Khamis, 15 Februari 2018

MY OWN BAKES CAFE @ 8 Kinrara pilihan Nisa !




Assalamualaikum...

Hujung minggu yang panjang bakal menghampiri kita dan semestinya rata-rata dari kita sudahpun merancang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti termasuklah bercuti atau pulang ke kampung masing-masing, ada yang nak pergi picnic, hiking dan sebagainya. Bagi warga kota yang tidak ke mana-mana, kafe yang ingin Nisa kongsikan ini mungkin boleh menjadi salah satu destinasi santai untuk korang !




MY OWN BAKES CAFE @ 8 KINRARA 

My Own Bakes Cafe bermula dengan sebuah kiosk makanan pencuci mulut di Subang Parade, dan kiosk tersebut masih lagi beroperasi di sana. Dan sekitar Julai 2017, My Own Bakes Cafe membuka cawangan baru di 8 Kinrara yang terletak di Bandar Kinrara Puchong. Dan sejak dari itu, sambutan yang mereka dapat begitu di luar jangkaan. Nisa sendiri pun sepanjang berada di kafe ini, ramai pelanggannya... FULL HOUSE !



Suasana yang begitu cozy dan relax sewaktu Nisa mula-mula sampai. Gaya yang ditampilkan oleh kafe ini begitu moden dan bersahaja, tidak melebih-lebih dan sangat santai. 




Antara yang menarik perhatian Nisa sewaktu mula-mula melangkah masuk ke My Own Bakes Cafe ini ialah ruangan bermain untuk kanak-kanak turut tersedia di dalam Cafe ini. Jadi jika ada yang membawa anak kecil atau adik boleh lah alih perhatian mereka dengan permainan-permainan yang ada di sini. 



Sebuah sinki juga disediakan di cafe ini. Sambil melangkah masuk ke kafe tu kan, sempat lah jeling dekat cermin tu, tengok diri ini helok ke tidak. Hahaha..

Baiklah... jom kita beralih ke menu-menu yang terdapat di My Own Bakes @ 8 Kinrara ni.




CUPCAKES !!! Ada pelbagai jenis cupcakes yang nampak sangat cantik , kemas dan enak !! Huiiii terus rambang mata nak pilih yang mana satu. Bagi mereka yang menyukai makanan pencuci mulut seumpama ini, pasti akan sukakan pilihan manisan yang terdapat di kafe My Own Bakes Cafe @ 8 Kinrara ni..




COOKIES and CAKES !!! Ada beberapa pilihan kek dan juga biskut. Sayangnya Nisa tak berkesempatan merasa biskut tersebut. Sebab duk order makanan lain hew hew hew. Maklumlah bila banyak makanan yang nampak enak di depan mata ni, susah sikit nak buat pilihan. Mujur datang bersama rakan-rakan, boleh order beberapa jenis menu dan berkongsi rasa dengan semua orang!



Bagi mereka yang nak makan makanan yang berat dan lebih mengenyangkan, jangan risau di My Own Bakes Cafe @ 8 Kinrara turut menyediakan menu-menu yang terdiri daripada pasta dan ianya boleh diorder dalam bentuk Combo Set Meal. Lebih mudah dan jimat begitu.


Selain itu juga, kafe ini menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu. Contohnya nak tempah cupcakes atau kek untuk majlis hari jadi, cenderahati dan sebagainya.. Boleh hubungi mereka menerusi laman Facebook Page My Own Bakes @ 8 Kinrara untuk maklumat lanjut ya. 




Nisa minum air ICED TROPICAL SHAKEN TEA. Ya Allah.. teguk je air ni fuhh terus jatuh cinta ! Sebab fresh sangat rasa dia. Tak manis sangat, just nice ! Memang antara yang wajib korang cuba kalau datang ke kafe ni tau. Rasa nak order dua gelas lagi !



Ini senarai makanan yang kami order hari tu :

Carbonara Pasta
Aglio Olio Pasta
Bolognese Pasta
My Own Bakes Tuna Sandwich
My Own Bakes Special Waffle



My personal favourite ? BOLOGNESE PASTA. Well.. bolognese has always been my preference, all the times. So of course aku ada expectation tersendiri when it comes to bolognese pasta. Guess what ?? Memang jatuh cinta sangat dengan bolognese pasta dekat kafe ni.. Gravy dia sedappp dan rasa isi daging kisar di dalam sos tomato nya. Semuanya cukup balance. 



Haaa.. tidak dilupakan CARBONARA PASTA dan juga AGLIO OLIO PASTA.. kedua-duanya sedap ! Kalau tanya kawan yang lain, ada yang suka carbonara, ada yang suka pedas-pedas dan memilih aglio olio. Haa pendek kata semua sedap laaa...



M.O.B. TUNA SANDWICH
Loveeee the softness of the croissant and the rich flavor of the tuna !

M.O.B. SPECIAL WAFFLE
Pencuci mulut yang lembut dan enak ! Love thisss. Sesuai sangat untuk kanak-kanak juga.




This is their best seller cakes !!! Wajib sangat try kek BABA NYONA, CARROT CAKE dan RED KEBAYA kalau datang ke My Own Bakes Cafe @ 8 Kinrara ini okayyy !! Suka sangat kek mereka tidak dilimpahi icing sahaja.. Memang rasa yang balance, icing dan kek nya. Tak terlampau manis dan I loveee the softness of the cake.. Boleh tempah untuk beli sebiji kek terus haaa boleh hidang di majlis-majlis yang anda inginkan !



Jadi, kesimpulannya.. kenapa Nisa pasti akan datang lagi ke sini ?
  • Suasana cozy dan sangat relax.
  • Boleh buat tempahan untuk makan-makan.
  • Menu yang pelbagai, dari makanan yang berat hingga ke pencuci mulut.
  • Harga yang berpatutan.
  • Lokasi yang tidak begitu padat, just nice. (Mungkin akan lebih padat dan busy di masa akan datang)
  • Terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak.




Jadi bagi mereka yang ini ke kafe ini untuk maklumat lanjut, boleh rujuk butiran di bawah :

Facebook Page : My Own Bakes Cafe

Instagram : @myownbakescafe

Alamat : My Own Bakes Cafe
8 Kinrara, B-LG-11, Jalan 5A/3B, Bandar Kinrara 5





NISA KAY.


3 ulasan:

  1. Nampak menarik sis. Kena pergi cuba ni.

    Harga pun nampak macam ok.

    BalasPadam
  2. memang sedap pasta dan kek kt sini

    BalasPadam
  3. Sukanya tengok desserts macam-macam ada...

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay