Khamis, 26 April 2012

Sekitar majlis pratonton filem Berani Punya Budak

 

Assalamualaikum..

 

Mak aihh semakin menjadi-jadi nampaknya sifat pemalas nauzubillah aku ni… Haaa kali ni baru aku nak update pasal majlis pratonton filem arahan Afdlin Shauki iaitu Berani Punya Budak yang akan ditayangkan bermula HARI INI. Jadi korang pergi ramai-ramai bergelak ketawa di pawagam ye…

 

IMG_5845

Gambar tak banyak pun.. adelah sikit dengan blogger yang hadir. Maaf muke nampak pailang habis sebab dalam mulut ada makanan. So tak boleh nak senyum nampak gigi. Herherherr…

 

 

IMG_5846

Orang lain masih lagi dalam mood bergambar sana bergambar sini tapi aku sekali lagi dengan muka pailang tak hingat aku tuh, aku tetap fokus pada makanan dalam pinggan. Ohh nampak benor kelaparan yang tidak terhingga.

 

 

IMG_5852

Dah masuk panggung baru tergedik nak bergmbar dengan pas masuk. Comel je pas masuk dia buat ala-ala saiz namecard tuh. Heee senang nak selit dalam beg. Kalau kumpul pun comel kan…

 

 

IMG_5857

Adibah Noor sebagai pengacara majlis.

 

 

IMG_5866

Ucapan dari wakil penerbit.

 

 

IMG_5869

Ucapan dari pengarah dan pelakon filem Berani Punya Budak, Afdlin Shauki.

 

 

IMG_5890

Aku tak stay lama kat majlis pra tonton dan sidang media tu. Lepas ambil-ambil gambar, berborak dengan rakan blogger pastu aku dengan Pen Merah terus ke Shah Alam sebab teringin nak makan laksa dengan ABC kat gerai burger dekat dengan rumah sewa aku.

 

Apa-apa pun, filem BERANI PUNYA BUDAK memang menampilkan aksi dan kesengalan yang berani. Kalau korang nak santai-santai, nak bergelak ketawa bolehlah tengok filem alih bahasa ni ye. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


12 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay