Sabtu, 17 Mac 2018

Siri Realiti Kehidupan NUR SAJAT di tonton dan single terbaharu beliau !



Assalamualaikum semua...

Wahhh nampak nama NUR SAJAT dekat tajuk, laju je korang klik blog post ni kan ??? Kalau nak tahu, dua hari yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran siri realiti kehidupan usahawan terkenal Nur Sajat dan juga beliau melancarkan single terbaharu beliau!!



NUR SAJAT TIDAK PATAH SEMANGAT : TAMPIL DENGAN SINGLE TERBAHARU "MAKHLUK PENGGODA"

Ternyata kolaborasi beliau dengan Dato' Aliff Syukri sebelum ini mendapat kritikan hebat dari netizen, tapi apa-apa pun minat Sajat untuk menghasilkan masterpiece seterusnya tidak dipatahkan dengan komen-komen yang diterimanya. Beliau kini kembali dengan single terbaharu yang diberi tajuk "Makhluk Penggoda". Single ini dihasilkan oleh penyanyi dan komposer berbakat besar iaitu Aepul Roza dari Drama Band. 



KOLABORASI BERSAMA DATO' ALIFF SYUKRI 

Kalau dulu, Nur Sajat yang ditampilkan di dalam single Dato' Aliff Syukri menerusi lagu Abang Nak Tegur, single dari Nur Sajat juga menampilkan insan yang sama berkolaborasi dengan beliau. Haaa kalau nak dengar lagu penuh Makhluk Penggoda ni, boleh tonton video lirik penuh di sini :



Sayanggg aduhai sayanggg... boleh melekat dalam kepala ni ! 




"NUR SAJAT RATED XTRA"
SIRI REALITI "VLOG" DI SEBALI KEHIDUPAN FIGURA BERNAMA NUR SAJAT

Eksklusif di portal tonton, anda kini dapat menonton siri realiti yang ditampilkan dengan format vlog yang berdurasi sekitar 7 hingga 11 minit setiap satunya. Siri ini telah bermula siarannya di portal tersebut bermula 28 Februari lalu. Dan terdapat dua episod baru setiap minggu yang akan dimuat naik ke portal tonton setiap hari Rabu dan Khamis. Dengan melanggan akaun VIP, anda akan dapat menonton siri ini.


Sumber gambar : di sini

BERTEMU DENGAN SAJAT DI MAJLIS BERBUKA PUASA TONTON

Segeralah menjadi VIP tonton untuk berpeluang memenangi jemputan ke majlis berbuka puasa bersama tonton dan berpeluang bertemu dengan Nur Sajat ! Langganan VIP kini mempunyai potongan 50% hingga akhir Mei ! Jadi cepat-cepat subscribe segera okay !

Bermula 1 sehingga 15 April 2018, sertai peraduan khas di www.xtra.com.my untuk memenangi jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa tonton bersama Nur Sajat. Daftar sebagai tonton VIP, jawab soalan berkenaan Nur Sajat berdasarkan siri vlog dan berpeluang menyertai pengalaman makan malam istimewa bersama Nur Sajat!
Guna kod promo NURSAJAT di www.tonton.com.my bermula 1 sehingga 15 April 2018 dan nikmati potongan langganan tahunan tonton VIP sehingga 50%.



3 ulasan:

  1. wwoow..sajat..maju selangkah ke hadapan..

    BalasPadam
  2. agak kagum jugak lah dgn kemajuan bisnes bumiputra.. mana yang baik boleh dijadikan contoh

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay