Memaparkan catatan dengan label Premiere Screening. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Premiere Screening. Papar semua catatan

Jumaat, 19 September 2014

REVIEW FILEM – Nasi Tangas (Nasi Kangkang) : abadikah cinta yang ditundukkan ?

 

Assalamualaikum..

 

Ahaa lama sudah diriku menyepi dari membikin sebarang review filem. Kali ni aku teruja nak share review aku dengan pembaca semua satu filem seram terbitan MIG. Tapi filem seram kali ini bukan macam seram biasa. Biasanya kalau cerita hantu mesti pasal roh yang tak tenang, mati dibunuh, mayat tak dituntut dan sebagainya. Ini elemen seramnya datang dari amalan ilmu hitam NASI TANGAS (Nasi Kangkang).

 

 

nasi tangas 

NASI TANGAS atau nama glemer nya nasi kangkang ni merupakan amalan syirik, terkutuk lagi keji yang diamalkan dengan tujuan untuk menundukkan suami. Haa toksah tanya lah macam mana nak buat nasi kangkang ni kan, mana lah aku tahu. Tapi kalau nak dapatkan gambarannya boleh lah tengok filem NASI TANGAS ni… tapi tahan sikit la ye sebab a bit jijik. Haa main ilmu hitam mana ada bersih-bersih ye dak ??

 

 

IMG_2976 Alkisahnya bila sepasang suami isteri yang baru berkahwin, tetapi si isteri tu mula merasakan cemburu terhadap persabahatan suaminya dengan perempuan lain. Haaa CEMBURU ni pun satu jenis penyakit jiwa raga jugak. Kerana cemburu, manusia boleh sampai melakukan perkara-perkara yang tak terjangkau dek akal. Tu la ada yang sampai main bomoh la, buat jenayah la..

 

 

IMG_2420

Mira (lakonan Adiba Yunus) mula merasakan ragu terhadap suaminya sendiri, Hairi (lakonan Azwan Kombos) kerana melihat persahabatan yang sangat akrab dengan Fatin (lakonan Shima Anuar). Cemburu semakin menjadi-jadi apabila Fatin dilihat lebih memahami citarasa Hairi kerana mereka sudah berkawan baik sejak universiti lagi.

 

Keraguan dan perasaan cemburu Mira semakin tidak terkawal sehinggakan beliau menurut amalan ibunya yang turut memberikan nasi kangkang kepada suaminya sendiri (ayah Mira). Mira semakin terdesak untuk membuatkan Hairi hanya patuh dan menurut kehendaknya, maka Mira mengikut ibunya berjumpa dengan bomoh.

 

 

IMG_3304

Mira pada mulanya gembira dengan perubahan Hairi yang tidak pernah melawan kata-katanya, namun apabila kawan-kawan Hairi cuba untuk menyembuhkan Hairi, Mira semakin tertekan dan terdesak. Mira ni sampai sanggup lakukan apa saja (ilmu hitam) demi memastikan Hairi sentiasa sayang padanya. Haa nak tahu apa benda yang beliau sanggup buat tu, kena lah tengok filem NASI TANGAS ni !

 

 

IMG_5298

IMG_3922

Tapi akhirnya ilmu hitam itu sendiri memakan diri. Dek kerana terlalu sayangkan suami sampai sanggup membelakangkang agama. Berjayakah Mira menundukkan Hairi selamanya ?? Haa nak tahu kenalah tengok filem ni.

 

 

Aku suka filem ni, secara personalnya. Sebab elemen seram yang tidak terlalu sarat datangnya dari permainan ilmu hitam itu. Bukannya dari manusia yang sudah mati. Jadi ada sedikit la kelainan di situ. Jalan ceritanya jugak sedikit sebanyak membuka mata kita mengenai amalan syirik yang dilaknat Allah ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat kita. Hanya kerana kurang yakin dengan kasih sayang suami, sanggup dikangkangnya suami sendiri.

 

Jangan lupa tonton filem ni, ambil iktibar dari filem ni. Ada banyak lagi cara nak buktikan kasih dan sayang, yang pasti BUKAN dengan cara menggunakan sihir atau amalan-amalan yang menyimpang jauh dari sisi agama. Tengok jangan tak tengok tauuu !! Filem NASI TANGAS dah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia !

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Ahad, 10 Mac 2013

[FILEM] Oz the Great and Powerful

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Beberapa hari lepas aku berpeluang join premiere screening filem yang “mungkin” dinanti ramai.. Melihat poster dan trailernya jugak buat aku macam “oh wow ohh woww”. Cehhh lebih kurang macam tu lah…

 

Masa premiere screening tu, dekat US pun belum premiere.. Maka staff GSC Mid Valley sibuk lah mengutip any electronic devices yang boleh digunakan untuk merakam gambar atau apa-apa visual dari filem tu… Tapi sebab aku ni jenis tak percaya simpan-simpan barang aku kat entah sapa-sapa, aku decide nak letak semua barang aku dalam kereta aje.

 

 

OZ-Keyart-B

 

Poster cantik kemain. Tapi heronye aku tak kenal pun lahaiii. Aku pergi pon sebab aku “expect” filem ni bakal menggegar pawagam dan meletop-letop gitu. Ahaaa… And aku nak tengok Mila Kunis yang jelita itu saja. Boleh? AHahaha…

 

 

 

Okay dah tengok trailer nye? Macam gempak kan?? “Maaaacammmm” gempak kannn?? Grrr! Do you get what I mean?????

 

 

oz1

Too bad to say here that I dont really like the movie though :( Tak bermaksud movie ni sangat sangat tak best. Mungkin pada korang yang menontonnye macam best gempak-gempak je enn.. tapi malangnya citarasa aku berlainan. Ewahhh!!

 

Pada awal cerita lagi aku dah merasakan jalan ceritanya yang slow semacam aje.. Duk sibuk menceritakan perihal si Oz yang kaki perempuan dan gitu gini gitu gini. Aku dah mula bosan pada permulaan cerita. Nak tweet-tweet atau usha instagram tak boleh lak sebab phone sume simpan dalam kereta.

 

 

oz2

Lepas tu aku rasa some part of the stories macam best and gempak je kesan khas and animasi dia tu.. Tapi some part of the film macam acah-acah aje kesan grafik dia tu.. Macam tak sync pulak aku tengok. Aku tak reti nak guna terma apa, tapi macam tak masuk lakkk. Hadehh nak explain macam mana hehh..

 

Pastu watak Glinda (dalam gambar) macam terlalu baikkk. Guna kuasa kabus-kabus aje… Tapi bila kena tangkap dengan tapir terbang konco-konco adiknya yang jahat tu, elok je lemah longlai sikit pun tak meronta. Macam sangat tak realistik. Well, sume citer macam ni pun tak realistik. Tapi yang ni macam.. er… Hahaha

 

Okaylah aku tak reti nak cerita lebih-lebih. Kalau korang nak tengok, tengoklah… aku bagi 1/5 bintang aje. Citer ni dibikin dengan kos terlalu mahal untuk buat aku rasa not worth it to watch it. Nasib baik dapat tengok free. EHHHHH!!!!!!!!! Hahahaa….

 

 

READ : Review by Tony Teh from Colourless Opinions and Yen Ling from Miss Burung Hantu.

 

 

XOXO


Read More»

Rabu, 23 Januari 2013

NUFFNANG PREMIERE SCREENING – Hansel & Gretel

 

Assalamualaikum..

 

Hari ni alhamdulillah aku bahagia sekali bila berpeluang join event NUFFNANG yeahuuu! Lama dah rindu nak join event sobs sobs. Eh entry bahasa melayu kali ni? Heeee cuma malas nak memikir ayat dalam bahasa Inggeris hari ni. I is penat tahu?

 

hansel-and-gretel-21391438

Masa kecik-kecik mesti kite pernah baca buku cerita pasal dua kanak-kanak iaitu Hansel dan adiknye Gretel yang tersesat dalam hutan dan terjumpa rumah yang diperbuat daripada coklat, biskut dan gula-gula kan? And with a lil’ trick they manage to escape when they found that the old lady who owns the house was actually a witch kan? Tapi.. bukan Hansel & Gretel yang ni yang aku tengok tadi.

 

HG_HighRes-690x1024 

Pergghh betapa bergayanya Hansel & Gretel alaf baru ni kenzz! Tambah power dengan senjata membunuh ahli sihir woot woot ! Hansel & Gretel ditinggalkan dalam hutan, tanpa diketahui sebab sebenarnya. Mereka tersesat dan ditangkap oleh ahli sihir jijik lagi huduh di rumah gula-gula (candy house).

 

Keberanian Gretel telah menyelamatkan Hansel daripada “dimasak” oleh ahli sihir itu. Dan hidup mereka berubah sejak itu. Kedua beradik ini membesar sebagai pemburu ahli sihir yang terkenal. Sana sini mereka mencipta nama dan sejarah dengan memburu dan menumpaskan ahli sihir.

 

Tapi sampai di Augsburg, Hansel dan Gretel menghadapi masalah apabila syerif bandar tersebut berkeras untuk menggunakan cara tersendiri untuk menangkap ahli sihir. Syerif tu tak sedor bahawasanya ahli-ahli sihir yang duk menculik budak-budak kat bandar tu bukan ahli sihir biasa.

 

 

hansel-and-gretel-5

Fuhh dah lah cun, bergaya dengan senjata dan melawan ahli sihir pulak tu! Ini GRETEL, lakonan Gemma Arterton. Sebenarnya ada sejarah dan cerita disebalik pemburuan ahli sihir yang amat berkuasa ni. Pertemuan beliau dengan ahli sihir tersebut juga merupakan kunci kepada kisah silam mereka.

 

 

hansel-and-gretel-4

Hansel yang hensem aum aum ni lakonan Jeremy Renner. Tapi beliau takde 6 pack. Ehh? Pastu macam ade kencing manis jek sebab masa kecik-kecik tu ahli sihir huduh yang tangkap dia tu torture dia, suruh makan gula-gula banyak sangat. Herher. Pastu jatuh cinta dengan ahli sihir jugak. Berlawan pon hebat gak. Huahua!

 

 

HG-04024Rv4-jpg_155539

Apa yang aku boleh katakan, jalan cerita yang bagus, sebab memang ada twist dari kisah dongeng yang asal. Dan aksi berlawan yang hebat. Tapi memang tak boleh ditonton kanak-kanak la kot sebab muka ahli sihir memang amat huduh sampai aku pon tak sanggup tengok.. Dan aksi ganas yang keterlaluan jadi intipati filem.

 

Namun jalan ceritanya agak mudah dibaca dan kita sedikit sebanyak boleh predict apa yang bakal berlaku. Namun plot cerita yang pantas dan Hansel & Gretel sama-sama mengalahkan ahli sihir jahat di akhir filem. Namun semua itu tidak mudah kerana Gretel ditangkap oleh ahli sihir tu. Sebab.. ada sesuatu yang mereka perlukan dari Gretel.

 

Apa-apa pun filem yang agak bagus untuk tontonan korang semua di hujung minggu! Ehem ehem.. Khamis public holiday kan?? Boleh ler pkat ramai-ramai tengok movie ni okay? Herher.. movie HANSEL & GRETEL : WITCH HUNTERS akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 24 Januari 2013 ini.

 

Sekali lagi terima kasih tak terhingga kepada NUFFNANG sebab memilih aku sebagai salah satu blogger bertuah untuk menyertai premiere screening kali ini yeahuuu!! Lain kali aku nak join lagi! Herherher… Thanks! Adios!

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 23 Mac 2012

FILEM – The Vow

 

Assalamualaikum…

 

P3202659

Bersama Nuffies : Thara, Yen Ling & Anne Cheah

 

Pada hari Selasa yang lalu, aku telah memenangi pas menonton filem The Vow daripada Nuffnang. Macam biasalah, kalau korang nak menang pas menonton wayang, korang kena update dengan website Nuffnang. Kalau ada movie baru bolehlah korang mencuba nasib ye tak?

 

The-Vow-Poster

Filem yang aku tonton pada Selasa lalu ialah filem The Vow lakonan Rachel McAdams dan Channing Tatum. Daripada trailer filem ni, aku dah memang pasang niat nak menontonnya.. Tak sangka pulak menang pas ke premiere screening dengan Nuffnang. Memang rezeki, alhamdulillah…

 

SINOPSIS :

Leo dan Paige adalah pasangan yang sangat mencintai satu sama lain. Perjalanan kehidupan mereka sungguh indah, sehinggalah pada suatu hari, mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Paige koma dan kemudiannya sedar namun dengan ingatan yang telah hilang. Dia hanya mempunyai ingatan mengenai kehidupannya sebelum dia mengenali dan jatuh cinta kepada Leo.

 

Leo amat kecewa dan bersedih. Namun pun begitu, demi cintanya demi Paige, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membantu ingatan Paige kembali pulih dan membuat Paige kembali mencintainya.

 

Namun keadaan begitu menduga apabila ingatan Paige tidak pulih. Paige memilih untuk bercerai, kembali kepada keluarga dan teman lelaki lamanya. Leo cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Dan bagi Paige pula, segalanya bagai bermula kembali.. Adakah dua hati ini akan bersatu kembali akhirnya?

 

 

Rachel-McAdams-and-Channing-Tatum-in-The-Vow-2012-Movie-Image-5-600x400-15ueswh

KALAU JODOH TAK KE MANA. Pada pendapat aku, itu adalah frasa yang tepat bagi menggambarkan perjalanan filem the Vow ini. Jadilah apa pun, ia takkan sesekali mengubah rasa cinta tu. Terpisahlah sejauh mana pun, akan kembali bertemu jugak. Ditimpalah sebesar mana pun cabarannya, pasti akan dapat mengharunginya. Aicehhh…

 

Mungkin jalan ceritanya sedikit perlahan, tapi secara peribadinya, aku tak rasa itu mengganggu konsenstrasi aku ketika menonton. Keseluruhannya kesetiaan kepada cinta adalah intipati utama filem ini.

 

Melihat watak Leo yang dibawakan oleh Channing Tatum, amat menyentuh hati aku. Bergenang air mata aku melihat kesungguhan Leo melindungi dan membantu orang yang dia sangat cintai. Fuhhh kalaulah aku jumpa lelaki yang setia pada cinta macam Leo ni. Cehhh berangan kejap! Hehehee…

 

 

the-vow-movie

Bagi mereka yang sukakan kisah filem romantis dan penuh emosi, memang patutlah anda pergi tengok filem The Vow. Dalam cerita ni, ia menampilkan elemen cinta yang amat kuat, yang menjadi pendorong kepada Leo untuk terus setia dan tidak berputus asa terhadap Paige.

 

Pergghhh ini baru namanya cinta. Walau jadi apa pun lelaki tu takkan berputus asa, kerana dia tahu jauh di dalam diri Paige, Paige juga mencintainya. Macam geli-geli pulak ayat aku kan? Hahaa.. Tapi dah nak buat macam mana, aku suka gila filem ni sebab Leo romantik sangat awwww.. Jangan lupa tonton The Vow di pawagam ye! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 24 November 2011

PUSS IN BOOTS Nuffnang Premier Screening

 

Assalamualaikum…

 

IMG-20111122-01701

Alhamdulillah, berkat kegigihan aku melahirkan imaginasi menerusi entry ini, aku akhirnya menang pas untuk menonton tayangan perdana PUSS IN BOOTS daripada Nuffnang. Thank you Nuffnang! Tayangan berlangsung pada 22 November 2011 di GSC, One Utama.

 

 

IMG_9884

Aku pergi premier screening ni dengan Syafiq Rosli. Disebabkan jalan jam kat area Kelana Jaya, maka kitorang sampai lambat sikit, tapi tak begitu lewat lah, sebab kitorang sampai betul-betul 15 minit sebelum waktu tayangan.

Kat depan pintu masuk pawagam ada pulak Puss in Boots! Whaaaa nak ambil gambarrrr!! Tapi ramai sangat budak-budak, so aku segan. Kekekekee….

 

 

REVIEW AKU MENGENAI FILEM INI ???

Nak kata review sangat tu tak adalah.. Tapi macam biasa, aku sukakan filem animasi macam ni, dan Puss in Boots memang funny! Dalam filem ni banyak mengimbas kembali kisah silam. Dan watak antagonis dalam filem ni ialah sebiji…. telur? Dalam filem ni jugak ada menampilkan watak-watak kartun dongeng yang lain seperti Jack & Jill, Andy Beanstalk dan Humpty Dumpty. Pengembaraan mereka dengan pokok kacang ajaib dan istana angsa emas pon best. Part kelakar nye masa Dance Fight, ada kucing suka buat “Oouuuuu” kahkahkah. Kalau nak tahu kena tengok lahhh.

 

 

IMG_9886

Thank you for the passes and the badges Nuffnang! Maaf, aku tak pandai nak bagi rate untuk filem ni. Sebab taste manusia ni lain-lain. Bagi aku yang sukakan filem macam ni memang lar aku cakap filem ni best. Nanti korang yang kureng minat pergi tengok filem ni, lepas tu kata tak best pulak? Kan dah salahkan aku.

 

 

IMG_9887

Thank you Syafiq Rosli sebab sudi pergi tengok wayang free dengan aku. Hohooo… Antara blogger lain yang aku jumpa dan nampak ialah Akmal Hilmi, Ady Budika dan Syafiq Ahadin tapi tak sempat bergambor ponnn…

 

 

IMG_9888

Errrggghhh!! Geram tengok gambar sendiri sebab eyebag mak aih teruknyeee!! Ni macam mana aku nak pergi event Maybelline esok nihhh??? Grrr! Ouhh ye, gambar aku dan Syafiq Rosli berlatarkan kedai mamak sebab masing-masing lapar, then pergi lepak mamak lepas tengok wayang. Kekekekee…

 

Okaylah, sekali lagi, thank you Nuffnang! Kalau ada cerita macam ni lagi aku nak try lagi dapatkan free passes! Hehee korang pun kalau nak free passes macam ni, rajin-rajinlah ke website Nuffnang ye. Kalau korang rajin mencuba tak mustahil satu hari nanti rezeki korang pulak okay?

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!


Read More»

Selasa, 8 November 2011

What would Puss in Boots do?

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh Puss in Boots in 3D bakal ditayang tak lama lagi! Lagi best tarikh tayangan tu adalag tarikh selepas aku habis final exam! Wahhh memang best kalau dapat tengok movie ni selepas segala urusan berkaitan study selesai!

 

 

Tapi.. Jika akulah si Puss in Boots atau si Kitty Softpaws, macam mana agaknya untuk aku kalahkan penjahat-penjahat ye? Wahhh mesti excited bila bayangkan diri kita seekor kucing, yang dilihat sebagai haiwan yang manja dan lemah lembut, sebenarnya mempunyai kekuatan untuk kalahkan pihak lawan!

 

Jika aku si Puss in Boots, pertama sekali, aku akan pakai boots yang paling style, dengan gaya terbaru! Hah siapa sangka si kucing yang sungguh bergaya mampu beri tentangan hebat kepada pihak lawan bukan? Biar penjahat-penjahat itu tertipu dengan gaya luaran.

 

Kemudian, aku akan cairkan hati pihak lawan dengan renungan mata menggoda seekor kucing! Aku bayangkan aku seekor kucing parsi yang mempunyai bulu lebat yang menawan, dan sepasang mata bulat yang bersinar. Biarkan si penjahat terhanyut dengan pandangan mata comel, lepas tu aku akan serang penjahat-penjahat tu tanpa mereka sedar!

 

IMG_3960

Aku nak jadi macam kucing dalam gambar ni. Nampak sangat comel, malas dan manja, tapi sebenarnya tersembunyi kuku yang tajam dan mampu menumpaskan pihak lawan!

 

 

Seekor kucing tentunya mempunyai kuku yang tajam namun disembunyikan. Pihak lawan tentu tidak nampak “senjata istimewa” itu. Bila pihak lawan sudah dilemahkan, aku akan guna kuku tajam tu untuk menyerang mereka! Wahh sudah terbayang di mata aku aksi dramatik Puss in Boots melawan penjahat-penjahat! Wahahaa….

 

Akhir sekali, tentunya aku akan persiapkan diri aku dengan skill lawan pedang yang terhebat! Hah pasti penjahat-penjahat tidak mampu melawannya. Biarpun kucing hanyalah seekor haiwan yang kecil, tapi bak kata pepatah kecil-kecil cili padi. Haaa dengan cara-cara yang aku senaraikan di atas, pasti aku dapat kalahkan penjahat jika aku si Puss in Boots!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay