Selasa, 3 April 2012

3 TEMUJANJI – Cintaku umpama puzzle, kepingan terakhir milikmu…

 

Assalamualaikum..

 

Syukur ke hadrat ilahi sebab aku dapat rezeki, jemputan ke majlis pratonton filem romantis arahan Hashim Rejab iaitu filem 3 TEMUJANJI lakonan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Yana Samsudin, digandingkan dengan Pierre Andre. Wahhh kembali bercintakah mereka??

 

teaser Poster Alamak Toyol_outline

Filem ini turut menampilkan Diana Amir dan Kamal Adli sebagai pelakon pembantu untuk kedua-dua watak utama.. Juga dihiasi dengan kemunculan bintang-bintang lain seperti Wawa Zainal, Farid Kamil, Cat Farish, Zul Suphian, Lydiawati, Mustapha Kamal, Kartina Aziz, Nuremy Ramli, Mia Sara dan juga Pak Piee.

 

 

_MG_9804

SINOPSIS :

Reana seorang awek cun melecun lagi sweet talker tak percaya lelaki dan cinta, lantas memegang kepada prinsip 3 temujanji. Setiap lelaki yang ingin keluar dengannya hanya dibenarkan membuat temujanji sebanyak 3 kali sahaja, dan tidak dibenarkan berhubung langsung selepas perjanjian 3 temujanji itu tamat.

 

Reana bertemu Mohsein, seorang pegawai bank yang tak jadi kahwin. Reana pun try la ngorat Sein ni sebab nak kan pinjaman banknya lulus. Bila Sein dah tangkap cintan dengan Reana, dia setuju dengan syarat 3 temujanji Reana. Tapi Sein ni lain dari lelaki lain, dia ada cara yang tersendiri yang mana membuat Reana semakin jatuh cinta kepadanya.. Cewahhh feeling lebih lak aku!

 

_MG_3553

Tapi.. apa akan jadi kat dorang bila perjanjian 3 temujanji dorang tamat? Adakah Reana akan meninggalkan Sein seperti mana dia tinggalkan lelaki yang lain? Adakah Sein akan melepaskan Reana begitu sahaja? Haa tu lah korang kena figure out sendiri, pergi tengok kat wayang okayh!

 

 

cats

Gambar segar dari ladang! Ni aku duk lenjan kamera hakak Pen Merah duk snap gambar sana sini. Sekali aku dapat gambor Yana Samsudin yang tengah jeling-jeling Pierre Andre masa tengah ditemuramah oleh TV3. Haaa jeling ade makna ke uolls? Hikhik…

 

 

IMG_3718

PENDAPAT PERIBADI :

Pada pandangan peribadi aku, sejujur-jujurnya, aku SANGAT SANGAT SANGAT suka filem ni!! Tahniah kepada pengarah serta seluruh tenaga kerja yang berhempas pulas menyiapkan filem 3 Temujanji ni!! Tahniah kepada semua pelakon sebab aku rasa filem ini TIDAK MENGECEWAKAN sama sekali.

 

Mempertaruhkan kelainan pada filem, aku rasa sudah berjaya. Belum pernah aku tengok filem melayu yang buat macam ni. Maksud aku, kelainan filem ini ialah 3 TEMUJANJI tu. Korang memang kena tengok sendiri macam mana Reana hidup dengan pegangan kepada prinsip 3 temujanji tu, dan macam mana Sein menggunakan peluang 3 temujanji tu sebaik-baiknya untuk buat Reana jatuh cinta kat dia. Pergghhh!!

 

Aku bagi 5 bintang woii!! Baca ni.. 5 BINTANG okayh! Filem romantik komedi ni memang mengandungi babak-babak yang sweet gilerrr sampaikan aku duk tersenyum-senyum, duk feeling over kata kauuuu. Dan juga babak-babak komedi yang buat orang dalam panggung gelak sakan. Ohhh tak lupa babak sedih lakonan Diana Amir dan Kamal Adli yang buat aku mengalirkan air mata sebab… sebabb… arrgghh.

 

Tidak ada babak yang bosan dalam filem ni. Alahhh kan aku dah kata aku memang suka sangat filem ni sebab masuk dengan jiwa aku yang dalam hati ada taman tema air ni okayh! Kalau korang pergi tanya kat orang yang kurang nilai romantis dalam diri maybe dorang tak sukalah kot? Ahh peduli pulak aku dorang tak suka, janji aku suka!

 

IMG_3668

Okay last but not least, gambor curik-curik dalam wayang tadi. Yana Samsudin dan Pierre Andre yang duduk bersebelahan kelihatan mesra sangta uolls. Okay gambar ni sesaje je pun….. Jangan nak kontrolbasi sangat yeh semua… Jangan ingat aku cuba nak buat blog hiburan di sini. No no no nooo~

 

 

IMG_3783

Jangan lupa saksikan filem 3 TEMUJANJI di pawagam berhampiran bermula 5 APRIL 2012 ini! Sweet sweet sangat!!!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


20 ulasan:

  1. whoa, patutnya i pun pergi. tp tak jd pergi sbab tkde transport #sad :'(

    BalasPadam
  2. walaweyh ! nak kena pi tengok nie . haha ~

    BalasPadam
  3. best ke cite ni? mcm xde kelainan dr cte2 piere je.. :p

    BalasPadam
  4. bestnyew :) setiap kali singgah blog akak nih,mesti ada jew kena jemput ke pra tonton filem kan :)

    BalasPadam
  5. best ek cite ni.....ada wawa la...tp wawa tu cun gile kalau pakai tudung...

    BalasPadam
  6. shark mmg minat kt yana tue:)
    tmbh2 lak ada adik mia tue..
    rasa cam nk tgk jew:)

    BalasPadam
  7. salam, nk inform sy jual macarons wiken ni kt Subang Parade. singgah la klu bkesempatan ye!

    http://fisilly.blogspot.com/2012/04/hello-assalamualaikum.html

    thank you :)

    BalasPadam
  8. macam besh lah! nak kene pegi tegok nieh. HUHU.

    BalasPadam
  9. Hi , Awesome blog and nice entry ! Done follow u. I will always support ur blog !! Chills :*

    http://secret-domokun.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. oh-so-touching baca entri ni. kena tonton ni !

    BalasPadam
  11. Hah.. Tak sabarnya nak tengok~~~
    Jels! Jel;es! Jeles!
    Sebab ary suka dengan yana samsudin^^

    BalasPadam
  12. Kak Nisa is always cantikkkkkkk!!!!! ikhlas dari hati..:)

    Tapi kak nisa, kita nak ckp satu perkara ni..
    haram pergi cinema sbb ade yg buat maksiat dlm tmpat itu..

    Akak refer page Ustaz Azhar Idrus.

    May Allah bless you :)

    BalasPadam
  13. pergh .. ni kene pegi tengok nie ..

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay