Ahad, 17 Jun 2012

U.O.X. 2012 – It’s Time To Crash!!


Assalamualaikum..


Wahhh It’s Time To Crash? Crash ape ni? Rempuh pokok? Rempuh dinding? Rempuh lembu? Haishhhh korang niii, bukan yang itu laaa… Tu lah kurang ikut perkembangan semasa! Meh sini semua aku nak kasi tahu. It’s time to crush 2012 with U.O.X. 2012!!


1

U.O.X. 2012 adalah sebuah pertarungan muzik hebat yang dianjurkan oleh Celcom yeahhh!! Sesi ujibakat telah pun dijalankan di seluruh negara dan ternyata mereka yang hadir ke ujibakat semuanya hebat-hebat dan berbakat belaka!




4

Kalau korang masih ingat, U.O.X. BATTLE 2011 tahun lepas telah menyaksikan pertarungan antara band-band hebat yang merebut hadiah utama bernilai RM10,000 !!! Woww pakcik kayoooo pakcik kayooo!! Memang meriah dan kebabomm wa cakap sama lu!


Tahun ni pulak, buat pertama kali nya U.O.X. 2012 turut memasukkan kategori tarian di dalam pertandingan. Dengan cara ni lebih banyak la dance crew baru yang berbakat dan unik akan dicungkil. Ini juga bermakna U.O.X. 2012 akan memperlihatkan battle of the bands dan juga dance battle! Woww memang cool!




Jom jom kita usha sikit apa pemenang U.O.X. 2012 akan dapat :

Capture

Juara bagi pertarungan antara band akan memenangi wang tunai RM7000 berserta layanan VIP semasa MTV World Stage 2012 akan datang. Manakala juara dance crew akan menang wang tunai RM7000, layanan VIP semasa MTV World Stage 2012 dan korang dapat jugak menyaksikan persembahan mereka selaku jemputan untuk 8TV Showdown. Wahhh lumayan betulllll!!





6*UOX BATTLE 2011*


Mereka yang hadir ke ujibakat telah pun disenaraikan di lama web U.O.X. 2012 dan korang semua apa lagi kalau nak tahu band mana yang terer goreng lagu, dance crew mana yang mempunyai gerak tari unik, pergi ke laman web xpax.com.my/uox.



Dah tengok semua video ujibakat, maka undilah yang mana pilihan kalbu. Korang cuma perlu like sahaja kat mana-mana video band atau dance crew kegemaran korang. Senang je kan. Cepat pergi ke xpax.com.my/uox sekarang! Sesi untuk korang mengundi akan tamat pada 17 JUN 2012 !!!




3*UOX BATTLE 2011*


Rasai kemeriahan U.O.X. 2012 GRAND FINALE di lokasi dan waktu berikut :

Date: 23 June 2012

Time: 5PM – 11PM

Venue: Ground Floor, Orange Entrance, Sunway Pyramid
 
 


 
Jangan lupa lawat xpax.com.my/uox dan undi band serta dance crew pilihan  hati korang dan datang beramai-ramai ke grand finale 23 Jun ini!!!
 
 


Sign PNG NisaKay

Read More»

Jumaat, 15 Jun 2012

VLOG – I made this random video because I was too boring

 

Assalamualaikum..

 

Dah lama tak vlogging. Poyo gila ku rasakan. Aku bersedia untuk kritikan. Peduli pulak aku orang nak kutuk apa.. Bukannye aku suruh dorang rakamkan. Nak tengok, tengoklah. Kalau dah tahu tak suka sangat diriku ini kenapa susahkan diri mengadap benda yang tak suka? In fact korang lagi nak tengok and datang blog picisan ni banyak kali.

 

 

Aku buat video ni sebab aku terlalu bosan pada hari itu. Maka lepas bekerja aku decide nak buat vlog. Vlog ni pada mulanya memang TAKDE HALA TUJU, TAKDE MOTIF, TAKDE TOPIK. So mula tu memang aku duk merapu merabai je la. By the way, thanks for watching! xoxo.

 

 

PLEASE GIVE ME A GOOD TOPIC OR QUESTION. I MIGHT END UP MAKING ANOTHER RANDOM VLOG AGAIN :P

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 14 Jun 2012

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands Golf & Country Resort – JUNGLE TREKKING

 

Assalamualaikum…

 

Fuhhh masih terkenang akan kelazatan makanan di Restoran Pasar Ikan Bakar. Seriously best! Seafood dan daging segar dibakar. Pergghhh boleh meleleh air liur gua ni kang! Huhuhu…

 

P1015720

Makanya, hari terakhir kami di Awana Genting Highlands sudah pun tiba. Pagi-pagi kami dah bangun, sarapan kenyang-kenyang sebab nak guna banyak tenaga untuk jungle trekking! Dari kiri : Cik Lily Putih, Rabiatul Adawiyah, Hanys dan Mira.

 

 

P1015729

Lepas dah kenyang bersarapan, kami semua berkumpul pulak kat Awana Genting Long House. Ingat nak bergambar sakan kat situ, but it seems that rumah panjang tu dah macam takde ape sangat. But still, you can see all the traditional elements of a long house there.

 

 

P1015749

Yeahhh tu dia all the bloggers dah bersemangat waja nak merempuh onak duri sepanjang jungle trekking nanti! Pergghhh onak duri tuuu… Metafora sungguh aku. Sebelum masuk hutan kita bergambor duluuu.

 

 

P1015751

Inilah abang pengiring kumpulan aku. Selaku Kumpulan 1, kitorang masuk dulu ke dalam hutan merasmikan acara jungle trekking yang serba mencabar sebab malam semalamnya hujan, so tanah agak lembap dan licin. Keadaan muka bumi lak berbukit bergunung bagai kan…

 

 

P1015759

Di pertengahan jalan pun sempat bergambor bagai. Kat belakang aku tu pangkal pokok yang tersangat sangat sangat la besar nye! Aku ni ibarat semut je la berdiri tepi pokok tuh. Huuuu..

 

 

P1015764

Yeayyyy dah sampai pun kat sungai! Kitorang berehat-rehat dulu sambil menanti kumpulan-kumpulan lain tiba kat destinasi. Maka berlangsunglah acara melepaskan anak-anak ikan yang kami kena jaga dari mula aktiviti jungle trekking tadi.

 

 

P1015768

Di sungai tu jugak berlangsunglah acara mencabut pacat-pacat yang naik kat kaki. Ohhh ni bukan gambar kaki aku.. Ni gambar kaki groupmates aku. Memang gemok amatlah pacat-pacat tersebut menghisap darah manis beliau. Kekeke.. Kaki aku lagi dasyat. Bukak je kasut, berderet-deretlah pacat melekat kat stoking ibarat ladang ternakan pacat hendaknya…

 

 

P1015797

Baiklah, dah puas rehat, dah puas membuang pacat kat kaki, maka perjalanan pun diteruskan lagi.. Kena mendaki bukit yang licin, meredah semak samun dan macam-macam lagi laa.. Adventurous habis!

 

 

P1015810

Ohhh sampai di sungai yang lagi atas, kami ada tugasan lak… Kena alihkan cawan dari satu tempat ke tempat lain yang dah dikhaskan dengan hanya menggunakan tali! Maaf lerr aku takde pulak gambar aktiviti ni. Tapi yeayy kumpulan kami berjaya dengan hanya 1 percubaan!!

 

 

P1015811

Lepas tu berehat lagi huahuahuaa… mandi-mandi dulu… Air bukit memang pergghhh sejuk kemain. Aku mula-mula dok dalam air, pastu aku keluar duk atas batu menikmati cahaya matahari dengan harapan baju cepat kering sebab aku dah kesejukan yang teramat sangat.

 

 

P1015822

*GROUP PHOTO!*

 

 

P1015823

Perjalanan terakhir diteruskan. Kena mendaki bukit yang sangat sangat curam! Ehh bukit ke gunung eh?? Genting Highlands kan? Haruslah mencabar macam nih!

 

P1015824

Pergghhh mencabar gilerr.. penat sangattt tapi best!

 

 

IMG_8097

Akhirnyaaa…. aktiviti jungle trekking pun berakhir! Group photo time! Errr tapi abang baju merah yang kat hujung kanan tu bukanlah group member kitorang. Beliau ialah abang yang mengiringi kumpulan kami jungle trekking tadi. Thanks ye bang!

 

Setelah kepenatan yang teramat, kami semua main tanam-tanam pokok.. Ponnn takde gambar. Ehhh aku rasa ade kot gambar dalam henpon. Malas nak amik. Nama pokok tu COMEL okay. Comel macam aku *muntah*

 

Arakian cerita habis jungle trekking, kami semua yang dah busuk-busuk basah ni balik ke hotel, mandi-mandi, kemas baju dan terus lunch! Pergghh memang membantai laa kan, perut dah lapar gila! Lepas  makan kami check out dan turun ke Gohtong Jaya untuk singgah di STRAWBERRY FARM sebelum balik KL. Nantikan entry terakhir tu ye!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay