Jumaat, 24 Februari 2012

[EVENT] Semua dijemput hadir ke acara Pekan Frinjan hari ini!

 

Assalamualaikum semua..

 

Korang buat apa petang Jumaat macam ni?? Aku macam biasa akan duduk rumah, translate skrip untuk weekly task aku dari Amanz Media. Lepas tu makan.. lepas tu makan lagi.. makan lagi.. ehhh!! Banyak sangat pulak makan. Badan aku tak naik-naik jugak! Grrr!!!

 

Kepada yang duduk area Shah Alam, Klang, Subang atau mana-mana kawasan berhampiran jomlah kita sama-sama turun padang memeriahkan acara Pekan Frinjan yang kini diadakan setiap bulan!!

 

Poster A4 Pekan Frinjan 27

Pekan Frinjan adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku dan macam-macam. Edisi yang ke 27 akan berlangsung di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor pada hari jumaat, 24 Februari.

 

TEMPAT
Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam (depan UNISEL dan bersebelahan Taman Tasik Seksyen 7)


TARIKH
24 Februari 2012, Jumaat


MASA
8 malam (bazar bermula jam 5 petang)

 

BARISAN PENGKARYA
Najwa Latif
Malaysia Ukulele Group (MUG)
Zip Zieller
Skinbasher
Syamkamarul
Iamneeta
Promo Malaysia Ukulele Day 17 Mac 2012

 

Baucar buku RM200 boleh digunakan di booth Distro Buku, Selut Press, Gerakbudaya & Lejen Press! Juga pelbagai buku-buku baru dari penerbit kecil dan besar boleh diperolehi di sini. Tidak lupa untuk untuk yang suka berfesyen dan membeli belah apa saja, puluhan gerai menanti :)

 

 

Lebih banyak informasi korang boleh rujuk di sini :

BLOG : http://frinjan.blogspot.com/

FACEBOOK : http://www.fb.com/frinjan

TWITTER :  http://www.twitter.com/frinjan

 

 

 

Sign PNG NisaKay


8 ulasan:

  1. damn! sy balik shah alam 3hb! x dapat pegi!

    BalasPadam
  2. frinjan tu mcm familiar sgt. kalo taksilap, kat holland kan? jika silap btolkan.

    wow! shah alam. rindu. hehe.

    BalasPadam
  3. dkat jew tp xder trasport lak...
    mggu dpn ade ta??

    BalasPadam
  4. kak Nisa, Ahad niy ada karnival sukan eh katsitu?

    BalasPadam
  5. akak baru balik td... 1st time g saner.. it's a good start i would say...

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay