Assalamualaikum semua..
Wahh rasanya dah lama jugak tak update mengenai sebarang trip atau kisah travel Nisa.. Haa bukan apa, sejak dua menjak ni, Nisa fokus kepada kerja yang di depan mata, so memang tak fikir sangat lah pasal travel, plus kalau travel ni nak kena keluar duit lagi. I'm saving for something else for now.. so yeah memang malas nak travel. Kalau ada sale tiket flight pun buat tak nampak je.
Tapi, baru-baru ini Nisa mendapat jemputan dari pihak Dinas Pariwisata Padang, Indonesia (kira macam tourism dorang la) untuk explore Padang dan merasai sendiri pengalaman jalan-jalan di Padang. Biasanya kalau orang landing di airport Padang, mereka akan ke luar daerah melawat tourist spot yang famous macam Bukittinggi atau Batusangkar. Haa kali ini jom kita lihat antara tarikan yang sememangnya ada di daerah Padang, Indonesia !
SEKITAR KOTA PADANG, INDONESIA
Memandangkan masa kami di Padang, Indonesia cuma 3 hari 2 malam, jadi kami ambil flight pagi dari Malaysia.. Kalau tak silap perjalan ambil masa sekitar satu jam kot? Maaf lah Nisa tak berapa ingat sebab naik flight je terus tidur haha. Okay rasanya memang sekitar satu jam flight, tapi waktu di Indonesia lambat 1 jam dari Malaysia.
For me, pekan Padang ni tak sesibuk kota besar macam Jakarta, mungkin masih ramai yang belum betul-betul tahu apa yang best di sekitar Padang ni kan ? Pekannya simple, banyak bangunan bercirikan minang untuk pejabat-pejabat di sepanjang jalan. Kehidupan dan aktiviti sehari-hari yang agak ringkas saya rasa.
MAKANAN TRADISI PADANG !
Kalau dah ke Padang, Indonesia pastinya tak boleh lepaskan peluang untuk merasa masakan Padang yang asli bukan? Nisa sebenarnya dah sering ke Restoran Sederhana yang ada di Kuala Lumpur dan juga di Jakarta, tapi pastinya lauk-pauk yang ada di Padang, Indonesia sedikit berbeza dengan cawangan lain, lebih-lebih lagi keaslian masakannya. Haa memang puas hati dapat lunch di sini tau! Lauk pauknya memang sedap dan sate nya fuhh awesome! Pastikan kalau nak berjalan tu, kenyangkan perut di sini dulu.
MONUMEN KORBAN GEMPA, PADANG INDONESIA
Dalam pada kita bersuka-ria nak berjalan tu, apa kata singgah sebentar di monumen yang menjadi salah satu peringatan sejarah buat warga Padang, Indonesia ini. Pada 30 September 2009, satu gempa bumi yang kuat telah berlaku dan mengorbankan lebih seribu nyawa. Banyak bangunan-bangunan serta rumah penduduk yang musnah di dalam gempa tersebut. Dan di kawasan monumen ini terteranya nama-nama mangsa yang terkorban, juga diabadikan puisi semangat buat semua yang terlibat.
KELENTENG SEE HIN KIONG
Seperti di Malaysia juga rasanya, di Padang turut mempunyai populasi penduduk berbangsa Cina dan kawasan penempatan kebanyakan warga Cina ini dipanggil pecinan. Di kawasan ini terdapat satu tokong yang menjadi tarikan di Padang, dapat kita lihat sulaman budaya-budaya berbeza di kota Padang ini, persis di negara kita sendiri. Bangunan kelenteng ini asalnya di tempat lain, tetapi selepas gempa melanda, kelenteng See Hin Kiong ini dipindah lokasi ke tapak yang sekarang.
JEMBATAN SITI NURBAYA
Haaa ada kisah menarik di sebalik nama jambatan ini. Jambatan ini popular sekali di Kota Padang, dan namanya diambil dari nama seorang gadis yang bernama Siti Nurbaya, yang terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya lantas dipaksa pula berkahwin dengan orang kaya untuk melunaskan hutang bapanya. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh google je kisah Siti Nurbaya ini, dan ia turut diabadikan menerusi novel terkenal karya Marah Rusli.
Dari atas jambatan ini, anda dapat menikmati pemandangan Sungai Batang Arau dan juga bot-bot nelayan di sepanjangan sungai. Penempatan dan perkampungan juga jelas kelihatan di bahagian kiri dan kanan jambatan ini. Menjelang petang, jambatan ini menjadi lokasi popular untuk penduduk tempatan bersiar-siar sambil menikmati makanan yang dijual disepanjang jambatan ini.
PANTAI AIE MANIH
Pantai ini sesuai untuk orang yang just nak relax di bawah sinaran matahari sambil menyaksikan matahari yang akan terbenam di waktu senja. Ecehhh.. Biasa di sini kelihatannya orang memang bersantai-santai sahaja, membeli makanan dan minuman.. tetapi ada juga aktiviti yang boleh dilakukan, seperti menyewa ATV dengan kadar 100 ribu rupiah (sekitar RM30 - RM35) untuk sejam dan bersiar-siar di sekitar kawasan pantai.
BATU MALIN KUNDANG
Oh yaa.. sebenarnya Pantai Aie Manih ini sangat popular dengan bekas batu-batuan yang dipercayai Malin Kundang serta isi kapalnya yang disumpah menjadi batu. Haa lebih kurang macam kisah Tanggang kita lah kan. Jelas kelihatan susuk tubuh yang seakan sedang bersujud dan juga rangka kapal yang masih jelas kelihatan. Berselerakan di sekitar kapal adalah barang-barang perkapalan seperti tali dan lain-lain.
Oh yaa.. sebenarnya Pantai Aie Manih ini sangat popular dengan bekas batu-batuan yang dipercayai Malin Kundang serta isi kapalnya yang disumpah menjadi batu. Haa lebih kurang macam kisah Tanggang kita lah kan. Jelas kelihatan susuk tubuh yang seakan sedang bersujud dan juga rangka kapal yang masih jelas kelihatan. Berselerakan di sekitar kapal adalah barang-barang perkapalan seperti tali dan lain-lain.
HOTEL D'OXVILLE, PADANG
Haa sebelum ada yang bertanya, meh Nisa nak share mengenai tempat penginapan kami. Hotel ini sekali pandang, macam villa yang ada banyak bilik. Kolam renangnya cantik dan boleh tahan saiz nya. Bilik-bilik kami pula sangat selesa dan pilihan makanan untuk breakfast agak sederhana tapi cukup mengenyangkan dan enak!
KAMPUNG BUDAYA LIMAU MANIS
Kami dibawa ke sini untuk menikmati makan malam secara tradisional, iaitu dengan duduk bersila di atas pangkin, juga dihidang dengan makanan tradisi masyarakat sini iaitu lauk pauk Nasi Padang. Ada antara lauknya yang berbeza dengan apa yang kami makan di restoran, jadi terasa lebih dekat dengan budaya dan gaya hidup masyarakat kampung di sini.
Muzik gamelan menjadi halwa telinga kami sepanjang malam. |
Antara persembahan malam itu : Gendang Tambua Danau Malinjau |
Sambil makan malam dijamu penuh selera, kami juga menyaksikan persembahan budaya oleh masyarakat di Kampung Limau Manis. Ternyata, rumah ini sememangnya pusat latihan budak anak-anak di Padang untuk persembahan budaya. Mereka sangat menitik beratkan kesinambungan budaya ini dan memastikan anak-anak muda kenal dan meneruskan legasi persembahan budaya ini.
Baiklah.. sampai di sini sahaja kisah hari pertama kami di bumi Padang, Indonesia. Pastinya Nisa sangat sangat tak sabar nak berkongsi eksplorasi kami di sekitar Padang untuk hari kedua pula. Semakin banyak tarikan yang kami lawati dan alami, ternyata semuanya mengubah pandangan kami kepada kota kecil tapi kaya dengan tarikan pelancong, budaya dan alam semulajadi. Sooo guys see you in my next blog post!
NISA KAY.
Pantai Aie Manih tu unik, siap ada sejarah tuu.. Nice sharing
BalasPadamBestkan pg padang,suka tgk pulau dia yg canton,klu umur panjang thn dpn nk pg sana
BalasPadamtak pernah ke sini lg
BalasPadam