Memaparkan catatan dengan label vacation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vacation. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2019

Nisakay Ke Jepun - Meneroka barat Jepun bersama JR West Railway! (PART 4)



Hai semuaa!! Pengembaraan di bumi Jepun diteruskan lagi ya. Tak sabar nak kongsi lebih banyak info mengenai tempat-tempat yang Nisa dah pergi dan juga tentang kemudahan keretapi JR West yang sangat memudahkan Nisa sepanjang Nisa di Kansai. 

Hari kelima kami, setelah selesai sarapan di Hotel Vischio Amagasaki, kami menaiki Shinkansen dari JR Amagasaki Station menuju ke Shin Osaka. Di stesen Shin Osaka pula, kami menaiki Shinkansen Nozomi 155 menuju ke Okayama. Haaa berapa kali tu naik Shinkansen, semuanya menggunakan JR West Rail 7-Days "Kansai - Hokuriku" Area Pass! Jimat banyak sangat!



Perjalanan menuju ke Okayama memakan masa kurang 1 jam. Haaa laju betul Shinkansen ni! Puas hati dapat naik Shinkansen banyak kali dan pergi ke lokasi sekitar Kansai dengan hanya menggunakan satu tiket! Berbaloi sangat! Lihatlah sendiri seperti di dalam gambar di atas, bangunan Okayama Station ni betul-betul bersebelahan dengan Hotel Granvia Okayama, hotel yang kami duduki di sini. Rangkaian Hotel Granvia dan Hotel Vischio semuanya di dalam kawasan stesen keretapi. Sebab tu hotel-hotel ni menjadi pilihan kami!




  • HOTEL GRANVIA OKAYAMA 

Bangunannya terletak betul-betul di sebelah JR Okayama Station, akses yang mudah kepada pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi juga. Bilik yang sangat selesa, kamar mandi dan bilik air berasingan.




Lihatlah bilik kami yang luas dan sangat selesa! Lengkap dengan city view dari tingkap bilik hotel kami, kami dapat lihat stesen keretapi, stesen bas dan bangunan-bangunan di sekitar kawasan hotel. Memang berbaloi lah duduk dekat sini kan? Haa dah sampai Okayama ni takkan nak duduk di bilik saja kan? Jom jalan-jalan!





  • KORAKUEN GARDEN, OKAYAMA

Di mana-mana daerah di Jepun ni, Nisa rasa mesti ada Japanese Garden yang cantik dan popular. Di Okayama, Korakuen Garden merupakan Japanese Garden yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Lokasi yang sangat sesuai dijadikan tempat bersiar-siar, picnic, dan mempelajari sejarah dan informasi mengenainya. 



KORAKUEN GARDEN, OKAYAMA

Opening daily from 
7.30am - 6.00pm (20 March ~ 30 Sept)
8.00am - 5.00pm (1 Oct ~ 19 March)

Entrance fee : 
410 yen (15 years old ~ 64 years old)
140 yen (65 years old and above)

Visit this website for more info : https://okayama-korakuen.jp/section/english/




Selain itu, anda juga boleh mengunjungi sebuah tea house yang terletak di dalam Korakuen Garden ini untuk menikmati manisan yang sangat popular di daerah Okayama iaitu Kibidango dan juga hot green tea. Sedap sungguh Kibidango ni! Dia macam mochi jugak lah. Lembut dan manis. Kibidango yang Nisa makan ni merupakan Kibidango yang telah disahkan halal. Sijil pengesahan juga turut dipamerkan di kedai ni.



Korakuen Garden ni luas sangat dan banyak instagrammable spot juga. Siapa yang suka bergambar wajib datang sini! Taman yang bersih, banyak keindahan semula jadi dan banyak perkara yang boleh dilakukan di sini. Ada spot untuk beri makan ikan dan itik di tasik yang ada di dalam taman ni juga!




  • MILENGA INDIAN CUISINE

Untuk makan tengahari, kami menikmati makanan India di restoran ini. Menu makanan mereka terdiri daripada makanan vegan dan juga non-vegan. Untuk bahan masakan, mereka tidak menggunakan sebarang pork jadi tak perlu risau ya. 




Memang puas hati makan di sini, portion nya agak besar. Mengenyangkan sungguh! Barulah ada tenaga nak sambung berjalan-jalan di sekitar Okayama, kan? Untuk pelanggan Muslim, di bahagian basement restoran ini juga disediakan ruang untuk bersolat. 



  • KURASHIKI, OKAYAMA

Seterusnya kami jalan-jalan ke Kurashiki. Ramai pengunjung di sini, memang antara spot yang wajib anda kunjungi jika ke Okayama tau! Di kawasan ini banyak terdapat rumah kedai, dan beberapa tarikan lain. Macam biasalah, kalau travel mesti nak cari lokasi yang cantik untuk ambil gambar, kan? Haa di Kurashiki ni sangat ideal untuk ambil banyak-banyak gambar!




  • MAKING YOUR OWN "MURA SUZUME"

Haaa kalau berkunjung ke Kurashiki, dengan mudahnya anda dapat melihat sebuah kedai seperti di dalam gambar yang Nisa kongsikan di atas. Kedai yang dikenali sebagai Kikkoudou ini menyediakan sesi membuat mura suzume bersama pengunjung. Mura suzume merupakan makanan tradisi di sini, kalau nak lebih faham dia macam pancake yang berintikan kacang merah! Haa lembut dan sedap. Dengan hanya membayar 600 yen, anda berpeluang membuat sendiri mura suzume!




Kurashiki terkenal dengan beberapa tarikan di sekitarnya. Tempat yang Nisa ambil gambar ni merupakan Canal Area yang dijaga dengan baik dan bersih. Disekelilingnya terdapat banyak kedai-kedai dan juga tea house yang sedia dikunjungi pelancong. Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda juga boleh ke Ohara Museum, Ohashi House dan Ivy Square.





Para pengunjung juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar kawasan ini. Atau menyewa kimono. Nak shopping pun seronok sebab banyak kedai-kedai menarik di sini, seperti kedai washi tapes, kedai cenderamata dan kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman. Setelah puas berjalan-jalan di sekitar Kurashiki, kami pun kembali ke hotel.





Kami di bawa ke sekitar kawasan hotel, dan pihak hotel telah berbesar hati berkongsi dengan kami jenis-jenis bilik yang terdapat di hotel ini dan juga melihat beberapa fasiliti hotel seperti kolam renang dan bilik sauna.




Istimewanya di Hotel Granvia Okayama ini, mereka turut menyediakan fasiliti yang Muslim Friendly, seperti ruangan untuk bersolat yang terletak di tingkat satu. Peralatan seperti bangku, sejadah, tuala, selipar turut disediakan di bilik ini. 




  • DINNER @ APPLAUSE RESTAURANT, HOTEL GRANVIA OKAYAMA


Makan malam kami sungguh istimewa. Kami dihidangkan dengan makanan-makanan Muslim Friendly. Berada di tingkat tertinggi di hotel ini, restoran Applause turut menyajikan city view yang sangat cantik pada waktu malam. Wahh boleh lah menikmati pemandangan sambil makan makanan yang enak! 



Untuk sarapan pagi, penginap Muslim boleh melihat tanda "Okayama Peach" pada  makanan tersebut. Setiap nama makanan akan diletakkan tanda Okayama Peach ini untuk makanan yang halal. Jadi tak perlu risau sekiranya terkeliru ketika memilih makanan. Pihak hotel sudah menyediakan cara mudah untuk anda mengenal pasti makanan yang boleh dinikmati oleh pengunjung Muslim.



Baiklah.. sampai di sini sahaja, jumpa di blogpost seterusnya !





NISA KAY.



Read More»

Khamis, 7 Februari 2019

Ayo Ke Padang, Indonesia (PART 3)



Assalamualaikum..

Allahu.. sebenarnya tak move on lagi dengan percutian Nisa ke Padang, Indonesia tak lama dulu.. Hahahaa okay okay Nisa janji ini part last mengenai butiran percutian Nisa okay? So lepas ni, korang yang dah baca ni, boleh laa plan jalan-jalan ke Padang, Indonesia. Less crowded and traffic compared to big city like Jakarta. Boleh rujuk entry PART 1 dan jugak PART 2 ya! 



BERSIAR-SIAR DI KOTA PADANG

Hari ketiga kami di Padang, Indonesia sebenarnya merupakan hari terakhir kami di sana. Tapi disebabkan flight pulang kami di waktu petang, sempat juga Nisa dan rakan blogger yang lain bersiar-siar sekitar kota Padang, melihat aktiviti masyarakat tempatan dan menghirup udara pagi di sana. Kalau korang nampak dalam gambar di atas, ada papan tanda PADANG di atas gunung di belakang nunnn. Haa boleh jadi port bergambar juga ni.



Kebetulan pagi tu, warga Padang ada aktiviti macam marathon ke apa, Nisa pun kurang ingat dah. Haa tu lah tangguh lagi tulis blogpost kan. Hahaha kan dah lupa! Tapi memang ramai gila pesertanya, penuh di jalan-jalan mereka yang berbaju kuning hijau ni. Tapi seronok la tengok aktiviti masyarakat tempatan kan, semua peringkat usia ada. Memang awal pagi mereka dah keluar rumah! Mercu tanda yang di tepi pantai ni pun boleh dijadikan port nak bergambar.



GUNUNG PADANG

Kalau anda nak tahu, di kota Padang, boleh naik bas pelancong dan dia akan bawak jalan-jalan ke sekitar tempat tarikan yang ada di Padang. Kami turun di hentian hadapan pintu masuk Gunung Padang ni. Haaa hiking sikit la kan sebelum balik ke Malaysia? Jom kita tengok apa lagi yang menarik kat sini...



Nak hiking naik ke Gunung Padang tu takdelah extreme mana.. santai-santai sajor lah kan.. sekadar nak hirup udara pagi, naik sikit-sikit boleh je.. budak-budak kecik pun boleh je naik.. ada laluan yang telah dibina, tapi agak bertangga. Jadi kalau sakit-sakit kaki ke lutut ke, susah jugak lah kot nak naik? Tapi sepanjang perjalan mendaki, kita akan melalui rumah penduduk yang tinggal di kaki Gunung Padang dan melihat tinggalan sejarah di kaki gunung ini.



MAKAM SITI NURBAYA

Antara tarikan yang terletak di atas Gunung Padang ini adalah makam Siti Nurbaya. Lokasinya agak terlindung di balik batu yang sangat besar. Jadi kena berhati-hati nak ke sini. Boleh google kisah Siti Nurbaya dan apabila di tanya mengenai simbolik lokasi makam ini, penduduk tempatan beranggapan lokasinya yang agak terlindung itu mungkin untuk melindunginya dari musnah dek kerana peperangan yang melanda pada zaman dahulu.



PUNCAK GUNUNG PADANG

Alhamdulillah puas hati rasanya berjaya sampai ke puncak, walaupun agak mengah sebab tak fit! Hahaha.. Tapi pemandangannya mashaAllah cukup cantik, tenang, berangin dan aman damai je rasa. Haaa kan dah rindu Padang! Rasa nak fly ke sana sekarang jugakk! Syok jugak ni, dapat minum minuman panas (boleh beli dari penjual yang atas berjual di puncak), baca buku atau dengar lagu. Layan je pemandangan. Sangat refreshing!



PUSAT OLE-OLE

Ada banyak jenis pusat ole-ole yang ada di sekitar Kota Padang untuk anda singgah dan membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Tapi kami singgah di Pusat Oleh-oleh Ummi Aufa Hakim. Ada pelbagai jenis ole-ole yang ada boleh bawa pulang. Tapi kalau di Padang, yang famousnya mestilah bawak balik aneka juadah Padang.



Di pusat ole-oleh seperti ini ada banyak pilihan makanan kering atau makanan pre-cooked yang anda boleh beli dan bawa pulang. Antara yang famous orang selalu beli adalah Rendang Padang. Nisa tak pernah pulak rasa tapi beli jugak lah sekotak dua untuk family. Sebab ada kawan yang memborong berkotak-kotak haa.. Kerepek dan biskut-biskut pun banyak ni. Boleh beli banyak, nanti dorang akan pack kan di dalam kotak besar.. alaa saiz dia macam kotak air mineral botol kecik tu je.




Kalau nak cari kain ke, batik ke, tshirt atau keychain untuk di bawa pulang, betul-betul di sebelah pusat ole-ole ni ada kedai cenderahati yang jual produk seumpama itu. Haa nak beli kain pasang pun boleh, nanti balik Malaysia boleh buat baju ye dak. Keychain dan fridge magnet pun dijual dengan harga yang berpatutan. Boleh la beli banyak banyak untuk diberi kepada sahabat handai!



RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK

Haaa sebelum ke lapangan terbang, tak sah lah kalau kami pulang tanpa merasa masakan asli Padang buat terakhir kali kan? Pilihan kami adalah Rumah Makan Lamun Ombak. Agak ramai jugak pelanggan di kedai ini. Saiz kedainya agak besar jugak, ada bilik tertutup berpenghawa dingin di tingkat atas.



Mungkin ada yang merasakan "alahh kat KL pun ada restoran nasi Padang!" tapi sungguh Nisa katakan, lain sungguh air tangan masyarakat asli Padang tau! Lauk-pauk mereka semua sedap-sedap. By the time kami sampai ni, banyak lauk sudah habis kerana waktu puncak makan tengahari. Lauk famous mereka rendang Padang pun yillek! Habis! Haa petanda suruh datang lagi ke ni? Apa-apa pun alhamdulillah puas hati kami makan tengahari di sini.



Alhamdulillah... tamat sudah percutian kami di bumi Padang, Indonesia. Pastinya tidak akan dapat kami lupakan kenangan di sana.. Seronok sebenarnya explore bandar kecil, yang ada hidden gem seperti pulau-pulau dengan air yang sangat cantik dan jernih! Terima kasih kepada Dinas Pariwisata  dan Kebudayaan Padang kerana sudi bawak kami blogger Malaysia jalan-jalan selama tiga hari dua malam di sini!


Kalau ada yang berminat nak explore Padang, Indonesia ni, boleh direct kepada :




NISA KAY.

Read More»

Rabu, 25 November 2015

Nisakay Ke Osaka – Air Asia X ft Universal Studios Japan (PART 1)

 

 

Assalamualaikum..

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (1)

Ahaaa nak ke mana pulak Nisa ni ? Kemain berjalan aje tahun 2015 ni kan ? Dah nak sampai ke hujung tahun pun masih berterbangan lagi ? Ahaha.. rezeki dari Allah takkan Nisa nak tolak ye dak.. Kalau bukan rezeki, buat macam pun takkan dapat.. Baiklah kali ini Nisa bakal terbang ke negara yang Nisa sentiasa impikan, tapi harapan tu Nisa simpan sementara sebab kekangan waktu dan wang hehehe..

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (2)

Thank you to AIR ASIA X we are going to OSAKA, Japan !!!! We? Ahaa of course bukan Nisa seorang je yang pergi, ada lagi beberapa rakan blogger yang turut sama dalam adventura bersama Air Asia X ke Osaka nii… Tak sabar nak jejakkan kaki ke negara matahari terbit tu.. Lebih-lebih Osaka yang sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan sebab ada Universal Studios Japan !

 

Perjalanan kami bersama Air Asia X mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke Lapangan Terbang Kansai. Kemudian kami menaiki shuttle van untuk ke hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Osaka. Tapi by the time kami sampai tu, dah pun malam. Selesai check in kami supper kejap kemudian tidur !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (3)

#1 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – A pic with the mighty globe ! Muahaha~

Macam yang Nisa dah sebut-sebut tadi… Osaka menjadi destinasi pilihan ramai pelancong sebab di sini terletaknya salah satu Universal Studios di Asia !! Excited sangat tau sebab inilah pertama kali Nisa menjejakkan kaki ke Universal Studios ! Alhamdulillah rezeki dapat pulak ke Universal Studios Japan (USJ) !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (4)

Tidak pasti pula di Osaka ketika itu musim cuti atau perayaan ke apa.. Ramai sungguh orang di sana.. Selain dimeriahkan dengan kehadiran pelancong dari serata dunia, rakyat tempatan Jepun turut hadir ke Universal Studios Japan ini untuk bersuka-ria !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (5)

#2 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Meeting cartoon characters goes to live !

Rekaan bangunan di dalam Universal Studios Japan ni cantik sangat ! Rasa macam di Hollywood pula.. Di tepi-tepi jalan kanak-kanak boleh mendapatkan gula-gula, popcorn atau gula-gula kapas dan bergambar bersama karakter kartun terkenal. Contohnya Pink Panther seperti di dalam gambar di atas.

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (6)

Ahaaa dah sampai di negara orang ni, antara perkara yang Nisa wajib buat ialah membuat aksi lompatan rasmi ! Ahahaa kira sebagai “penanda” I was there.. Gituu…

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (7)

#3 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Visit New Wonderland, a place for kids and cartoon lovers !

Antara tarikan di Universal Studios Japan ialah “NEW WONDERLAND” yang sememangnya sangat ceria dengan warna-warna terang dan menarik ! Sangat sesuai bagi mereka yang bawak kanak-kanak. Di sini banyak ruangan pameran seperti Hello Kitty Museum dan permainan-permainan yang sesuai dengan kanak-kanak diinspirasikan daripada karakter kartun terkenal.

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (9)

#4 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Meeting and taking picture with Hello Kitty !

Alololoo comel sangat sangat HELLO KITTY ! Jom lah semuaaa ke New Wonderland bertemu dengan Hello Kitty ! Kalau ada kawan-kawan atau anak-anak yang minat sangat dengan Kitty ni, boleh lahh datang sini boleh bergambar dengan Hello Kitty yang sangat adorable ni.

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (10)

Jangan lupa cuba permainan terbaru di New Wonderland, Universal Studios Japan nii…Memang seronok terhuyung-hayang naik ride ni, dan ianya selamat untuk kanak-kanak jugakkk (dengan had ketinggian).

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (11)

#5 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Experience The Amazing Ride of Spiderman

Another MUST DO in Universals Studios Japan !!!! The awesomeee ride : The Amazing Adventure of Spiderman ! What I can say is… the ride was SPECTACULAR ! Beyond amazing and a very very good experience ! Boleh bayangkan tak anda seumpama lompat dari satu bangunan ke satu bangunan dan terhayun dek spider web dan akhirnya anda dan Spiderman berjaya melawan para penjahat ! Ahaaa memang sukar nak digambarkan, kena lah datang sendiri ke USJ ni ! One of the best ride here !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (12)

Beruntungnya kami datang ke USJ ketika musim perayaan Halloween yang bakal tiba kerana kami berpeluang merasa kuih tradisi Jepun yang dipanggil mochi (actually they are rice cakes) dan isi dalamnya merupakan perisa-perisa yang akan mengubah warna lidah anda ! Ahaha macam monster candies yang biasa kita makan tu la!

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (13)

#6 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Buy super delicious caramel popcorn in Minion case !

Jangan lupa kalau datang USJ ni, beli caramel popcorn yang sangat sangat sedap ! Banyak dijual di sekitar kawasan USJ ni.. Bau dia tak payah cakaplah kan memang tempting sangat ! Harum semerbak je bau popcorn yang baru dibakar bersama caramel. Spend some more your yen cash to get this special edition of Minion popcorn case !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (14)

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (15)

#7 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Join the Costume Party if you come during Halloween season !

Jika anda datang sekitar musim perayaan Halloween, anda sangat sangat beruntung sebab berpeluang menyertai acara Costume Party yang diadakan di USJ ni ! Acara yang sangat besar kerana disertai oleh pelabagai lapisan masyarakat Jepun. Semua yang datang sangat kreatif dengan kostum masing-masing. Ada jugak persembahan istimewa di mana semua orang bernyanyi dan menari bersama-sama . Memang havoc !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (17)

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (18)

#8 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Choose your best spot to witness the awesome and cool Parade de Carnivale !

Seterusnyaaa…. antara saat yang dinanti-nantikan ! Acara Parade de Carnivale sememangnya dinanti semua pengunjung USJ. Lebih kurang setengah jam sebelum acara bermula di jalan utama USJ, sudah ramai pengunjung yang duduk dan tunggu di tepi-tepi jalan. Semua nak ambik spot masing-masing untuk merakamkan acara serba meriah dan berwarna-warni ni !

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (19)

Oh my my ! Elmo and Cookie Monster in the house ! The parade was very very entertaining and the music and costumes were great. Orang ramai diajak bertepuk-tangan bersama-sama untuk menambahkan lagi kemeriahan acara. Ohh ye, bagi mereka yang menyertai acara Costume Party tadi, mereka yang terpilih akan diberikan kad jemputan untuk turut sama berarak di dalam Parade de Carnivale ini ! Cool kan !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (20)

#9 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Minions come to live , watch them !

Bababaa.. babananaaaa… Ahaha super duper cuteeeee Minions !! This is a MUST-DO thing in USJ… !! You don’t wanna miss them. They are very cute and funny ! It was so entertaining watching their cute movements and antics ! You wanna bring your kids here or even you yourself may be a big fan of Minions !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (21)

Oh my god. I’m in…. HOGSMEADE ?!!!
I mean, Hogsmeade of Harry Potter films ??!!!

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (23)

Oh my.. the Hogwarts !

 

#10 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Visit and experience Wizarding World of Harry Potter, the only home of Harry Potter in Asia !!!

If you are a biggggg fan of the Harry Potter film series, you really really really DON’T WANNA miss this attraction of Universal Studios Japan. Yes you read me, USJ has the one and only Harry Potter attraction in Asia ! You can take a closer look of the interior of Hogwarts – Dumbledore’s office, Harry and Ron’s Gryffindor room. After the short tour within Hogwarts, it’s time for the Harry Potter ride !

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (24)

Oh my howwww can I describe how awesome it was, the ride !!! Imagine you’re riding a flying broom and you’re one of the Quidditch player along with Harry Potter and his friends !! Wooshhh you’re flying here wooshhh you’re flying there !!! For me, this is more exciting than the roller coaster haha ! Everything seems so real, of course it’s 6D ride.. or maybe 7D or 8D.. It was so realllll and I screamed like a mad woman LOL ! You HAVE TO come here at Universal Studios Japan and experience it yourself !!

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (25)

After the awesome flying broom ride, we were entertained by the FROG CHOIR and students of Hogwarts. They sang beautifully and it was awesome.

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (26)

I am very very sorry I cant get enough of Harry Potter thingy, especially when I’m in Hogsmeade and near the Hogwarts. Butterbeer is a must have here ! Of courseeee, you are soo Hogwarts students when you’re here haha !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (27)

You can purchase magic wands of the character you love. And of course, Harry Potter’s magic wands were out of stock ! Sold out ! But you can always choose the wands of other important character in Harry Potter films like Hermione and Ron’s wands.. Dumbledore, Snape, and other Hogwarts professors’ wands and even Voldemort’s !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (28)

Ehemmm.. I am sorry guys, I’m a Gryffindor’s member ! Hahahaa… This original robe with Gryffindor’s badge cost around 15000yen ! Ohh of course you can buy robe of Ravenclaw, Hufflepuff and Slytherin house too.

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (29)

So the day turned to night and it’s time for us to say goodbye to this magical land. I will miss you Hogsmeade and Hogwarts!!

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (30)

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (31)

#11 MUST DO IN UNIVERSAL STUDIOS JAPAN – Experience the zombie zone if you come during Halloween season.

Oh myyy what happened here ???!!! This is so scary ! There were explosions all over the place ! Blood are dripping from fleshes of zombies. And we were tired running from them ! They will chase you and scare you. This is something very rare to see and experience, especially during night time. I alwaysss see zombies in film and I don’t believe in zombies haha. But they were really really scary.

 

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Universal Studios Japan (32)

 

Maka berakhirlah sudah perjalanan kami ke sekitar Universal Studios Japan.. Apa yang Nisa senaraikan di atas merupakan antara tarikan dan perkara yang Nisa sarankan anda buat jika anda berkunjung ke sini. Sangat fun.. Dari pagi sampai ke malam kami menapak di sini. Terdapat kedai-kedai makan juga dan you guys can buy food from stalls and booth yang mudah didapati sekitar kawasan USJ ni…

 

Thank you veryyyy much UNIVERSAL STUDIOS JAPAN for having us here and of course to AIR ASIA X  fly us to Osaka. I love both to the moon and back ! And for readers.. stay tuned for more updates because I’m gonna bring you guys to Osaka city tour !

 

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikan di Universal Studios Japan dan harga tiket masuk, boleh lawati laman web berikut :
https://www.usj.co.jp/e/

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay