Memaparkan catatan dengan label Vlog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vlog. Papar semua catatan

Ahad, 25 Disember 2016

VIDEO | Mekap inspirasi dari musim luruh



Assalamualaikum...

Yessss... Nisa kembali dengan tutorial mekap baru. Nisa dah lama sangat sangat nak buat makeup look yang ala ala dark, vampy, dengan lipstick gelap.. Haaa tapi asyik tak terbuat je sebab banyak menyimpang buat benda lain. Kekekeke... Sejak Nisa beli palette tu (dah lama sebenarnya) dan tunjuk di dalam video Beauty Haul Vol. 2, ada juga followers yang request makeup look menggunakan palette ni. Haa ni baru ada masa nak rekod video dan edit .


Read More»

Ahad, 24 April 2016

VIDEO | Sekitar acara bersama innisfree dan membeli-belah di innisfree Sunway Pyramid




Assalamualaikum...


Bukan duta.

Haaa tempoh hari Nisa ada update mengenai innisfree The Green Tea Seed Serum Global Pop-Up Store yang berlangsung di Pavilion KL. Selain pop-up store tu, ada juga aktiviti menarik bersempena Earth Day. Haa ada yang pergi tak ? Cer kongsi sikit apa korang dapat hehe... Nisa tak sempat nak pergi yang Earth Day tu sebabnya tak sihat sangat hari tu.. Okay di bawah ni ada sikit video sekitar acara pop-up store hari tu... Enjoy !







Oh yee kalau nak tahu, bersempena acara tersebut juga Nisa ada menerima voucher produk innisfree bernilai RM500. Alhamdulillah.. seronok sangat tau ! Maka rezeki dari Allah ni hendak Nisa share kan dengan kawan-kawan. Nak share dengan adik, dia jenis tak pakai skincare pulak. Kosmetik jauh sekalii...


Jadi Nisa ada tweet, tanya sesiapa nak ikut shopping tak. Maka ada kawan yang respon ! Hehehe kawan yang istimewa itu ialah rakan blogger dari blog MEKONIE.COM ! Hehe kesayangan saya niii.... Tak sangka jugak dalam rezeki yang Nisa terima, ada bahagian dia.. Hehe.. Nisa memang dah niat nak buat vlog masa shopping dan nak orang tolong rakam video. So sebagai reward, Nisa akan belanja shopping sekali. Hehe maka, ada lah sikit videoo. hehehe jemput tengok ya..






Alhamdulillah we had a great time shopping at innisfree (outlet Sunway Pyramid). Mulanya macam konon tak tahu nak beli apa.. Bila dah belek satu persatu, banyak jugak produk yang menarik perhatian gituuu hahaha. Alhamdulillah makin banyak pilihan produk kat innisfree ni. Hehehe..





Auwww thank you sayanggg Mek Onie comey dari blog MEKONIE.COM sebab sudi tolong rakam video sikit-sikit untuk vlog kiteee.. Yang pembaca blog semua, jemput tonton video Nisa ye.. Hehee kalau bukak channel YouTube Nisa, kat situ banyak lagi video lain.. Hehehe..





Sekali lagi, thanks Onie sayang yeee... Hope lepas ni kerap sikit jumpa sayang saya ni. Rindu nye lahaiii susah nak jumpa akak busy ni Hehehe.. Kawan-kawan blogger lain pun, harap dapat spend masa sama-sama lagii !


Oh ya.. sekarang ni Nisa makin aktif buat video YouTube jugakk.. Alhamdulilah, I'm trying to get things back together.. I used to post lots of shawl tutorial video back then. Maybe Nisa akan re-create semula video-video tutorial Nisa dulu. Rakam pakai DSLR, better lighting better equipments.. Yeah maybe la kan? InshaAllah kalau ada masa.. Sebabnya, sekarang ni pun dah banyak material tunggu turn nak publish kat YouTube..



Jemput semua subscribe channel YouTube Nisa yee hehehe thank you so much for your support !








Read More»

Jumaat, 18 September 2015

VIDEO – Tutorial mekap ala smokey eye

 

 

Assalamualaikum…

 

DSC05426

 

 

Siapa suka tengok video tutorial mekap kat Youtube ? Sayaaaa !! Ahaa suka sangat sangat ! Lebih suke tengok skill youtuber tu semua sangat bagus, mekap sangat kemas dan lawa !! Jeles sangat tengok youtubers tu semua… agaknya mereka memang purely pandai mekap atau memang join kelas mekap ke macam mana ya ? Hahaha

 

Pernah jugak terfikir nak try ikut cara youtubers ni semua mekap.. Tapi kadang kadang rasa terkandas di tengah jalan sebab produk yang mereka guna kebanyakannya sangat branded, high end dan of course takde kat Malaysia hahaha !!! Maka selepas itu, aku hanya mampu melihat dari skrin komputer sajor lah wakaka.

 

Jadiiiii… sesuai dengan dilema yang aku hadapi, aku pasti ramai juga yang berperasaan seperti ini kan.. Maka aku telah come out dengan satu tutorial untuk mekap mata ala ala smokey eye gitu.. TAPI ! Hanya menggunakan produk yang sangat mudah didapati, seperti brand Elianto, Silkygirl, Maybelline, dan juga jenama korea Innisfree (outlet di Sunway Pyramid), Bobbi Brown (mudah dapat dari outlet outlet di shopping mall). Jom !!

 

 

 

 

Ahaaa satu nak bagitau, SORRY sangat sangat sebab Nisa tak kemaskan mekap bawah mata dengan bedak, sebabnya bedak tertinggal ! Hahahaaaa !! Maka bawah mata tu comot la sikit huhuhuuu… Actually it’s quite simple, tapi Nisa banyak amik masa untuk explaining things, that’s why video ni quite lengthy huhuu.. Sorry ya !

 

Apa-apa pun, kalau korang rajin try berkali-kali, inshaAllah skill korang akan dipertingkatkan dengan sendirinya. Lagi selalu kita buat, lagi kita tahu teknik atau skill macam mana untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Dan jangan lupa banyakkan amik tahu mengenai tips-tips mekap ! Lepas tu cuba dan cuba.  Okay ! Happy trying !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Sabtu, 6 Disember 2014

Berlakon short film lah pulak ye ?

 

Assalamualaikum..

 

Haa baca tajuk pun dah tahu aku nak cerita pasal aku. Yes, pasal diriku yang sekarang ni kemain lagi mengada-ngada nak try berlakon pulak dahh. Tapi jangan salah faham ye, awal awal aku bagi tau ni, aku bukan berlakon dalam filem ke apa.. cuma berlakon untuk short film untuk assignment final project besfren aku haaa..

 

selfie 2

 

Jeng jengg.. ini dia poster shortfilm yang dihasilkan oleh group kawan aku ni, yang dinamakan GUA RABON PRODUCTION. Hahaa kisahnya semua ahli dalam group ni RABUN ! Aku pun sama.. wakakakaa.. memang gua rabon kan…

 

Okay seperti yang korang tengok kat dalam poster tu, simboliknya aku selfie sambil kena ikat tu, bermakna selfie dan kejadian aku diculik tu berkait rapat… Jadi, korang dah boleh agak dari sini, bahawasanya ada sesuatu yang terjadi dek kerana perbuatan selfie tu… Seram ke idokk. Hahaha.. Memandangkan aku berlakon dengan besfren aku dalam short film ni, aku rasa geli geleman nak mati bila tengok aksi-aksi yang.. errr.. AHAHAA taknak lah cerita kat sini kan, korang kena tengok lah.

 

 

OFFICIAL TRAILER – WATCH HERE :

https://www.youtube.com/watch?v=QDy8YBHvLlU

 

IEJAM

 

Oh ye… aku nak explain kat sini, hope semua bagi perhatian kejap ye hehehe.. Memandangkan short film ni merupakan projek akhir untuk matapelajaran kawan aku kat UIA, maka segala likes, view, share dan video reach statements diambil kira untuk penilaian oleh pensyarah dorang.. So aku mintak tolong korang yang baca ni sikittt.. boleh dak ? Hehehee…

 

FIRST, LIKE PAGE : CMC #Selfie
https://www.facebook.com/selfieiium

 

SECOND, WATCH THE FULL VIDEO OF THIS SHORT FILM HERE :
https://www.facebook.com/video.php?v=732340820184165

 

THIRD, please LIKE, COMMENT and SHARE this video on your Fesbuk !

 

 

Seriously, all they need is these three simple steps and a little support from you guys ! Dan kami memohon maaf jika ada kekurangan dari pelbagai aspek untuk short film ni.. maklumlah student kan, dan masih banyak yang perlu dipelajari dan improve. Semua kebaikan korang, ALLAH sahaja yang dapat balas. I am so grateful if ada yang sudi LIKE, KOMEN dan SHARE short film ni di fesbuk. Terima kasih !

 

 

XOXO, Nisa Kay.


Read More»

Sabtu, 5 April 2014

My Worktrip to BARCELONA – PART 1


Assalamualaikum…



Bila aku sebut kerja ke Barcelona, mesti ramai yang tertanya-tanya aku ni kerja apa? Jadi travel agent kah? Ada event kah. Ermm pasal event tu yes, but pasal travel agent tu, NO. Aku kerja sebagai pengacara untuk AMANZ. So if you go the their youtube channel, you can can see some of the videos hosted by me.



Sebagai pengacara di AMANZ, aku bertanggungjawab mengacarakan video mingguan yang mana mengkonklusikan perkembangan duni teknologi sepanjang minggu tersebut. Haa kalau susah sangat nak paham silalah tengok video ni :  https://www.youtube.com/watch?v=l_d2iZgKYAI



Okay okay panjang pulak mukadimah aku. Well, berbalik kepada kisah aku ke Barcelona tu tadi… aku ke sana sebab nak cover event MOBILE WORLD CONGRESS 2014. Haa event MWC ni memang worldwide punye event, and diadakan di Barcelona setiap tahun. Last year bos pergi sorang. Tahun ni kami travel bertiga.



DSC05362

Ini gambar aku semasa di airport ABU DHABI. Oh ye kami transit kat sini selama 9 jam hoii tapi disebabkan kami sampai hampir jam 12am maka sia-sia sahajalah.. kena duduk dalam airport sahajaaa.. kat luar pulak cuaca sejuk kemahennn..




Sebenarnya inilah pertama kali aku pergi jauh dari Malaysia. Paling jauh aku pernah pergi pon Singapura.. dan… ermm.. Sarawak. Kikikikii.. maklumlah belum ada rezeki lagi. Sebenarnya ada plan nak ke Bangkok pada minggu yang sama.. tapi bila dah dapat ke Barcelona of course aku pilh BARCELONA woii !! Hahahaa…





DSC05360

Maka masa dihabiskan dengan mundar-mandir (sebab sejuk sangat).. keluar masuk toilet.. duduk termenung.. baca buku.. lepas tu mundar-mandir balik.. dan begitulah jugak seterusnya.. Daripada airport tu sesak sangat sangat dengan manusia.. sampailah airport tu lengang senyap sunyi bunyi krik krik krikk je.



Okay sepatutnya dari KLIA ke ABU DHABI.. then dari ABU DHABI, transit kami yang seterusnya sepatutnya di Milan. Sepatutnya lah.. Tapi by 6 or 7am gituh kami discovered bahawasanya flight ke Milan akan delay selama lebih kurang 6 jam gituhh ! Ah sudah guaner ni? Kang dari Milan nak ke Barcelona tu kompem la kami akan terlepas flight!! Ohh nightmare.



Maka kami berlari-lari comel ke kaunter Flight Transfer untuk memastikan apakah langkah seterusnya yang perlu kami ambil. Haahaa ayat macam hape. Setelah gitu gini gitu gini.. kenyit mata sikit kat mat arab sana.. maka kami dimaklumkan penerbangan ke Milan telah dibatalkan dan penerbangan baru akan menuju Amsterdam. Memandangkan sepanjang waktu transit tu kami takde bertukar airport ke apa, maka luggage kami semua amik kat Barcelona terus.





DSC05369

Okay dalam kul 8 lebih macam tu kot kami board the flight. Airport kat Abu Dhabi ni besar dan luaskan kuasamu eh!! Luas kawasannya haha. Nak ke kapal terbang ni, kami kena naik bas. Tapi jangan nak sembarangan bas kang lepas ke kapal terbang lain lak kang.



Sorry ler tak banyak gambar pun sepanjang perjalanan banyak berehat. Muka pon sememeh je.. Well.. ni first time fly ke negara 4 musim.. first time naik flight kena transit bagai. First time naik penerbangan lebih 2 jam. Semuanya FIRST TIME lah bagi aku.. sebab tu excited semacam je nak tulis kat blog. (Bukan kononnya aku nak stop blogging ke?)





DSC05371

Ferrari World di Abu Dhabi. Mampu tengok dari atas sajo..





DSC05386

ALLAHUAKBAR cantik sungguh… yang bintik bintik kat tingkat tu kepingan salji… Masa ni suhu kat luar kapal terbang ialah negatif kott..





WELL, aku takde apa sangat nak cerita sebab yang bahagian pertama ni banyak pasal perjalanan nak ke Barcelona tu je.. Transit dua kali yang berjam-jam lamanya tu yang buat perjalanan kami lama gila… tapi syukur selamat sampai, takde sukar sangat.. Apa-apa pun jemput tonton vlog tangkap muat aku ye..








THANKS FOR READING AND WATCHING !

Read More»

Khamis, 6 Mac 2014

Al-kisah buat vlog

 

ASSALAMUALAIKUM..

 

Wahh berhabuk dahhh blog ku ini ! Puhhhh puhhhh *tiup habuk* muehehee.. sebenarnya kehidupan aku semakin busy dan busy dan busy sebab perniagaan FSYN Enterprise aku semakin berkembang (syukur pada Allah Alhamdulillah) dan stok pulak makin banyak kat rumah.. tu belum masuk tugas aku bersama AMANZ. Sebenarnya aku baru balik dari Barcelona, Sepanyol dengan team AMANZ. Alhamdulillah rezeki lagi.. tu nanti nanti lah aku cerita eh..

 

 

Al-kisahnya sekarang ni aku nak share dengan korang antara vlog yang aku sempat rakam.. dalam pada busy busy yang teramat sangat sangat nih, aku sempat curik masa pergi event dan rakam video yang kemudiannya aku jadikan vlog aku, yelah channel Youtube aku pon sendu sendu je haa. Sunyi je sebab dah lama tak ber-video.

 

 

So al-kisahnya aku ade dua vlog yang terbaru nak share dengan korangg. Ade dua event yang aku pergi.. dan sempat lah jugak rakam video.. So sementara aku takde entry nak tulis ni, aku share video je lah ye. SELAMAT MENONTON !

 

 

 

EVENT – MAJLIS MAKAN MALAM CNY BERSAMA MIG

 

 

 

 

VLOG – SEKITAR MAJLIS PRATONTON FILEM KAMI HISTERIA

 

 

 

Soooo tu je nak tunjuk kat korang ! Hahahaa aku sebenarnya makin jatuh cinta dalam membuat video ni ! I’ve been thinking about buying proper equipments for video recording. Aku ade terfikir gak nak guna balik DSLR, since kamera Sony NEX-3N aku takde dock for microphone :( And kalau ada DSLR aku boleh beli (or pinjam) set microphone untuk audio yang lebih jelas. Yelah kan, kalau pergi event kompem bising kawasan sekeliling !

 

Tapi tu lahhh.. semuanya melibatkan KOS yang agak tinggi jugak. Nak beli set microphone and kamera baru bukan murahh.. Tapi aku suka buat video ! Sobss sobbsss dillema betul ! Tapi takpelah, buat masa ni aku tumpukan apa yang aku PERLU dulu. Keinginan tolak tepi dulu. InshaAllah kalau rajin usaha, kalau ade rezeki aku akan dapat jugak apa aku nak kan?

 

 

THANKS FOR READING !


Read More»

Ahad, 28 April 2013

Aku, plastik dan kitar semula…

 

Assalamualaikum…

 

DSC00881

Well I have this one whole set of make up stuff that I got from an event last month. So I was recording myself puttin on the make up and what not. So nantikan lah video tu ye..

 

 

DSC00898

Dan ini adalah tempat kejadian ye. Bersepah-sepah mekap daku. Aku memang keluarkan satu-satu, supaya aku senang nak capai. Sebab leceh kot mekap sambil rakam ni. Mana nak tengok cermin nye, mana nak jaga gerak badan supaya tak out of frame.

 

So habis je rakam video mekap, takkan aku nak terus cuci mekap lak kan? Memandangkan aku tak keluar rumah sangat sebab sakit gigi dan gusi bluergghhhh. So I came up with a video. Well sorry la topik sangat boring ok. Baca entry pun dah tahu boring.

 

 

Boring kan. Aku pun tak tahu nak upload ke tak. Tapi dah susah-susah rakam maka aku upload je lah. AKu tak kisah orang nak kata aku bajet good good je cakap pasal kitar semula dalam video bluergghh. Janji aku tak mintak duit orang pun nak upload video ni. Dah tahu tak suke sapa suruh tengok ye dak? Padan muka. Kekekeke.

 

 

 

Ok kalau korang ada topik best untuk buat video, silakan memberi cadangan ya. Thank you so much !

 

 

XOXO


Read More»

Ahad, 13 Januari 2013

VIDEO – Tutorial Cara Saya pakai long wide shawl

 

Assalamualaikum..

 

Duhhh i has been ages since the last time I posted my last video on my Youtube channel ! Well, I kinda lose interest in making videos, tutorial videos especially. I dont know why.. Maybe because of the bad responses that I’ve been receiving. Or because there are already too many tutorials in Youtube.

 

And lately I’ve been receiving quite a lot of requests, asking me how I wear my shawl, the one that super long and wide shawl. So I made this video. Well, I think I left my camera at home. Or.. hmmm where is it ya?? (only now I feel worried!) So I recorded this video using the front camera of my Galaxy Note 2. So not bad eh? And make sure you watch it in 480p quality for clearer video.

 

 

Heee there you go. Messy me and messy shawl! I was extremely lazy to iron the shawl. But if you like the idea of crumple or crinkle style shawl, don’t bother to iron it. Just wear it as it is. AHAH!! Andddd I dont know why I talked slowly. When I watch this video back I feel like,"What’s wrong with me? Why I was so afraid to speak a lil’ bit louder?” Heh!

 

Okay by the way thank you for those who have been requested my tutorial video. You guys are so sweet.. but I’m such a mess in the video :( But anyway thank you once again! Muahhh!!

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 15 Jun 2012

VLOG – I made this random video because I was too boring

 

Assalamualaikum..

 

Dah lama tak vlogging. Poyo gila ku rasakan. Aku bersedia untuk kritikan. Peduli pulak aku orang nak kutuk apa.. Bukannye aku suruh dorang rakamkan. Nak tengok, tengoklah. Kalau dah tahu tak suka sangat diriku ini kenapa susahkan diri mengadap benda yang tak suka? In fact korang lagi nak tengok and datang blog picisan ni banyak kali.

 

 

Aku buat video ni sebab aku terlalu bosan pada hari itu. Maka lepas bekerja aku decide nak buat vlog. Vlog ni pada mulanya memang TAKDE HALA TUJU, TAKDE MOTIF, TAKDE TOPIK. So mula tu memang aku duk merapu merabai je la. By the way, thanks for watching! xoxo.

 

 

PLEASE GIVE ME A GOOD TOPIC OR QUESTION. I MIGHT END UP MAKING ANOTHER RANDOM VLOG AGAIN :P

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 6 Jun 2012

Vlogger MARIA ELENA buat penampilan khas dalam telemovie Cinta Vlog

 

Assalamualaikum…

 

Cerita pasal vlog, vlog ni kire macam adik beradik dengan blog la.. Kalau kat blog kita ekspresikan sesuatu perkara melalui penulisan dan gambar, tapi dengan vlog kita lahirkan atau kupas sesuatu topik dengan menggunakan ekspresi muka, nada suara dan lenggok badan.

 

CINTA VLOG merupakan telemovie terbaru yang akan disiarkan di TV9 tak lama lagiiii… Bila? ESOK WOIII!!! 6 JUN 2012, jam 8.30 malam. Dan seperti tajuk entry ni, vlogger dan blogger terkenal MARIA ELENA ZARUL akan buat penampilan khas! Woot woot tak sabar nak tengok! Jom layan trailer telemovie ni dulu.

 

 

Sekarang ni bersiaran di TV3 drama Memberku Hawa ada blogger dan model jelita HANIS ZALIKHA jadi watak antagonis kan.. Kali ni Maria Elena lak nak muncul jadi pelakon! Haruslahhh semua orang lekat depan TV esok malam kannn! Nak-nak pulak pelakon utama dia Wawa Zainal yang comel sangat tuh! Kbai.

 

 

 

P/S : Thank you kepada blog SYAFIQ ROSLI sebab melalui blog beliau la aku dapat tahu pasal telemovie ni!

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 23 April 2012

VIDEO - Kecelaruan Maklumat by Mat Luthfi

 

Assalamualaikum..

 

Hari ni jalan-jalan kat Youtube cari video lawak nak ditonton.. Macam biasa aku akan check kalau-kalau vlogger kegemaran aku iaitu Mat Luthfi ada video baru. Yaaa ternyata semalam dia ada upload video baru. Video mengenai kecelaruan maklumat. Pada mereka yang suka sangat sebar dan share maklumat tu sila hayati mesej video ni.

 

 

Nak berkongsi maklumat memang tak salah pun.. Tapi pastikanlah dulu kebenaran dan kesahihan maklumat yang ingin kita kongsi tu… Buatnya maklumat yang kita share tu salah atau fitnah kan dah share saham dosa tuu…

 

Lebih mennyedihkan bila ada yang sebar maklumat bahawa orang yang hidup dah meninggal dunialah… sebar pasal hukum hakam yang tidak diketahui kesahihan dan sumber nye. MasyaAllah takut sangat kalau-kalau salah maklumat tu. Maklumlah bab-bab yang menyentuh agama ni kan sensitif..

 

 

Jadi check dulu sumber maklumat sebelum nak share atau sebar something. We don’t want something bad happen to us right?

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 7 Oktober 2011

Aman Wan nak bagi tips buat video weh!

 

Assalamualaikum semua…

 

Hari ni aku sakit perut ya rabbi, tak tahu lah kenapa aku dok membuang aje dari pagi. Nak kata aku salah makan, aku bukan makan apa sangat malam tadi. Hmmm biarlah, pedih perut ni pun dah kurang sikit.

 

Haaa jom berbalik kepada tajuk. Ada blogger yang minat nak buat video tapi tak tahu nak mula macam mana?? Haaa yelah, kita blogger ni kan penat jugak dok menaip aje, kadang-kadang ada perkara yang lebih sesuai disampaikan melalui percakapan dan intonasi yang betul. Hehee…

 

So jom hayati video kat bawah ni,  Aman Wan bagi tips buat video weh!

 

 

Haaa… kalau korang nak buat video tu, boleh lah take note ye apa yang Aman Wan utarakan di atas? Kot kot la dapat membantu korang ye tak? Hehehee…

 

Itu aje yang aku nak berkongsi dengan korang. So, jumpa lagi dalam next entry! Hehehe sorry lah entry pendek-pendek aje, maklumlah pagi tadi aku dah membuang banyak sangat, so maybe idea-idea aku pun sama terrr-buang! Haha.. Oke bye.

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 19 Ogos 2011

VIDEO Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video Promo by Nur Aizuddin

 

Assalamualaikum dan selamat pagi…

 

IMG_46342

 

Haa masih ingat gambar di atas? Kalau dah tak ingat korang kena refresh balik, baca entry ini okay! Kalau masih ingat, aku ada jugak try masuk peraduan video promo ni. Tapi takpelah, bukan rezeki aku untuk menang.

 

Hehehe tahniah kepada ketiga-tiga pemenang, iaitu Nur Aizuddin, Akmal Hilmi dan Bro Framestone. Okay sekarang aku nak suruh korang tengok vlog di sekitar majlis yang Nur Aizuddin buat. Korang tengok tau! Hahaha..

 

 

Okayyy tu aje nak cakap. Untuk kelajuan maksimum boleh lah tengok video ni di 1tube okay. Thank. Bye.

 

 

sign NISA


Read More»

Ahad, 7 Ogos 2011

Berani buat parody macam Aman Wan tak???

 

Assalamualaikum semua…

 

Yeahh kerajinan untuk update blog menerpa tiba-tiba. Yelah, lepas ni nak fokus pada assignment dah. So blog bakal ditinggalkan seketika. Parody?? Apa tu parody? Pada yang tak tahu boleh rujuk maksud nye KAT SINI.

 

Kalau sebut pasal parody, asyik orang putih aje yang berani come out dengan parody-parody untuk filem-filem popular kat Hollywood tuh. Aku ada tengok Korea pon buat parody. Tapi lagi lawak! Sebab perempuan jadi watak lelaki, lelaki jadi watak perempuan.

 

Orang kita ramai tak yang buat parody? Bagi aku, tak ramai yang aku jumpa yang pandai buat parody. Yelah, silap hari bulan kang salah faham, dah boleh menimbulkan kes saman menyaman.

 

Aku terjumpa link satu parody iklan Nivea For Men. Lawak ouhh!!! Dan orang yang bertanggungjawab menghasilkan parody yang berjaya buat aku pecah perut itu ialah AMAN WAN.

 

Wuarghhh ala-ala Aaron Aziz pojaan hati ku lah! Cumanya, Aman Wan ni versi teddy bear. Erkkk kenapa teddy bear? Errrr entah lah! Kahkahkah!!

 

Ada lagi satu video yang junior aku post kan di facebook. Yeaaa it’s a vlog! Mamat Aman ni ada je blog.. hehehee nanti di akhir entry aku bagitau meyh! Korang kena tengok dulu vlog ni :

 

 

Kahkahkah!! See? Mamat ni ada potential untuk dunia media baru beb. Errr maksud aku, untuk menjadi vlogger berjaya seperti Mat Luthfi dan Maria Elena. I mean, he got the point, and he presented it in a very creative way! Erkkk speaking pulak koi!

 

Dan yang paling best setakat yang aku tengok, ada satu parody buatan Aman Wan. Dan parody ni betul-betul memikat hati aku. Lawak siottt! Hahaha boleh jadi fenomena nih!! Jom tengok parody untuk filem meletup KL Gangster.

 

 

Dan seperti filem KL Gangster, parody iKLan Gangster ni aku ramalkan akan jadi fenomena jugak. Dan dialog-dialog lucu dalam parody ni bakal menjadi ikutan ramai. Herherherr….

 

Jom terjah video-video beliau channel YouTube AmanWan. Dan juga selami kehidupan beliau sebagai seorang pelukis komik di blog http://7aman7.blogspot.com/. Kepada Aman Wan…keep it up! Good luck :)

 

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay