Assalamualaikum...
Read More»
Assalamualaikum…
Siapa dulu tengok drama ni ??? Yeeee drama THE SUCCESSFUL STORY OF A BRIGHT GIRL !!!!! Aku suka gila drama ni.. masa tu aku masih di zaman persekolahan.. dan demam demam drama korea ni baru je nak menghangatkan Malaysia gituu. Tapi cerita ni best ! Sebab laki tu ada company macam kosmetik la gituu… Pastu aku pun lupa dah macam mana jalan cerita haha !
JANG HYUK & JANG NARA
Aku suka gila pasangan hero heroin ni masa tu !!! Sebab nya Aku rasa dorang sangat cute, pelakon lelaki nye hensem lahai ! Hahaha.. Jang Nara lak memang macam kebudak budakan sangat ! Suara pon alahai comelnya aaa !!!!!!!!!!
TAPI….. Selepas 10 tahun…
Yeahhh JANG HYUK dan JANG NARA kembali digandingkan di dalam satu drama yang tak kurang hebatnya ! Memang seronok jugak aku tengok drama yang tahun 2014 ni muehehe…
Tu diaaaaa memasing dah semakin dewasa !! Aku boleh pulak tak cammmmm si Jang Hyuk ni !!! Muka dia lain sangatt ! Sampaikan dalam drama FATED TO LOVE YOU ni, aku panggil dia hero tua. Hahah tak sepadan la dengan Jang Nara yang berwajah keanak-anak gituuu…
Tapi hero kedua dia hensem nau nau kannn !! Ohh CHOI JIN HYUK (kiri) hahaha… Aku ni dah lah minat kat Jin Hyuk ni since aku tengok drama Emergency Couple. Wakakaka… Aku mula ingat balik pasal drama SUCCESSFUL STORY OF A BRIGHT GIRL ni sebab nyaaa tengah aku tengok FATED TO LOVE YOU episod 10, lagu OST SUCCESSFUL STORY OF A BRIGHT GIRL ada dalam beberapa babak !! Puass aku duk ingat, sekali lepas google.. haa baru jumpa !
Tu lahhh bila takleh tido, mulalah haaa aku nak update sikit pasal drama korea niii… Aku jarang tengok drama korea, sebab aku takde masa.. Lagi satu, bila aku dah start tengok, aku susah nak berhenti. Pun menjadi sebab kenapa aku susah tido malam ! Hhaahha okay lah nak sambung tengok sebab plot tengah memuncak.
By the way drama FATED TO LOVE YOU ni memang best sebab hero dia memang kelakauuuu ! Memang drama ni ala ala sengal sikit laa.. And of cos ade emosi sume lah. Kalau takde part sedih tak sah la drama korea kan. Hehhee okay lah.. Bagi yang belum tengok drama ni, selamat menonton ye !
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum semua…
Wahhh hari ni aku aktif betol mengupdate blog… Lalalalaa.. korang suka tengok wayang??? Bertambah suka kalau dapat tiket free! Pada yang tak berapa suka pon boleh jadi suka. Barang free okeh, sapa tak suka tu.. errr.. problem la kot?
Haaaa aku nak cerita, kat website Nuffnang ada lagi announcement untuk bagi tiket free kat korang! Yeahhhh kali ni filem Steven Spielberg yang terbaru menjadi taruhan.
SUPER 8 ! Cerita pasal apa ni? Pasal superhero ke? Alien ke? Dinasour 8 kepala ke? Kalau nak tahu jom la rebut tiket free dari Nuffnang. Camne nak dapat tiket free ni? Sangat mudah okayyyy!!
If you’d like to win a pair of passes to catch Super 8 this 8th of June, simply leave a comment on this post and tell us what you think derailed the train in the trailer as creatively as possible.
FOR MORE INFO, TERMS AND REGULATION, CLICK HERE
Haaa senang aje kan? Korang tulis la komen se-kreatif yang mungkin ye. Mana tahu rezeki anda dengan Nuffnang, lepas tu boleh dapat tiket free? Heheheee… Oh ye, aku TAK JOIN kali ni…
Bukan sombong dah dengan Nuffnang, tapi masa tak mengizinkan… Tapi, aku dapat tiket percuma Hoodwinked Too! 3D yeayyyyy!!!
Salam semua…
Meletakkan poster filem Priest ni mungkin mengundang kontroversi kerana ada nya tanda salib pada poster filem di atas.
Please bear in mind yang aku tengok movie ni disebabkan content, jalan cerita.. Bukanlah untuk benda atau maksud lain ye.
SINOPSIS
Filem Priest mengisahkan dalam suatu zaman, manusia menghadapi serangan vampire yang sangat teruk dan manusia tidak mampu mengalahkan vampire yang sangat ganas dan pantas ni. Sehinggalah muncul sekumpulan manusia terpilih, dan mereka menjadi Priest (paderi). Golongan Priest ni berjuang menentang vampire sebab mereka mempunyai kekuatan luar biasa.
Bila manusia semakin pupus, dorang decide nak bina satu kota, dan semua manusia hidup di sebalik dinding besi. Setiap hari dengan rutin yang sama. Dan kota ini di kawal oleh The Church.
Aku tak ingat lah apa sebabnya, tapi tugas Priest ni dimansuhkan. Sebab The Church ni anggap vampire dah dihapuskan. Sehinggalah satu hari, keluarga kepada salah seorang ahli Priest ni diserang vampire. So salah sorang Priest ni bertekad nak selamatkan anaknya yang diculik.
Ouhhh abang dalam pic di atas, dalam movie ni dia ala ala macho je la kan. Kata sherif bandar. Tapi in the end, dia tak buat apa sangat pun dalam misi menyelamat anak Priest tadi. Cehhh konon-konon aje kan.
Ada jugak babak yang kurangggg logik nye. Malas nak recap babak yang mana satu. Hehehe tapi aku suka part suspens, part lawan vampire… Fuhhh boleh tahan lah cerita ni.
Nak tengok atau tak, ikut koranglah. Camne korang pandang movie ni, dari aspek mana yang korang analisis kan, itu terpulang pada individu. Aku tengok movie ni sebab ada pasal lawan-lawan vampire. Tu je. Okay?
Assalamualaikum….
Sebenarnya aku dah lama tengok movie ni, tapi baru sekarang laaa terhegeh-hegeh nak buat entry pasal movie ni. Ohh ya! Hampir tiga hari aku tak update blog ya! Terima kasih sangat sangat kepada yang concern dan bertanya kat aku. Terharu betul !
Sebenarnya aku baru aje mula semester baru. Tapi semester ni aku ambil dua subjek aje, sebab short semester. Tapi jadual boleh tahan! Kelas straight dari Isnin sampai Khamis. Oke oke dah menyimpang dah aku ni. Bukan nak cerita pasal aku. Aku nak cerita pasal movie lah oiii..
FILEM : Just Go With It
PELAKON : Adam Sandler, Jennifer Aniston, Brooklyn Decker, Nicole Kidman, Bailee Madison
Korang ada tak seseorang yang rapat dengan korang (berlainan jantina), dan dia tahu semua cerita silam anda, dia tahu semua rahsia anda, dan dia tahu hampir segala-galanya pasal anda. Maybe seorang kawan baik? Roomate? Classmate? Rakan sekerja.
Pernah tak terfikir untuk jatuh cinta dengan orang tu? Bagi aku TAKKAN terfikir punye laaa… Orang yang selama ni depan mata kita sampai nak muntah tengok, rupanya jodoh kita! Itulah yang berlaku dalam filem ni.
Watak Danny dalam filem ni merupakan seorang pakar bedah plastik yang masih bujang. Da selalu menipu yang dia ni dah kahwin tetapi selalu didera bini dia, cara ni dia guna untuk mengorat perempuan.
Sampailah satu hari dia terjumpa seorang perempuan seksi (Palmer) dan dia rasa dia dah jatuh cinta kat perempuan ni. Dia dengan tak sengaja dah tipu Palmer dan mintak pekerja dia kat klinik dia, Katherine untuk menyamar jadi isteri yang kononnya yang dia dah nak ceraikan tu.
Oke itu lah sinopsis yang aku cerna dari akal pemikiran kudus aku ni. Tapi cerita ni kelakar dan gelagat budak-budak dalam cerita ni sangat comel! Terutamanya anak perempuan Katherine tu. Aku suka British accent dia! Suka suka!
So pada ending cerita ni korang akan tahu lah apa kesudahannya. Sebab watak Katherine tu pun telah berjumpa dengan musuhnya semasa dorang bercuti dan penipuan di atas penipuan telah pun terjadi!
Moralnya
memang ada sebilangan manusia yang suka menipu untuk menunjuk-nunjuk. Nak orang nampak yang dia ada sesuatu yang boleh buat orang cemburu kat dia. Tapi kita kena ingat, sampai bila kita nak hidup macam tu… ye tak? Kita pun kena sedar diri kita siapa dan di mana kedudukan kita.
Takkan nak tunggu sampai orang tahu cerita sebenar dan kita yang malu sendiri. Macam tu? So, renung-renungkan dan selamat beramal.
Tapi ingat ye! Filem ni 18 tahun ke atas. Mungkin ada adegan dan dialog yang tak sesuai untuk tontonan audience bawah umur.
Apa-apa pun aku rasa citer ni best! aku bagi 4 bintang boleh tak? Huahuahuaa… Well, aku rate ni berdasarkan pendapat diri sendiri dan citarasa. Lain orang lain pendapat ye tak? hehe.. Oke lah.. Bubbye! Love ya!
Assalamualaikum…
Baru-baru ni aku pergi tengok movie Justin Bieber’s Never Say Never… What can I say, movie ni adalah sejenis documentary movie… yang ceritakan jalan hidup Justin Bieber sepanjang perjalanan hidup beliau sebagai seorang penyanyi, hingga ke konsert kemuncak beliau dia Madison Square Garden.
Untuk peminat Justin Bieber (JB) movie ni amat sesuai korang tengok, sebab korang akan rasa excited tak tentu pasal.. pastu korang akan rasa alamak comel gila laaaa JB masa beliau kecik-kecik. Mata JB sangat cantik!! Wuawww aku rasa melebih-lebih lak aku.
Dah aku minat. Apa ade hal? Tak nyusahkan orang pun. Kalau korang BUKAN peminat JB, tak payah laa susah-susah nak try tengok movie JB ni. Kang korang jugak yang mengadu tak best la.. bosan la.. and what-so-ever with all those negative comments. Pendek kata, kalau minat pegi la tengok, kalau tak minat tak payah oke. Senang kan? hehe…
Yeppp…!! These CDs are mine. Ade aku kesah? Aku yang dengar tak suruh orang lain dengar pon. Huahuahuaa :D
P/S : Ohhh ye minta jasa baik semua jawab poll kat sidebar blog aku ni, yang warna pink di bawah iklan Nuffnang tuh. Hehe thanks!

Tengok wayangggg!! Weehuuu dah lama tak tengok wayang. Lepas tu ade pulak member ajak pergi tengok wayang, aku pon setuju aje laaa… Hohohoo.. Boleh pulak dari Shah Alam straight aje ke One Utama.
Alah tak kesah lah mana-mana pun, boleh jek. Wayang jugak kan. Hohoo… amik pulak filem midnight. Sebelum tengok wayang tuh meh la kite melantak mengenyangkan perut.
Hohoooo makan A&W aje lah.. sampai kat OU lak dah pukul berapa, amik tiket midnight lak tuh. So kedai makan dah tak banyak yang still bukak. Aku rasa masa aku makan kat A&W tu pun, kedai tu dah nak tutup sebab dia dah kemas bahagian dalam kedai.
Oh ye. A&W kat One Utama tak sedap. Diulangi, tak sedap. Well, roti conie dog nye sangat liat. And yes, aku tak makan rotinye sejak aku gigit roti untuk kali pertama. Aku makan hotdog nye aje. Boleh tahan lah. Lagipun dari dulu sampai sekarang, kepopularan A&W terletak pada air root beer nye sahaja? Kan? Ke aku silap? Haha.
Movie ni turut dikenali dengan nama TOMORROW : WHEN THE WAR BEGAN.
Nak tengok cerita lain sebenarnye.. Tapi aku lupa la pulak cerita apa… Aku sampai kat OU pun dalam pukul 10. So, malas nak ambil tayangan lewat sangat. Aku pun pilih je la movie yang ditayangkan dalam pukul 11 malam.
Pandangan aku mengenai cerita ni? REMAJA YANG SANGAT SANGAT BERANI! Nampak tak perempuan yang depan sekali dalam poster kat atas?
Dia lah Caitlin Stacey, teraju utama dalam filem nih. Bagi aku, lakonan beliau penuh perasaan lah. Haha tak tahu pulak macam mana pendapat orang lain.
SINOPSIS
Movie ni mengisahkan satu bandar bernama Wirawee di Australia yang ditakluk kuasa asing. Bukan makhluk asing ye.
Heroin di atas, dengan beberapa kawannya pergi bercuti kat luar bandar. Sehari je kot aku rasa. Dorang balik aje, dorang dapati semua rumah kosong! Binatang peliharaan mati, dan semua orang hilang entah ke mana.
Siasat punye siasat, rupanya semua orang dalam bandar tuh dah ditawan oleh kuasa luar. Aku pun sebenarnya kurang jelas kenapa kuasa luar tu nak takluk kawasan kat situ. Kalau korang tengok betul-betul cerita ni, ada masa dorang sembunyi, dorang tengah dengar radio, masa tu lah matlamat taklukan kuasa luar tu dijelaskan.
* * * * *
Yang bagusnye cerita ni ade tunjuk moral value. Contohnye semangat setia kawan. Macam mana dorang saling care about each other, macam mana heroin di atas sayang giler kat bestfriend dia. Dan semangat cintakan tanah air, nak selamatkan orang-orang yang dorang sayang. Fuhhh aksi-aksi dalam cerita ni pun boleh tahan…
YANG TAK BEST???? Ending tergantung !!! Nasib kawan baik heroin ni tidak diketahui setelah beliau dan boyfriend nye menyerah diri kerana kawan baik dia ni tercedera ditembak. Memang sah lah akan ada sequel untuk movie ni. Memandangkan aku dah tengok yang first, memang kemungkinan besar lah aku akan tengok sequel nye. Rating??? 3.5 bintang daripada 5 bintang. Hekhekhek..
Bukan tak best langsung, cuma kurang jelas sikitttt aje :) To know more about the film’s sequel click here.
Waarrgghhh cerita epik ni dah keluar lahh!! Suka suka suka!! Bertambah suka apabila aku pergi kedai sup feveret aku, melantak nasi ayam macam takde hari esok, then kat tv elok je dia tayangkan The Making of Merong Mahawangsa nih.

Nahhh poster aku cilok dari blog Gulai Tempoyak Ikan Patin. Hohohooo aku tengok making of tadi, lagi laa bertambah-tambah keinginan aku nak tengok filem anak melayu ber-bajet besar nih.
Guna pelakon dari india…. aksi stunt dari China, orkestra antarabangsa. Fuhhh meletop-letop KRU buat filem ye???
Yeahhh ini lah masa nak tengok hasil kerja bumiputra yang digembar-gemburkan… Sebarang peningkatan dalam penghasilan filem, kita puji kita sokong ye. Kalau ada kelemahan mana-mana tak perlu kutuk tak perlu hentam, kita sama-sama lah bagi dorongan untuk pihak berkenaan buat penambah baikan pada masa akan datang eyh?
Kalau bukan kita yang nak support orang sendiri, siapa lagi kan?
SEKALI LAGI… entry busuk. Sorry, aku baru teringat pasal ni lepas aku jumpa gambar-gambar dalam folder berhabuk :P
Aku telah dapat tiket free dari abang Darkbatman untuk pra-tonton filem “RATU The Movie” Pra-tonton means, korang tengok movie tu sebelum tayangan perdana pun! Masa pra-tonton ni merasalah korang tengok satu panggung dengan para pelakon, pengarah filem, wartawan.. Haaa kelas uolls!!!
TARIKH : 22 FEBRUARI 2011
LOKASI : Cathay Cineplexes, E@Curve

SINOPSIS
Filem “RATU the Movie” mengisahkan perjalanan satu pertandingan realiti iaitu pencarian Pesona Ratu. Seramai 10 orang finalis telah dipilih, namun sebelum sempat pemilihan bermula, 2 orang telah disingkirkan. Kenapa? Tengok sendiri lah ye.
Percutian penuh glamor yang diimpikan seakan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 8 peserta yang tinggal. Keseronokan yang dijangka rupanya angan-angan sahaja. Segalanya berubah dalam sekelip mata apabila mereka terperangkap di sebuah pulau gara-gara ribut melanda.
Misteri mula menyelubungi apabila satu persatu perkara misteri menimpa mereka dan ada peserta yang hilang. Mereka berpecah dan terjadilah perkara-perkara yang tidak mereka jangka kan. Namun, tetap ada satu pemenang dalam ‘permainan’ ini. Apa yang jadi kepada semua finalis? Siapa menang? Nak tahu tengoklah sendiri. Aku bukan nak buat review filem ke ape. So aku malas komen. Ahaks..
Selepas tayangan filem tamat. Sidang media antara pengarah, pelakon dan wartawan.
Credit : http://darkbatman.com/
CRIME PARTNER OF THE DAY : Syafiq Rosli , Aqu APi & Nisa Menaip
Banyak lagi gambor camwhore kitorang. Maklumlah.. aktiviti wajib kan kan kan… Ahaha.. malas nak cakap banyak dah, nanti kalau rajin aku upload kat facebook aku. Bye bye.
P/S : Preloved shawl dan baju KLIK SINI
Photo and editing by : Admal from Kugairah Photography.
[ KUGAIRAH BLOG ] [ KUGAIRAH FLICKR ]
Photo and editing by : Muhamad Hisyam Sidek from Creativeheart
Dan photo of the day ialah gambar wajib pose untuk siri AKU, DIA DAN DSLR!!! Hahahaaa~ :
What I wore on that day : Inner dark blue-fuchsia pink from Ayunar, baby blue-turquoise chiffon shawl, turquoise inner shirt, polkadot dress from Chaz Boutique, Tracey’s skinny pants, Viola heels, various accessories
Alhamdulillah. Bye bye.
JENSEN ACKLES
Yeaaahhhh!! Hensem sangat okeh! Aduhh aduhh cair nih!! Hahahaa…
My favorite cast, Jensen Ackles from the Supernatural series.
- Jensen Ross Ackles was born in Dallas, Texas.
- In 1997, he received a role on the NBC soap opera "Days of Our Lives".
- In 2000, Ackles went to Vancouver, joining the cast of the James Cameron television series Dark Angel.
- In 2003, he made several guest appearances as C.J. on the hit WB Network show "Dawson's Creek".
- In 2004, Ackles became a regular on the popular WB Network series "Smallville".
- Ackles returned to television in 2005 in the new WB horror series "Supernatural" (2005) in the role of Dean Winchester.
source : IMDb
I just love his chareacter in the Supernatural series. I don’t know why. Ouhh I used to keep posters of Jensen Ackles! Hahaha~
Challenge Day 3, done. CLICK HERE to get to know more about the challenge.
Is he married?? Oh no!! Bye bye.
KHURAFAT by Shamsul Yusof. Terbitan SKOP Production.
Mari sini Nisa list kan sebab musabab kenapa Nisa nak sangat sangat pergi tengok filem ni.
BACA TAJUK!
THRILLED! FEAR!
TRAILER YANG MENARIK
BABAK HANDAL
SOKONG
P/S : Segala yang ditulis di sini merupakan pendapat peribadi saya. Ini HANYA sebab sebab mengapa saya TERINGIN nak tengok filem ni, BUKAN REVIEW pon. Hehehee… So, jika ada pendapat yang bercanggahan dengan saya, sekali lagi saya ingatkan ini pendapat peribadi saya. Besides, everyone has different frame of reference :)
So.. siapa nak teman si penakut ni tengok filem Khurafat? Hehehee…
Bye bye.
I was wearing fully black and white on that day. (Ignore my face expression. BURUK!)
Lela & Myra. Thanks for the time, thanks for laughing along. And deeply sorry because I’m out of mood a bit. =.=
GERAM. Sale sana, sale sini.. Aduhhh!!! I have to be extremely patient because I’m out of budget! haha
Oke itu sahaja.. dah. habes. hehee
bicara : saya penat.
Copyright © Nisa Kay