Isnin, 30 Julai 2012

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 7

 

Assalamualaikum…

 

Hai banyak nye la entry pasal kembara media kat Perak ni kan.. setelah beberapa hari aku out of mood nak menulis sangat, aku kembali memeriahkan blog aku dengan entry-entry baru. Hahaha meriah ke??

 

Apa-apa pun, sangat sangat sangat aku berterima kasih pada readers yang masih setia menyumbang trafik ke blog aku walaupun ada jugak harinya aku tak update apa-apa! Fuhhh sabor je lah dengan aku yang selalu mood swing ni ye. Baiklah! Dalam entry PART 6 aku dah duk pung pang pung pang pasal pegi kilang satay kat Pangkor tu kan? So apakah aktiviti seterusnya??

 

DSC_1158

Dalam entry PART 6 aku ade mention yang kami tak berkesempatan nak merasa laksa goreng, makanan tempatan di Pangkor. So dah takde aktiviti lain, maka kami terus pulang ke hotel untuk sesi sidang media trip kali ni. Memandangkan aku dan Azila sampai agak awal di dewan, maka sekali lagi aku feeling-feeling pengacara majlis pulakkkk…

 

 

DSC_1247

Yang bertudung biru tu wakil dari Tourism Perak. Wahhh orang-orang Tourism Perak sudi turun ke Pulau Pangkor untuk sama-sama menyertai majlis sidang media trip kami yang berlangsung di Pangkor Island Beach Resort.

 

 

DSC_1269

Seperti yang diketahui ramai, trip ke Pangkor kali ni turut disertai oleh Ana Rafali dan suami beliau, Dalam ucapannya, Ana menyeru kita rakyat Malaysia supaya memeriahkan lagi industri pelancongan dalam negara. Di samping kita melawat lokasi yang lawa-lawa kat Malaysia ni, kita juga sebenarnya membantu ekonomi negara.

 

Masih lagi aku ingat kata-kata Ana Rafali, beliau menceritakan pengalaman beliau dan suami bercuti ke negara Jepun. Kata Ana, pelancong-pelancong di Jepun adalah terdiri daripada rakyat mereka sendiri. Sebab tu negara dorang kaya dan maju. Sebab industri pelancongan mereka disokong sepenuhnya oleh rakyat mereka sendiri. So why not kita contohi perkara yang baik ni kan?

 

 

DSC_1291

Setelah semua wakil (wakil dari M Mode Media, Pangkor Island Beach Resort, travel agency, Tourism Malaysia dan Tourism Perak) menerima plak khas dari Majalah Santai (M Mode Media), maka berakhirlah sesi sidang media kali ini… Dan.. dinner time!!

 

 

DSC_1299

Dinner kami malam itu sangat special kerana meja-meja telah disusun di tepi kolam renang dan kami sempat menikmati pemandangan matahari terbenam yang mana SUBHANALLAH sangat cantik dan mendamaikan! Allah SWT betul-betul sayangkan kita dengan menciptakan alam seindah begini untuk kita nikmati!

 

 

DSC_1314

Meja bulat.

 

 

DSC_1322

Makanan ala barat.

 

 

DSC_1326

Makanan ala India. Roti canai dia sedap sebab lembut, kuahnya pun sedap. Kawan aku amik roti puri dan roti tersebut mendapat pujian yang melambung-lambung!

 

 

DSC_1325

Satay nye pun boleh tahan sedap, dagingnya tak keras dan kuahnye pun sedap. Pendek kata makanan-makanan kat Pangkor Island Beach Resort ni sedap-sedap belaka!

 

 

DSC_1331

Pinggan aku. Semestinya aku memilih untuk makan pasta dan cheese, disertakan juga dengan udang perghhh sedap! Makanan lautnye fresh !

 

 

DSC_1348

Hari pun beransur gelap. Lepas maghrib tu semua hadirin yang sedang makan malam dihiburkan dengan tarian lagi tradisional.

 

 

Pendek kata, pengalaman makan malam dan menginap di PANGKOR ISLAND BEACH RESORT ni memang best. Mungkin pada siapa yang nak pergi lagi ke Pulau Pangkor, atau yang baru pertama kali nak bercuti ke sana, bolehlah jadikan PIBR ni sebagai tempat menginap!

 

Untuk meninjau apa lagi yang ditawarkan oleh PIBR, korang boleh check website nye. Link aku ade bagi kat bawah ni. Kalau nak memudahkan percutian, bolehlah korang usha pulak website travel agency. Dan untuk maklumat lanjut mengenai penganjur trip ni, booleh add facebook Majalah Santai :

 

 

PANGKOR ISLAND BEACH RESORT
http://www.pangkorislandbeach.com/

 

DISCOVER ORIENT HOLIDAYS (Travel Agency)
http://www.discover-orient.com.my/
https://www.facebook.com/DOHolidays

 

MAJALAH SANTAI (M MODE MEDIA)
https://www.facebook.com/santai.travelmag

 

 

Sign PNG NisaKay


5 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay