Selasa, 24 Oktober 2017

HUDA BEAUTY #FauxFilter Foundation - pilih kod yang tepat untuk kulit wajah anda !




Assalamualaikum..


Wah wah wah makin hangat dunia mekap zaman sekarang ni kan ? Banyak kemunculan beberapa jenama high-end terbaru di pasaran.. jenama yang sedia ada tak kurang hebatnya menghasilkan produk baru.. malah produk so-called inspired, atau dalam bahasa kita "fake makeup" pun turut menggegarkan industri kosmetik gitu. Tapi hari ni nak cakap pasal produk terbaru di pasaran iaitu HUDA BEAUTY #FauxFilter Foundation.




Huda Beauty merupakan jenama kecantikan yang diasaskan boleh seorang beauty guru yang juga merupakan blogger kecantikan ternama antarabangsa iaitu Huda Kattan. Beliau ni memang famous teruk la dekat Youtube malah di laman-laman sosial sebab mempunyai berpuluh juta pengikut dan peminat tersendiri !!


Jenama Huda Beauty asalnya menjual bulu mata palsu premium yang sungguh vass dan mahal ler haha. Lepas tu terkenal dengan penghasilkan lip liner yang berfungsi sebagai pewarna bibir jugak.. Lepas tu koleksi liquid matte lipstick beliau meletop-letop. Eyeshadow palette pertama di bawah jenama Huda Beauty iaitu Rose Gold Palette pun mendapat sambutan hangat dari peminat mekap seluruh dunia. Ehemm Nisa pun terpengaruh!





Baru sahaja melancarkan eyeshadow palette kedua beliau yang dikenali dengan nama Desert Dusk (lawa terok oii).. Huda Beauty tidak menunggu lama untuk melancarkan koleksi mekap terbaru beliau. Sekali tiga dia keluar oiii ! Huda Beauty memperkenalkan #FauxFilter Foundation, Complexion Perfection Pre-Makeup Base dan juga Face, Buff & Blend Brush. Ketiga-tiga produk ini diperkenalkan serentak.


Fokus Nisa hari ini ialah Huda Beauty #FauxFilter Foundation. Tengok macam cantek je kannn? Macam menarik je kann...beberapa review dah Nisa tonton. Wahh sangat tempting laa foundation diaa... rata-rata review mengatakan coverage nya medium to full. So as you apply, you can build the foundation to full coverage. Haaa suka nihh suka! Tapi satu kelemahan nak beli foundation secara online ini ialah... PILIH KOD WARNA YANG SESUAI !!!


CARA-CARA PILIH KOD FOUNDATION :


1 - Kenal pasti undertone kulit wajah anda.
Hal ni macam susah sikit nak explain. Ada yang cerah tapi warm tone, ada yang gelap tapi cool tone. Undertone kulit setiap orang berbeza-beza. Ada natural undertone, red, golden, olive undertone dan eh memacam lah. Kang salah beli foundation yang tak match dengan undertone kulit anda kang, nampak macam tepung gomakk. Atau, baca di laman web Huda Beauty mengenai kenal pasti undertone kulit wajah anda. 

Antara rujukan lain yang lebih mudah untuk anda kenal pasti skin tone anda, boleh baca di sini.



2 - Lihat foundation swatch di atas kulit
Berdasarkan gambar di atas, anda boleh agak agak secara kasar kulit anda menyerupai skin tone yang mana, dan anda dah boleh narrow down kan option untuk anda memilih kod yang sesuai untuk kulit anda. 



3 - Bandingkan dengan foundation anda yang dah sedia ada (that one that match your skin most)
Okay ini anda satu alternatif yang disediakan oleh pihak Huda Beauty untuk lebih memudahkan para pelanggan mereka memilih warna foundation yang sesuai dengan mereka. Anda boleh rujuk rajah di bawah ini yang Nisa dapati dari laman web Huda Beauty.









Okay Nisa rasa option ketiga ni lebih mudah untuk anda ikuti selepas anda check undertone anda. Kadang-kadang kita dah jumpa foundation yang memang masuk dengan kulit kita. So, bila nak beli yang jenama baru mestilah nak yang tepat kan. Karang susah pulak nak beli yang lain, lebih-lebih lagi Huda Beauty #FauxFilter Foundation ni buat masa ni kebanyakan orang hanya mampu beli secara online sahaja. 


Kod Nisa pula macam mana ?? Haaa ini confuse sikit. Bila check kod yang berpadanan dengan foundation yang sedia ada, Nisa dapat result Toasted Coconut 240N. Tapi bila tengok review yang banyak dilakukan oleh Youtubers luar negara, nampak macam cerah sangat la pulak ?? Rasa macam nak try Amaretti 310G pun ada jugak. Tapi kedua-dua kod ni nampaknya tengah sold out. Sooo tengok lah macam mana nanti.



NISA KAY.

4 ulasan:

  1. tak boleh jadi ni.. menjejes air liur kite wak.. huu~ menggigil maybank2u..

    BalasPadam
  2. Lepas Fenty keluarkan 40 shade foundation barulah nampak company brand lain pun berlumba-lumba nak up shades selection juga..

    BalasPadam
  3. I love this foundation so much! I love to read your blog posts. So well described and detailed. I learned a lot from your posts. Recently, I am thinking of doing a makeup course. Have you seen makeup expert's make-up lesson ? I am thinking of doing this course by Lina. As I have seen her makeup earlier and did also from her. She is really talented and caring towards her clients and really helpful. Trains best makeup lesson in my opinion!

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay