Isnin, 11 April 2011

Badan je kecik tapi selera besar ! ! !

Ni lah jadinya bila dua budak ni yang nampak aje berbadan kecik, tapi selera nye ya ampunnnn!!! Kalau mulut tu lebar sikit satu inci setengah, memang semua makanan dorang nak ngap!!

Jom berkenalannnnnn Smile

 

IMG_2548

IMG_2558

Haaaa sejak dua menjak ni bebudok ni memang suke melantak. Dah macam orang mengandung yang mengidam, semua benda nak cuba! Aku pun perasan blog aku ni dah macam blog jalan jalan cari makan la pulak!

Mana tak nya, sekarang ni aku asyik pergi makan sana sini… Lepas tu bila takde idea, aku update la blog aku denga gambor yang aku dah simpan jadi pekasam neh…. Oke kali ni kami melantak di Restoran Nando’s yang terletak dalam SACC Mall.

 

IMG_2550Ayam panggang mild dengan nasi. Iced chocolate.

 

IMG_2554Mixed kebab. Iced chocolate.

 

Heheheee ayam panggang yang sedap! Mungkin rasanya  berbeza dengan apa yang ada kat Kenny’s Rogers. You know what I’ll say??? Of course there are differences, they are from two different places and different styles!

Tapi aku tak leh laa nak halang korang daripada nak minat mana-mana kannn… Citarasa masing-masing, tekak sendiri-sendiri ye tak. Huahuahuaaa….

 

IMG_2564

Heee kebetulan kitorang jumpa one of our batch-mate. So, kitorang mintak dia snap gambar kitorang berdua…. Heheeee aku belum cukup gila nak mintak tolong pekerja Nando’s amikkan gambar. Huahuahuaaa..

Oke memandangkan aku sekarang banyak makan, korang doakan lah berat badan aku naik ye. Aku pelik laa kenapa berat badan aku ni segan sangat nak naik T_T wuwuwuuuu…

 

 

sign NISA


22 ulasan:

  1. wahh!

    sedappp!

    u study mana?

    BalasPadam
  2. wahhh!! sedap nyerr!! nyum3 :p

    BalasPadam
  3. reaksi sy sngt terkilan . rupanya ada juga org yg suka makan bertubi-tubi smpi lupa dunia . haha . upss . *main2 je .*
    lepas ne nmpaknya bolehlah kome jadi pngacara jejalan cari makan pula yer . ahah ;D

    BalasPadam
  4. alaa..jeles..bile kite nak dating nie nisa??huhu~

    BalasPadam
  5. even kuat makan..tp badan tetap maintain slim..kira 1 bonus tu... nk makan bnyk mn pun tkpe.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    PULUT PANGGANG

    BalasPadam
  6. nak nandosss.. ishkk balik kl ni harus pekena dulu. entry ni betul2 membuat air liur akak meleleh hehe

    BalasPadam
  7. kak nisa! same la kite,mkn byk tapi maintain kurus je.hehe!:))

    BalasPadam
  8. mak aiii...beso nye selera. bela saka pe.? haha guraw je k...

    erm...metabolisma tinggi, tu yang berat susah nak naik, tapi tak tahu lah pas kawen melebor jee nanti , dah bahagia la katekan... hahaha...

    :D

    BalasPadam
  9. orang badan kecik ni memang selera makan besar eh?

    BalasPadam
  10. x pernah lagi test makan kat nandos~ selalu makan kat kenny rogers je~
    tapi KR tak bape best...nak kene cari port baru nak makan chicken grilled~huhu~nak try nandos lah pasni~


    p/s: orang kurus nak gemok,orang gemok nak kurus,kesimpulan?entah heee

    http://www.dunialandax.com/

    BalasPadam
  11. makanan yang nampak sedap..;))

    BalasPadam
  12. boleh la pergi Restoran Nando’s nak cuba nanti..
    kalau x sedap, siap nisa...hehe

    BalasPadam
  13. yang mixed kebab tuh mcm menarik je..nyam nyam

    BalasPadam
  14. Sedapnye..?hehe..

    Kat mne nih nisa?

    Nak try g mkn klu best..hehe

    BalasPadam
  15. bestnya mkn nandos. isteri saya tgh dok berpantang bersalin. target utama dia lps abes pantang ni nak gi nandos. huhu

    BalasPadam
  16. smoga berat badan naik scara mdadak!!
    haha

    BalasPadam
  17. sedap! xpenah lagi makan kt kenny rogers wuuuuuuu

    BalasPadam
  18. HUU. sama la kita. makan banyak2 pun x naik2 gak berat ni. sedih, sedih..

    ni la namanya metabolisma tinggi. huhu

    BalasPadam
  19. haha..nampak sedap ja kan...huhu...terliur dah ni...

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay