Memaparkan catatan dengan label Samsung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Samsung. Papar semua catatan

Selasa, 5 Jun 2012

You guys should watch this video lar!

 

Assalamualaikum..

 

Fuhh hari yang sibuk untuk aku. Banyak urusan yang perlu aku settle kan sebelum hujung minggu, sebab hujung minggu nanti ada hal lain pulak. Duhhh penat! Tapi takpe, I enjoy doing all these things, I mean going to various events and meeting new wonderful people.

 

Tapi kesibukan yang jitu sama sekali tak menghalang aku untuk melakukan rutin harian aku iaitu usha-usha website Youtube untuk cari video apa yang best. Aku mulakan aktiviti aku dengan menonton klip video lagu-lagu kpop, trailer filem terbaru dan video lucu dari vlogger kegemaran. Aku teruskan aktiviti aku tu dalam satu jam jugak lah sampai lah aku jumpa video ini….. :

 

Sekali tengok macam short film pulak, sebab video ni menunjukkan macam mana seorang salesman kat kedai handphone berusaha meyakinkan amoi tu untuk beli handphone. Teringat dulu ada short film pasal jual-jual barang macam ni.

 

Kali kedua aku tengok video ni baru aku perasan handphone yang di-usha oleh amoi-amoi tu SAMSUNG GALAXY MINI 2! Mula-mula aku macam “What the??? Ada Galaxy Mini 2 ker?? Ade ke??” Well, nampaknya Samsung dah ada ahli keluarga baru untuk rangkaian android Galaxy yerr??

 

Dalam video tu jugak ada beberapa fungsi dan spec Samsung Galaxy Mini 2 ni disebut-sebut oleh salesman berbangsa India tu. Maka untuk meleraikan keraguan aku pasal handphone baru ni, apa lagi aku pon search la kat internet!

 

Mini_2_2 (1)

Well, inilah rupa Samsung Galaxy Mini 2 tu yerr.. Hmmm comel jugaks. Hikhik. Alamakkk.. alamakkk terpikat nih! Macam mana nih!!! Macam mana niiii!!! *peluk Samsung Galaxy S II aku ketat-ketat*

 

 

bigpic

Well, kecik-kecik cili padi orang kata. Bila aku tengok video tadi, dan aku dengar spec handphone ni yang salesman tu mention, macam kurang percaya. Tapi percayalah beb, aku dah search pasal specs and info pasal Mini 2 ni, memang benar!

 

Rekaan Galaxy Mini 2 ni aku tengok mengikut trend Galaxy Mini yang terdahulu, dan handphone ni slimmmmm sangat cuma 11.85mm aje! Sure selesa kalau pegang atau letak dalam poket. Bagi pengguna macam aku lak, aku pentingkan bab screen handphone tu. Tapi Galaxy Mini 2 ni, nampak je kecik tapi paparan skrin 3.27 inci yang lebih jelas dan terang! Pergghh hebat!

 

Samsung-Galaxy-Mini-2-official-2

Aku sanggup replay balik video tu dua tiga kali semata-mata nak pastikan apa yang aku dengar tak salah. Yesss phone kecik molek ni mempunyai kapasiti 0.9GB untuk application dan 1.8GB untuk simpanan gambar, video, lagu dan games! Hebat dowh! So kalau korang suka ambil gambar or dengar lagu takyah risau kayh!

 

Dah namanya guna android, mesti korang tak berhenti tweeting atau facebooking kan? Tu belum kire duk ambil gambar, dengar lagu lagi? Takpe wehh… bateri pun 1300mAh kompem tahan lama!! Best best! Ni yanggg aku nak dengar nih!

 

 

samsung-galaxy-mini-2-spesifikasi

Dah macam salesgirl lak aku ni kan? Patutnye aku lah kan yang berlakon dalam video tadi kan kan?? Hahaa apa aku mengarut ni. Okay last aku nak bagitau korang, Samsung Galaxy Mini 2 ni guna processor 8000MHz, boleh download Chat ON dengan Music Hub. Pastuu banyak lagi la function lain.

 

Aku rase senang-senang korang pergilah check kat website SAMSUNG. Kang aku salah bagi info kang aku lak kena bash? Hukhuk gurau je meyh! By the way tahniah kat individu yang rajin buat video di atas. Kalau bukan kerana video tu, aku takkan tahu kewujudan SAMSUNG GALAXY MINI 2!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 13 Mei 2012

Lahirkan idea kreatif anda untuk The Sparkle Project


Assalamualaikum..



Yuna GALAXY Note_Picture 2


Masih ingat lagi mengenai entry aku yang terdahulu? Di mana aku meminta jasa baik para pembaca semua agar bantu Yuna untuk merealisasikan THE SPARKLE PROJECT dengan kerjasama Samsung. Apa yang perlu korang buat hanyalah submit idea yang kreatif dan sesuai untuk projek ini di www.sparkleproject.my :)




Capture

Tema THE SPARKLE PROJECT kali ini ialah HOPE AND COURAGE. Hmmm.. hope maknanya harapan, dan courage pula bermaksud galakan /sokongan. Jadi pada fahaman aku, idea yang ingin dilahirkan haruslah idea yang menunjukkan betapa harapan dan galakan itu saling memerlukan. Betapa kita memerlukan sokongan dari orang tersayang untuk mencapai apa yang diharapkan.


MY IDEA

Heee my idea?? Idea aku takdelah gempak mana pun.. Puas jugaklah aku bertapa atas katil demi memerah satu idea yang sesuai dengan tema Hope & Courage ni.. Huuu sabor jelah ye.. Golek ke kiri, tak dapat idea, golek ke kanan tak dapat idea jugak! Sudahnya layan Angry Bird Space dulu barulah sambung menaip!


ws_Longhorn_field_2_1024x768 (1)

Baiklah, dalam idea aku tu aku bayangkan padang rumput yang hijau, bersih dan luas. Dan dengan langit biru. Lepas tu glitter /shiny paper yang dah dipotong kecil-kecil jadi confetti tu berterbangan. Kalau malam pun boleh. Bila malam boleh pasang banyak lampu ala-ala iCity. So memang sparkle dah kat situ kan? Tapi kalau nak simpan dulu confetti tu takpe. Boleh guna kemudian.



sparkle idea

Haha!! Gigihkan aku lukis. Okay berbalik pada idea tadi. Di atas padang nan luas dan indah pulak tadi, ada ramaiiiii sangat orang yang berdiri berpasang-pasangan. Seperti gambar yang aku lukis di atas, pasangan-pasangan tu masing-masing akan sama-sama memegang belon. Dan pada belon tu terlukis / tertulis harapan serta impian yang nak dicapai.


Perlakuan sama-sama memegang tali belon pula simbolik kepada dorongan, sokongan atau galakan yang diberikan terhadap satu sama lain untuk mencapai atau merealisasikan harapan tersebut. Lepas tu ramai-ramai lepaskan belon ke udara, simbolik kepada mencapai harapan seluas langit dan setinggi awan. Lepas tu confetti tadi boleh dilepaskan ke udara. SPARKLE!



Yuna GALAXY Note_Picture 8

Dan di hadapan sekali ialah Yuna yang berdiri di atas mini platform dan bermain gitar sambil menyanyiiii….dan pasangannya datang kepada beliau, dengan membawa belon ada gambar love dan mengajak Yuna sama-sama melepaskan ia ke udara.. weewitt!!!


Yeahhh itulah bayangan aku untuk salah satu bahagian di dalam klip video Yuna. Entah sesuai ke tak idea aku ni… Idea entah apa-apa aje aku rasa. Seriously. Hahah dah nak buat macam mana, nak taknak kena jugak perah otak! Hahaha… Okaylah jangan lupa hantarkan idea korang ke www.sparkleproject.my !!





Sign PNG NisaKay

Read More»

Selasa, 8 Mei 2012

Bantu Yuna untuk realisasikan The Sparkle Project!


Asslamualaikum..


Yuna GALAXY Note_Picture 2

Tak berapa lama dulu Yuna telah memeriahkan roadshow Galaxy Note Studio yang memang kebaboom. Aku ada jugak turun KL semata-mata nak bertemu Yuna lagi. Tapi entah apa silap aku, masa aku datang tu Yuna dah takde. Ecehh padahal aku yang lambat! So makan hatilah nak berjumpa Yuna kan…




Yuna GALAXY Note_Picture 5

Ohhh ye, bercerita pasal Galaxy Note ni kan, ianya tampil dengan satu lagi aplikasi yang sangat sangat cool dan membuatkan banyak mulut-mulut yang ternganga. Lihat saja gambar di atas, lukisan karikatur kini boleh dilukis menggunakan Galaxy Note! Hebat betul!!! Aku pun dapat satu karikatur hasil lukisan Galaxy Note BACA SINI.




Yuna GALAXY Note_Picture 9

Dengan menggunakan peranti Samsung Galaxy Note ni jugak, Yuna bakal tampil dengan THE SPARKLE PROJECT ! Apakah The Sparkle Project ini? The Sparkle Project ini adalah di mana Yuna akan bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan klip video terbaru untuk single beliau yang akan datang iaitu Sparkle dengan menggunakan SAMSUNG GAALXY NOTE!! How cool is that???




Yuna GALAXY Note_Picture 3

BANTU YUNA REALISASIKAN “THE SPARKLE PROJECT” !!!


Jadi, apa korang boleh buat untuk bantu Yuna realisasikan projek ini? Korang perlu menyumbang idea dan mana tahu idea korang tu akan diguna pakai dan menjadi sebahagian daripada video klip Yuna??? Wowww this is amazing!!



Tema minggu ini ialah ‘Beauty’ and ‘Dreams’ ! Apa lagi, kini masanya untuk anda semua memerah otak dan keluarkan idea bernas, segar, unik dan ada style untuk bantu Yuna melaksanakan The Sparkle Project ini! Untuk maklumat lanjut ramai-ramailah ke www.sparkleproject.my untuk maklumat lanjut dan hantarkan idea-idea anda !



BLOGGERS!! Tulis satu blog post khas untuk Yuna dan interpretasikan idea anda di dalam entry anda. Anda boleh sertakan gambar, video atau ilustrasi untuk membantu anda menyampaikan idea dengan lebih baik. Jadi kreatif dan unik, mana tahu idea anda akan terpilih untuk ditampilkan dalam video klip Sparkle oleh Yuna???







Jangan lupa layari www.sparkleproject.my dan hantarkan idea anda sekarang!!!




Sign PNG NisaKay

Read More»

Ahad, 29 April 2012

Cepat-cepat join Samsung Global Blogger!!!

 
Assalamualaikum…
 
 
 
Olympics515x293-0
 
 
Rasanya dah berkali-kali aku duk membebel kat sini nak suruh korang join jugak Samsung Global Blogger ni. Pada yang masih blur dan blank pasal Samsung Global Blogger ni, tolonglah rajinkan diri untuk terjah ENTRY INI. Kat situ aku dah bagitahu apa tu Samsung Global Blogger ni.
 
 
 
Kalau masih tak kondifen.. ehh konfiden, aku ada berkongsi serba sedikit tips buat video supaya korang ada sedikit guideline macam mana nak hasilkan video yang baik untuk submit untuk Samsung Global Campaign ni.
 
 
 
 
 

 
Heee aku pulak memang tak konpiden langsung nak cakap omputih ni haa… Tapi takpelah.. belum cuba belum tahu kan??? Maka tanpa sediakan apa-apa skrip dan persediaan aku terus rakam video kureng best ni sejurus selepas aku habis meeting pagi tadi. Huhu. Lantaklahh janji aku mencuba. Korang pun jomlah cuba :D
 
 
 
 
 
 
 
Sign PNG NisaKay
 
 

Read More»

Isnin, 23 April 2012

Tips untuk menjadi Samsung Global Blogger!

 

Assalamualaikum…

 

Olympics515x293-0

Haa.. hari tu dah duk membebel pasal Samsung Media Blogger kannn.. Sesape yang agak-agak masih blur tentang Samsung Media Blogger sila baca ENTRY INI yaa!! Okay pada yang dah memasang niat nak join Samsung Blogger Campaign ni, jomlah kita menelaah entry ini sebab aku nak bagi tips macam mana nak hasilkan video supaya terpilih menjadi SAMSUNG GLOBAL BLOGGER !!!

 

Okay sebelum aku perturunkan ilmu / tips untuk terpilih menjadi Samsung Global Bloggers, hari ni aku nak share semula dengan korang antara karakteristik yang dicari-cari untuk menjadi SAMSUNG GLOBAL BLOGGER ialah :

  • Yakin dan bertenaga bila berhadapan kamera
  • Menunjukkan minat yang mendalam
  • Imaginasi dan kreatif /unik / tampilkan keaslian dan kelainan
  • Berpewatakan menarik / lucu
  • Pengguna laman web sosial seperti blog / Facebook / Twitter
  • Mampu menyampaikan sesuatu cerita melalui video mahupun bahan bertulis

 

 

Picture 5_1

  • HASILKAN VIDEO YANG BAIK

Aku faham kalau tak semua orang ada recording tool yang baik. Tapi untuk berjaya kenalah usaha sikit ye dak? Apa salahnya pinjam kamera kawan.. nak rakam video 30 saat je pun. Rakam pakai handphone pun boleh sebab rata-rata handphone dah canggih dan mempunyai megapixel yang tinggi.

 

Jangan lupa pastikan korang bersedia dalam segala aspek. Hafal skrip kalau perlu supaya tak tergagap-gagap atau tersasul pulak. Kamera tu kalau boleh janganlah bergegar dan pastikanlah supaya ianya tak out of focus. Pastikan lighting baik sebab nak tunjuk muka korang yang cun dan hensem tuuu..

 

 

bymarcuslow 1

  • PENAMPILAN DIRI DI HADAPAN KAMERA

Haa yang penting tampilkan personaliti anda yang menarik tu! Tunjukkan kelainan yang anda ada. Mungkin rezeki korang untuk dipilih menjadi Samsung Global Bloggers?? Untuk menyampikan point dalam video nanti jangan lupa gunakan tone suara yang sesuai, contohnye macam ceria, bersemangat dan isi yang disampaikan haruslah info yang tepat!

 

Bayangkanlah jika anda terpilih menjadi SAMSUNG GLOBAL BLOGGER dan dapat pijakkan kaki di Kota London! Haaa apa yang anda nak buat? Apa yang anda nak cakap? Siapa yang anda nak jumpa? Penduduk tempatan? Selebiriti? Berkongsi budaya dan makanan tradisi di sana?? Tunjukkan minat korang yang mendalam tuh okay!

 

Itu ajelah yang aku nak share dengan korang.. Bagi yang berminat sebarkanlah hal ini pada kawan-kawan ye.. Share link entry ni kat facebook memasing yee… Kihkihkih… Jangan lupa menelaah page ini untuk lebih tips. Jangan lupa lagi yang tarikh tutup penyertaan ialah pada 29 April ini!!!

 

 

 

 

Join now for the chance to win a trip to London as Samsung Global Blogger !!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 20 April 2012

Sertai Samsung Global Campaign dan berpeluang memenangi percutian ke London!

 
Assalamualaikum…
 
 
London-England Travel Advice

KOTA LONDON yang penuh megah. Bila agaknya akan sampai rezeki kita untuk dapat menjejakkan kaki ke tanah yang begitu asing dan indah itu? Wahh metafora sungguh aku! Kalau aku bagitahu korang yang korang semua juga berpeluang menjejakkan kaki sana, apa perasaan korang? Ditambah pula dengan peluang untuk meneroka bumi Inggeris itu? Wahhh excited kan???
 
 
 
 
samsung-logo

SAMSUNG – sebagai rakan kongsi Sukan Olimpik London 2012 di seluruh dunia – mempunyai aspirasi tersendiri untuk membawa mereka yang terlibat dengan Sukan Olimpik, atlit mahupun penonton, lebih dekat dengan teknologi pintar tanpa wayar yang semakin berkembang masa kini. Dengan teknologi ini, pengalaman menonton Sukan Olimpik tidak lagi seperti dulu, dengan kepantasan penyampaian maklumat dan sebagainya!
 
 
Melalui pengalaman dalam penglibatan Samsung di dalam Sukan Olimpik sejak tahun 1998 lagi, ternyata banyak sumbangan yang besar serta pembaharuan dan teknologi baru yang dibawa bersempena dengan sukan yang diadakan. Ternyata Samsung sering tampil dengan idea-idea yang unik dan segar.
 
 
 
 
Olympics515x293-0

SAMSUNG GLOBAL BLOGGER – Join ujibakat untuk menjadi Samsung Global Blogger! Pastikan korang mempunyai bakat untuk bercerita dan mempunyai minat untuk meneroka Kota London! Wahhh bertuah giler la kalau terpilih! Pengalaman sekali seumur hidup tuh!!
 
 
 
Jadilah personaliti yang Samsung cari-cari untuk menerokai London, dan cari apakah aspek yang paling best untuk korang kongsi bersama dunia semasa Sukan Olimpik. Boleh jadi makanan yang aneh? Tempat yang paling best untuk bersantai? Keunikan di Kota London? Hmm.. Hmm.. Dan juga kongsikan apa yang korang temui tu melalui video blog (vlog) korang sendiri!
 
 
 
 
IMG_2723

Macam mana nak sertai SAMSUNG GLOBAL BLOGGER??? Pastikan dulu diri korang tu berani, bersemangat, mempunyai minat yang mendalam untuk meneroka, imaginatif, mempunyai keunikan dan keaslian yang tersendiri dalam penyampaian, lucu dan seseorang yang rajin menggunakan laman sosial seperti Facebook Twitter dan Blog.
 
 
 
Lepas tu… hantarkan VIDEO anda selama 30 saat, bercakap di dalam Bahasa Inggeris, dan katakan mengapa anda adalah pilihan hebat untuk menjadi Samsung Global Blogger untuk  memburu cerita-cerita terbaik di London untuk dikongsikan semasa Sukan Olimpik London 2012 ini!
 
 
 
Mudah sangat sangat kan? Apa lagi, sediakan point-point yang mantap lagi jitu, rakam video selama 30 saat dan hantar ke SAMSUNG GLOBAL BLOGGER KLIK DI SINI !!! Kalau rasa tak yakin nak berbahasa Inggeris tu takpe, sediakan skrip, hafal molek-molek lepas tu boleh submit penyertaan ye! Goodluck semua!!!
 
 
  • Video mestilah dihantar sebelum tengah malam 29 April (waktu GMT).
  • Penyertaan dibuka hanya untuk peserta dari negara : UK, France, Australia, Malaysia, Singapore, Belgium, Brazil, China, Germany, the Netherlands, Russia, Spain dan Thailand.
  • Penyertaan akan diadili oleh juri-juri selebriti. Rujuk terma dan syarat yang lengkap DI SINI.
 
 
 
Psstttt!!! Saksikan video promo dari Jamie Oliver ni dulu tau!
 
 
 
 
Sign PNG NisaKay

Read More»

Isnin, 26 Mac 2012

Galaxy Note Studio yang cool giler.

 

Assalamualaikum…

 

Beberapa hari lepas aku diheret member aku pergi Low Yat, untuk menghadiri roadshow Galaxy Note Studio. Aku pun blur-blur lah pergi sana kan. Alang-alang tu jumpa boss aku sekali, sebab petang tu nak pergi event lagi. Fuhh dua event satu hari! Memang penat giler.

 

P3222689

Masa mula-mula sampai aku wandering around macam takde hala tuju yang jitu. Aku snap sana snap sini. Mulanya aku tak faham kenapa nak buat roadshow Galaxy Note Studio? Rupanya dia nak perkenalkan apps baru yang gila best! Boleh melukis yaww.

 

 

P3222691

Bayangkan dia letak Galaxy Note yang betul tu kat tempat display. So orang ramai boleh meraba-raba mesra Galaxy Note tu. Aku pun tak melepaskan peluang nak beramas mesra dengan Galaxy Note, seterusnya dengan bakat yang memang tak ada, aku main lukis-lukis kat GN Studio ni. Muahaha..

 

 

P3222697

Ada 3 orang karikatur profesional yang ditempatkan di bahagian tepi roadshow tu. Dia guna Galaxy Note Studio untuk melukis karikatur wajah pengunjung bertuah. Hanya 30 pengunjung pertama yang beratur je yang boleh dapatkan karikatur percuma.

 

 

P3222695

Gambaran dekat karikatur cik adik tadi dilukis. Woahhh memang impressive! Sekarang ni melukis bukan sahaja guna pen-pen berwarna dan kertas, sekarang dah boleh lukis guna Galaxy Note je! Kalau salah warna atau lukis boleh undo balik. Whoahhh. Superb!

 

 

P3222705

Aku nak jugak karikatur free! Dilukis guna Galaxy Note tuh. Eksklusif uollss!! Maka aku pun cepat-cepat beratur di tempat yang disediakan. Disebabkan kerusi yang aku duduk tu lebih tinggi dari tempat duduk pelukis karikatur tu… maka…

 

 

P3222733

Muka aku jadi garang cenggini uolls! Haaa aku rasa dia nak buat kengkonon muka menggoda lah kot? Harharharrr tuihhh. Perasan tol aku. Tapi yelah kan, pelukis tu tengok muka aku dari tempat duduk dia yang rendah, so dia tengok mata aku mcm kecik cenggini. Padahal aku pakai contact lens kasi mata bulat kawaii kawaii kot!!!

 

 

P3222699

 

Gambar ni adalah rough sketch muka aku. Ahhh tak kesahlah macam mana pun, Janji aku bahagia dapat bawak balik barang free uolls. Hahaha… lepas ni takde dah orang sudi lukis muka aku pakai Galaxy Note ye dakk. Huahuahuaa… Gambar tu dia print dan dia letak dalam frame yang berbentuk Galaxy Note. Tapi malas pulak aku ambil gambar. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 10 Mac 2012

Had so much fun at Digi Fandroid Day

 

Assalamualaikum…

 

MasyaAllah masyaAllah… macam mana aku boleh lupa nak update pasal event yang sangat menyeronokkan ini?? Dah menang Samsung Galaxy S2 hari tu terus hilang ingatan eh aku? Ke sebab excited sangat menang handphone tu yang sampai terlupa nak up entry pasal event? Oh myyyy why is this happening to me!

 

P3031445

Baiklah. Jom teruskan membaca. Untuk menjadi yang terpilih untuk dijemput ke Digi Fandroid Day ini, aku berusaha memerah otak menaip ENTRY INI dengan penuh perasaan dan dedikasi! Fuhh melampau-lampau pulak perumpamaan aku. Cukup aku katakan dalam ENTRY ITU aku dah curahkan semua hasrat di hati. Cewahhh…

 

Beberapa hari sebelum event berlangsung, maka aku terima emel dari pihak Nuffnang yang menjemput aku menghadiri event ini. Wahhh excited sesangat hokayh sebab masa tu aku dengar-dengar ramai jugak akan turun padang? Bolehlah bertemu rerakan blogger uolls.

 

 

P3031457

Ohhh aku, hakak Pen Merah dan juga Shahroll gerak saing dari Shah Alam. Agak-agak dalam setengah jam lebih jugak kami sesat kat kawasan kilang-kilang Batu 3 tu nak cari lokasi Digi Fandroid Day. Alhamdulillah sampai jugak kami sebelum event bermula.

 

Gambar kat atas tu menunjukkan kami para blogger berkumpul di lobi Digi D’house selepas pengacara majlis memberi kata-kata aluan. Kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan untuk main game Fruit Ninja. Memang kelakar gelagat kumpulan masing-masing. Dan dapatlah jugak aku merasa nak pegang Galaxy Tab 7.7 yang terbaru tuuu.

 

 

P3031476

Huiii pantang dihalakan kamera, dua orang blogger ni control ayu dan macho je.. ahaks.. Di dalam gambar : AdamEben dan MadamMondoq

 

 

P3031578

Okay dah bergelak sakan main game Fruit Ninja kat luar, kami masuk semula ke dalam untuk mendengar presentation dari wakil Google Malaysia dan Digi. Wahh sanggup turun padang untuk menunjukkan kepada kami para bloggers apa perkara-perkara best yang anda boleh buat dengan Google kalau anda ada Samsung Galaxy Nexus!

 

Lepas wakil Digi dan wakil Google Malaysia buat presentation, wakil Samsung pula membuat presentation. Hadoi aku takde pulak gambar untuk part ni. Memang best presentation dorang, menjelaskan kepada kami apa inovasi terbaru yang ditawarkan kepada para pengguna.

 

Lepas presentation ni lah dia umumkan ada tweet contest. Cuma perlu tweet jawapan kepada soalan yang diberi beserta hashtag, boleh menang Samsung Galaxy S2! Maka dengan kepantasan menaip tweet yang aku dah berguru sejak setahun lalu, alhamdulillah aku menang Samsung Galaxy S2.

 

 

P3031606

Lepas habis semua presentation dan tweet contest tu, wakil Digi bawak kami para bloggers berjalan-jalan dalam kawasan Digi D’house tu. Suasana dan persekitaran yang best buat aku rasa macam alangkah best kalau aku bekerja kat office macam ni!

 

 

P3031609

Turut dibawa menerjah ke ruangan customer service Digi, di mana di sinilah berlakunya semua urusan panggilan pelanggan. Haaa bukan selalu Digi bagi peluang masuk office dia tau! Ruangan yang simple dan tak semak.

 

 

P3031612

Penat pulok berjalan. Dah lah aku pakai heels. Maka aku lepak kejap kat kawasan sukan basketball. Wahhh best lah dalam office ada kawasan macam ni.

 

 

P3031613

See kat kawasan tangga pun dilukis dengan mural yang sedap mata memandang.

 

 

P3031615

Berposing dengan Galaxy Tab 7.7 sebelum aku start main game Angry Bird! Muahahaa…

 

 

P3031619

Makan-makan time. Nyum nyum… Bloggers in picture : aku, MadamMondoq, Pen Merah  dan Cik Lily Putih.

 

 

P3031640

Last but not least.. Terima kasih buat Digi dan juga Nuffnang atas peluang yang sungguh best ini. Dapat pulak menang Samsung Galaxy S2 memang terasa bertuah sangat-sangat sebab aku tak mengharap langsung. Huhuu ALHAMDULILLAH.. orang kata kalau rezeki tak ke mana kan…

 

Okaylah.. penat menaip. Update live dai Terengganu nih! Nak bersiap-siap keluar photoshoot auwww… So bloggers yang kat Terengganu tu, kalau dekat meh lah turun, kita jumpa dan mengeratkan silaturahim sesama blogger… Lokasi photoshoot aku akan aku beritahu sama ada di twitter aku. Ehhh ayat bajet retis sunggoh. Kau pikir ada yang nak sangat jumpe kau ke Nisa?? Chaitt.. Kbai.

 

 

 

 

More pictures of the event at Saya Suka Menaip’s facebook page. Like like!!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay