Jumaat, 31 Mei 2013

ASTRO On-The-Go Explorer Contest – Blogger mana bawa pulang gajet idaman kalbu???

 

Assalamualaikum…

 

Haaaa… GAJET IDAMAN KALBU… Highlight sikit di situ yee… Baru-baru ni aku berpeluang untuk mengikuti acara anjuran Astro iaitu On-The-Go Explorer Contest yang diadakan di pusat membeli-belah terkenal iaitu Sunway Pyramid. Ahaaaa apa yang berlaku ketika acara ini ye? Contest apakah ni?

 

ON-THE-GO itu sendiri melambangkan sesuatu yang mudah, yang boleh dibawa ke mana-mana dan boleh live update pada masa tu jugak. Heyyy I’m talking about social media here !

 

DSC02082

Seawal jam 10 pagi para peserta dah datang dan masing-masing menerima tshirt khas untuk perlumbaan ini yeargghh ! Tengoklah masing-masing cukup bersemangat ! Ahaaa kenapa? Mestilah bersemangat ! Dengan mencari jawapan untuk beberapa klu, berhubung menggunakan social media setiap masa dan menyelesaikan tugasan di setiap check point akan memberi mereka peluang memenangi gajet-gajet yang super best !

 

 

DSC02106

Untuk berhubung di laman media sosial, mestilah kena melengkapkan diri dengan gajet ye dakk.. Yeahhh Astro turut melengkapkan para peserta dengan iPad untuk mereka guna untuk menerima klu dan melaksanakan tugasan di setiap check point nanti.

 

 

DSC02123

Setelah menerima gajet, setiap peserta diberi taklimat untuk menggunakan aplikasi khas untuk mereka menerima klu dan upload gambar atau tweet mengenai tugasan mereka di checkpoint tertentu nanti. Haaa apa yang sampai terbeliak biji mata tuuu hihii..

 

DSC02128

It’s Jin from Jinnyboy TV ! He’s one of the host on that day. Lets start the raceeee !!! So semasa race itu berlangsung ada 5 stations plus 5 detours untuk para peserta lalui. Mereka kena teka klu yang akan bawa mereka ke stesen-stesen ni dan lakukan tugasan. Aku pulak ditugaskan untuk membuat liputan di salah satu stesen. Jom tengok apa peserta kena buat..

 

 

DSC02143

STESEN RAJA LAWAK ! Hahahaa… Mula-mula para peserta kena bergaya ala-ala nak berlawan dengan abang gladiator yang kacak ni. Haa nampak tak blogger di atas berlawan pedang dengan penuh perasaan ! Demi nak melaksanakan tugasan lah katakan..

 

 

DSC02175

Lepas dah beraksi bagai tu, setelah diluluskan oleh petugas Astro, mereka kena ambil gambar dengan abang gladiator kacak tu…

 

 

DSC02171

Haaa gambar tadi buat simpanan peribadi ke? Semestinya TIDAK ! Para peserta kena upload atau share gambar tersebut di laman sosial (Facebook / Twitter / Instagram). Haaa itulah tugasan mereka di stesen tempat aku menunggu ni. Seronok lihat galagat peserta beraksi bak seorang pahlawan !

 

 

DSC02230

Perlumbaan tamat sekitar jam 1 petang. Penat tak hilang, para peserta dibawa ke restoran untuk menjamu selera ! Nyummmss semua makanan sangat sedap okayyy. Lupa kejap debaran untuk mengetahui siapa yang berjaya menyelesaikan semua tugasan di semua stesen dan sekaligus memenangi perlumbaan ni.

 

 

cats

Ahaaa sebelum para pemenang Astro On-The-Go Explorer contest ni diumumkan, para peserta dan orang ramai dihiburkan dengan persembahan ala teater oleh Astro. Dah macam teater muzikal aku tengok.. Pelbagai genre dan diselang-seli dengan lagu dan tarian..

 

Haaa sebenarnya setiap babak yang dilakonkan di atas pentas ni sebenarnya melambangkan isi kandungan rancangan yang anda boleh dapati jika anda subcscribe Astro ON-THE-GO ! Banyak rancangan best seperti rancangan Korea, filem Hollywood, Oh My English dan banyak lagi !

 

DSC02361

Ahaaaaa…. jangan jeles akak abang… Johan sendiri pilih akuuuuu untuk naik ke pentas ! Wahahahaha !! Menyesal pulak tak melanggan Astro On-The-Go awal-awal… kalau tak mesti ada games atau kuiz, and then dapat hadiah. Sebenarnya aku nak lama-lama atas pentas tu dengan Johan dan Ajak dari kumpulan Shiro. Muehehehe…

 

 

DSC02437

Taraaaaa… Cikgu Malik in da houseeee…. Ramai akak-akak menanti abang Aaron Aziz kita ni kat depan pentas. Turut hadir di atas pentas ialah beberapa pelakon Oh My English musim kedua. Setelah selesai semua persembahan artis dan ala teater.. kini tiba masa untuk mengumumkan pemenang On-The-Go Explorer Contest tadi !

 

 

DSC02516

Wowww she won an iPad Mini ! So jealoussss !

 

 

DSC02520

And he won an iPad Mini too as the top tweeting supporter ! Waahhhh !! Kalau aku tahu macam ni aku tweet banyak-banyak sampai jari lebam ! Huwaaa I want an iPad Mini too !

 

 

DSC02524

Team yang paling banyak tweet pun dapat hadiah wang tunai RM500 ! Wahhh…

 

 

DSC02533

Tahniahhhh Mira Cikcit dan partner beliau Mahamahu diumumkan pemenang tempat ketiga.. Sekaligus dorang akan bawak balik gajet Nexus 7 ! Wowww tahniah !

 

 

DSC02552

Team Pena Berkala dan ByRawlins menang iPad Mini setiap seorang untuk tempat kedua. Wah wahh tak sangka korang pemenang nya ! Jeles sungguh iollss !

 

 

DSC02565

Jeng jengggg !! Tahniah kepada team juara yang memenangi gajet yang paling latest di pasaran iaitu Galaxy S4 ! Wahhh seronok lah Joel Wong dan Atikah menang gajet terbaru ! Mesti tido pon senyum kann..

 

Tahniah tahniah tahniah kepada para pemenang ! Dan terima kasih Astro kerana mengadakan acara dan pertandingan yang adventurous ni ! Hampir satu Sunway Pyramid agaknye para peserta kena berlari-lari pergi ke stesen-stesen. Hohoo…

 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Astro ON-THE-GO boleh KLIK LINK NI okayy? There’s so much great content you can get with Astro ON-THE-GO.. Semuanya mudah, tonton rancangan kegemaran anda menerusi gajet kesayangan anda !

 

XOXO


Read More»

Rabu, 22 Mei 2013

FILEM – Oh Mak Kau tonjol lawak bersahaja Jep dan Shuib Sepahtu

 

Assalamualaikum…

 

Hamboii stresssss gua ! Dua tiga minggu ni terlalu kuat bekerja mencari rezeki gamaknya, sampai jatuh sakit segala… Maka adik-adik, jangan hanya tahu mintak duit je tau. Nak cari rezeki yang halal ni bukan senang okay..

 

Apa tah aku mengarut ni… di kala stress dengan keje, dengan masalah hidup yang tak pernah habis ni, maka aku nak ajak korang tengok filem OH MAK KAU yang sememangnya lawak sebab ada kumpulan Sepahtu Rajalawak – Jep dan Shuib !!

 

Poster_Front

Maaf yang teramat sangatttt sebab aku terlampau lambat promote filem ni.. Padahal awal-awal dulu aku dah pergi majlis pratonton filem OMK ni dahhh… Sekarang filem ni dah masuk minggu kedua tayangan… Masih boleh ditonton di pawagam berdekatan tau !

 

 

4

OH MAK KAU mengisahkan kisah dua beradik yang sangat rapat, iaitu Sam (lakonan Jep) dan Mun (lakonan Shuib). Mereka berdua ni terlibat dengan kegiatan pecah rumah tapi tabiat pelik mereka ialah mereka akan  mengemas rumah atau premis mangsa pecah masuk tu. Hahaha sengal gila kot dorang !

 

Be at the wrong place and the wrong time orang putih kata ye? Sam dan Mun secara tak sengaja terlibat dengan kes yang dikendalikan oleh Que kerana mereka ingin menyelamatkan Que yang diculik. Maka korang kenaaaa tonton filem OMK ni untuk tengok usaha dua beradik ni nak menyelamatkan Que. HAHA !

 

55

Mereka bertemu dengan Que (lakonan Ain Nordin) seorang rakan lama dan Mun yang meminati Que telah salah faham dengan abangnya sendiri Sam. Antara scene lawak yang aku suka gila dalam filem ni.. Scene masa Mun peluk Sam dari belakang. Hahahaa Que tu gelak betul tuuu, bukan gelak berlakon. Nak tahu apa terjadi masa ni, kenalah tengok filem ni !

 

 

38

Dalam pada lawak bersahaja dan spontan yang dibawakan oleh Sepahtu, terselit jugak scene yang mengundang sebak iaitu masa mak Sam dan Mun, Mama San (lakonan Wan Maimunah) mengetahui kegiatan buruk anak-anaknya. Serius masa ni dah bergenang air mata akuuuu.

 

 

68

Ohhh si kacak pujaan hatiku Syamsul Yusof ditampilkan sebagai antagonis dalam filem ni… Wataknya juga berkait dengan Que yang telah dikenalinya sejak sekolah lagi.. Nak tahu apa sejarah mereka ni, kenalah tengok filem OH MAK KAU ye dak?

 

 

DSC01671

Barisan pelakon filem OH MAK KAU.. Aku suka cerita ni… di sebalik jalan cerita yang mungkin kebanyakan orang akan katakan sebagai cliche, jom kita tengok from the other side. Isu kekeluargaan, kasih sayang antara adik beradik patut diberi perhatian.

 

Lawak yang dibawakan oleh Jep dan Shuib bagi aku tak mengecewakan. Masa pratonton hari tu para hadirin bergelak sakan dalam panggung. Gandingan Shuib dan Jep tak dapat dinafikan lagi ada chemistry yang cukup kuat untuk membawakan watak dengan unsur humor yang begitu bersahaja.

 

DSC01658

Artis baru Malaysia.. Aman Nassim (pelakon drama Saya Sebenarnya Isteri Dia) turut sama memeriahkan majlis pratonton.. Jom like fanpage beliau KLIK DI SINI.

 

 

DSC01697

Bersama Muaz Mohamad, pengacara malam pratonton filem OH MAK KAU. Lamaaa tak jumpa Muaz sejak rakaman Generasi Y di RTM tahun lepas. Muehehehe…

 

 

DSC01682

Semasa press conference filem OH MAK KAU.

 

 

IMG_4599

Tu diaaaa Didie Alias yang turut membawakan watak jahat dalam filem ini.

 

 

IMG_4648

Inilah AIN NORDIN.. Yang melakonkan watak Que. Beliau juga merupakan penulis skrip dan pengarah filem OH MAK KAU.

 

 

DSC01702

Last but not least.. haruslah bergambar dengan hero filem ye dakkk.. Agak kecewa kerana tak dapat bertemu Jep yang tak dapat hadir untuk majlis pratonton ni… Huwaa nak jumpa diaa.. Takpe mungkin ada jodoh, lain kali bertemu lah ye. Muahahah…

 

Apa-apa pun jom tengok filem OH MAK KAU, masih ditayangkan di pawagam ok. Sangat sesuai bawak keluarga dan kawan-kawan, bergelak ketawa denga gelagat Jep dan Shuib. Memang tak kering gusi okayyy ! Yoshhh !

 

 

XOXO


Read More»

SENARAI PENAJA HADIAH GIVEAWAY

 

ASSALAMUALAIKUM…

 

Wahhhh debaran makin terasa buat semua yang tak sabar nak menyertai giveaway ya.. sekali sekala berkongsi rezeki dengan kalian seronok jugaaa :) Terima kasih kepada semua yang memberi respon positive dan terima kasih kepada para penaja di bawah kerana sudi menaja hadiah !

 

Jom ushaaa apakah barangan yang mungkinnnn anda menangi ?? Jeng jeng jeng….

 

******************************************************

fsyn4

FACEBOOK PAGE : FSYN by Nisa Kay

 

Peplum Dress – 3 pemenang
Jam tangan unisex – 10 pemenang

 

******************************************************

 

emas putih

BLOG : http://www.kisahemasputih.com/
FACEBOOK PAGE : Emas Putih [dot] Com

 

Topup RM10 – 2 pemenang

******************************************************

 

dan hati ini berkata

BLOG : http://danhatiiniberkata.blogspot.com/
FACEBOOK PAGE : Ernyassmien

 

Pakaian Wanita – 1 pemenang

******************************************************

 

HEADER1

BLOG : http://pustakawanceria.blogspot.com/

 

Shawl – 1 pemenang
Keychain – 1 pemenang

******************************************************

 

COSMO 1

LAMAN WEB : http://www.cosmoladiess.my/
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TudungUpdate

 

Tudung – 5 pemenang
Aksesori – 2 pemenang

 

******************************************************

 

hati gumbira

BLOG : http://hatigumbirabymyraabdullah.blogspot.com/
FACEBOOK PAGE : http://www.facebook.com/Hatigumbiraboutique

 

Shawl Saira – 3 pemenang

 

******************************************************

 

shs boutique

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/shscollection

 

Cardigan – 2 pemenang

 

******************************************************

 

mr superman

BLOG : http://superman-as.blogspot.com/

 

Satu pasang kasut lelaki – 1 pemenang

 

******************************************************

 

yaya craft

BLOG : http://yayacraft.blogspot.com/
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/YayaKraf?fref=ts

 

Inner Neck Lapik Dagu – 2 pemenang

 

******************************************************

 

ajumohit

BLOG : http://www.ajumohit.com/

 

Wang tunai RM100 – 1 pemenang

 

******************************************************

 

shaz online butik

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ShazOnlineButik
BLOG : http://shaznzcraft.blogspot.com/

 

Topup RM – 5 pemenang

 

******************************************************

 

sweet style

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/SweetStyle-Collections/273237019370761?fref=ts

 

Tudung / shawl tribal – 4 pemenang
Peplum – 2 pemenang

 

******************************************************

 

kyla by nsb

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kylabynsb
BLOG : http://kylabynsb.blogspot.com/

 

Shawl – 3 pemenang
Peplum – 1 pemenang

 

******************************************************

 

pupel liyana

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pupeliyanashop
WEBSITE : http://www.pupeliyanashop.com/


Peplum Dress – 2 pemenang
Tony Moly Lip Tint – 5 pemenang

 

******************************************************

Haaa… apa kata uolllss??? Dah tak sabar nak join giveaway nampaknyaaaa ???? Dah ade rasa diri tu bakal bertuah dan menang salah satu hadiah takk??? 55 PEMENANG BERTUAHHHH!!! Adakah anda salah seoranggg? Kalau tak sabar nak join apa kata uollss follow blog dan like fanpage para penaja di atas. Haa kalau dah siap-siap follow and like page dorang senang sikittt….

 

 

Lagipun sebagai tanda penghargaan kepada para penaja hadiah kan… So apa salahnya korang follow blog penaja dan like fanpage dorang kan kan kannn….

 

SABAR yaaa!!! Giveaway kali ni belum dilancarkannnn ! Dah launch nanti korang join ramai yeee…… Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu~

 

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay