PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5
Assalamualaikum..
Kini tiba masa untuk aku berkongsi cerita bahagian kedua mengenai Nuffnang Trip yang aku dan beberapa blogger lain join tuh. Memang seronok meyh. Aku tak buat ikut day 1 ke day 2 ke.. kang berjela-jela pulak entry. Aku ni jenis tak suka entry panjang berjela. Huhuu so aku pecahkan kepada beberapa part.
So alkisahnya aku yang enak tidur dalam bas, akhirnya terjaga dan ternampaklah akan daku pintu gerbang hotel Awana Kijal yang devass debaboom tuu. Maka dengan wajah mamai dan sememeh aku betulkan tudung dan kemas tempat duduk aku. Then turun daripada bas bila bas berhenti.
Tadaaaa muka baru bangun tido uolss. Eksklusif! Kahkah. Apa aku mengarut nih. See.. bagasi kesayangan aku tu aku usung sampai Terengganu tau. Bertuah kau bagasi, merasa jugak aku bawak ke hotel lima bintang. Ehhh apa aku ni cakap dengan beg!
Agak terpinga-pinga aku bila beberapa staf Awana Kijal datang dan menghulurkan tuala lembap yang sejuk dan juga welcome drink. Unik kan gelas dia? Dalam hiasan ni ada air oren yang kurang sejuk err.. Haha tapi best, sebab boleh hilangkan penat. Sekali aku tekup muka dengan tuala yang sejuk tu, pergghhh segar bijik mata!
And meet Anis from the blog Gadis Kampung Separa Bandar, and she was my roommate kat hotel tu. Baru first time kenal ni. Hai Anis. [GAMBAR] Kami yang sedang excited sedang menayang kad kunci bilik. Lalalaa…~
Taraaa… PREMIERE ROOM WITH SEA VIEW. Memang best. Luas, selesa, ada dua buah katil super single, TV yang ada beberapa channel astro, hotel guide, refrigerator, cawan, kopi dan the, pemanas air, bantal ekstra, seterika, ironing board, dan lain-lain.
Bilik air yang selesa. Ruangan membuang dan ruangan shower diasingkan. Yeahh I like like like! Ada dua bath robe yang besarrrr ya amat. Kalau orang yang keding sekeping macam aku boleh muat 3 orang kot dalam satu bath robe tu. Kahkahkah. Bilik air siap ada ubat dan berus gigi extra, pisau cukur, tisu, hair dryer dan lain-lain.
TV yang boleh pusing-pusing. Hohoho. Ada channel movie dan Disney lah. I like like like lagi!! Hahaha… Bilik juga disediakan sejadah, bakul sampah, laci dan lain-lain.
Hotel guide yang lengkap! Ada peta, ada risalah, ada flyers waktu-waktu solat, dan dalam file coklat tu ada maklumat lengkap mengenai perkhidmatan yang ada dalam dan luar hotel. Serta ada kadar bayaran untuk trip, aktiviti sukan air dan macam-macam lagi. Ada senarai nombor-nombor untuk dihubungi lagi tu…
Pemandangan dari bilik kami. Yeahhh SEA VIEW uolls. Bukan takat sea view, POOL VIEW pon adooo. Kuikuikuii.. cuci mata iolss tengok mat salleh ketak-ketak berenang. Ehh gatal pulak aku. Haha. Memang best menikmati angin segar pantai bila tingkap dibuka. Hewhew..
Sekali time hampir mahgrib tu ada orang duk bunyikan loceng bilik. Adoi makk seram iollss okay!! Rupanya room service hantar kuih raya okayh. Eh ehh kuih raya? Raya blom lagi la akak! Hahaa okay mungkin dia hantar kuih untuk alas perut ke apa kan.. Hohoo…
Haaa pendek kata kalau tang bilik memang tip top okay! Selesa sangat sebab berkongsi dua orang saja.. So katil satu sorang, boleh golek-golek.. boleh berkelubung dalam selimut.. Herherher.. cuma agak kecewa sebab kalau nak internet kena bayar RM25 for perkhidmatan internet 24 jam menggunakan kabel dalam bilik.
Apa-apa pun ada wifi free kat lobby hotel. Bolehlah angkut laptop turun ke lobby sebab siap ada meja, kipas serta extension untuk para pengguna laptop ya. Maka bergembiralah sebab masih ada wifi free.. Hehee… Okaylah see you guys in the next part of this trip. Kbai.
seronoknyerrr!!!!
BalasPadamWow , >_< Kijall .
BalasPadambest la nisa dapat gie trip cmtu :)
BalasPadamawana kijal dekat je dengan umah kita :)
BalasPadammcmana boleh jd active join nuffnang pny activity ni?boleh buat tips x?:)
BalasPadamwah! hebat giler:DD
BalasPadamBest tak trip kat sana? :) kijal tu dekat je ngan umah sy..hee..
BalasPadamhye nisa kay... nak sainnn...
BalasPadamhehehe..
nice to meet u ;)
waaa bestnye nisa dpt pegi sini.sy bru perasan yg Nuffnang mmg da bagi contest sal ni dlu,tp terlepas tarikh nak join sbb baru tau bln ni.
BalasPadamWah bestnya..huhuhuh...
BalasPadamhttp://misszberceloteh.blogspot.com/
haha dekat dengan saya la nisa :)
BalasPadamkalau tau pegi sana ley jumpa nisa..lalalalaa:) btw Welcomet to terengganu Nisa
haha dekat dengan saya la nisa :)
BalasPadamkalau tau pegi sana ley jumpa nisa..lalalalaa:) btw Welcomet to terengganu Nisa