Assalamualaikum...
Salam sejahtera, salam sayang, salam satu Malaysia.. semua jenis salam lah! Haha rasa kekok sikit nak menaip laju-laju sebabnya dah beberapa lama malas sangat update blog ni haa. Apa yang sibuk sangat Nisa pun, Nisa sendiri tak tahu lah ! Meeting sana sini je memanjang, nak mengadap blog kesayangan ni pun takde masa...
Nisa nak sangat kongsikan kepada semua pembaca blog Nisa khususnya.. mengenai pengalaman Nisa dan rakan-rakan blogger bersama studio photoshoot terbaik Shah Alam ni haa ! Beberapa minggu lalu kami semua berpeluang berkumpul dan berphotoshoot bersama team fotografi dan videografi yang super awesome iaitu KAIO STUDIO haaa...
Haa sebelum Nisa sajikan pandangan mata korang dengan gambar-gambar letops oleh team fotografer studio photoshoot terbaik Shah Alam ni, mari Nisa kongsikan serba sedikit mengenai KAIO STUDIO ni okayyy.. Nisa mula-mula kenal beliau semasa trip bersama media dan blogger. Lepas tu Nisa pernah bekerja dengan mereka untuk servis videografi, hasilnya mantops sangat !
Kaio Studio ni sebenarnya dah establish sejak tahun 2012 lagi oleh seorang fotografer / videografer yang diberi nama Anwar Abdullah. Asalnya, beliau menceburi bidang ini sebagai wedding videographer, kemudian dia pun macam tak puas hati je buat video memanjang.. maka beliau melebarkan sayap perkhidmatan Kaio Studio haa gituh haha !
Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh team Kaio Studio termasuklah : fotografi / videografi untuk majlis perkahwinan, sebarang jenis event, advertising, video-video kempen, program TV dan banyakk lagi. Benda boleh bawka bincang, inshaAllah dorang boleh realisasikan idea anda ! Haa Kaio Studio kan fotografer atau videografer meletops Malaya !
Nahhh teaser sikit laa gambar oleh Kaio Studio nii. |
KENAPA PILIH KAIO STUDIO ??
BEST SANGAT KE TEAM DORANG NI ??
Choiii sangat soalan tuh ! Hahahha. Nisa ada sebut tadi yang Nisa pernah bekerjasama dengan team Kaio Studio kan... servis mereka memang terbaik ! Apa yang Nisa boleh katakan, Nisa berpuas hati dengan servis dan hasil kerja mereka, tambahan pula, team Kaio Studio ni bukan calang-calang fotografer dan videografer. Di bawah ni adalah antara pencapaian atau hasil kerja oleh Kaio Studio :
- Kalau nak tahu.. Kaio Studio Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. You guys boleh check sumber di link di bawah
http://www.kaiostudio.com/fashion/most-glam-next-fashion-videographer-winner-kaio-studio/
- Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.
- Pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.
- Antara pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio adalah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.
- Selain dari itu, ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaan ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.
Untuk tahu lebih lanjut dan melihat karya-karya fesyen dari Kaio Studio laju-lajulah klik link ini : http://www.kaiostudio.com/category/fashion/
Letops tak gambar dari Kaio Studio ni haa.. macam katalog online shop tak ? Haha. |
PENGALAMAN SENDIRI NISA BEKERJASAMA DENGAN KAIO STUDIO.
- Meh Nisa nak kongsikan mengenai studio fotografi Kaio Studio di Shah Alam. Studionya LUAS.. nak berlari-lari anak di sekitar studio pun okay haha !
- Suasana yang sangat SELESA ! Tak rasa serabut, nak mekap dan bertukar baju pun mudah. Tak rasa pening kepala nak ke hulu ke hilir masa photoshoot.
- Jurugambar dan juruvideo yang BERPENGALAMAN dalam bidang ini. Hasil GAMBAR TERBAIK sangat tau ! Sebab yang amik gambar kita bukan calang-calang photographer.
- Team Kaio Studio ni terdiri daripada fotografer PROFESSIONAL, jadi kalau anda kekok nak bergaya depan kamera, jurukamera bersiap sedia membantu anda untuk posing.
Haaaa macam model butik muslimah pulak kan ? Memang letops sangat gambar dari Kaio Studio ni kann ! Dah lah kerja mereka laju ! Sekejap je dah siap beribu-ribu gambar photoshoot kami haaa.. Mau tak tercampaknya kami tengok hasil gambar yang memang taraf internasionall !
Okay kita beralih selera sikit.. Dah biasa sangat buat background putih ? Jangan risau ! Nak berlatarkan warna hitam pun ado ! Terus gambar nampak macam elegan sangat ! Meletops nya tak payah cakap la kannn. Terus perasan diri ini persis model Timur Tengah. Hahaha syabass team Kaio Studio, kompem sangat korang ni fotografer hebat Shah Alam !
Dengan Kaio Studio, nak shoot gambar konsep macam mana pun inshaAllah boleh dilaksanakan, plus mereka pun team yang sangat berpengalaman ! Haa tak payah risau okay, kalau berminat nak mendapatkan servis fotografi atau videografi dengan Kaio Studio, boleh duduk berbincang nak shoot konsep macam mana.. Nak shoot katalog produk ke, nak berposing suka suki ke.. Boleh bawak berbincang...
Bila ber-photoshoot dengan kawan-kawan ni, memang gamat kejap studio Kaio ni haaa. Tapi team Kaio Studio cool je melayan kerenah dan ragam kami. Dah namanya PHOTOGRAPHER PROFESSIONAL kann ! Setakat ragam sekumpulan blogger apalah sangat.. wakakka.. !
Haaa ada beratus-ratus gambar yang terhasil dari sesi photoshoot bersama Kaio Studio ni tau.. Kalau cari white studio Shah Alam, inilah lokasi paling ideal yang Nisa nak rekeman pada semuaa... Tak disangkal lagi hasil kerja team ini sangat memuaskan hati. Rasa nak tepek semua dalam blog ! Haha..
Kami semuaaa LOVE LOVE LOVE dengan perkhidmatan fotografi Kaio Studio ! Hasil kerja yang pantas, lancar dan professional semestinya apa yang anda perlu titik beratkan bila nak cari photographer atau videographer untuk acara anda ! Haa memang Nisa sangat sangat rekeman Kaio Studio tau ! Dorang ada studio photoshoot terbaik Shah Alam !
SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH KAIO STUDIO
1. Wedding photography and videography
2. Corporate photography and videography
3. Commercial video
4. Campaign video and photography
5. Music video
Untuk jenis-jenis servis yang ditawarkan , anda boleh lihat dengan lebih lanjut di sini : http://www.kaiostudio.com/our-services/
HUBUNGI KAIO STUDIO SEKARANG !!!
Alamat Studio
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD,
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO’
Follow instagram mereka : https://www.instagram.com/kaiostudio/
Like Facebook page mereka : https://www.facebook.com/KaioStudio/?fref=ts
Jangan lupa saksikan hasil kerja videography mereka di laman Youtube mereka, KLIK DI SINI. Video Time Freeze yang duk viral tu hasil kerja mereka lah ! Awesome sangat !
Terima kasih KAIO STUDIO di atas perkhidmatan yang sangat amazing !
NISA KAY.
Terima kasih KAIO STUDIO di atas perkhidmatan yang sangat amazing !
NISA KAY.
alaa kat shah alam ke.. sy pun ngah cari photgrapher untuk shoot produk area jb.
BalasPadamBestlah dapat photoshoot ramai2 dengan kawan blogger. Kalau kat Sarawak, jarang ada gathering macam ni sebab tak banyak blogger Sarawak yang aktif.
BalasPadamhttp://diarimommymuhaimin.blogspot.com/
Perghhhh nisa pun dah nampak mcam model internesyenelll haha.
BalasPadam@fasha meh la dtg shah alammm
BalasPadam@Mommy Muhaimin nanti turun KL boleh shoot2 gituu
BalasPadam@Seorang Syed hahahah celah mana tuhh
BalasPadampuas hati kan dengan gambar-gambar Kaio. I likee :D
BalasPadamLawaa sangat2.
BalasPadamWahh.. rindunya photoshoot dekat Kaio Studio ni!
BalasPadam@Rafzan Tomomi tahuu xpe kan momi. gambar masing2 letopss tau
BalasPadam@C i k R e n e x hehe kann.. hasil kerja photog yang hebat
BalasPadam@Hasif Hamsyari jom kita shoot kat luar pulakk. okay dak ?
BalasPadamterima kasih kerana sudi datang ke Kaio Studio untuk sesi studio photoshoot.
BalasPadamkami sangat berbesar hati mendapat kunjungan Nisa Kay.
Harap dapat bekerjasama lagi di masa yang akan datang.
www.kaiostudio.com
Wahhh bestnya studio ni. Lagi untung photographer dapat model cantik. Senang je nk snap snap snap. Haha. Terbaik la kerja Kaio
BalasPadamNisa memang cantik dari dalam perut ibu ke? Hehehehe
BalasPadam