Khamis, 20 Disember 2018

Ayo Ke Padang, Indonesia (PART 2)



Assalamualaikum..

Haa.. bertemu lagi kita dengan bahagian kedua blog post mengenai trip Nisa ke bumi Padang, Indonesia. Terima kasih Dinas Pariwisata Padang kerana sudi membawa kami meneroka lebih banyak hidden gem di bumi bertuah ini. Haaa makin excited nak cerita dengan you guys, ke mana kami pergi sebab nya.. this is my favorite part of the trip !

Awal-awal pagi kami di bawa ke kawasan Pantai Carlos atau juga dikenali sebagai Pantai Bungus. Biasanya, ia akan dipenuhi dengan nelayan, tempat orang meletakkan bot masing-masing dan pelbagai lagi aktiviti nelayan. Tapi kami di sini cuma pada waktu pagi ketika ingin menaiki bot untuk aktiviti island hopping, juga di waktu senja ketika kami mahu pulang.



PULAU SIRANDAH

Kami tidak singgah di pulau ini. Cukup kami lalu sahaja untuk menikmati pemandangan indah di sekitar pulau ini, mungkin di pulau ini kurang aktivitinya? Tapi yang menariknya, terdapat gelongsor di pinggir air yang akan membawa anda terusss jatuh ke dalam laut! Haha menarik la pulak kan.



PULAU PAGANG

Ini mungkin one of the best location dan juga WAJIB LAWAT kalau anda ke Padang, Indonesia. Pulau Pagang sangat sangat cantik masyaAllah.. rasa macam berada kat dunia lain pulak ! Alhamdulillah cuaca sangat elok pada hari tu, kami pun dapat menikmati keindahan pantai di Pulau Pagang ni. Kami bermain air, bergambar dan juga makan tengahari di sini.



Cantik sangat sangat Pulau Pagang ni. Airnya bersih dan jernih sekali!!! Boleh nampak kan seolah warna ombre pulak air laut di sini. Rasanya susah nak move on! Tapi kena hati-hati sebab batu karang banyak sangat sampai ke tepi pantai. Siap ada spot untuk snorkeling, tapi paras airnya sedikit cetek dan boleh duduk atas batu yang besar-besar di dalam air tu. Syukur ya Allah, dapat menikmati ciptaanMu yang sangat sangat indah ini....



PULAU SUWARNADWIPA

Another location yang Nisa tidak akan, tidak pernah akannnn lupa!! Banyak terlakar kenangan yang mungkin terjadi once in a lifetime dalam hidup Nisa ! Selain dari pantainya yang cantik dan bersih, banyak jugak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.



Jangan lupa abadikan momen anda di pulau ini dengan mengambil gambar di buaian yang tertera perkataan SUWARNADWIPA. Anda boleh posing secara membelakangkan lautan dan pulau-pulau, atau pun posing ala-ala effect silhouette sambil mengadap pemandangan laut lepas. Nyaman sangat di sini! Anda boleh berkayak dan snorkeling di sini. Buaian yang sama, juga terdapat di dasar laut!!  Haaa nak tahu pengalaman once-in-a-lifetime Nisa di sini, jangan lupa tengok post Nisa di instagram okay!



PULAU PASUMPAHAN

Ini pun kami sekadar lalu sahaja. Tapi jelas kelihatan Pulau Pasumpahan ni tak kurang cantiknya dengan pulau-pulau lain yang kami telah pergi / lalu. Di sini banyak pondok-pondok untuk pengunjung beristirehat barang kali. Mungkin ada aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini tapi sebab kami pun tak singgah, jadi kami juga tak pasti. Mungkin jika korang ada plan nak ke Padang, Indonesia boleh lah singgah di sana dan kongsikan apa yang best ya!



Okay.. petang sudah melabuhkan tirai, hari pula makin senja.. kami kembali ke lokasi kami bertolak pagi tadi iaitu Pantai Carlos atau dikenali sebagai Pantai Bungus. Petang-petang macam ni dapat lah kami menyaksikan aktiviti para nelayan yang datang menarik pukat mereka. Budaya hidup mereka serba ringkas di sini. Kami terus pulang ke hotel memandangkan semua dan kepenatan ber-island hopping dan mandi manda kan. Haha sunburn teruk semua!


Asalnya Nisa nak sambung menaip mengenai lokasi yang kami kunjungi keesokan harinya, iaitu hari terakhir kami di kota Padang ini. Sempat kami melawati lokasi-lokasi menarik sebelum makan tengahari dan juga berangkat ke airport. Tapi takpelah, dah menjadi kebiasaan Nisa menulis blog post mengenai trip mengikut berapa hari kami di sana. Jumpa kalian di next blog post!


Oh yaaa.. jika anda berminat dengan pakej island hopping serta aktiviti di pulau-pulau sekitar Padang, Indonesia.. boleh lah korang contact pihak Rindu Pulau. Terima kasih kepada Rindu Pulau sebab bawa kami ke pulau-pulau yang cantikkk sekali!


RINDU PULAU
Facebook Page https://bit.ly/2A284t1




NISA KAY.

1 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay