Memaparkan catatan dengan label Lifestyle Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle Blog. Papar semua catatan

Isnin, 17 Disember 2018

Ayo ke Padang, Indonesia (PART 1)


Assalamualaikum semua..

Wahh rasanya dah lama jugak tak update mengenai sebarang trip atau kisah travel Nisa.. Haa bukan apa, sejak dua menjak ni, Nisa fokus kepada kerja yang di depan mata, so memang tak fikir sangat lah pasal travel, plus kalau travel ni nak kena keluar duit lagi. I'm saving for something else for now.. so yeah memang malas nak travel. Kalau ada sale tiket flight pun buat tak nampak je.


Tapi, baru-baru ini Nisa mendapat jemputan dari pihak Dinas Pariwisata Padang, Indonesia (kira macam tourism dorang la) untuk explore Padang dan merasai sendiri pengalaman jalan-jalan di Padang. Biasanya kalau orang landing di airport Padang, mereka akan ke luar daerah melawat tourist spot yang famous macam Bukittinggi atau Batusangkar. Haa kali ini jom kita lihat antara tarikan yang sememangnya ada di daerah Padang, Indonesia !



SEKITAR KOTA PADANG, INDONESIA

Memandangkan masa kami di Padang, Indonesia cuma 3 hari 2 malam, jadi kami ambil flight pagi dari Malaysia.. Kalau tak silap perjalan ambil masa sekitar satu jam kot? Maaf lah Nisa tak berapa ingat sebab naik flight je terus tidur haha. Okay rasanya memang sekitar satu jam flight, tapi waktu di Indonesia lambat 1 jam dari Malaysia.


For me, pekan Padang ni tak sesibuk kota besar macam Jakarta, mungkin masih ramai yang belum betul-betul tahu apa yang best di sekitar Padang ni kan ? Pekannya simple, banyak bangunan bercirikan minang untuk pejabat-pejabat di sepanjang jalan. Kehidupan dan aktiviti sehari-hari yang agak ringkas saya rasa.



MAKANAN TRADISI PADANG !

Kalau dah ke Padang, Indonesia pastinya tak boleh lepaskan peluang untuk merasa masakan Padang yang asli bukan? Nisa sebenarnya dah sering ke Restoran Sederhana yang ada di Kuala Lumpur dan juga di Jakarta, tapi pastinya lauk-pauk yang ada di Padang, Indonesia sedikit berbeza dengan cawangan lain, lebih-lebih lagi keaslian masakannya. Haa memang puas hati dapat lunch di sini tau! Lauk pauknya memang sedap dan sate nya fuhh awesome! Pastikan kalau nak berjalan tu, kenyangkan perut di sini dulu.




MONUMEN KORBAN GEMPA, PADANG INDONESIA

Dalam pada kita bersuka-ria nak berjalan tu, apa kata singgah sebentar di monumen yang menjadi salah satu peringatan sejarah buat warga Padang, Indonesia ini. Pada 30 September 2009, satu gempa bumi yang kuat telah berlaku dan mengorbankan lebih seribu nyawa. Banyak bangunan-bangunan serta rumah penduduk yang musnah di dalam gempa tersebut. Dan di kawasan monumen ini terteranya nama-nama mangsa yang terkorban, juga diabadikan puisi semangat buat semua yang terlibat. 



KELENTENG SEE HIN KIONG

Seperti di Malaysia juga rasanya, di Padang turut mempunyai populasi penduduk berbangsa Cina dan kawasan penempatan kebanyakan warga Cina ini dipanggil pecinan. Di kawasan ini terdapat satu tokong yang menjadi tarikan di Padang, dapat kita lihat sulaman budaya-budaya berbeza di kota Padang ini, persis di negara kita sendiri. Bangunan kelenteng ini asalnya di tempat lain, tetapi selepas gempa melanda, kelenteng See Hin Kiong ini dipindah lokasi ke tapak yang sekarang.



JEMBATAN SITI NURBAYA

Haaa ada kisah menarik di sebalik nama jambatan ini. Jambatan ini popular sekali di Kota Padang, dan namanya diambil dari nama seorang gadis yang bernama Siti Nurbaya, yang terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya lantas dipaksa pula berkahwin dengan orang kaya untuk melunaskan hutang bapanya. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh google je kisah Siti Nurbaya ini, dan ia turut diabadikan menerusi novel terkenal karya Marah Rusli. 


Dari atas jambatan ini, anda dapat menikmati pemandangan Sungai Batang Arau dan juga bot-bot nelayan di sepanjangan sungai. Penempatan dan perkampungan juga jelas kelihatan di bahagian kiri dan kanan jambatan ini. Menjelang petang, jambatan ini menjadi lokasi popular untuk penduduk tempatan bersiar-siar sambil menikmati makanan yang dijual disepanjang jambatan ini. 



PANTAI AIE MANIH

Pantai ini sesuai untuk orang yang just nak relax di bawah sinaran matahari sambil menyaksikan matahari yang akan terbenam di waktu senja. Ecehhh.. Biasa di sini kelihatannya orang memang bersantai-santai sahaja, membeli makanan dan minuman.. tetapi ada juga aktiviti yang boleh dilakukan, seperti menyewa ATV dengan kadar 100 ribu rupiah (sekitar RM30 - RM35) untuk sejam dan bersiar-siar di sekitar kawasan pantai. 



BATU MALIN KUNDANG

Oh yaa.. sebenarnya Pantai Aie Manih ini sangat popular dengan bekas batu-batuan yang dipercayai Malin Kundang serta isi kapalnya yang disumpah menjadi batu. Haa lebih kurang macam kisah Tanggang kita lah kan. Jelas kelihatan susuk tubuh yang seakan sedang bersujud dan juga rangka kapal yang masih jelas kelihatan. Berselerakan di sekitar kapal adalah barang-barang perkapalan seperti tali dan lain-lain.




HOTEL D'OXVILLE, PADANG

Haa sebelum ada yang bertanya, meh Nisa nak share mengenai tempat penginapan kami. Hotel ini sekali pandang, macam villa yang ada banyak bilik. Kolam renangnya cantik dan boleh tahan saiz nya. Bilik-bilik kami pula sangat selesa dan pilihan makanan untuk breakfast agak sederhana tapi cukup mengenyangkan dan enak!



KAMPUNG BUDAYA LIMAU MANIS

Kami dibawa ke sini untuk menikmati makan malam secara tradisional, iaitu dengan duduk bersila di atas pangkin, juga dihidang dengan makanan tradisi masyarakat sini iaitu lauk pauk Nasi Padang. Ada antara lauknya yang berbeza dengan apa yang kami makan di restoran, jadi terasa lebih dekat dengan budaya dan gaya hidup masyarakat kampung di sini. 


Muzik gamelan menjadi halwa telinga kami sepanjang malam.

Antara persembahan malam itu : Gendang Tambua Danau Malinjau

Sambil makan malam dijamu penuh selera, kami juga menyaksikan persembahan budaya oleh masyarakat di Kampung Limau Manis. Ternyata, rumah ini sememangnya pusat latihan budak anak-anak di Padang untuk persembahan budaya. Mereka sangat menitik beratkan kesinambungan budaya ini dan memastikan anak-anak muda kenal dan meneruskan legasi persembahan  budaya ini.

Baiklah.. sampai di sini sahaja kisah hari pertama kami di bumi Padang, Indonesia. Pastinya Nisa sangat sangat tak sabar nak berkongsi eksplorasi kami di sekitar Padang untuk hari kedua pula. Semakin banyak tarikan yang kami lawati dan alami, ternyata semuanya mengubah pandangan kami kepada kota kecil tapi kaya dengan tarikan pelancong, budaya dan alam semulajadi. Sooo guys see you in my next blog post!



NISA KAY.

Read More»

Sabtu, 17 Mac 2018

Siri Realiti Kehidupan NUR SAJAT di tonton dan single terbaharu beliau !



Assalamualaikum semua...

Wahhh nampak nama NUR SAJAT dekat tajuk, laju je korang klik blog post ni kan ??? Kalau nak tahu, dua hari yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran siri realiti kehidupan usahawan terkenal Nur Sajat dan juga beliau melancarkan single terbaharu beliau!!

Read More»

Rabu, 1 Mac 2017

Cubaan membakar kek - Japanese Cotton Cheese Cake




Assalamualaikum...


Haaa rasa macam dah berzaman-zaman pulak tak tulis apa-apa mengenai resipi di laman blog Nisa ni.. Nisa suka cuba nak baking kek lah, biskut lah.. Tapi dengan keadaan sekarang yang cuma menyewa bilik, mustahil pulak nak laksanakan keinginan tu.. Maka bila Nisa balik kampung sajalah yang ada peluangnya untuk Nisa buat semua yang Nisa nak tuu. Tambahan pula, adik perempuan Nisa pun suka baking.. Kejap-kejap buat cupcake lah..


Read More»

Selasa, 10 Januari 2017

#RentakSelangor PART 2 - Seni muzik dan tarian memperkaya budaya Selangor.



Assalamualaikum...

Selesainya hari pertama trip Rentak Selangor, semakin menarik pula trip ini Nisa rasakan. Memang benar, kebanyakan dari kita sebenarnya kurang mengetahui mengenai budaya sebenar negeri Selangor ni. Dari salah silah penduduk asal di negeri ini, Selangor mempunyai banyak suku kaum, keturunan dan sebagainya. Jadi, budaya yang pelbagai itu datangnya dari kaum yang mula-mula datang menetap di Selangor suatu masa dahulu.


Read More»

Isnin, 9 Januari 2017

Okay kita cuba MIOS KITCHEN, kedai makan viral !



Assalamualaikum...

Haa rasa macam dah lama tak menaip mengenai kedai-kedai makan ni kan. Maklumlah Nisa bukanlah seorang yang selalu cuba makan di tempat baru. Memang kalau dah suka satu tempat tu, tempat itu je lah hari-hari pergi. Tak pun pergi ke kedai mamak! Haha lebih mudahhh. Tapi baru-baru ni adik Nisa ajak cuba makan di kedai yang pernah viral katanya. Terletak di area rumah dia je. So apa lagi, Nisa ikutkan sajor...


Read More»

Khamis, 22 Disember 2016

Sedang merancang percutian ? Jom ke Macao !


Pic credit here

Assalamualaikum..

Yeahh bulan Disember sudah tiba dan pastinya ramai diantara kita yang sedang merancang untuk bercuti ke luar negara bukan.. Haa ke mana destinasi kalian selepas ini ? Pernah ke Macao tak ? Pernah terfikir nak ke Macao ?? Haa khas untuk mereka yang nak bercuti pada hujung tahun atau mungkin sedang merancang perjalanan untuk tahun 2017, Nisa nak seru lah korang semuaa.. meh tengok apa yang menarik di Macao !


Read More»

Rabu, 16 November 2016

Honda All-New Civic yang Sporty dan Sleek ! ADUH JATUH CINTA !




Assalamualaikum dan hai !

Agak teruja Nisa nak kongsikan kali ini.. kerana entry kali ini semestinya berlainan dengan entry blog yang lain. Yesss hari ini Nisa akan bercakap mengenai K E R E T A ! Hahaaa serius la Nisa ni kan? Betul-betullah ni.. Kereta yang Nisa maksudkan ialah Honda All-New Civic ! Lebih menarik lagi Nisa dan beberapa rakan blogger lain berpeluang menikmati pemanduan kereta sedan ini selama 2 hari di sekitar Selangor.


Read More»

Khamis, 22 Oktober 2015

Kecapi Impianku bersama Sunsilk –platform keemasan buat para gadis berhijab !

 
 
 
 
 
Assalamualaikum…
 
 
 
IMG_2248_thumb
 
Hari tu Nisa ada dapat undangan dari pihak Sunsilk untuk satu acara pelancaran program terbaru dari Sunsilk dengan kerjasama Astro. Undangan ni Nisa dapat menerusi Nuffnang. Thank you Nuffnang ! Masuk je Flora Terrace kat Hampshire Place tu, kemain haa terpaku kejaplah tengok deko kat dalam tu, penuh je bunga bunga di atas kepala.. dah macam majlis perkahwinan. Tema memang sweet je…
 
 
 
 
IMG_2262_thumb
 
Thank you Samantha from Nuffnang for the company (in the middle) ! Dan turut berada di sana ialah blogger dan usahawan terkenal R Nadia Sabrina.. yeayyy !
 
 
 
 
IMG_2281_thumb
 
Majlis dimeriahkan dan diacarakan oleh pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya. Hee I like her, a lot ! She’s bubbly and funny !
 
 
 
 
 
IMG_2275_thumb
 
Jadiiii.. masa yang ditunggu telah tiba ! Pihak Sunsilk telah melancarkan program TV yang dinamakan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk” dengan kerjasama Astro. Menurut Sylvie Ting (Pengurus Jenama), rancangan ini akan memberikan platform kepada para gadis berhijab di luar sana untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang yang diminati.
 
 
 
 
 
IMG_2307_thumb
 
 
 
Lebih info mengenai rancangan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk”  :
  • Sunsilk begitu komited untuk memperkasakan wanita berhijab dalam mencapai impian dan berkongsi kisah mereka.
  • Sunsilk telah memilih TIGA (3) orang role model untuk membimbing TIGA (3) gadis berhijab yang bakal terpilih untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang masing-masing.
  • Mentor Najwa Latif akan membimbing protégé terpilih dalam bidang muzik.
  • Mentor Melissa Saila akan melatih protégé yang terpilih untuk mencapai cita-cita dalam bidang perfileman.
  • Mentor Khairunnisa Kasnoon (pembaca berita Astro Awani) akan membimbing protégé untuk bidang kewartawanan.
  • Ketiga-tiga peserta akhir TIDAK bersaing, masing-masing akan melalui pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.
  • Perjalanan ketiga-tiga gadis berhijab yang terpilih akan disiarkan menerusi Astro saluran 104 (Astro Ria)  HLIVE! bermula 14 Oktober 2015, setiap hari Rabu, Khamis & Jumaat jam 8.30 malam.
 
 
 
 
 
 
IMG_2338_thumb1
 
Khairunnisa Kasnoon dan Khairunnisa Aminullah ! Hehehee~
 
 
 
 
IMG_2346_thumb1
 
Entry diakhiri dengan selfie bersama mommy blogger yang comel sangat yakni Yuyu Zulaikha !!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Ahad, 4 Oktober 2015

Masita Steak House, Seksyen 7 Shah Alam

 

 

Assalamualaikum…

 

Blog Nisakay - Masita Steak House 7

Ada satu malam ni, aku lepak dengan kawan aku Ziera and tunang dia. Masa aku gi jumpa dia tu, dia baru usai solat maghrib. Kemudian borak punya borak, lapar pulak rasa.. So aku terus ajak dorang dinner sesama. Memang langkah kanan, Ziera dengan tunang beliau pun ada plan nak keluar makan dan try kedai makan yang agak baru jugak dibuka di Seksyen 7, Shah Alam. Sebenarnya aku pun tak pasti lah kedai ni baru lagi ke macam mana. Sebab tak perasan bila bukaknya haha !

 

 

Blog Nisakay - Masita Steak House 1

Okayyy dinner malam tu kami ke sini… Kedai makan ni agak baru bagi aku.. memandangkan aku dah lama duduk di Shah Alam kan, so ini first time aku perasan kedai ni.. Kalau tak silap aku, sebelum ni, di tapak kedai ni ada kedai mamak yang selalu aku lepak. Tapi sekarang ada Masita Steak House ni…

 

 

Blog Nisakay - Masita Steak House 2

Okay for me… senarai harga makanan dan minuman sangat affordable. Air jus dalam RM3 something camtu.. Tapi banyak juga lah air nya. Pekat dan sedap. Tak cair je haa.. ada kedai kemain kedekut buat jus ditambah dengan air kemain banyak. Tapi dekat Masita Steak House ni tak macam tu.. Memang terasa jusnya. Bagi aku harga berpadanan dengan apa yang kita dapat, sebab air tidak dihidang dalam gelang kurus tinggi tu, sikit je dapat. Dua kali hirup dah habis.

 

 

Blog Nisakay - Masita Steak House 3

Ini hidangan yang kawan aku order. Lamb Chop. Harga tak mahal sangat pun haa… Presentation not bad.. Ada roti, jagung rebus dan coleslaw. Sekali lagi, harga yang berpatutan agak berpadanan dengan harga yang ditawar. Aku tanya kawan aku bagaimana rasanya, dia jawab sedap juga.. not bad. Jadi kena lah dengan selera beliau.

 

 

Blog Nisakay - Masita Steak House 4

Ini side dish yang kawan aku order jugak. Mushroom soup dan juga garlic bread. Kuantiti sangat okay di mata aku.. sesuai lah dengan harga. Tak overprice. Sup cendawannya not bad juga, tak cair sangat dan tak masin sangat. Just nice aku rasa.

 

 

Blog Nisakay - Masita Steak House 5

Ini pulak hidangan yang aku order. Macaroni goreng hehee… Portion nya sederhana, sangat sangat sesuai dengan orang perut kecik macam aku.. Kalau portion nye besar sangat kang tak habis makan lak. Aku suka rasa dia, tak pedas sangat, tak tawar, tak masin sangat. For me, JUST NICE ! I love this, lagi lagi dia tambah sekeping cheese, memang pelengkap hidangan. Harganya dalam lingkungan RM5 ke RM8 kalau tak silap aku.

 

 

Blog Nisakay - Masita Steak House 6

AAAAAAAAAAUUUMMM !!!!! Hahahaa tak menyabar nau. Photographer belum sudah ambik gambar lagi dah buat muka tak sabar nak ngap hahaha !! Tapi alhamdulillah memang kenyang aku. Bagi aku, portion hidangan just nice dan kualiti makanan agak memuaskan. Aku berbesar hati lah nak rekemen semua orang cuba Masita Steak House ni.. Tapi please please don’t expect something yang very high end ya ! Dengan harga dan makanan yang ditawar, aku rasa ini sangat affordable untuk semua orang menikmati makanan western.

 

 

Okay untuk Masita Steak House ni, aku tak jumpa pulak Facebook page yang aktif atau akaun Instagram, maka kat sini aku sertakan alamat kedai dan nombor Masita Steak House ya.. Bagi penduduk Shah Alam, kedai ni sangat dekat dengan Pasaraya Giant di Pusat Komersial Seksyen 7.

 

No.VG2, Block M, Jalan Plumbum V/7V, Seksyen 7, Shah Alam ,
40000 Shah Alam, Malaysia


03-5523 5102

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Jumaat, 2 Oktober 2015

KUEH CAFÉ – Kafe hipster fokus kepada kuih muih Melayu !

 

 

Assalamualaikum…

 

Ahaaa nak ceritalah.. pada suatu petang yang hening itu.. aku rasa nak makan tapi taknak makanan berat.. nak minum minum dan makan kuih kuih je… Maklumlah, perut sudah dipenuhkan semasa makan tengahari.. Nak lepak kafe hipster, kebanyakan kafe sangat cliché, dengan hidangan makanan barat seumpama spagetti. Kemudian, teringat pulak seorang kawan penah share di instagram mengenai satu kafe baru, yang mana hidangannya berfokus kepada kuih-muih tempatan dan juga masakan melayu seperti soto, mi kari dan lain lain.

 

Kueh Cafe 1

Okay.. ini dia KUEH CAFÉ. Kafe ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Antara landmark yang mudah untuk korang cari, atau kalau korang tahu kawasan ni, Kueh Café ni terletak sebelah kedai makan yang agak dikenali iaitu Nasi Lemak Cinta Sayang haaa…

 

Kueh Cafe 11

Untuk lebih mudah, korang Waze sajooo lokasi KUEH Café ni haaa !
Ahahaa… senang ! Terus keluar exact location nya.

 

 

Kueh Cafe 2

Kedai ni sangat spacious, sebab dia dua kedai yang disambungkan, dan kaunter kuih serta kaunter order kat tengah tengah. Ada juga bahagian kopi-kopi dan juga makanan ala western serta dessert seperti kek dan lain-lain. Memang best sebab choice makanan banyak dan juga kalau taknak makan berat ada kuih-kuih buat alas perut.

 

 

Kueh Cafe 3

Dari tempat duduk aku. Ini meja-meja di bahagian tengah restoran. Belah kiri dan kanan ada meja lagi. So memang syok jugak lah nak lepak. Interior design pun lebih kurang macam kafe-kafe hipster yang makin banyak masa kini, yakni meja dan kerusi menggunakan kayu, serta pembahagi ruang yang terdiri daripada besi-besi. Tapi tidak sarat dan tak rasa serabut.

 

 

Kueh Cafe 5

Membasahkan tekak dengan iced lemon tea je masing-masing. Sebenarnya ini kali kedua aku ke kafe ni. Sebab rasa macam nak makan, tapi kawan dah sarapan pulak.. so masih kenyang untuk lunch benda yang berat-berat.

 

 

Kueh Cafe 4

Ahaa kemain tau bayang-bayang dari pembahagi dinding. Ini antara kuih muih yang kami ambil. Lupa pulak berapa harga kuih muih ni. Kalau tak silap 5 biji RM2.00 .. kalau ambik 10 biji harga akan jadi RM5.00.. kalau tak silap aku la haha..

 

 

Kueh Cafe 6

Sebelum makan, mintakkan kawan ambil gambar tengah feeling-feeling hahah motif sangat kau nak fefeeling masa nak makan kuih ??? HAHAHA !!!

 

 

Kueh Cafe 7

Okay ini khas untuk mereka yang nak duduk kat luar, kot la sejuk sangat aircond kat dalam.. atau yang nak smoking or vaping, boleh lah duduk di kerusi bahagian luar ni ya.. Hah! Feeling lagi aku. Hohoo…

 

 

Kueh Cafe 8

Aku ada sebut tadi kan yang tadi tu gambar kali kedua aku ke KUEH Café ni ? Haa gambar tudung pink pulak masa aku first time datang kafe ni. Sebenarnya aku dan teman aku menunggu seorang kawan. Tapi dah lewat sangat, kami pun tunggu dah lama.. so lepas alas perut dengan kuih-muih, kami angkat kaki. HAHA !

 

 

Kueh Cafe 9

Ini kuih muih yang aku makan masa first time datang kafe ni. Haha belek punye belek album dalam henpon, ada lagi gambau ni. Ingatkan dah delete wakakakaa…. Oh ye.. aku memang suke kuih lapis dengan kuih seri muka kat kafe ni. Memang tempat yang best nak lepak, tapi taknak makan heavy meal.

 

 

Kueh Cafe 10

Masa first time datang hari tu, sempat jugak aku catwalk pakai platform wedges aku kat depan kedai. Wakaka kemahennn sangat aku kan. Takdelah.. tengah mood melawa, pakai platform wedges masuk kedai makan pun berani. Kekekee. Kalau tak, selekeh je la aku…

 

Apa-apa pun.. korang dah baca komen-komen aku mengenai kafe ni sepanjang entry ni.. Apa lagi yang aku boleh tekankan ialah.. kafe ni kemas dan bersih, agak minimalis sebab hiasan dalaman yang tidak sarat, dan offer makanan yang okay, banyak pilihan, dari makanan ringan ke pilihan makanan yang lebih berat. Keadaan kafe pun kemas dan bersih. So yeahh boleh lah try ye, kot kot kena dengan selera you guyss.

 

 

Kueh Cafe 12

Untuk info lanjut mengenai kafe ni, boleh terus follow instagram KUEH Café ni tau. Kang korang tanya aku, aku tak dapat jawab, korang kata aku sombong lak hahadoiii… jadi, follow lah mereka laju laju okayyy… inshaAllah ada masa nanti aku share lagi kedai makan atau kafe hipster yang aku rasa berbaloi untuk korang try ya ? Daaa….

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Ahad, 13 September 2015

SOPOONG : Restoran makanan Korea di Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum…

 

Bermulalah hari Jumaat ku (kejadian berlaku pada Jumaat bertarikh 11 Sept yang lalu) seperti biasa.. Masuk ke pejabat dan memulakan tugas sebagai pengacara untuk laman web AMANZ. Biasanya waktu shooting video mingguan ialah hari Jumaat.. selain tu, hari lain ada jugak shooting.. itu pun kalau video content dan pengacara diperlukan lah. Dan kawan aku sampai dari Johor pulak hari tu… so, sebelum balik rumah aku bawak beliau pergi makan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

 

Sopoong Korean Restaurant (1)

Asalnya kami memang TAK TAHU nak makan apa. Well… topik “nak makan kat mana” ni memang satu topik paling sukar dalam dunia ni kan ? Aku dan kawan aku dua-dua takmau makan makanan yang berat sangat macam nasi, tapi kami tak mau makan fast food. So nak cari yang kategori tengah tengah… Sambil kami berjalan di tingkat LG di Berjaya Times Square, aku tertarik dengan kedai makanan Korea ni. Terus kawan aku ajak tengok menu yang terpampang di luar restoran.

 

 

Sopoong Korean Restaurant (2)

Hmmm.. makanan Korea ada jugak nasi.. mi.. sayur sayur semua… Memandangkan sekarang ni aku tengah sibuk draft entry trip aku ke Korea (sejurus selepas sampai dari Melbourne), jadi perasaan rindu kat Korea tu menebal sungguh dalam jiwa dan raga tau ! Masih teringat naengmyeon (cold noodle) yang aku makan masa di Namdaemun. Sedapnyaaa…

 

 

Sopoong Korean Restaurant (3)

Tapi aku takmau makan mi sejuk la malam malam kan.. Aku pilih KIMCHI UDON. Sejujurnya aku tak pernah makan lagi kimchi udon ni. Mi udon dengan sup kimchi haa ! Panas panas ! Nampak pedas pulak tuuu.. Tapi let me share with you guys.. kimchi udon ni SEDAP !!! Kenyang sangat makan sebab portion dia tak terlalu besar tak terlalu kecil.. Tapi cukup ! Dan dari cara dorang masak memang tak kedekut bahan. Haa gitu !

 

 

Sopoong Korean Restaurant (4)

Manakala kawan aku, Nurul pilih untuk mencuba Naengmyeon (cold noodle) yang aku kata sedap tu. Ragu-ragu jugak dia nak order.. ye lah orang Malaysia mana ada makan mi sup ade air batu !!! Hahahaha !!! Kawan aku yang pernah rasa makanan Korea di restoran lain pun cakap, kimchi kat restoran Sopoong ni sedap dan rangup ! Tak cair !

 

 

Sopoong Korean Restaurant (5)

Side dish. Aku tak makan kimchi aku.. ye lah aku punya mi udon dah dipenuhi kimchi ! Haha sedap kuahnya tak muak pun.. menghirup-hirup aku makan kuah dia. Kimchi aku pulak telah selamat ditibai oleh kawan aku Nurul. Hahahaaa.. disebabkan aku fokus makan kimchi soup aku, maka aku tak sentuh side dish aku nii..

 

 

Sopoong Korean Restaurant (6)

Apa apa pun, aku agak konfiden nak rekemen kat orang lain restoran makan Korea Sopoong ni ! Kalau cawangan Times Square yang aku pergi, ada lelaki Korea ni (tak pasti boss atau pekerja sebab dia pun sibuk layan customers) sangat peramah, dia tahu basic English untuk komunikasi dan rajin melayan aku. Aku tunjukkan pada beliau Naengmyeon di menu dan kata kat dia 좋다 maknanya aku suka lah (dalam bahasa Korea) haha kerana satu perkataan tu, dia impress pulak dengan aku kekeke..

 

In shaa Allah next time aku nak ke sini lagi, mencuba hidangan lain.. mungkin nasi goreng dia.. ramyeon ke.. dubbokki kee ahhaha.. Siapa nak rasa masakan Korea jom lah ke sini. Memandangkan aku dah pernah rasa makanan Korea asli.. jadi aku memang boleh rekemen lah makan kat sini sebab rasa dia very similar and authentic !

 

P/S : They use halal meat only and by the counter, they have a HALAL verification pasted on the wall. You can come and see it yourself :)

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay