Rabu, 25 April 2012

Yana Super Friends di majlis pratonton filem 3 Temujanji

 

Assalamualaikum…

 

Mak aihh lambat bebenor aku nak up entry pasal aktiviti kelab peminat Yana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama glemer kami iaitu Yana Super Friends (YSF). Selaku kelab peminat mestilah joinkan diri untuk aktiviti yang berkaitan dengan artis kesayangan kite tu dak???

 

IMG_3830

Yeahhhh aku di poster filem 3 Temujanji yang telah ditebuk lubang untuk dilekatkan kepingan terakhir ituuu. Muahaha jom sesapa nak 3 temujanji dengan aku tak?? Kahkahkah over tauu.. Tapi filem ni memang menyentuh perasaan aku yang lembut ni laa.. ecehh…

 

 

564893_379970175367729_142763649088384_1228527_1288993453_n

Gambar beramai-ramai dengan Yana takdok laa pulak dalam koleksi aku.. maka aku pergilah cilok gambar yang diambil oleh presiden YSF iaitu abam RR kite. Hikhik.. Gambar-gambar boleh check kat fanpage Yana Samsudin.

 

 

IMG_3824

Haaa ini pulak gambar kami beramai-ramai di ruang legar TGV Sunway Pyramid itew selepas habis tayangan filem 3 Temujanji. Malangnya tak dapat bertemu dengan puteri Yana Samsudin kami sebab beliau dan Pierre Andre rushing ke set penggambaran sejurus selepas tayangan tamat.

 

 

IMG_3848

Maka kami pon lepak-lepak lagi kat situuu, bergambar sana sini… Lepas tu shoot video promo 3 Temujanji untuk MiG. Pergghhh adakah muka aku pon bakal keluar kat video tu nanti?? Sebab aku duk hujung-hujung je.. So takut tak masuk kamera lak muke aku ahakss..

 

 

IMG_3844

Gelagat bebudak pink Yana Super Friend #1

 

 

IMG_3846

Gelagat bebudak pink Yana Super Friend #2

 

 

IMG_3838

Gelagat bebudak pink Yana Super Friend #3

 

 

IMG_3598

Kami di YSF ada sebab kami yang tersendiri kenapa kami sokong pelakon yang sedang meningkat naik ni. Tapi secara peribadinya, aku merasakan sikap Yana Samsudin yang merendah diri, sangat friendly dan ingat akan peminatnya buat aku suka untuk menyokong beliau.

 

Ramai yang tanya macam mana nak join YSF dan juga join aktiviti yang dianjurkan oleh YSF. Senang aje… follow twitter @YanaSuperFriend untuk mengetahui maklumat jika ada aktiviti.. beramah mesra dengan ahli-ahli YSF.. Jangan lupa like fanpage Yana Samsudin dan follow twitter @YanaSamsudin untuk ikuti setiap update mengenai Yana Samsudin. Dan sebagai tanda sokongan bolehlah beli t-shirt YSF yang warnanya pink tu okeh! Haruslah LOVE~ Kbai.

 

 

Undi blog NISA KAY di Digi WWWow Awards. KLIK SINI !!!

 

 

Sign PNG NisaKay


8 ulasan:

  1. thanx sebab bagi info macamana nak join YSF.. tapi tak dapat nak join korang kalau ada aktiviti sebab jauh sangat.. nak seberang lautan lagi.. :(

    BalasPadam
  2. mmg tema pink eh?btw,yana ni makin comel lah :)

    BalasPadam
  3. suka sangat yana samsudin..comel.. lepas tu macam takde nak bajet cun.. hehe..

    BalasPadam
  4. Memang peminat setia nieh :)

    seronok dapat sokong artis kesayangan kan ;)

    BalasPadam
  5. Wah penuh dengan PINK.. YSF forever.. ;)

    BalasPadam
  6. huhu, tak kenal sapedia yana samsuding, tapi penah baca post dari blog lain yang promote pasal dia jugak.. huhu, anyway sape yang kat gambar last tue? kim salam kat dia k? XD

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay