Assalamualaikum..
Read More»
Assalamualaikum…
Lama pulak dah tak update pasal kafe-kafe hipster atau pun restoran yang best untuk makan-makan kan.. Maklumlah sesejak kena produce video sendiri ni, masa tu banyak Nisa habiskan dengan video editing. Saya budak baru belajar, maka proses editing tu lama sikit la.. belum mahir lagi kan. Apa-apa pun Nisa seronok belajar benda baru..
Berbalik kepada tajuk entry ni… Ahaa segalanya bermula apabila Nisa ternampak gambar ini di laman instagram seorang kenalan. Gituhh, dramatik ke idok. Nampak tak betapa banyak dia borong air Street Tea ni ???!! Ahahaa… Dan sebelum beliau post gambar ini lagi, beliau sudah pun review gerai air ni. Review macam mana ? Mestilah review baik-baik ! Kalau tak, takdelah kawan Nisa ni datang membeli lagi, banyak pulak tu. Kan kan ??
KEBETULAN SANGAT … Nisa nak masuk kerja hari ni, Nisa datang dari arah Cheras sebab Nisa pergi jumpa tukang jahit kejap sebelum masuk ke office. Nak ke pusat bandar Kuala Lumpur, memang hala ke Ampang untuk naik ke lebuhraya AKLEH. Jadi, terkenangkan review kawan di atas tadilah, Nisa menyimpang lah kejap ke kawasan Ampang tu, kot lah bernasib baik menemukan gerai ini. Alhamdulillah gerai ditemui ! Tapi belum buka sepenuhnya. Dengan sedikit semangat yang agak berkobar untuk mencuba air di gerai ini, Nisa tunggu lah kejap.
Sambil-sambil tu Nisa singgah gerai lain beli nasi bajet. Nasi putih dengan ayam goreng beserta kuah dan sambal belacan cuma RM3.00 ! Ahaa lokasinya di tepi-tepi SMK Dato Ahmad Razali di Ampang tu. Cari gerai akak berpurdah. Gituu eh promote pulak. Moga murah rezeki akak dan suami ya sebab jual nasi murah-murah. Ramai ke gerai dorang tadi.
Okay berbalik kepada cerita air STREET TEA ni.. Nisa pun order lah air ICED GREEN TEA.. nak dijadikan cerita, oleh kerana Nisa tertarik sangat dengan review yang dilakukan oleh kawan Nisa.. maka Nisa tambah order ICED COCOA. Woahhh pekat sungguh kedua-duanya. Okay jom lah balik ke office. Dari lokasi gerai ni ke office Nisa lebih kurang 10 minit gitu ! Tapi tengoklah, ais dia lambat cair. Airnya masih pekat.
Nyumss ! Sejujur-jujurnya.. Nisa tak minat green tea !! Dulu Nisa rasa green tea ni macam yuckkss rasa pelik ! Ahaha beli KitKat Green Tea pun rasa macam yekk haha ! Tapi pernah sekali Nisa rasa satu air macam di atas ni, beli kat Temerloh fuhh sedap pulak. Terus tersuka. Oh pasal gerai kat Temerloh tu nanti Nisa review ehh. Sekarang meh cerita pasal air STREET TEA AMPANG ni..
Okay yang pertama.. ICED GREEN TEA. Bancuhannya pekat, air batu banyak dan lambat cair. Paduan kepekatan, manis dan susu cair di bahagian atas memang fuhh terangkat ! Siapa yang tak suka manis sangat boleh lah kacau dulu susu cair tu, bagi masa ais mencair sikit, then rasa dia akan jadi JUST NICE. Memang berbaloi juga RM5.00 satu cup ni sebab saiz nya gedabak. Nisa jenis tak suka minum sekali sedut gitu. Nisa suka menghayati sikit haha. Sedut sikit-sikit.. Maklumlah entah bila lagi nak pergi kan…
Baiklah.. seterusnya, ICED COCOA. Tengok dalam gambar pun dah tahu pekat sungguh bancuhannya. Tak kedekut serbuk koko ! Ini memang peniaga yang bagus. Kalau dia jujur dan tak berkira dengan pelanggan, inshaAllah rezeki Allah pun tak akan “berkira” dengan dia. Bila bayar tu siap ucap “Saya jual ye kak..” ye lah zaman sekarang ni tak semua dah buat macam ni kan.
Dari segi rasa nya pulak, sebagai chocolate lover.. I LOVE THIS VERY MUCH ! Memang terasa kokonya tu. Tak tawar hebeh (bak kata orang Pahang haha). Bila pekat macam ni, kita minum pun tak cepat habis kan. Kita take time sikit nak habiskan, sebab nak tunggu ais cair sikit, kacau sikit then wallah hirup sikit-sikit.. sedapnyaaa…
Honestly, I AM NOT PAID to do this review. This is an honest review dari seorang pembeli biasa… Sama macam kedai-kedai hipster dan restoran yang pernah Nisa review sebelum ni. Kalau Nisa rasa makanan atau minuman yang dijual berbaloi dengan nilai harga serta rasanya, why not kita review kan ? Support bisnes anak muda, orang Melayu kita. Harap sangat bisnes yang dijalankan ini tidak hanya hangat-hangat chicken sh*t haha. Dan semoga peniaga ini teruskan menjual dan menjaga kualiti rasa dan bahan-bahannya.
See ? Buat kerja pun bertemankan air STREET TEA ni… Bila tah nak habis air ni, sehingga sekarang pun, air green tea ni masih berbaki separuh giant cup ni ! Yang iced cocoa Nisa simpan dulu dalam peti haha.. mau sampai ke malam tuh nanti !
Ouh yaa.. STREET TEA ni ada akaun instagram.
Boleh lah kot follow untuk lihat dengan lebih dekat lagi menu yang lain ya..
Untuk lebih mudah, boleh lah korang search “Street Tea stall” di Foursquare tu..
Nanti boleh terus ke sana berdasarkan direction di dalamnya.
Okay lah.. sekian sahaja review air hipster dari Nisa. Lama dah tak update kan. Kalau update pasal travel secara berterusan nati boring pulak.. tak pasal-pasal ada yang naik menyampah pulak nanti. Ahahaa.. banyak lagi blogpost tertangguh ni.. harap sangat ada masa nak curi-curi update blog macam ni lagi ! Hahah. Okayy thank you for reading !
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum…
Ada satu malam ni, aku lepak dengan kawan aku Ziera and tunang dia. Masa aku gi jumpa dia tu, dia baru usai solat maghrib. Kemudian borak punya borak, lapar pulak rasa.. So aku terus ajak dorang dinner sesama. Memang langkah kanan, Ziera dengan tunang beliau pun ada plan nak keluar makan dan try kedai makan yang agak baru jugak dibuka di Seksyen 7, Shah Alam. Sebenarnya aku pun tak pasti lah kedai ni baru lagi ke macam mana. Sebab tak perasan bila bukaknya haha !
Okayyy dinner malam tu kami ke sini… Kedai makan ni agak baru bagi aku.. memandangkan aku dah lama duduk di Shah Alam kan, so ini first time aku perasan kedai ni.. Kalau tak silap aku, sebelum ni, di tapak kedai ni ada kedai mamak yang selalu aku lepak. Tapi sekarang ada Masita Steak House ni…
Okay for me… senarai harga makanan dan minuman sangat affordable. Air jus dalam RM3 something camtu.. Tapi banyak juga lah air nya. Pekat dan sedap. Tak cair je haa.. ada kedai kemain kedekut buat jus ditambah dengan air kemain banyak. Tapi dekat Masita Steak House ni tak macam tu.. Memang terasa jusnya. Bagi aku harga berpadanan dengan apa yang kita dapat, sebab air tidak dihidang dalam gelang kurus tinggi tu, sikit je dapat. Dua kali hirup dah habis.
Ini hidangan yang kawan aku order. Lamb Chop. Harga tak mahal sangat pun haa… Presentation not bad.. Ada roti, jagung rebus dan coleslaw. Sekali lagi, harga yang berpatutan agak berpadanan dengan harga yang ditawar. Aku tanya kawan aku bagaimana rasanya, dia jawab sedap juga.. not bad. Jadi kena lah dengan selera beliau.
Ini side dish yang kawan aku order jugak. Mushroom soup dan juga garlic bread. Kuantiti sangat okay di mata aku.. sesuai lah dengan harga. Tak overprice. Sup cendawannya not bad juga, tak cair sangat dan tak masin sangat. Just nice aku rasa.
Ini pulak hidangan yang aku order. Macaroni goreng hehee… Portion nya sederhana, sangat sangat sesuai dengan orang perut kecik macam aku.. Kalau portion nye besar sangat kang tak habis makan lak. Aku suka rasa dia, tak pedas sangat, tak tawar, tak masin sangat. For me, JUST NICE ! I love this, lagi lagi dia tambah sekeping cheese, memang pelengkap hidangan. Harganya dalam lingkungan RM5 ke RM8 kalau tak silap aku.
AAAAAAAAAAUUUMMM !!!!! Hahahaa tak menyabar nau. Photographer belum sudah ambik gambar lagi dah buat muka tak sabar nak ngap hahaha !! Tapi alhamdulillah memang kenyang aku. Bagi aku, portion hidangan just nice dan kualiti makanan agak memuaskan. Aku berbesar hati lah nak rekemen semua orang cuba Masita Steak House ni.. Tapi please please don’t expect something yang very high end ya ! Dengan harga dan makanan yang ditawar, aku rasa ini sangat affordable untuk semua orang menikmati makanan western.
Okay untuk Masita Steak House ni, aku tak jumpa pulak Facebook page yang aktif atau akaun Instagram, maka kat sini aku sertakan alamat kedai dan nombor Masita Steak House ya.. Bagi penduduk Shah Alam, kedai ni sangat dekat dengan Pasaraya Giant di Pusat Komersial Seksyen 7.
No.VG2, Block M, Jalan Plumbum V/7V, Seksyen 7, Shah Alam ,
40000 Shah Alam, Malaysia
03-5523 5102
XOXO,
Putewi Hensem
Copyright © Nisa Kay