Ahad, 4 Mac 2018

SURF THIS LOVE - Filem berkenaan surfing PERTAMA di Malaysia !



Assalamualaikum...

Wahhh busy betul Nisa ni ke sana sini sampai lupa nak update mengenai sebuah filem tempatan yang Nisa sempat tonton baru-baru ini. Terima kasih pihak filem SURF THIS LOVE sebab sudi jemput Nisa datang ke majlis Malam Gala untuk tayangan filem ini. Excited jugak sebab hello, first movie berkaitan surfing di Malaysia kot ?




Nyanyian lagu teman filem Surf This Love :
GUA TARAK GOYANG oleh Bee.Ru ft Shukri Yahya.



Lagu OST Surf This Love : NANTI DULU oleh Fareez Zen




INFO & REVIEW NISA MENGENAI FILEM SURF THIS LOVE :

  • Ini adalah filem mengenai SURFING yang PERTAMA di Malaysia. Mungkin kerana surfing tidak begitu menjadi keutamaan buat warga Malaysia. Namun terdapat beberapa lokasi surfing di Malaysia yang anda mungkin belum tahu.

  • Jalan cerita yang santai dan disulami dengan humor terutamanya watak Billy (Shukri Yahya) dan kakaknya. Memang kelakar dan ngam la kedua-duanya sebagai adik beradik.

  • Watak yang dibawakan oleh Shukri Yahya memang lain dari yang lain berbanding dengan watak-watak yang pernah beliau galas sebelum ini. Anak pulau yang bercita-cita besar ingin mengikut jejak langkah surfer terkenal.

  • Antara cabaran untuk filem ini adalah shot ketika surfing. Dan Nisa mendapat tahu mereka juga turut menjalani penggambaran di Bali untuk shot surfing. Apa yang Nisa harapkan adalah lebih banyak skill atau teknik surfing dipaparkan, mungkin dengan bantuan stunt / surfer sebenar?

  • Percubaan yang harus diberikan pujian bagi filem mengenai surfing pertama di Malaysia. Jalan cerita yang tidak terlalu berat, santai, disulami adegan lucu.. sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat!

  • Watak "soul surfer" yang dibawakan oleh Pekin Ibrahim agak meninggalkan kesan kerana watak yang digalas beliau adalah seorang surfer lagenda yang give up dengan surfing dan Billy berusaha sedaya upaya untuk memujuk beliau mengajarnya teknik surfing.



Sumber foto : di sini

SURF THIS LOVE boleh dijadikan pilihan untuk anda menonton filem bercorak santai dan humor dengan keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu. Masih bertayangan di pawagam berhampiran anda ! Dan jangan lupa dengarkan lagu OST filem ini di laman youtube GSR Production.





NISA KAY.


1 ulasan:

  1. Lama dah xtgk filem melayu kat cinema.. Sob3x.. 😢😢😢

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay