Isnin, 19 Jun 2017

Buffet Ramadhan Murah : Felda DSaji di Red Carpet Avenue, The Strand Kota Damansara





Assalamualaikum..


Apalah Nisa ni haaa... busy cemana entah, dah tinggal berapa hari je lagi nak berpuasa, baru terhegeh-hegeh nak kongsi dengan pembaca semua kat mana buffet Ramadhan murah dan sedap. Haha.. Maafkan Nisa ! Busy sangat lahai... tak terbukak laman web blog ni tau ! Okay baiklah.. Nisa faham bila dah makin nak hujung Ramadhan ni, ramai yang memilih untuk berbuka di luar sebab lebih mudah dan sibuk pula dengan persiapan raya kan. Jadi, Nisa nak kongsikan buffet Ramadhan yang anda boleh pergi dengan keluarga dan rakan-rakan anda !






BUFFET RAMADHAN FELDA SAJI : RED CARPET AVENUE, THE STRAND KOTA DAMANSARA

Yang paling menarik semestinya harganya yang sangat berpatutan. Pada hemat Nisa, harga ini sangat berbaloi sebab banyak hidangan yang sedap-sedap boleh didapati di sini. InshaAllah makan dengan keluarga dan rakan-rakan pun puas hati sangat ! 






Haa kalau ada yang bawak adik-adik atau anak-anak, harga untuk seorang cuma RM23.00++ tau ! Boleh lah dapat beramai-ramai ! Konsep buffet di Red Carpet Avenue, The Strand Kota Damansara ni pula ala-ala open air jugak. Tapi jangan risau, elok je haa ada atap. Jangan takut kalau hujan. Cumanya atapnya yang tinggi tu buat kita rasa macam suasana open air. Sangat selesa dan konsep unik. 






Kalau pergi ke buffet Ramadhan oleh Felda DSaji ni, semestinya Nisa ternanti-nanti nak menikmati hidangan ala kampung oleh mereka ! Itu merupakan salah satu kelebihan Felda DSaji. Untuk buffet di Red Carpet Avenue, The Strand Kota Damansara ini, terdapat lebih 50 juadah berbeza ! Haa berbaloi sangat dengan harga yang ditawarkan sebab murah, lepas tu pilihan makanan pun banyak !




Nisa sangat teruja dengan kaunter-kaunter yang menghidangkan manisan pencuci mulut dan juga kuih-muih tradisional. Memang tak keruan lah dibuatnya! Tapi bulan puasa ni kan, tak boleh ikutkan nafsu je haaa.. Ambil makanan tu sikit demi sedikit. Rasa nak makan lagi, baru pergi ambil lagi. Gituuuhh. Tapi memang best lah kan.. ada ABC kesukaan Nisa, campur pulak dengan aiskrim Wafi. Memang ummphhh !!




Ini tak sah kalau pergi buffet ramadhan tak makan kambing bakar haha ! Jangan risau ye semua.. walaupun anda bayar dengan harga yang sangat berpatutan, anda boleh juga menikmati kambing bakar bersama-sama sos istimewa yang memang sedap ! Geram nak tambah berkali-kali tau! Hahaha...




Haaa masih sempat lagi ni nak berbuka beramai-ramai dengan keluarga dan rakan-rakan ! Boleh booking sekarang !


HARGA :
Dewasa RM39.00++ per pax
Kanak-kanak RM23.00++ per pax

HUBUNGI :
Cik Hidayu 012-9214691
Pn Nurul 019-2424775





NISA KAY.

4 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay