Assalamualaikum…
MasyaAllah masyaAllah… macam mana aku boleh lupa nak update pasal event yang sangat menyeronokkan ini?? Dah menang Samsung Galaxy S2 hari tu terus hilang ingatan eh aku? Ke sebab excited sangat menang handphone tu yang sampai terlupa nak up entry pasal event? Oh myyyy why is this happening to me!
Baiklah. Jom teruskan membaca. Untuk menjadi yang terpilih untuk dijemput ke Digi Fandroid Day ini, aku berusaha memerah otak menaip ENTRY INI dengan penuh perasaan dan dedikasi! Fuhh melampau-lampau pulak perumpamaan aku. Cukup aku katakan dalam ENTRY ITU aku dah curahkan semua hasrat di hati. Cewahhh…
Beberapa hari sebelum event berlangsung, maka aku terima emel dari pihak Nuffnang yang menjemput aku menghadiri event ini. Wahhh excited sesangat hokayh sebab masa tu aku dengar-dengar ramai jugak akan turun padang? Bolehlah bertemu rerakan blogger uolls.
Ohhh aku, hakak Pen Merah dan juga Shahroll gerak saing dari Shah Alam. Agak-agak dalam setengah jam lebih jugak kami sesat kat kawasan kilang-kilang Batu 3 tu nak cari lokasi Digi Fandroid Day. Alhamdulillah sampai jugak kami sebelum event bermula.
Gambar kat atas tu menunjukkan kami para blogger berkumpul di lobi Digi D’house selepas pengacara majlis memberi kata-kata aluan. Kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan untuk main game Fruit Ninja. Memang kelakar gelagat kumpulan masing-masing. Dan dapatlah jugak aku merasa nak pegang Galaxy Tab 7.7 yang terbaru tuuu.
Huiii pantang dihalakan kamera, dua orang blogger ni control ayu dan macho je.. ahaks.. Di dalam gambar : AdamEben dan MadamMondoq
Okay dah bergelak sakan main game Fruit Ninja kat luar, kami masuk semula ke dalam untuk mendengar presentation dari wakil Google Malaysia dan Digi. Wahh sanggup turun padang untuk menunjukkan kepada kami para bloggers apa perkara-perkara best yang anda boleh buat dengan Google kalau anda ada Samsung Galaxy Nexus!
Lepas wakil Digi dan wakil Google Malaysia buat presentation, wakil Samsung pula membuat presentation. Hadoi aku takde pulak gambar untuk part ni. Memang best presentation dorang, menjelaskan kepada kami apa inovasi terbaru yang ditawarkan kepada para pengguna.
Lepas presentation ni lah dia umumkan ada tweet contest. Cuma perlu tweet jawapan kepada soalan yang diberi beserta hashtag, boleh menang Samsung Galaxy S2! Maka dengan kepantasan menaip tweet yang aku dah berguru sejak setahun lalu, alhamdulillah aku menang Samsung Galaxy S2.
Lepas habis semua presentation dan tweet contest tu, wakil Digi bawak kami para bloggers berjalan-jalan dalam kawasan Digi D’house tu. Suasana dan persekitaran yang best buat aku rasa macam alangkah best kalau aku bekerja kat office macam ni!
Turut dibawa menerjah ke ruangan customer service Digi, di mana di sinilah berlakunya semua urusan panggilan pelanggan. Haaa bukan selalu Digi bagi peluang masuk office dia tau! Ruangan yang simple dan tak semak.
Penat pulok berjalan. Dah lah aku pakai heels. Maka aku lepak kejap kat kawasan sukan basketball. Wahhh best lah dalam office ada kawasan macam ni.
See kat kawasan tangga pun dilukis dengan mural yang sedap mata memandang.
Berposing dengan Galaxy Tab 7.7 sebelum aku start main game Angry Bird! Muahahaa…
Makan-makan time. Nyum nyum… Bloggers in picture : aku, MadamMondoq, Pen Merah dan Cik Lily Putih.
Last but not least.. Terima kasih buat Digi dan juga Nuffnang atas peluang yang sungguh best ini. Dapat pulak menang Samsung Galaxy S2 memang terasa bertuah sangat-sangat sebab aku tak mengharap langsung. Huhuu ALHAMDULILLAH.. orang kata kalau rezeki tak ke mana kan…
Okaylah.. penat menaip. Update live dai Terengganu nih! Nak bersiap-siap keluar photoshoot auwww… So bloggers yang kat Terengganu tu, kalau dekat meh lah turun, kita jumpa dan mengeratkan silaturahim sesama blogger… Lokasi photoshoot aku akan aku beritahu sama ada di twitter aku. Ehhh ayat bajet retis sunggoh. Kau pikir ada yang nak sangat jumpe kau ke Nisa?? Chaitt.. Kbai.
More pictures of the event at Saya Suka Menaip’s facebook page. Like like!!
teringin nak baju cm nisa.. cantik2..
BalasPadamserius jelous gila dengan nisa >,<
wah best la dpt samsung galaxy s2 free.. hohoho
BalasPadamcomel gila adameben tuh. hahaha
BalasPadamnisa mkn la byk sikit.. kurus sgt.. T__T
BalasPadamHye n salam kenal :)
BalasPadamBest x sII?
wah.. cantiknya suasana tu kan... BTW, Cik Nisa kita ni memang tercun dan terbaik ar... :)
BalasPadambirunya dia..nice!;)
BalasPadamuntung la nisa..dpt pegi event grand2 camtu...
BalasPadamWah...seronoknyer menang free jer...hehehe..tahniah..cantik dress lah...
BalasPadampandai bergaya =)
BalasPadamcongrates..nisa cantik sgt
BalasPadamKak Nisa pakai bb torch eh sebelum nih?
BalasPadamWaa.. Comel betul phone tuh.. Sama mcm tuan dye..
Hikhik :)