Memaparkan catatan dengan label Dream High. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dream High. Papar semua catatan

Isnin, 14 November 2011

Drama Korea kegilaan aku sekarang – DREAM HIGH

 

Assalamualaikum…

 

Wohhh dah lama aku tak layan mana-mana drama, tak kiralah korea atau pun jepun. Hari tu bila aku belek-belek folder dalam laptop aku ni, aku terjumpa satu folder K-DRAMA yang ada complete episodes cerita Dream High. Baru aku teringat, aku dah lama copy series ni dari roommate aku, tapi takde masa nak tengok.

 

Masa cuti raya haji hari tu barulah aku berkesempatan start tengok cerita Dream High ni. Memang best wehhh!!! Suka suka suka suka!!! Pelakon semua best-best okayh!! Mula-mula tengok satu episod, aku biasa lagi… then masuk episode kedua aku dah suka giler.. Masuk episod ketiga, aku tahu aku tak boleh stop tengok! Mesti habiskan!!

 

Dream-High23

SINOPSIS:

Mengisahkan keluarga Go Hye Mi yang dah bankrap, ayahnya lari ke luar negara. Hye Mi terpaksa masuk Kirin Art School supaya dia boleh jadi artis dan bayar hutang ayahnya. Dia diselamatkan oleh Kang Oh Hyuk, salah seorang guru di Kirin Art School. Sebelum dia masuk ke Kirin Art School, dia gaduh dengan kawan baik dia, Yoon Baek Hee. So, bila dia masuk sekolah tu, dia tidak diterima oleh pelajar lain dan menerima macam-macam tentangan. Berjayakah dia untuk jadi penyanyi?

 

 

Dreamhigh-08

Sinopsis kat atas tadi tu sinopsis dari pemahaman aku lah. Kahkahkah. Gambar kat atas ni lah Go Hye Mi (kot merah) yang dilakonkan oleh penyanyi Suzy dari kumpulan Kpop Miss A. Yang nampak macam nerd tu Ham Eun Jung (T-Ara) as Yoon Baek Hee. Aku benci watak Baek Hee ni, muka innocent konon tapi perangai… huh! Korang tengoklah cerita ni sendiri. Mesti geram dengan Baek Hee nih.

 

 

Dream-High33

Auwwww comelnye Go Hye Mi dengan Jin Gook / Hyun Shi Hyuk (dilakonkan oleh Taecyeon dari 2PM). Tapi aku geram lah dekat Shi Hyuk sebab dia bukan nak fight betul-betul untuk gadis yang dia cintai. Cewahhh over pulak aku. Hahaha~

 

 

tumblr_lgc7zxWzEY1qd8ip3o1_500

Ni pulak dua watak favourite aku. Kim Pil Sook (dilakonkan oleh IU) yang sangat comel. Mula-mula watak dia gemuk, tapi dia tetap comel sebab memang dalam Dream High dia berpewatakan kebudak-budakan. Mamat hensem gilos tu pulak Jason (dilakonkan oleh Jang Woo Young dari 2PM), dalam cerita ni Jason ialah seorang yang sangat berbakat dalam dancing, lepas tu suka speaking.

 

 

Dreamhigh-18

Haaa cikgu dua orang ni sangat kelakar okayh! Tengoklah macam mana perangai masing-masing bila dah jatuh cinta. Memang kelakar sangat. Herherherr…

 

 

Siapa yang tak tahu cerita ni, meh aku bagi korang dengar lagu tema Dream High, tajuknye Dream High jugaklahhh…. Tengoklah cerita ni, memang best weh!! Lagu-lagu OST dalam Dream High pun semua best! Aku baru lepas download semua OST tuh. Kahkahkah~

 

 

Cover

CLICK HERE FOR FULL SYNOPSIS AND CASTS LIST

CLICK HERE TO DOWNLOAD ALL DREAM HIGH OST

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay