Memaparkan catatan dengan label Astro Ria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Astro Ria. Papar semua catatan

Selasa, 10 Oktober 2017

Gegar Vaganza kembali ! Siapa peserta kegemaran anda?




Assalamualaikum..


Dalam sedar tak sedar, AF Megastar dah pun memasuk pusingan separuh akhir.. lepas tu final.. lepas tu tamat sudah drama Akademi Fantasia. Macam macam hal huhuu.. Lepas AF Megastar melabuhkan tirai, Gegar Vaganza pula akan mengambil alih spotlight. Ternyata ini pertandingan yang ramai nantikan kerana membariskan artis popular yang sudah lama menyepi. Jom kita ikuti peserta-peserta Gegar Vaganza 2017.


Read More»

Sabtu, 8 Oktober 2016

Menonton Super Spontan Superstar Akhir LIVE di UPM !




Assalamualaikum...


Haa lama sudah rasanya Nisa tak pergi menyaksikan apa-apa persembahan secara LIVE ni. Biasa Nisa akan catch-up semula melalui rakaman TV atau tengok lah kalau-kalau ada rakaman yang dikongsi di laman sosial, tapi jarang sangat lah.. Dan semalam baru sahaja berakhirnya rancangan kesukaan ramai, Super Spontan Superstar dan acara ini dilangsungkan di Dewan Besar UPM, Serdang.




Read More»

Jumaat, 31 Mei 2013

ASTRO On-The-Go Explorer Contest – Blogger mana bawa pulang gajet idaman kalbu???

 

Assalamualaikum…

 

Haaaa… GAJET IDAMAN KALBU… Highlight sikit di situ yee… Baru-baru ni aku berpeluang untuk mengikuti acara anjuran Astro iaitu On-The-Go Explorer Contest yang diadakan di pusat membeli-belah terkenal iaitu Sunway Pyramid. Ahaaaa apa yang berlaku ketika acara ini ye? Contest apakah ni?

 

ON-THE-GO itu sendiri melambangkan sesuatu yang mudah, yang boleh dibawa ke mana-mana dan boleh live update pada masa tu jugak. Heyyy I’m talking about social media here !

 

DSC02082

Seawal jam 10 pagi para peserta dah datang dan masing-masing menerima tshirt khas untuk perlumbaan ini yeargghh ! Tengoklah masing-masing cukup bersemangat ! Ahaaa kenapa? Mestilah bersemangat ! Dengan mencari jawapan untuk beberapa klu, berhubung menggunakan social media setiap masa dan menyelesaikan tugasan di setiap check point akan memberi mereka peluang memenangi gajet-gajet yang super best !

 

 

DSC02106

Untuk berhubung di laman media sosial, mestilah kena melengkapkan diri dengan gajet ye dakk.. Yeahhh Astro turut melengkapkan para peserta dengan iPad untuk mereka guna untuk menerima klu dan melaksanakan tugasan di setiap check point nanti.

 

 

DSC02123

Setelah menerima gajet, setiap peserta diberi taklimat untuk menggunakan aplikasi khas untuk mereka menerima klu dan upload gambar atau tweet mengenai tugasan mereka di checkpoint tertentu nanti. Haaa apa yang sampai terbeliak biji mata tuuu hihii..

 

DSC02128

It’s Jin from Jinnyboy TV ! He’s one of the host on that day. Lets start the raceeee !!! So semasa race itu berlangsung ada 5 stations plus 5 detours untuk para peserta lalui. Mereka kena teka klu yang akan bawa mereka ke stesen-stesen ni dan lakukan tugasan. Aku pulak ditugaskan untuk membuat liputan di salah satu stesen. Jom tengok apa peserta kena buat..

 

 

DSC02143

STESEN RAJA LAWAK ! Hahahaa… Mula-mula para peserta kena bergaya ala-ala nak berlawan dengan abang gladiator yang kacak ni. Haa nampak tak blogger di atas berlawan pedang dengan penuh perasaan ! Demi nak melaksanakan tugasan lah katakan..

 

 

DSC02175

Lepas dah beraksi bagai tu, setelah diluluskan oleh petugas Astro, mereka kena ambil gambar dengan abang gladiator kacak tu…

 

 

DSC02171

Haaa gambar tadi buat simpanan peribadi ke? Semestinya TIDAK ! Para peserta kena upload atau share gambar tersebut di laman sosial (Facebook / Twitter / Instagram). Haaa itulah tugasan mereka di stesen tempat aku menunggu ni. Seronok lihat galagat peserta beraksi bak seorang pahlawan !

 

 

DSC02230

Perlumbaan tamat sekitar jam 1 petang. Penat tak hilang, para peserta dibawa ke restoran untuk menjamu selera ! Nyummmss semua makanan sangat sedap okayyy. Lupa kejap debaran untuk mengetahui siapa yang berjaya menyelesaikan semua tugasan di semua stesen dan sekaligus memenangi perlumbaan ni.

 

 

cats

Ahaaa sebelum para pemenang Astro On-The-Go Explorer contest ni diumumkan, para peserta dan orang ramai dihiburkan dengan persembahan ala teater oleh Astro. Dah macam teater muzikal aku tengok.. Pelbagai genre dan diselang-seli dengan lagu dan tarian..

 

Haaa sebenarnya setiap babak yang dilakonkan di atas pentas ni sebenarnya melambangkan isi kandungan rancangan yang anda boleh dapati jika anda subcscribe Astro ON-THE-GO ! Banyak rancangan best seperti rancangan Korea, filem Hollywood, Oh My English dan banyak lagi !

 

DSC02361

Ahaaaaa…. jangan jeles akak abang… Johan sendiri pilih akuuuuu untuk naik ke pentas ! Wahahahaha !! Menyesal pulak tak melanggan Astro On-The-Go awal-awal… kalau tak mesti ada games atau kuiz, and then dapat hadiah. Sebenarnya aku nak lama-lama atas pentas tu dengan Johan dan Ajak dari kumpulan Shiro. Muehehehe…

 

 

DSC02437

Taraaaaa… Cikgu Malik in da houseeee…. Ramai akak-akak menanti abang Aaron Aziz kita ni kat depan pentas. Turut hadir di atas pentas ialah beberapa pelakon Oh My English musim kedua. Setelah selesai semua persembahan artis dan ala teater.. kini tiba masa untuk mengumumkan pemenang On-The-Go Explorer Contest tadi !

 

 

DSC02516

Wowww she won an iPad Mini ! So jealoussss !

 

 

DSC02520

And he won an iPad Mini too as the top tweeting supporter ! Waahhhh !! Kalau aku tahu macam ni aku tweet banyak-banyak sampai jari lebam ! Huwaaa I want an iPad Mini too !

 

 

DSC02524

Team yang paling banyak tweet pun dapat hadiah wang tunai RM500 ! Wahhh…

 

 

DSC02533

Tahniahhhh Mira Cikcit dan partner beliau Mahamahu diumumkan pemenang tempat ketiga.. Sekaligus dorang akan bawak balik gajet Nexus 7 ! Wowww tahniah !

 

 

DSC02552

Team Pena Berkala dan ByRawlins menang iPad Mini setiap seorang untuk tempat kedua. Wah wahh tak sangka korang pemenang nya ! Jeles sungguh iollss !

 

 

DSC02565

Jeng jengggg !! Tahniah kepada team juara yang memenangi gajet yang paling latest di pasaran iaitu Galaxy S4 ! Wahhh seronok lah Joel Wong dan Atikah menang gajet terbaru ! Mesti tido pon senyum kann..

 

Tahniah tahniah tahniah kepada para pemenang ! Dan terima kasih Astro kerana mengadakan acara dan pertandingan yang adventurous ni ! Hampir satu Sunway Pyramid agaknye para peserta kena berlari-lari pergi ke stesen-stesen. Hohoo…

 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Astro ON-THE-GO boleh KLIK LINK NI okayy? There’s so much great content you can get with Astro ON-THE-GO.. Semuanya mudah, tonton rancangan kegemaran anda menerusi gajet kesayangan anda !

 

XOXO


Read More»

Selasa, 15 Mei 2012

[GAMBAR] Persembahan Jaclyn Victor di Konsert Separuh Akhir Mania

 

Assalamualaikum…

 

Hari tu dah share dengan korang gambar RANDY PANGALILA yang membuatkan ramai gegadis jelly dengan aku. Muahahaha… lepas tu aku share gambar SHILA AMZAH pulak, khas untuk peminat dan penyokong setia beliau.. Hari ni aku nak share gambar peserta Mania kegemaran aku.

 

IMG_8474

JACLYN VICTOR. Pakaiannya simple but pada mata aku very elegant and kemas. Tak perlu baju rambu ramba untuk menyerlah. Jac sudah cukup menyerlah dengan vokal yang mantap.

 

IMG_8476

Jaclyn Victor merupakan juara Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.

 

IMG_8477

Setelah merangkul gelaran juara tersebut, bintang Jaclyn terus menyerlah dengan lagu-lagu yang begitu menampilkan kekuatan serta kelebihan vokal beliau.

 

IMG_8478

Jac menyanyikan lagu I Will Always Love You, nyanyian asal mendiang Whitney Houston.

 

IMG_8484

Ternyata nyanyian Jac malam itu memukau penonton di Kompleks Sukan Panasonic dan juga penonton di rumah. Vokalnya nyata tidak dapat ditandingi peserta lain.

 

IMG_8480

IMG_8486

TAHNIAH kepada Jaclyn Victor kerana berjaya melangkah ke pusingan akhir Mania. Sememangnya Jac calon yang sangat layak untuk ke pusingan akhir. Dan aku sebagai peminat beliau berharap agar beliau boleh menjadi juara Mania dan digelar Superstar Mania!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 14 Mei 2012

Sekitar malam konsert separuh akhir Mania

 

Assalamualaikum…

 

Sabtu lepas aku berpeluang ikut hakak Pen Merah ke Kompleks Suka Panasonic yang terletak di Seksyen 21 Shah Alam untuk menyaksikan konsert Mania secara live. Sejujurnya aku tak berapa nak follow Mania sebab aku pun jarang duduk rumah dan jarang tengok tv dah sekarang ni. So aku tak tahu pulak malam tu merupakan peringkat separuh akhir dah pun..

 

IMG_8546

Malam tu turut bertemu dengan rerakan bloggers yang merupakan ahli kelab peminat Shila Amzah iaitu SHILALAS. Muka Andyhowtt ni jugak dikatakan oleh rata-rata penonton Mania di rumah banyak kali keluar di TV. Ambuii retis kau ye Andy!

 

 

IMG_8551

Ini pulak Epul. BFF Andy dan juga seorang SHILALAS. Epul ni memang kalau bergambar dengan aku suka snagat cover macho apesal ahhhh…

 

 

IMG_8547

Ini Amman Spark. Cewah cewahhh aku letak nama glemer beliau tuhh! Ahaksss… Aku panggil dia budak ekcik boleh? Sebab dia suka buat suara budak kecik, ala-ala kumpulan Boboi hahah!!

 

 

IMG_8554

Tu diaaaa 3 suara versi lelakiii. Hakhakhakk…

 

 

IMG_8486

By the way, malam konsert separuh akhir tu aku suka sangat dengan persembahan Jac… Persembahan yang bertenaga dan vokal mantap! Bakat besar Jac memang tak dinafikan lagi.

 

 

IMG_8532

Don’t know why but I love Adira so much!! She has good attitude and the talent too. Sayangnya beliau tidak berjaya melangkah ke malam final konsert Mania. It’s okay Adira, you have done your very best :)

 

IMG_8393

Dann… ohhh ya… Yang paling paling paling aku suka semestinya persembahan RANDY PANGALILA yang sememangnya encem banget!! Haha Randy popular di Malaysia menerusi beberapa sinetron yang pernah ditayangkan, dan juga melalui sebuah telefilem lakonan bersama Elfira Loy iaitu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

 

 

IMG_8559

Apa-apa pun, aku enjoy sangat dapat tengok konsert ni secara live. Dah lah takde suara, sooo tak dapatlah aku teriak-teriak. Ehh kejap. Malam tu aku duduk area media. So para wartawan sume senyap je. Malu lak aku kalau aku sorak-sorak kannn.. Hukhuk…

 

Apa-apa pun thank you so much hakak Pen Merah sebab sudi angkut aku sekali untuk pergi ke konsert Mania ni.. Kalau ada rezeki dapat ler kite ke konsert final Mania ye? Haha!! Tapi aku tak berharap pun. Kalau ada rezeki insyaAllah pergi lah kot. Hehehe… Kbai.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 13 Mei 2012

[GAMBAR] Persembahan Shila Amzah di Konsert Separuh Akhir Mania

 

Assalamualaikum..

 

Kalau malam tadi aku update gambor Randy Pangalila, hari ni entah apa mood aku nak update gambor Shila Amzah pulak. Namun pun begitu gambar yang aku ambil tak banyak, hanya ketika pusingan pertama persembahan artis-artis Mania sahaja.

 

IMG_8417

Malam separuh akhir konsert Mania, Shila Amzah menyanyikan lagu My Life Would Suck Without You, nyanyian asal oleh Kelly Clarkson.

 

IMG_8418

IMG_8428

Shila Amzah telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan persembahan mantap.

 

IMG_8430

Baju Shila Amzah lawa! Menurut tweet beliau, baju beliau malam tu ialah dari Hazwanie Osman. Correct me if I’m wrong.

IMG_8437

IMG_8419

IMG_8424

IMG_8433

IMG_8434

Namun pun begitu keputusan telah menyaksikan Shila Amzah tidak dapat melangkah ke pusingan akhir Mania. Takpe Shila, you have done your best.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

[GAMBAR] Randy Pangalila di Konsert Separuh Akhir Mania

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni penatnye bukan main. Dah lah demam, tapi masih galak aku menghadiri event-event semua. Tengahari tu dah ade event beauty product kat Solaris. Heee tak sabar pulak nak buat entry :D Tapi nanti-nanti lah ye.. Namun sebab tak sempat petang tu aku terus ke Shah Alam, lepak makan, rehat then ke Kompleks Sukan Panasonic untuk menonton konsert Mania secara live.

 

IMG_8382

Aku ada baca tweet Pak Nil yang mengatakan Randy Pangalila ada malam ni. Tapi boleh pulak aku lupa! Then aku dengan hakak Pen Merah pon berlenggang je lah masuk dewan tu. Sekali bila muncul Randy Pangalila atas pentas aku menyesal tak masuk awal. Kalau tak dapat la great spot untuk ambil gambar! Dahlah dapat duduk kat tempat fans je. Chaitt.

 

 

IMG_8384

Aku bajet Randy nak nyanyi lagu Lewat Semesta lah kan.. Sekali bila mula muzik aku terus cakap “Untuk Mencintaimu!” Randy tidak pula nyanyi lagu beliau, tapi malam itu beliau menyanyikan lagu tema telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang mana beliau digandingkan bersama Elfira Loy.

 

 

IMG_8389

Heee tepat pandang kat aku masa ni! Siap kenyit-kenyit mata kat aku. Okay ini tipu. Waduh siapa bilang benar? Makanya jangan percaya! Hahaha apa aku mengarut ni entahhh!!!

 

 

IMG_8395

Randy menyampaikan lagu dari kumpulan Seventeen ini dengan penuh perasaan. Waduhhh macam tak percaya pulak aku dapat tengok beliau perform live. Hikhikhik.. Terbayang-bayang pulak aksi aku bila karaoke lagu ni. Hikhik…

 

 

IMG_8393

My fav pic!! Hohohooo.. senyuman Randy aduhh memang manis sekali yaaa!! Hensemnye abang Randy kitewww.. Ehhh! Berangan pulak hehh.. Hahahha aku tak ingat sejak bila aku kenal Randy Pangalila ni. Kalau tak silap dari sinetron lah..

 

 

IMG_8413

Last but not least, gambar Randy Pangalila bersama pengacara Mania, Aznil Hj Nawawi dan juga heroin Biar Mimpi Sampai Ke Bintang iaitu Elfira Loy yang comel! Wuuu jeles laa dorang berlakon sama. Randy tu dah lah hensem sangat. Ehh kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay