Ahad, 4 Mac 2018

SAMYEANG SHOWDOWN oleh Domino's Pizza ! Pizza berperisa Korea kini melanda Malaysia !


Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore and Linda Hassan, General Manager, Marketing, Domino's Pizza Malaysia and Singapore showcasing Domino's Pizza's latest Samyeang Pizzas layered with uniquely developed Samyeang sauce.

Assalamualaikum...

Lebih kurang seminggu yang lalu Domino's Malaysia telah melancarkan rangkaian produk yang berasaskan perisa popular dari Korea iaitu PIZZA SAMYEANG yang terdiri daripada 3 pizza berperisa Samyeang : Piza Tuna Samyeang, Piza Ayam Samyeang dan Piza Daging Samyeang. Melengkapi trio pizza berperisa samyeang ini ialah kepak ayam yang sangat diminati ramai iaitu Kepak Ayam-haseyo.



Nisa berkesempatan mengikuti majlis pelancaran PIZZA SAMYEANG bersama KEPAK AYAM-HASEYO ini yang berlangsung di Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Memang meriah sangat ! Dengan muzik kpop, games yang berasaskan kpop.. haa memang Korean habis lah ! Peminat kpop mesti seronok niii bertambahnya lagi makanan yang berasaskan Korea.



Haaa ini peminat kpop tengah main games di atas pentas. Memang meriah lah kan ! Pandai dorang menyanyi lagu Kpop ye. Nisa pun tak reti nak hafal perkataan-perkataan Korea. Hahaa.. Apa-apa pun tahniah kepada peserta yang sangat sangat sporting dan berjaya memenangi voucher Domino's Malaysia. Memang seronoklah selalu dapat Domino's Pizza lepas ni! Hehe~



Wahhh inilah dia ketiga-tiga Piza Samyeang dari Domino's Pizza Malaysia ! Seperti yang kita tahu, perisa Samyeang telah melanda negara kita dengan ganasnya. Kalau diingatkan kembali fenomena mi segera perisa sos samyeang ni kan.. Fuhhh! Memang bergegar satu Malaysia sampaikan susah betul nak cari ! Tapi kini tak susah lagi.. Domino's Pizza pun dah keluarkan pizza berperisa Samyeang! Fuhh pedas pedas tapi nak lagi! 



Turut bersama dengan para jemputan dan peminat Korea di hari pelancaran Samyeang Showdown adalah THE SAMYEANGS ! Haaa Domino's Pizza Malaysia pun dah ada their very own Kpop Superstar ! Boleh tonton music video lagu Samyeang Showdown mereka di sini



TUNA SAMYEANG PIZZA - Nisa tak berkesempatan nak rasa Tuna Samyeang di hari pelancaran ni! Tapi Nisa sememangnya sukakan tuna. Tak sabar nak pergi ke Domino's Pizza dan order Tuna Samyeang ni ! Sesuai untuk mereka yang tak makan ayam atau daging.



CHICKEN SAMYEANG PIZZA - Fuhhh pedasssssss ! Bagi Nisa yang tak makan makanan pedas ni, pedas pizza perisa samyeang ni lain maciam beb! Ada masam manis pedas yang sesuai betul dengan tekak orang Malaysia ni kan.. rasa macam nak lagi dan lagi !



BEEF SAMYEANG PIZZA - Pedas wehhh yang ni ! Bagi tahap kepedasan yang Nisa boleh handle, yang ini paling pedas kot Nisa rasa! Tapi pedas-pedas dia pun, memang sangat mengingatkan Nisa kepada perisa mi segera samyeang tu haa ! Fuhh terbaekkk lah Domino's Malaysia ! Pedas sampai hidung dan mata berair pun, rasa nak makan lagi !



KEPAK AYAM-HASEYO ! - Tak sah dan tak lengkap ciri-ciri makanan Korea kalau takde kepak ayam bersalut perisa samyeang tau ! Haaa didatangkan sekali dengan tiga Pizza Samyeang Showdown, Kepak Ayam-Haseyo disalut dengan sos samyeang kaya dengan rasa pedas-pedas manis yang disukai warga Malaysia. Jangan lupa cuba tau! Konfem sedap sehingga menjilat jari !



Untuk mendapat nilai yang lebih baik lagi, para pelanggan boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati Piza Samyeang terbaru dengan lebihan keju. Harga yang ditawarkan adalah daripada RM33 untuk 2 piza bersaiz regular, RM55 untuk 2 piza bersaiz besar dan RM77 untuk piza bersaiz Ekstra Besar.

Manakala Piza Samyeang bersaiz personal adalah sah untuk tawaran Super Tuesday pada setiap hari Selasa dengan tawaran harga bermula serendah RM3.90 untuk tempahan dalam talian dan RM4.90 untuk tempahan di kaunter.


Dapatkan segera Piza Samyeang dan Kepak Ayam-haseyo dari mana-mana outlet Domino's Malaysia kerana hidangan ini sudahpun boleh didapati bermula 26 Februari yang lalu. Haaa Nisa pun nak kena pergi Domino's Pizza berdekatan ni, nak makan sekali lagi hidangan Piza Samyeang ni ! Fuhh Kpop sungguh ku rasa !



NISA KAY.

7 ulasan:

  1. Yummy!! Kne call terus Dominos Pizza 1300-888-333 nie.. 😋😋😋

    BalasPadam
  2. owhhh ini ke yg event korea-korea tu. ingatkan pasal make up-make up. Kalau tahu pasal event nie event makanan, mesti dah join dah. Nampak sedap-sedap menu terbaru dominos nie yer. nak cubalah nanti.

    BalasPadam
  3. perghhhh
    tak sabar tunggu gaji nak order pizza nih

    BalasPadam
  4. err.. pedas macam samyang ke

    BalasPadam
  5. Pergh sedapnya pizza baru Dominos.. 😍

    BalasPadam
  6. yes..mmg sedap piza Samyeang ni..tapi kalau tak tahan pedas tu tengok jer la ;D

    BalasPadam
  7. Sy dah cube..Memg tak boleh tahan pedasnye..Tapi memg puas hati klu beli


    https://www.celikvitamin.com/blog/pengedar-youth-skincare-shaklee-seluruh-malaysia-sabah-sarawak/

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay