Assalamualaikum…
Bersedialah pada yang mahu baca entry ini. Entry ini tidak bergambar. Malah entry ini mungkin entry yang lebih panjang dari kebiasaan. Setelah aku fikir-fikirkan, setelah aku dalami, aku decide nak share dengan korang kat sini. Niat aku cuma satu, nak berkongsi apa yang mungkin baik buat kita semua inshaAllah..
Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna, jauh sekali yang manusia yang baik. Aku alpa dan terus menerus melakukan kesilapan. Namun ALLAH MAHA PENYAYANG, berkali-kali DIA bawa aku ke jalan yang sepatutnya. Didatangkan di depan aku manusia-manusia bertuah yang diberi peluang kedua dan masih boleh bahagia.
BERUBAH. Bukan satu perkara yang senang. Memerlukan keimanan yang teguh. Ya aku mencuba. Tak perlulah aku tunjuk atau mempamer sejauh mana aku mencuba untuk menjadi lebih baik. Kerana matlamat aku ialah untuk menjadi lebih baik di mataNYA, kerana yang akan menilaiku di akhirat kelak ialah YANG MAHA ESA.
* * * * *
Tak lama lagi aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH MAHA PEMURAH kerana diberinya aku peluang yang aku idam-idamkan. Namun, di saat aku bergembira di atas berita ini, aku didatangkan pula tawaran pekerjaan yang juga aku idamkan. Aku dilema. Kerja atau sambung belajar? Aku dilema. Kerana kedua-duanya adalah perkara yang sangat aku idamkan.
Keluarga aku bukan orang senang. Aku fikir mungkin aku boleh bekerja untuk memiliki pendapatan sendiri, membantu keluarga dan mengumpul duit untuk menyambung pelajaran yang akan datang. Aku jadi takut, aku fikir sekiranya aku melepaskan peluang ni, mungkinkah takkan ada peluang lagi untuk aku di masa lain?
Namun ALLAH jua telah menetapkan hati aku supaya kekal pada keputusan untuk menyambung pelajaran. Ini bermakna aku akan berjauhan dari keluarga, dan juga berjauhan dengan perkara-perkara yang aku suka lakukan iaitu sebarang aktiviti berkaitan dengan blog.
Selama beberapa bulan ni, aku telah bekerja keras untuk mencari pendapatan tambahan untuk belanja aku sehari-hari kerana aku taknak susahkan mak abah. Walaupun tak banyak, namun aku bersyukur kerana yang sedikit tu lah aku masih mampu meneruskan hidup sendiri di Shah Alam.
Bila aku memilih untuk slow down dalam blogging, banyak jugak jemputan ke events yang aku tolak. Aku semakin tertekan. Apakah pintu rezeki aku semakin sempit dek kerana aku dah tak boleh pergi events dan mendapat peluang-peluang untuk advertorial di blog lagi? KepadaNYA aku bersujud dan berdoa agar DIA murahkan rezeki aku.
ALLAH MAHA PEMURAH DAN MAHA BESAR. Walaupun aku dah tak lagi aktif pergi events, namun ada juga jemputan yang sempat aku penuhi walaupun aku terpaksa datang ke Shah Alam dari Pahang seminggu sekali. Dan di bulan yang mulia ini Allah bukakan pula pintu rezeki yang lain buat aku. Yang aku tak tersangka-sangka kan. Aku terharu ya Allah. Walau aku bukan hamba yang baik, namun Kau tetap membantu aku.
Di bulan yang mulia ini juga Allah sedarkan aku bahawa sumber rezeki bukan cuma satu. Ada banyak. Janji kita berusaha dan berdoa kepadaNYA, kerana segala rezeki itu dariNYA. Di bulan yang mulia ini juga Allah sedarkan aku bahawa janganlah kita takut untuk kehilangan satu sumber rezeki, kerana Allah pasti akan mengurniakan rezeki yang lain buat kita. Pokoknya, kita harus berusaha, berdoa dan bertawakal padaNYA.
Niat di hati bukan nak menunjuk-nunjuk kepada semua yang membaca, tapi ingin aku kongsikan pengalaman sendiri dan tekankan bahawa jangan kita berhenti berharap pada Allah yang Maha Esa. Pasti akan ada yang baik buat kita kerana ALLAH MAHA PEMURAH. Dan tetaplah kita pada jalan yang HALAL untuk mendapatkan rezeki yang diredhaiNYA. InshaAllah…
Nota penulis : Jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi insan yang baik. Moga sama kita berusaha ke arah keredhaanNYA.. inshaAllah..
insyaAllah... yg penting tak berhenti berdoa dan terus berdoa..
BalasPadamInsyaALLAH pasti ada jalannya...=.=v
BalasPadamentri ni sedikit sebanyak dapat meringankan keresahan di hati Wieya . Terima Kasih Kak Nisa.
BalasPadamhanya kepada-Nya tempat kita meminta. semoga sentiasa dimurahkan rezeki
BalasPadamthniah nisa dpt smbung study.. insyaAllah.. Allah sentiasa membantu hambanya..
BalasPadamdoa byk2x ek...
<3 :')
BalasPadam<3 :')
BalasPadamgood luck lalink....do ur best
BalasPadamsy percaYA kamu blh laku kan =)
tahniah masuk paper.... =)
sama2 lah kita mcari keredhaan-Nya
BalasPadamAllah suke bile kite sentiasa berdoa kepadanye...insyallah ape yang kite mintak, akan termakbul juga...cuma cepat n lambat... :) salam ramadhan
BalasPadamtakpe.. mungkin ada peluang lain lepas belajar. insyAllah
BalasPadaminsyallah, biar susah dulu kan ? usaha usaha usaha usaha dan doa.. tawakal. =)
BalasPadamepysilence.blogspot.com
Gudluck in your life . ALLAH sentiasa dengan kita.
BalasPadamTahniah Nisa dapat sambung Degree!
BalasPadamKata-kata juga adalah doa...
Sentiasalah berdoa dan memohon kpdnya.. doa dan usaha.. insyallah..
BalasPadamSambung belajar pun boleh partime blogging kan..;)
kalo nisa nk keje,,boleh je n study tu boleh bt part time.. dpt 2 dlm satu masa..but a little bit tired n tough laa huhu..papepon gudluck..jgn sedih pasti ada jlnnya :)
BalasPadamInsyaallah... takder orang pun sempurna kecuali Rasulullah.. yang penting Hati mau , dan D.U.I.T
BalasPadamnisa,we're in the same boat..tp sy suruh family yg tlg decidekan...mungkin pilihan family adlh yg tbaik :)
BalasPadamakak, dpt smbung belajar tu pon dh rezeki allah bg, jgn persiakan. rezeki sentiasa terbuka untuk kita selagi kita berusaha untunya.
BalasPadamsambung belajar tu penting sebab peluang nak dapat sambung belajar bukanlah senang...pekerjaan tu insyallah kalo ade rezeki n jodoh aok tetap dgn pekerjaan tu, dia akan menyusul semula nanti..Insyallah..Allah akan menolong niat murni aok tu yg nak membantu keluarga.
BalasPadamsemoga kita sama-sama berjaya ya. aminn.