang senang nak cari dekat level G tu dan suasana kedai yang luas dan cerah. Haaaa konfem selesa nak pilih-pilih cermin mata nanti. Makin Nisa datang dekat, makin bersinar-sinar mata Nisa tengok pilihan bingkai cermin mata yang bermacam.



Macam biasalah, orang yang rabun tinggi macam Nisa dan bekerja pulak depan skrin phone atau komputer.. setiap kali pergi kedai nak buat cermin mata mesti kena check dulu power mata semasa. Kot lah silau naik ke, power naik ke berbanding tahun lepas. Haa setelah check, ternyata silau Nisa meningkat berbanding tahun lepas. Jadi, penting untuk Nisa buat cermin mata dengan lens yang sesuai untuk silau.



Bila dah check power dan silau, maka tibalah masa untuk masuk ke bilik kelakar ni. Haha! Kenapa kelakar? Sebab macam biasalah kita kena pakai bingkai ni, dan staff akan bantu kita uji lens yang mana sesuai untuk our current sight condition. Dalam bilik nilah biasa kita akan check cerah ke tak, jelas ke tak kalau tengok tulisan kecil. 



Here comes the fun part of buying new spectacles - choosing frames!! Memang excited sangat sebab kedai EYE SMART VISION ni ada banyak sangat pilihan! Amboi memang pening nak pilih yang mana satu.. sebab banyak yang cantik, yang latest trend, yang Korean style.. eh semualah. Okay memandangkan cermin mata lama Nisa berbingkai tebal dan style cat-eye, jadi Nisa nak cari style yang berlawanan.



Semasa kunjungan Nisa ke EYE SMART VISION minggu lalu, Nisa diberitahu transparent frame ni adalah trend semasa yang menjadi kegilaan ramai. Nisa perasan juga tu, ramai dah kawan-kawan yang beli bingkai cermin mata macam ni. Nisa nak jugak beli bingkai begini, tapi target Nisa adalah bingkai halus atau yang lebih nipis. 



Haaa punyalah bermacam jenis bingkai yang ada dekat EYE SMART VISION ni, mudah je nak cari apa yang kita nak. Tapi jadi susah nak buat keputusan sebab banyak yang cantik-cantik!! Bingkai cermin mata Korean style pun masih menjadi tumpuan ramai. Ramai juga yang datang memilih-milih bingkai jenis ni.



LENSA KHAS SILAU

Di EYE SMART VISION, mereka menawarkan lensa yang khas untuk mereka yang mempunyai level silau yang tinggi. Lensa ini dipanggil Alpha 420 dan lensa ini akan membantu untuk menghalang cahaya tembus cermin mata anda. Ini sangat sangat membantu untuk mereka yang mempunyai silau yang tinggi dan sukar untuk memandu di waktu malam terutamanya. Berbaloi sangat tambah sedikit wang untuk tukar kepada lens Alpha 420 ini. 



Dan selepas pilih pemeriksaan mata serta pemilihan bingkai, anda hanya perlu tunggu 1 jam sahaja ! Sekejap jee tu! Dalam Sungei Wang Plaza tu ada macam-macam kedai, boleh window shopping dulu atau lepak minum dan makan. Takkan sedar punya 1 jam berlalu macam tu je, tahu-tahu je dah boleh datang ambil cermin mata. Mudah bukan?



Kenapa Nisa pilih EYE SMART VISION ??
  • Harga murah dan sangat berpatutan. 
  • Lensa khas Alpha 420 sangat berbaloi untuk mereka yang silau tinggi.
  • Kos tambahan untuk pilihan lens yang lebih nipis berpatutan!
  • Pilihan bingkai yang pelbagai dan trend terkini.
  • Cermin mata siap dalam masa 1 jam sahaja.
  • Staff yang sangat membantu dan informative.
  • Ruang kedai yang terang dan luas selesa untuk Nisa move around memilih bingkai.


Pendek kata memang best lah EYE SMART VISION ni! Di Sungei Wang Plaza sahaja dah ada 3 outlet di bawah syarikat yang sama. Tapi, yang Nisa pergi ni merupakan outlet mereka yang paling terkini dan baru bukak di G floor. Senang nampak dari escalator. Siapa yang nak buat cermin mata, boleh ramai-ramai ke EYE SMART VISION, kedai cermin mata murah dan viral di Sungei Wang Plaza.


INSTAGRAM : 

FACEBOOK PAGE : 

ALAMAT : 
Lot G114, G Floor, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur

WHATSAPP : 



Nisa Kay.


Read More»

Sabtu, 25 Februari 2017

Jualan Gudang Besar-besaran BENANG HIJAU dan MCC Boutique di Bangi !




Assalamualaikum..


Allahu... !! Akak di kejauhan di sayup-sayup tau di mata melihatkan pos-pos di Facebook oleh kengkawan semua ! Semuanya bagaikan nanar dengan kejadian yang bakal berlangsung weekend ni, di Bangi ! Iyee deknonn.. sesuatu yang besar dan meriah letops akan berlaku di Bangi, Selangor. Haa sah ler warga Bangi atau kawasan berhampiran dah tak senang duduk kan ???!! Teruskan membaca ye kalau semua kepochi nak tau apa dia..

Read More»

Khamis, 22 Disember 2016

Kain sequin meriahhh dari LBRSMY ! Lace, beads dan macam-macam lagi...




Assalamualaikum...


Haa bila bercakap mengenai kain SEQUIN.. Pasti kita dah boleh membayangkan kain yang sangat cantik, berkilau memantulkan cahaya, tampak sangat sarat dan glamorous.. kalau buat baju atau skirt tu, perghhh konfirm kalau pergi kenduri kawen satu dewan akan menatapmu. Wahaha.. bukan main ye ! Sequin jugak banyak digunakan sebagai dekorasi di majlis perkahwinan, bilik tidur, sekitar rumah dan jugak dijadikan sebagai backdrop untuk mengambil gambar atau video !


Read More»

Rabu, 23 November 2016

Shopping murah terus dari China dengan SGSHOP !




Assalamualaikum...

Hai semuaa ! Ada yang dah tengok video Nisa tak ? Alaa video yang shopping haul dari laman web SGSHOP tu laaa.. Begitu teruja tau Nisa menanti produk yang Nisa dah order terus dari China menerusi website ni haa.. Pernah dengar laman web Taobao tau ? Laman web Taobao ni membolehkan kita beli barang dalam kuantiti sedikit atau dalam erti kata lain, pembelian secara runcit (retail).. boleh beli satu-satu dan nikmati harga yang jauh lebih murah !

Tapi menggunakan website Taobao agak sukar kerana beroperasi dalam bahasa China yang memang tak paham la kan.. itu belum masuk isu nak buat payment atau nak cari forwarder untuk pos barang supaya selamat sampai ke tangan.. Haa tak payah risau dah sebab ada laman web SGshop Malaysia nii ! Jadi macam mana nak beli ?? Teruskan membaca yaa...


Read More»

Isnin, 10 Oktober 2016

Book lovers.. ! Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya !!





Assalamualaikum dan hai semua !!


Adakah anda semua pencinta buku tegar seperti Nisa ? Eh dah kenapa ayat Nisa macam ayat iklan radio pulak ni ? Hahaha bukan nak kata apa lah, Nisa memang sangat sangat suka beli buku novel, buku cerita kanak-kanak (masih suka baca walaupun dah besar !), buku biografi dan pelbagai lagi lahh.. Nisa suka kumpul dan baca bila berkelapangan. Rak buku kat rumah tu sampai tak muat dah tau ! Hahah..




Read More»

Ahad, 18 Januari 2015

Jualan ulangtahun Courts Megastore berbaloi-baloi !!!

 

Assalamualaikum…

 

Haa kalau sebut pasal SALE je lajuuu je orang kita ni kan ? Hahaha bukan nak kata orang lain lah, aku sendiri pun suka sangat sangat haa kalau sebut pasal sale sana.. sale sini kann !! Waktu sale macam ni lah kita dapat jimat duit and beli barang dengan harga yang lebih murah ! Silap-silap hari bulan, daripada target nak beli dua barang je.. nampak harga murah teruss beli lima barang ! Haa amacam, memang mengundang kan ?

 

Lagi-lagi kalau sale berkaitan dengan perabot dan peralatan rumah ! Haaa seperti kita sedia maklum, perabot dan peralatan rumah serta peralatan elektrik dan elektronik bukanlah murah.. Lebih-lebih lagi kalau kita nak cari produk yang berjenama dan juga berkualiti, harga dia semestinya sepadan dengan kualitinya. Ada satu tempat di mana kita boleh shopping perabot, peralatan rumah, serta peralatan elektrik dan elektronik dengan jaminan ianya berkualiti ! Jeng jenggg…

 

Subang Megastore

 

Haaa aku rasa kita semua sedia maklum bahawasanya COURTS MEGASTORE merupakan antara one-stop-centre pilihan ramai when it comes to buying furniture and electrical appliances ! Hahaa amboii kan dan speaking omputih dah akuu ! Korang langkah je masuk COURTS MEGASTORE ni, segala macam perabot and peralatan letrik ada ! Yang paling penting banyak pilihan ! Haa tak payah pening-pening nak survey banyak tempat dah !

 

Gambar di atas merupakan outlet Courts Megastore di Subang ! Ahaaa kalau nak tahu sekarang ni Courts tengah menjalankan jualan besar-besaran sempena ulangtahun Courts ! Haa harga yang ditawarkan kompem menarik perhatian minda dan kalbu korang yang sememangnya tengah plan nak beli perabot untuk rumah !

 

mega1

 

Antara tawaran menarik di jualan ulangtahun Courts Megastore ni…

 

# Ada 1000 produk yang akan dijual hanya pada harga RM1 !!! Huiii mana nak cari !! Sekarang ni pergi pasar malam pun burger RM2 dah kot ! Haha!

# Ini lagiii lah tak boleh dipercayai – anniversary deal harga serendah RM0.10 !!! Argghhh SEPOSEN !! Kau biar betul kan ? Kalau tak percaya, pergi singgah Courts Megastore Subang atau Sri Damansara, pi tengok sana backpack harga SEPULUS SEN sahaja !!!!

# Ada giveaway ! Yeayyy satu lagi kegemaran rakyat Malaysia !! Haa cash voucher bernilai RM10 akan diberikan ! Haaa ada 1000 keping pulak tuuu !!! Cepat cepat, siapa cepat dia dapat !

# Ada tawaran istimewa RM100 ! Haa nak tahu tawaran apa, kenalah uolss shopping kat Courts Megastore dulu ! Hik hik..

# Adaa 1000 biji cupcakes untuk giveaway ! Ahaa ini memang aku puji Courts Megastore.. Ye lah kadang-kadang nak memilih barang tu lama, so boleh alas perut ! Tak pun para suami nak tunggu bini yang shopping boleh buat kudapan kann.

 

 

Sri Damansara Megasotre (1)

 

Ini pulak COURTS MEGASTORE SRI DAMANSARA… So korang boleh pilih nak pergi shopping kat outlet sini atau di Subang sana… yang pasti tawaran ni hanya sah hingga hari ini !! Yes people, you read me… HARI NI HARI TERAKHIR untuk korang shopping puas-puas di Courts Megastore ! Pastinya tawaran hebat dan berbaloi-baloi…

 

Haa kalau korang baru berpindah rumah ke, ini masanya korang beli barang-barang rumah kat Courts ni ! Tengok flyers pon boleh juling mata akuuu… sebabnya harga semua jatuh menjunam-junam.. sampai separuh harga tu yang aku tak menahann ! Hahahaa… Makanya marilah kita bersama-sama terjah COURTS MEGASTORE SUBANG dan SRI DAMANSARA yaa !

 

 

http://www.courts.com.my/

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Jumaat, 16 November 2012

Cantik menarik dan meletop dengan PREMIUM BEAUTIFUL

 

Assalamualaikum…

 

Pejam celik pejam celik kita dah pun masuk bulan November ye… Aku rasa baru kelmarin aje aku mendaftar di universiti baru… Baru semalam rasanya aku menyambut birthday. Ehhhh over tau aku Hiiii dalam sedar tak sedar dah nak hujung tahun. Tak lama lagi bulan 12, lepas tu bulan Januari pulak.. Tahun baruuu yahuuu!!

 

Bersempena tahun baru, mesti korang semua dah pasang azam baru kan? Mesti banyak benda yang korang nak capai di tahun 2013 nanti kan? Haaa mesti ada antara anda jugak yang memasang angan-angan untuk menjaga diri bagi menjadi lebih cantik dan berkeyakinan bila berhadapan dengan orang ramai…

 

banner copy

 

Aahaaa pernah dengar pasal PREMIUM BEAUTIFUL ?? Harus pernah kannn! Produk ni sekarang tengah hangat diperkatakan sebab ia memberi banyakkkkk kebaikan untuk para wanita, lebih-lebih lagi yang nak cantik ! AHAH!

 

Nak bentuk badan cantik bukan sekadar makan pil, ambil jamu atau supplement semua tu… Apa guna berat turun mendadak tapi postur badan tak lawa? Kalau kurusss aje (macam aku) tak best jugak sebab badan nampak leper dan amat cenderung untuk membongkok? TAHUKAH ANDA… Membongkok saje tak baik untuk tulang belakang? Cewahhh! Macam iklan.

 

page

Dah ramai yang mencuba PREMIUM BEAUTIFUL ni… Di samping dalam membantu membentuk postur badan dan memberikan postur yang lebih baik untuk kesihatan tulang belakang, antara beberapa kelebihan PREMIUM BEAUTIFUL ni ialah :

  1. sakit belakang
  2. senggugut
  3. slip disc
  4. kebaikan corset kepada ibu selepas bersalin - Untuk para ibu yang akan melahirkan atau atau ada saudara atau kawan yang baru lepas bersalin boleh lah mencuba PB ni… Maklumat lanjut boleh BACA DI SINI
  5. Masalah keputihan – Bagaimana PB membantu dalam masalah ni? Maklumat lanjut di sini

 

 

PremiumBeautiful

PREMIUM BEAUTIFUL juga ada pengiktirafan SUPER BRAND ! PB ini diyakini tahan lama sebab diperbuat dari bahan yang berkualiti dan baik untuk tubuh badan ! Tapi jika anda nak memakainya semata-mata memang susah nampak hasil laa akak-akak sekaliannnn! Kenalah ada disiplin dan ikut cara-cara yang betul untuk keberkesanan dan nampak meletopppsss !!

 

Mesti ada yang tertanya-tanya mana nak beli PB dari authorised dealer ni??? Haaa ada cara nak kenal pasti penjual yang bertauliah tau! Jangan main beli ajeee kalau nampak yang murah sangat tu! Meh meh siapa yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal PB atau nak mencuba PB boleh hubungi :

 

photo

http://www.farizamunir.com/

Fariza Munir -012 3495041

Add Me FaceBook : Norfariza Munir

Psstttt.. kat blog Kak Fariza ada PREMIUM BEAUTIFUL-YEAR END SALE!!!

~Nisa Kay~


Read More»

Copyright © Nisa Kay