Jumaat, 23 Mac 2012

FILEM – The Vow

 

Assalamualaikum…

 

P3202659

Bersama Nuffies : Thara, Yen Ling & Anne Cheah

 

Pada hari Selasa yang lalu, aku telah memenangi pas menonton filem The Vow daripada Nuffnang. Macam biasalah, kalau korang nak menang pas menonton wayang, korang kena update dengan website Nuffnang. Kalau ada movie baru bolehlah korang mencuba nasib ye tak?

 

The-Vow-Poster

Filem yang aku tonton pada Selasa lalu ialah filem The Vow lakonan Rachel McAdams dan Channing Tatum. Daripada trailer filem ni, aku dah memang pasang niat nak menontonnya.. Tak sangka pulak menang pas ke premiere screening dengan Nuffnang. Memang rezeki, alhamdulillah…

 

SINOPSIS :

Leo dan Paige adalah pasangan yang sangat mencintai satu sama lain. Perjalanan kehidupan mereka sungguh indah, sehinggalah pada suatu hari, mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Paige koma dan kemudiannya sedar namun dengan ingatan yang telah hilang. Dia hanya mempunyai ingatan mengenai kehidupannya sebelum dia mengenali dan jatuh cinta kepada Leo.

 

Leo amat kecewa dan bersedih. Namun pun begitu, demi cintanya demi Paige, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membantu ingatan Paige kembali pulih dan membuat Paige kembali mencintainya.

 

Namun keadaan begitu menduga apabila ingatan Paige tidak pulih. Paige memilih untuk bercerai, kembali kepada keluarga dan teman lelaki lamanya. Leo cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Dan bagi Paige pula, segalanya bagai bermula kembali.. Adakah dua hati ini akan bersatu kembali akhirnya?

 

 

Rachel-McAdams-and-Channing-Tatum-in-The-Vow-2012-Movie-Image-5-600x400-15ueswh

KALAU JODOH TAK KE MANA. Pada pendapat aku, itu adalah frasa yang tepat bagi menggambarkan perjalanan filem the Vow ini. Jadilah apa pun, ia takkan sesekali mengubah rasa cinta tu. Terpisahlah sejauh mana pun, akan kembali bertemu jugak. Ditimpalah sebesar mana pun cabarannya, pasti akan dapat mengharunginya. Aicehhh…

 

Mungkin jalan ceritanya sedikit perlahan, tapi secara peribadinya, aku tak rasa itu mengganggu konsenstrasi aku ketika menonton. Keseluruhannya kesetiaan kepada cinta adalah intipati utama filem ini.

 

Melihat watak Leo yang dibawakan oleh Channing Tatum, amat menyentuh hati aku. Bergenang air mata aku melihat kesungguhan Leo melindungi dan membantu orang yang dia sangat cintai. Fuhhh kalaulah aku jumpa lelaki yang setia pada cinta macam Leo ni. Cehhh berangan kejap! Hehehee…

 

 

the-vow-movie

Bagi mereka yang sukakan kisah filem romantis dan penuh emosi, memang patutlah anda pergi tengok filem The Vow. Dalam cerita ni, ia menampilkan elemen cinta yang amat kuat, yang menjadi pendorong kepada Leo untuk terus setia dan tidak berputus asa terhadap Paige.

 

Pergghhh ini baru namanya cinta. Walau jadi apa pun lelaki tu takkan berputus asa, kerana dia tahu jauh di dalam diri Paige, Paige juga mencintainya. Macam geli-geli pulak ayat aku kan? Hahaa.. Tapi dah nak buat macam mana, aku suka gila filem ni sebab Leo romantik sangat awwww.. Jangan lupa tonton The Vow di pawagam ye! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


17 ulasan:

  1. hari tu tgk iklan kt tv... nampak mcm best.. mesti mau tgk lah! :D

    BalasPadam
  2. best kan! DN bukan bergenang lg, menitis dh air mata dibuatnya. huhu...

    BalasPadam
  3. Dah plan dah nak tengok. nasib baik sis buat review :)

    BalasPadam
  4. paige ni yang berlakon citer charm kat ntv7 dulu2 kan?? ^_^ dia cantiklah ... mesti bes citer ni :D

    BalasPadam
  5. rasa mcm nk tgk cite ni je >_<

    BalasPadam
  6. hehe, saya blogger temerloh..

    do follow my blog ya.. :)

    http://sheilanasir.blogspot.com
    http://bluedaisygallery.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Blog ni makin cantik lah ! Haha, takde kena mengena dgn entry ni :p

    BalasPadam
  8. Dah plan nak tengok movie neh gak! Jalan cerita dia menarik sgt ^^

    BalasPadam
  9. jalan cerita macam cerita korea
    A moment to remember. tpi teringin nak tengok juga =).

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay