Memaparkan catatan dengan label bosan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bosan. Papar semua catatan

Ahad, 28 April 2013

Aku, plastik dan kitar semula…

 

Assalamualaikum…

 

DSC00881

Well I have this one whole set of make up stuff that I got from an event last month. So I was recording myself puttin on the make up and what not. So nantikan lah video tu ye..

 

 

DSC00898

Dan ini adalah tempat kejadian ye. Bersepah-sepah mekap daku. Aku memang keluarkan satu-satu, supaya aku senang nak capai. Sebab leceh kot mekap sambil rakam ni. Mana nak tengok cermin nye, mana nak jaga gerak badan supaya tak out of frame.

 

So habis je rakam video mekap, takkan aku nak terus cuci mekap lak kan? Memandangkan aku tak keluar rumah sangat sebab sakit gigi dan gusi bluergghhhh. So I came up with a video. Well sorry la topik sangat boring ok. Baca entry pun dah tahu boring.

 

 

Boring kan. Aku pun tak tahu nak upload ke tak. Tapi dah susah-susah rakam maka aku upload je lah. AKu tak kisah orang nak kata aku bajet good good je cakap pasal kitar semula dalam video bluergghh. Janji aku tak mintak duit orang pun nak upload video ni. Dah tahu tak suke sapa suruh tengok ye dak? Padan muka. Kekekeke.

 

 

 

Ok kalau korang ada topik best untuk buat video, silakan memberi cadangan ya. Thank you so much !

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 11 April 2011

Badan je kecik tapi selera besar ! ! !

Ni lah jadinya bila dua budak ni yang nampak aje berbadan kecik, tapi selera nye ya ampunnnn!!! Kalau mulut tu lebar sikit satu inci setengah, memang semua makanan dorang nak ngap!!

Jom berkenalannnnnn Smile

 

IMG_2548

IMG_2558

Haaaa sejak dua menjak ni bebudok ni memang suke melantak. Dah macam orang mengandung yang mengidam, semua benda nak cuba! Aku pun perasan blog aku ni dah macam blog jalan jalan cari makan la pulak!

Mana tak nya, sekarang ni aku asyik pergi makan sana sini… Lepas tu bila takde idea, aku update la blog aku denga gambor yang aku dah simpan jadi pekasam neh…. Oke kali ni kami melantak di Restoran Nando’s yang terletak dalam SACC Mall.

 

IMG_2550Ayam panggang mild dengan nasi. Iced chocolate.

 

IMG_2554Mixed kebab. Iced chocolate.

 

Heheheee ayam panggang yang sedap! Mungkin rasanya  berbeza dengan apa yang ada kat Kenny’s Rogers. You know what I’ll say??? Of course there are differences, they are from two different places and different styles!

Tapi aku tak leh laa nak halang korang daripada nak minat mana-mana kannn… Citarasa masing-masing, tekak sendiri-sendiri ye tak. Huahuahuaaa….

 

IMG_2564

Heee kebetulan kitorang jumpa one of our batch-mate. So, kitorang mintak dia snap gambar kitorang berdua…. Heheeee aku belum cukup gila nak mintak tolong pekerja Nando’s amikkan gambar. Huahuahuaaa..

Oke memandangkan aku sekarang banyak makan, korang doakan lah berat badan aku naik ye. Aku pelik laa kenapa berat badan aku ni segan sangat nak naik T_T wuwuwuuuu…

 

 

sign NISA


Read More»

Ahad, 27 Mac 2011

Mamak aje laa yang termampu…

 

IMG00127-20110322-2150

Bila balik Temerloh, semua best! Makan masakan mak hari-hari, mau gemuk aku kalau cukup seminggu! Hoooo abes selama berbelas tahun aku hidup nih tak gemuk-gemuk pulak aku duk rumah?? #errrrrrr

Bukan itu masalahnya… bila sampai Temerloh bersamaan dengan kemungkinan untuk aku online adalah tipis. Apatah lagi meng-update blog! Online pon pakai henset, twitter nak refresh lembab giler. Dan kadang-kadang tweet secara agresif boleh menyebabkan ia stuck kejap. #eerrgghhh!!!

So, kedai mamak yang terdekat aje laa yang jadi mangsa untuk aku lepak, minum-minum dan yang paling penting… ONLINE! Aku beli the o ais segelas dua, lepas tu lepak laa kat situ sampai dua tiga jam.. Dalam dua tiga jam aku kat situ sempat laa aku publish entry-entry yang aku siap-siap simpan dalam draf.

So (lagi) … time macam ni laa kedai mamak itu tampak berharga di mata aku. Wahaha!!

# Ohh ye dalam gambar tu adik aku yang nombor 7. Yaaa suka kan kamera. Macam aku!

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 25 Mac 2011

Diari Seorang Blogger Tegar : Ini student life aku.

ENTRY 4 : Cabar Diri Naikkan 10 Entry Hari Ini

Hye peeps! Hari ni mood baik. Jumpa dan lepak dengan kawan-kawan yang dirindui setelah seminggu bercuti. Chewahhh.. Gediks nye daku. Wawawaaa… esok ada bengkel MUET. Ouhhh harap aku tak tertido laa masa bengkel dan ceramah sekian sekian tu nanti ye. Ahaks..

So hari ni takde ape plan sangat… just online dan keluar makan. Ohh ye boleh pulak dorang buat surprise plan, nak pergi karaoke??? Layan aje laaa…

IMG_2800

Heeheee perut dan mendendangkan lagu keroncong dahhhh.. Tu yang laju aje bersiap bila kawan ajak makan. Fuhhhh aku rasa bukan setakat berkeroncong, dah main lagu heavy metal dah punnnn.

 

IMG_2801

IMG_2808

Biasanya kalau nak makan murah, aku dengan kawan-kawan akan pergi ke Medan Selera Seksyen 2, yang sebelah kolej ape tah tu…. Makanan dekat situ murah! Dan kalau korang dah biasa kat tempat ni, korang mesti tahu punye gerai mana yang masakannye sedap!

 

IMG_2802

Yeaaaa kat Medan Selera ni terkenal dengan ABC nye yang sangat menyelerakan!! Hehehehee… tapi lain orang lain citarasanya.. Kat sini banyak gerai minuman… so pandai-pandai lah pilih gerai mana yang korang rasa ABC nye sedap :)

 

IMG_2816

Yeahhh!! Karok!! JANGAN tanya aku ape aku buat kat belakang Iejam yang sedang mendendangkan lagu Harapan dengan penuh perasaan. Hahaha!! Aku pon tak tau ape aku tengah buat! Huuuuu tengah amik mood kot? Hahahaa!!!

Fuhhhh seronok dapat spend time dengan kawan-kawan tersayang. Tapi hati tengah rindu giler kat seseorang, camne? Ooopppss!! Ter-jiwang karat laa pulak. Hohohooo… oke lah… Bye :)

 

sign NISA


Read More»

Serbu Uptown D’Kota laa pulak! Tiba-tiba ada kejadian yang tak disangka!!

ENTRY 2 : Cabar Diri Naikkan 10 Entry Hari Ini

Asyik-asyik Uptown Shah Alam… Nak makan aje pergi Uptown Shah Alam.. Nak beli baju pun kat Uptown Shah Alam.. Nak cari shawl murah lagi bergaya pun pergi Uptown Shah Alam..

Nak dadih best? Nak dengar orang bersuara sedap belaka nyanyi kat openstage? Nak tengok dan pegang sugar glider? Nak jalan-jalan cuci mata? Haiyahhh pendek kata semua pergi Uptown Shah Alam lah! Bila lagi nak terjah uptown kat tempat lain pulak? Haaa satu malam yang indah, aku dan my bebeh Myra telah redah ke Damansara, nak pergi Uptown D’Kota.

Walaupun tempatnya tak lah best macam Uptown Shah Alam, tapi still ade la jugak makanan best untuk buat perut kenyang!

 

IMG_2489Wuuu ayam panggang best! Suka lah.. rasa nak makan lagi. Hua hua huaa… Myra sayang, nanti kita pergi sini lagi ye?

 

IMG_2491Yeahhh umpama makanan wajib! Spaghetti Bolognaise Uptown Style! Haha tapi maaf aku tak berapa suka kuah yang cair. Aku suka kuah pekat. Dah tu, mentang-mentang lah bolognaise, kau bantai bagi aku sos tomato extra yeh! Haha but still boleh tahan lahh…

 

IMG_2493Chicken Chop bebeh! Kuah blackpepper dia boleh tahan lah. Hehehe kire puas hati la jugak. Nak kata superb, mana boleh lawan chicken chop yang mahal-mahal ye tak????

 

Hohooo tu aje lah keje nye kalau turun ke Uptown.. bukan buat ape pon.. Jalan-jalan je, tengok apa yang best. But so sorry… Uptown Shah Alam tetap di hati.. Hohohooo… Selalu sangat lepak sampai abang gerai meja merah dah cam muke!

 

IMG00059-20110312-0120

Tengah lepak dengan amannye.. sekali mamat meja sebelah datang dan cakap pada Myra, “Ni bunga untuk awak… peminat bagi..” (Ehhh ye ke ayat dia macam tu??? Errr lebih kurang la kottt..)

Mamat tu bangun aje dari kerusi, aku terus bantai gelak kuat-kuat takde cover dah. Haha burok benor perangai.. Tengah aku gelak-gelak tu… Jeng jeng jeng….

 

IMG00060-20110312-0129

“Awak.. ni untuk awak pulak…” kata seorang mamat yang tiba-tiba datang ke meja. Dihulurnya bunga ros dua kuntum yang diperbuat dari tisu itu. Di tangkainya terselit sekeping tisu lain beserta nombor telefon. Kalau tak silap mamat tuh nama ___ Baju Merah. Hahahahaa!!!

Aku pulak kena gelak dengan Myra. Ngeng betol lah! Haiyohhhh!!! Memang tak disangka betol lah! Hadoi.. muka aku comot macam Hantu Kak Limah ponggg nak bagi bunga juga kahhh? Errrr sorry aku tak amik pon bunga ni. Lepas amik gambar aku tinggalkan kat meja. Haha

 

Kali kedua pergi Uptown D’Kota Damansara, dah tobat taknak duduk kat kedai tuh! Hahahaa!!!

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 17 Mac 2011

Hari ni aku . . .

 

IMG_2576

Hari ni aku pergi Watsons. Heh, itu pun nak cerita ke? Haiyohh.. Hari ni aku beli SEBAMED Liquid Face & Body Wash. Produk ni memang bagus okeh. Boleh guna buat cuci muka, cuci badan. 2 dalam 1 beb. Tapi sebotol 200ML berharga dalam lingkungan RM20.00 ke RM25.00.

Tapi produk ni ekonomikal, tak payah guna banyak sangat untuk mencuci. I mean cuci muka la. Dan produk ni tak mengandungi sabun sangat. So memang tak berbuih mana pun, jangan pulak korang pergi pam liquid tu banyak-banyak! Dulu aku pakai SEBAMED ni, dari form 3 sampai form 5. Memang best! Jerawat pun segan-segan jek nak hinggap kat muka aku masa tuh. Hohohoo.. masuk universiti aje, gatal-gatal tukar produk lain. Abes muke gerutu macam jalan tar. Oke sekarang berpacaran balik sama SEBAMED.

Maskara 4U2 Extreme. Myra dah beli dulu. Memang best! Aku sudah jatuh cinta. So aku beli jugak lah. Harga pun tak ada mahal mana. Tak sampai RM20.00 pun.

Bedak  kompak Maybelline Clear Smooth Extra. Sebelum ni aku try bedak Garnier Skin Naturals. Tak sesuai kot dengan kulit aku? Kering giler ahh kulit aku bila pakai bedak Garnier nih. Lepas tu bedak dia tak tahan lama. Aku ada je bedak muka Maqui Miracle Lancome, tapi malas pakai. Sayang wooo.. dah la dapat free. Barang mahal tuh, sapa nak bagi kan? Kan???

Oh ye, saya ahli Watsons membercard. SEKALI LAGI, perlu ke aku cerita??? Arrgghhhh!!!

 

IMG_2579

Dan hari ni aku nak study Reasearch Methodologies. Huuu LAST PAPER okeh! Walaupun semester ni memang terumbang-ambing, serabut dan macam-macam lagi, aku kena habiskan jugak.

Atas beberapa sebab aku agak down dengan semester ni, dengan diri aku sendiri dan banyak perkara lain. I feel lost. What am I going to do? Bodoh betul tanya macam ni sekarang sebab masa semakin suntuk. Aku tak ada masa nak tanya-tanya lagi. Aku kena lakukan!

STUDY LAH. BYE.

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 14 Mac 2011

Moh le kita try ayam penyet!

Haaa ini entry lagi busuk. Haha gambar dah lama kot… Baru la terhegeh-hegeh nak update! Haha.. Kitorang decide nak pergi Giant baru yang berdekatan dengan Klang Sentral tuh.

IMG_0813

Ni lah muda mudi sekarang nih. Bukan nak ingat jalan. Nak pergi Klang Sentral aje pon.. beria bebenor la si Famey dengan Iejam membelek GPS device tuh! Hohoo.. padahal kitorang nak pergi Wisma SANI, nak buat interview sikit dengan orang kat situ untuk assignment.

Tapi malang nye GPS device Proton tu hampeh takleh guna. Harap je pakai Inspira. Ooppss! Tetibe. Hahaha jangan marah ye Famey. Hek hek hek~ Lepas buat assignment, kitorang pergi la kat Giant baru yang ade kat situ.. Sekali takde foodcourt! Gila ke GIANT takde foodcourt. Ape lagi, mamat magic nih dok ngidam ayam penyet pulak!

 

IMG_0844

Inilah Hyzry Famey a.k.a. abang magic, kali ni group Corporate Communication dia join aku, Iejam & Myra. Dia kalau bergambor memang suke buat muke pailang (samseng). Haha.. sempat lagi trick aku pakai kad magic beliau tuh. Ish ish ishh…

 

IMG_0831

Haaa tu dia boss group kami, Iejam. Bersama dengan beliau ialah Myra my sayang. Hohohooo… Ohh ye Iejam tengah pegang sushi tuh. Konon-konon nak main suap-suap lak dengan Myra kan. Hohohooo~

 

IMG_0851

Yeahhh ni dia hidangan ayam penyet dan juga udang salut tepung ape tah. Hahaaa… Oh ye, memang ada tiga aje hidangan sebab aku tak order. Aku tak makan ayam penyet. Bukan sebab tak sedap, tapi aku tak makan pedas. Iejam dengan Myra kata sambal dia pedas-giler-gua-cakap-sama-lu ~ Hohoo..

 

IMG_0862Aku makan sushi aje. Auwww my favorite!! Huhuhuuu….

 

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 8 Mac 2011

Pra-tonton Filem : RATU The Movie

SEKALI LAGI… entry busuk. Sorry, aku baru teringat pasal ni lepas aku jumpa gambar-gambar dalam folder berhabuk :P

Aku telah dapat tiket free dari abang Darkbatman untuk pra-tonton filem “RATU The Movie” Pra-tonton means, korang tengok movie tu sebelum tayangan perdana pun! Masa pra-tonton ni merasalah korang tengok satu panggung dengan para pelakon, pengarah filem, wartawan.. Haaa kelas uolls!!!

 

TARIKH : 22 FEBRUARI 2011

LOKASI : Cathay Cineplexes, E@Curve

SINOPSIS

Filem “RATU the Movie” mengisahkan perjalanan satu pertandingan realiti iaitu pencarian Pesona Ratu. Seramai 10 orang finalis telah dipilih, namun sebelum sempat pemilihan bermula, 2 orang telah disingkirkan. Kenapa? Tengok sendiri lah ye.

Percutian penuh glamor yang diimpikan seakan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 8 peserta yang tinggal. Keseronokan yang dijangka rupanya angan-angan sahaja. Segalanya berubah dalam sekelip mata apabila mereka terperangkap di sebuah pulau gara-gara ribut melanda.

Misteri mula menyelubungi apabila satu persatu perkara misteri menimpa mereka dan ada peserta yang hilang. Mereka berpecah dan terjadilah perkara-perkara yang tidak mereka jangka kan. Namun, tetap ada satu pemenang dalam ‘permainan’ ini. Apa yang jadi kepada semua finalis? Siapa menang? Nak tahu tengoklah sendiri. Aku bukan nak buat review filem ke ape. So aku malas komen. Ahaks..

 

IMG_1664

IMG_1595Selepas tayangan filem tamat. Sidang media antara pengarah, pelakon dan wartawan.

 

IMG_1622

IMG_1646Muncung aku hudoh giler weyh~

  Credit : http://darkbatman.com/

 

asfwegCRIME PARTNER OF THE DAY : Syafiq Rosli , Aqu APi & Nisa Menaip

 

Banyak lagi gambor camwhore kitorang. Maklumlah.. aktiviti wajib kan kan kan… Ahaha.. malas nak cakap banyak dah, nanti kalau rajin aku upload kat facebook aku. Bye bye.

P/S : Preloved shawl dan baju KLIK SINI

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 2 Mac 2011

AKU TENGAH…. usahakan assignment!

 

IMG_1922

Gambar ni aku snap, aku transfer ke laptop dan tadaaaa… di post ke dalam blog kudus ku ini.

Yaaa.. usahakan assignment. No matter what happen, by hook or by crook esok mesti mau siap maaaa… Ada sikit je lagi nak siapkan.. tapi yang sikit tu, ialah part yang susah!!! Hadoiii lunyai makkkk…

Kertas dah bersepah-sepah. Untuk tidak bazir idea yang tercerna salam minda, aku pilih untuk tulis segalanya atas kertas. I found that this method make me focus more compare to type it straight in the Word. So bila nak type nanti, kalau ada apa apa nak ditambah, boleh terus tambah or edit mana yang patut.. Huhuu..

Oke nak sambung balik, outta.. Bubbye..

 

sign NISA


Read More»

ENTRY BALAS BALIK : Bukan aku yang nakal lah !!!

Kepada sesiapa yang baca blog along aku, mesti korang ade baca entry beliau yang bertajuk Beraksi Nakal Di Hujung Minggu. Lepas tu dalam entry tu sesedap karipap aje abang aku mengata aku buat muke entah apa apa.

Hahahaaa jeles la tuuuuuu… Hekhekhekk…. Tak kesah lah dia dah update dulu pasal ni, tak kire nak update jugak! Hekhekhekk…

 

IMG_1506

HOH..!! Ni lah gambor yang dia kata aku suke buat muka entah apa-apa tuh… Sampai hati ko ye along… Hekhekhekk.. Ni muke penat der… Bukan aku sengaja nak “ziarah” setiap kedai yang ada… Cuma, aku tak jumpa lagi ape yang aku nak. Huhuu….

 

IMG_1482

Weeeeeeee!!! Spaghetti! My fav food ever. Hekhekhekk… Apa tah nama spaghetti ni.. panjang bebenor, aku tak ingat! Hohohooo… Tapi serius sedap weyhh!!! Beli kat foodcourt kat Times Square tu aje, tapi memang sedap!! Kalau aku pergi TS lagi, aku nak makan lagi benda alah ni! Hekhekhekk…

 

IMG_1514Pasangan jenayah aku pada hari kejadian.. Faten Rosli, rakan blogger yang aku kenal masa gathering ni. Yang sebelah kanan pulak, berbaju merah tu Nadhirah, kawan lama aku dari sekolah menengah! Dia sekarang study UiTM Shah Alam.. Senang laa aku berjimba dengan beliau. Hahahaa…

 

IMG_1515Tu dia tak cukup tangan nak angkat beg-beg semua…. Alhamdulillah ada sikit rezeki pada hari tu, yang membolehkan aku membeli sikit. Hekhekhekk… Tak ada lah.. Aku sebenarnya nak pergi TS tu sebab nak beli barang sikit untuk dinner fakulti aku… Dah alang-alang tuh jumpa laa along aku. Hehehe..

 

catsSesi bergambor bersama lelaki hensem, poster kedai barangan sukan. Hahahahaaa… Muke sume nak excited abes aje. Hekhekhekk…

 

IMG_1540

Muke cemerlang pada hari itu.. Tak lupa juga kepada kawan saya, Hisyam sebab join sekaki menziarah sekitar Times Square.. At least abang aku tuh ade gak geng jantan. Tak ade lah kesepian aje. Hekhekhekk!!! Ohh ye gambor kawan yang sorang nih takde lak.. sebab dia yang dok mengambil gambor. Hahahaaa….

Oke, lepas exam kalau ade duit nak shopping lagi. Kali ni nak beli something untuk adik kat rumah. Hehehee… INSYAALLAH…

P/S : saya dah penah cite saya ade jumpa seorang blogger. hhehhehee…. nnt sy update ye :D

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 1 Mac 2011

Diari Seorang Blogger Tegar : Keinginan untuk blogging dah berkurang!

Waaaarrgghhhh!!!! Apakah benar ia sedang melanda diri aku??? Simptom-simptom yang menunjukkan betapa kroniknya aku? Mood blogging sekarang turun naik?? Adakah aku betul-betul nak berhenti blogging???

Jawapannyaaaa….. BUKAN!! Mood nak blogging menurun gara-gara final exam yang semakin hampir.. Aduhhhh minggu penuh duka dan sengsara bakal menjelma. Ouhh in fact, dah menjelma pon!

Picture2405

Aku kini memasuki fasa kesibukan terlampau. Hohoo… Ouh di saat ini aku berada di restoran fastfood yang terkenal kat Shah Alam ni, yakni McDonald’s yang berlokasi di Seksyen 2. Aku ke sini berbekalkan hasrat tulus suci lagi murni untuk menggerakkan assignment research aku yang tertangguh malam tadi. Almaklumlah, malam tadi kan dinner fakulti. Hek hek hek..

 

Picture2403

HAI. Mari berkenalan dengan assignment Reseacrh Methodologies. Huahuahua… topik yang dipilih?? Pada asalnya aku pilih untuk buat research pasal blog, tapi……. entah lah. Then aku tukar kepada social networking.. Sesuatu yang lebih general.

 

Picture2408

Huiiii muka nak nangis beb! Nak nangis laa kena rushing siapkan assignment, lagi dua hari nak hantar! Haha! But still I blogging? Untung laaaa.. Nama nye pun blogger tegar kan? Kan?

Dah, nak siapkan assignment (wish me luck! Lots of luck!)

P/S : Spek hitam macam gangster kredit to abang polis. Haha!

 

 

 

PEACE.


Read More»

Copyright © Nisa Kay