Khamis, 5 April 2018

Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) Kembali !! Jom ramai-ramai sertainya !




Hai semuaaa !!

Rindunya nak update blog ! Sebenarnya entry ini telah Nisa karang beberapa hari lepas namun di atas kesilapan teknikal, entry ini tidak muncul di blog ini seperti yang sepatutnya dan Nisa terpaksa menulis semua dari awal hingga ke akhir ! Allahu.. sesungguhnya tiada ujian dari-Nya yang kita tidak mampu hadapi. Tak mengapalah kan. Haa kepada gadis-gadis melayu di luar sana, ada berita baik untuk anda !



Masihkan anda ingat mengenai pertandingan ratu cantik yang digelar PENCARIAN WANITA MELAYU (PWM) yang dianjurkan saban tahun oleh Plaza Shah Alam ??? Haa tahun 2018 merupakan tahun ke-5 Plaza Shah Alam menganjurkan pertandingan ini, membuka peluang kepada gadis-gadis melayu di luar sana mempamerkan bakat masing-masing di samping mengekalkan ciri-ciri gadis melayu yang dicari.


PWM2018 KEMBALI ! LEBIH RAMAI PESERTA DICARI !

Haaaa tahun 2018 merupakan tahun ke-lima penganjuran PWM2018 dan dengan platform mempromosi yang lebih meluas berbanding tahun-tahun sebelum ini, pihak Plaza Shah Alam menjangkakan lebih ramai penyertaan kali ini dan terdapat beberapa syarat penyertaan sudah diubah untuk mencapai misi ini.




BAGAIMANA HENDAK SERTAI PWM 2018 ??

1. Pertama sekali anda hendaklah mendaftar secara online menerusi laman web Plaza Shah Alam

2. Isi borang di link tersebut dan buat pembayaran yuran secara online.

3. Tarikh tutup penyertaan : 5 APRIL 2018 (Khamis)

4. Had umur : 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup penyertaan.

5. Tinggi hendaklah minima 160cm tanpa kasut.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut syarat-syarat penyertaan yang lain di sini.





PENYERTAAN DIBUKA UNTUK GADIS-GADIS 'CURVY' !

Masyarakat kita sudah lebih terbuka when it comes to "beauty". Kecantikan bukan sahaja perlu putih cerah, perlu kurus ramping. Kecantikan itu subjektif, dan dari dalam. Menyokong kenyataan ini, pihak Plaza Shah Alam membuka ruang dan peluang buat gadis-gadis curvy di luar sana untuk menyertai PWM 2018 dan membuktikan bahawa saiz bukanlah ukuran atau penghalang untuk anda bergelar "ratu cantik" !


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai PWM2018 !! Mungkinkah anda yang dicari ???



Ikuti PLAZA SHAH ALAM menerusi laman sosial mereka :

LAMAN WEB   |   FACEBOOK PAGE   |   INSTAGRAM   |   TWITTER



Nisa Kay.

2 ulasan:

  1. tinggi pun dah tak cukup, tak dapatlah nak serta. Hehehehe

    BalasPadam
  2. Wow! ratu cantik memang contest yang ditunggui oleh wanita yang ramai. Kualiti peserta pun smakin meningkat dari tahun ke tahun. Semoga contest kali ini juga akan menyambut kejayaan yang cemerlang.
    eratuku

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay