Ahad, 22 Oktober 2017

ANUGERAH PLANET MUZIK 2017



Assalamualaikum...


Walaupun blog nampak macam sendu syahdu je kan.. tapi sebenarnya lately Nisa sempat juga menghadiri beberapa event. Antara kenangan bermakna dalam hidup Nisa ialah Nisa berkesempatan menghadiri acara berprestij iaitu Anugerah Planet Muzik 2017 yang berlangsung di Singapura ! Alhamdulillah terima kasih sahabat Sufi Rashid kerana sudi menjemput Nisa.




MACAM MANA NISA DAPAT PERGI APM2017 ???  |  Ini adalah antara soalan yang sering Nisa dapat.. Haa untuk pengetahuan korang, Sufi Rashid menjemput Nisa menyertai sekarang team beliau untuk ke APM2017. Tak disangka-sangka pula dapat seat yang best depan stage gitu. Allah.. sepatutnya Nisa tak dapat nak join sebab kena balik kampung.


Tapi Sufi menjelaskan kepada Nisa kenapa I should be there. It's good for networking too. Pendek kata ini semua sebab kerja juga lah.. Plus bukan pergi saja-saja.. Nisa tolong Sufi ambil gambar juga lah.. Haa faham ke idok? Bukan lah sebab apa-apa yang boleh mendatangkan gosip ke apa. Choii jangan memacam eh korang. Sufi is a good friend, hardworking person and like a brother to me. Semoga Allah murahkan rezeki ko!




Ada jugak beberapa selebriti tempatan dan antarabangsa yang Nisa jumpa.. tapi ini je lah yang sempat selfie. Ada yang sebab duduk dekat-dekat. Ada yang sempat diajak ber-swafoto sebelum masing-masing pulang. Haa gitu.. Alhamdulillah.. bergambar buat kenang-kenangan je..




APM2017 dibuka dengan persembahan bertenaga Ayda Jebat bersama barisan penari geng Budak Joget. Habis didiskokan lagu Nakal Nakal Nakal. Memang meriah laaa pendek kata pembukaan acara malam tu. Lagipun Ayda kan ramai sangat peminatnya. Memang gamat la kejap dewan tu..





Antara kejayaan manis yang tercipta pada malam tersebut di APM2017. Tahniah kepada semua artis yang memenangi anugerah malam tu. Ada yang menang besar sampai beberapa award dirangkulnya, ada yang cukup diiktiraf sekali, ada yang tercalon tapi belum ada rezeki.. tapi tak mengapa.. belum tiba waktu tu. Yang penting hasil muzik mendapat sambutan peminat.




Antara gaya penyampai anugerah malam tersebut. Tapi... satu je lah. Temanya COLOR-BLOCK GLAM kalau tak silap. Tapi most of the celebrities datang seperti pakai dress nak pergi dinner saja. Takde yang wow di mata Nisa rasanya.. Ada la kot beberapa selebriti yang pakai ala-ala colorblock tapi yang lain sungguh lah pada Nisa biasa-biasa saja.. Hanya Nisa je kot rasa macam ni ?


Ditambah pula ada antara penyampai yang masih hijau dalam industri hiburan, jadi mungkin ada yang rasa nervous dan kekok menjadi penyampai anugerah. Triggered sikit la tengok ada penyampai yang baca seketul-seketul perkataan yang tertera di cue card dan matanya di kad itu sahaja. Tak mengapa, nanti dah ada pengalaman akan bertambah baik.




AFGAN  |  Ooohhhh semestinya Afgan, kamu yang ku tunggu !!! He sat a few seats away from me, but yeah kita faham artis besar macam dia.. busy nya lahai... Tak berkesempatan langsung nak bersua muka dan mengambil gambar bersama. Haha ambui kemain eh aku ?




MAHER ZAIN  |  Memenangi Anugerah Rentas Planet di APM2017




SUFI RASHID  |  Antara selebriti yang Nisa rasa benar-benar ikut tema color-block glam di APM2017. Baju letops beliau dihasilkan oleh pereka fesyen Malaysia iaitu Taufik Idros



Leather jacket khas ini turut direka dan dihasilkan oleh Taufik Idros. Thumbs up ! Letops habis!




ISYANA SARASVATI  |  Huwaaa minat sangat dengan dia ni. Kecil molek je orangnya.. Sangat cantik! Ada berselisih dengan beliau tapi tak ada peluang nak bergambar. Aksi beliau main piano untuk persembahan memang memukau sangat! Awesomee !




ANUGERAH LAGU PALING POPULAR SINGAPURA APM2017
Aku Sanggup by Sufi Rashid




ELLA  |  ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK APM 2017




Overall it was a good night for us. We had fun, we laughed, we screamed (when Sufi was announced as the winner!) and meeting more people. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah di atas rezeki ini.. Tahniah sekali lagi Sufi di atas kemenangan. Moga Allah terus permudahkan jalan ya.. inshaAllah.



NISA KAY.

18 ulasan:

  1. Wahh kak Nisa dapat tengok Maher Zain depan mata. Huhu btw semoga ditambah lagi rezeki Kak Nisa!. Insyalllah

    BalasPadam
  2. Bestnya dapat join. Tak pernah lagi dapat pergi event" macam ni. Harap ada rezekilah satu hari nanti

    BalasPadam
  3. Bestnya! Jelesss. Hehe. Pernah nampak Nisa sebelum ni kat event, tapi tak sempat nak mintak bergambar. Persembahan APM seharusnya gempak kan.

    BalasPadam
  4. Bestnya Nisa...Nisa pun salah seorang celebrity juga ! Hehe mmg layak ke sini

    BalasPadam
  5. Patutlah kita asyik2 bila tengok tv jer nampak muka Nisa Kay duduk dengan sapa artis lelaki sebelah tu lupa lak. Bestnya dapat pergi sana...

    BalasPadam
  6. Wah..bestnyaaaaaaaa....
    Dpt join APM2017...

    BalasPadam
  7. Seronoknya Nisa dapat jumpa artis2 ni...tahniah jugak buat Sufi...berbaloi kemenangan kan..psst baju Nisa pun cantik la..

    BalasPadam
  8. Bertuah nya nisa dapat seat depan...happy for u

    BalasPadam
  9. bestnya sistur berpeluang untuk ke APM2017. :D

    BalasPadam
  10. Gojes la nisa..dah macam retis dah Annur tengok.

    BalasPadam
  11. Bestnya dapat join event besar2an cam gini. Bertuah sungguh Nisa

    BalasPadam
  12. Seronoknya Nisa dapat attend APM2017..waduh2 bukan senang nak dapatkan..rezeki..rezeki dpt jumpa artis disamping dapat melebarkan networking nisa juga...hehe..

    BalasPadam
  13. Bestnya dapat peluang ke APM. Dah sama level artis ni.

    BalasPadam
  14. Menarik tue....

    Rindu nak pergi ke acara seperti ini macam dulu.. Well, buat masa sekarang kebanyakan masa dihabiskan bersama keluarga.

    BalasPadam
  15. Bestnya pergi event glam gini.
    Agak-agak kalau Rawlins yang pergi, acaner la dress up kan? Hahaha

    BalasPadam
  16. i love how their dress up!
    very outstanding and nice !

    BalasPadam
  17. Anugerah berharga kepada insan seni di tanah air

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay