Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

Rabu, 19 Julai 2017

Family




It has been tough for me for the past few weeks. There are problems, terasa hati, stress.. yang I simpan dalam hati. Dan menaip segalanya di sini bukanlah dengan niat membuka pekung di dada pun. This blog started initially as my diary, then turned into a commercial space where I share more about products, tutorial and so much more.


I am grateful that I am here today, that I'm doing what I'm doing now. But, as a normal human being, Nisa tak terlepas dari permasalahan dunia. Dari segala salah silap, dari segala nasib tidak baik dan bermacam lagi lah.


Read More»

Sabtu, 2 Februari 2013

[EVENT] Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran DenaiHati

 

Assalamualaikum..

 

Baru-baru ni aku ade menyebut dalam entry aku, lepas majlis resepsi sepupu aku di KL, aku berkejar pula naik LRT pergi ke Petaling Jaya untuk menghadiri event blogger yang aku rasa memang aku taknak lepaskan peluang. Biarlah lambat sekalipun, janji jangan tak datang langsung ye dak..

 

Event Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran DenaiHati telah aku hadiri jugak walaupun lewat dalam sejam gitu… Nak wat camne, dah lah ade majlis keluarga, pergi ke PJ pun naik public transport aje.. Tapi takpe, aku tetap gembira sebab berjaya jugak menghadirkan diri ke event ini. Acara ini dihadiri oleh blogger-blogger dari Malaysia, turut serta jemputan dari Brunei, Indonesia dan Kemboja. Wahhh salam 1Dunia gituu!

 

P1011067

Sampai-sampai aje terus duduk kat sebelah hakak omeyy omeyy Yuyu Zulaikha. Turut duduk semeja dengan beliau ialah Deqnoor dan Pen Merah yang tak merah pulak on that day. Majlis dah pun bermula dan dorang semua dah sudah makan dah kot. Aku ni haa masih kekenyangan makan kat kenduri sepupu aku memang tak makan dah la kan.

 

 

P1011075

Beberapa sesi mini forum telah diadakan, membincangkan mengenai dunia blog semasa, serta beberapa isu berkaitan.. Masa sesi yang ini, akak kecik omey omey yakni Yuyu Zulaikha telah menjadi ahli panel bersama-sama bos aku yang tengah pegang microphone tu Tekong mewakili Amanz Network dan yang kanan sekali tu Bang Iwan, blogger dari Indonesia. Manakala Bro Framestone yang berbaju merah tu moderator untuk sesi ini.

 

 

P1011080

Para hadirin untuk SBB2013. Meriahnye sebab ramaiii yang hadir! Semua taknak lepaskan peluang untuk pengalaman yang best ni. Selain mini forum, SBB2013 pun ada lucky draw yang mana hadiahnya sangat sangat lah best seperti iPad Mini, basikal, pakej percutian dan umrah, dan barang kemas.

 

 

P1011104

Official bloggers – Rebuild GAZA.

 

 

P1011107

Camwhore kejap with akak kecik omey omey yakni Yuyu Zulaikha.

 

 

P1011111

Bersama ZARUL UMBRELLA, the singing blogger! Akhirnya bertemu jugak face to face yee.. Beliau nampak muda sangat.. Agaknye.. berapa umur abang Zarul ni ye.. Kekeke…

 

 

P1011112

Dengan blogger hebat Malaysia si kacak ARIFF SHAH. Depan depan lagi hensem wohh. Nasib aku single lagi, so boleh lah cakap macam ni en? Hahah Ape aku mengarut tak memasal je ni? Haha!!

 

 

P1011116

Muka masam yang tak menjadi bersama UNCLE GEDEK bukan gedik. Hhahaa!!!

 

 

P1011118

Jejari iolss tak berapa nak runcing ler.. so mari bergambar dengan si jejari runcing ELIA JEJARI RUNCING gituuu~ Curlass tak? Hahaa~

 

 

P1011121

Lama dah tak bertemu dengan cik NAMIA CINTA kite niii… Last jumpe masa MSMW 2012 kan? Kat PWTC? Hahaaa tak berapa nak ingat lak :p

 

 

P1011125

With HAZWAN HAIRY. Ni kali kedua bertemu dengan beliau… First jumpa masa event PETRONAS…

 

 

P1011128

Ni pulak BONI KACAK (kacak ke ko??) Hakhakhakkk…

 

 

P1011133

Yeayyy tahniah CIK NURUL sebab menang pakej percutian ke Kemboja dan Vietnam! Wowww best nyeee ! Bolehlah buat berbulan madu ye Cik Nurullll… Ehemmm :P

 

 

P1011144

Dari kanan : BRO FRAMESTONE, his wife kak Iera, me and Leeza dari blog SANTAI LEEZA.

 

 

P1011149

Mamat yang sepet macam Cina ni bukan anak Cina tapi anak melayu ye… Huahuaa.. with SYUKRI TAHIR.

 

 

P1011154

Tak perlu diperkenalkan lagi.. Mesti korang kenal dengan personaliti TV ni kan… Karl Shafek yang kacak host untuk SBB 2013… Hikss pujaan hatiku. Ehhh! Kbai!

 

 

P1011165

Ini lak Kpop style dari ABANG ENSEM SANGAT SANGAT herherherrr…. Thanks sebab menjemput aku ke event niii! Best!

 

 

P1011117

With ABANG EYRIQAZZ yang memenangi sebuah iPhone 5 ! Tahniah Bang Eyriqazz!!

 

 

P1011167

Dan akhirrrr sekaliiii… Inilah dia orangnya di sebalik blog DenaiHati. Kalau nak menang hadiah-hadiah best, pergilah follow blog DenaiHati ye… Blog DenaiHati sentiasa menganjurkan contest gadget idaman.. yang memberi peluang untuk kita memenangi gadget hebat!

 

Terima kasih DenaiHati dan wakil beliau yang menjemput aku ke event ni iaitu Abang Ensem.. Great event! Semoga di tahun-tahun berikutnya, acara SBB ini akan terus berlangsung dan lebih ramai blogger Malaysia nak join. Berkongsi ilmu dan membincangkan topik yang menarik.. Apa yang baik kita ambil buat iktibar bersama-sama…

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 21 September 2012

Magis

 

 

love_heart1280x800

 

Magis kan bila kita mulanya tidak menyukai dan membenci seseorang tetapi kita tidak mengenalinya pun. Hanya kerana perlakuannya yang membuat kita rasa err annoying nye mamat nih. Hanya kerana dia merasakan kita sombong bila tak approve friend request dia, then dia kata aku sombong, berlagak bla bla bla.

 

Magis kan bila orang yang kita tidak sukai itu kita temui dalam satu acara yang tidak disangka-sangka, jauh sekali dirancang. Bila tujuan asal kita berbeda pada mulanya, namun bertukar tiga ratus enam puluh darjah bila mata bertentang mata.

 

Magis kan bila kita masih boleh tersenyum pada si dia yang kita tidak kenal tetapi tidak menyukainya. Masih boleh mengukir senyuman bila berpandangan dan perasaan berdebar dan malu itu bukan main merajai hati.

 

Magis kan bila segalanya terlalu pantas berlaku dan kita masing-masing mengakui dalam hati ada suka. Seterusnya ia bercambah menjadi sayang. Magisnya dunia kita. Walau jarang bertentang mata, namun hati terasa sangat dekat. Magis kan bila kita masih merindui dia walau si dia duduk di hadapan kita.

 

Magis sekali bila hati ini masih bertahan dan bertahan walau retak seribu sekali. Walau dugaan datang melanda, meroboh harapan dan perasaan. Magis sekali apabila aku masih mampu menyayangi walau terasa dikhianati, malah hati aku menjadi kuat dan lebih kuat selepas satu persatu dugaan menimpa. Magis sekali bila perasaan ini tidak mahu pergi malah semakin kuat melekat di hati.

 

Magis sekali kisah kita, magis sekali hati yang bertahan dan menyayangi. Magis sekali bila bibir masih mampu melafaz cinta hingga ke hari ini. Dan… magis sekali bila aku masih setia hingga ke hari ini.

 

 

Bodoh kan aku? Ya, kerana itulah magisnya perasaan yang lahir ini.


Read More»

Khamis, 9 Ogos 2012

Iftar di Pizza Hut dan STEP UP Revolution

 

Assalamualaikum…

 

Sebelum aku biarkan entry ni bersawang lalu basi, lebih baik kiranya aku update kat blog dulu.. Walaupun gambar-gambar makanan yang akan menyusul tiba bakal mengundang kemarahan bagi individu berpuasa, tapi hey itulah dugaan bulan puasa right? Itulah yang kita kena tahan kan, right?

 

Tanggal 1 Ogos yang lalu, aku berkesempatan berbuka dengan ex-classmates aku semasa diploma dulu. Walaupun ade dua orang cuma, tapi mereka inilah yang sangat aku rindui. Turut menyertai berbuka puasa ialah Arip, senior gadang aku dan Syafiq Rosli, rakan blogger aku.

 

P1016531

With Ana yang kini berkerja di TM Klang dan sangat semangat pakai jersi Team Malaysia itu. Mentang-mentang kau keje TM kan, so kau dapat free je lah kan jersey tu? Ehh aku pun dapat free jugak? Hohoho..

 

P1016534

With my dear Shiema! Nun jauh datangnye dari Taiping kan.. So memang aku takkan lepaskan peluang untuk bertemu dan berbuka puasa dengan beliau. Hee Shiema ni tanyelah apepun pasal Kpop inshaAllah dia boleh jawab :p

 

P1016535

Yang berbaju hijau dan malu-malu kucing nak bergambar tu lah Arip, senior aku. Ehh pemalulah sangat kan kau ni Arip! Makan sambil tersengih-sengih, ambik gambar pun sambil sengih tutup mulut…

 

 

cats

So this is what we ate on that day.. Garlic bread, deli chicken wings, pepsi, cheese-baked meatball, and two regular pizzas. Kenyang aihh makan, tu belum masuk borak-borak lagi, padahal hakikatnye aku terpaksa berkejar pulak ke The Curve untuk premiere screening STEP UP REVOLUTION bersama Nuffnang.

 

P1016544

So inilah antara rakan-rakan blogger yang turut sama dalam premiere screening itu. DARI KIRI : Syafiq Rosli, Ikeen, Nisa Kay, Koqin Karemo dan Akmal Hilmi yang sekarang dah tak ber-blogging. Motif sangat kan kitorang bergambar depan poster Dark Knight Rises.

 

P1016547

Okay ini baru betul bergambar depan poster dan skrin yang menayangkan trailer filem STEP UP REVOLUTION. Oh lighting kat Cineleisure tu amatlah tak lawa nak ambil gambar tapi aki taram aje lahhh!

 

P1016550

With my partner on the screening day, AKMAL HILMI. Woi Kemal bila lah kau nak kembali ke zaman kegemilangan kau blogging hah? Hahahaa motif sangat aku kan!

 

P1016554

With Koqin Karemo yang sungguh berbangga dapat CD Soundtrack Step Up Revolution.

 

P1016556

Ouhhh yang ni feeling-feeling kat stesen bas lama. Kat e@Curve sekarang ni ade props ala-ala stesen bas gitu.. Feeling balik kampung nak beraya kan? Hua huaa…

 

P1016560

Sementara abang-abang yang lain decide nak lepak mana lepas tengok wayang, aku mintak tolong Ikeen amik gambar aku dekat props yang ada kat situ. Kemain tau…

 

Maka lepas kami tengok wayang tu kami decide nak lepak kat kedai mamak area situ-situ. Maka aku penuhkanlah perut aku dengan roti canai untuk sahur. Dalam pukul 2 jugaklah kami balik. Hehehe pendek kata, berbuka puasa dengan kawan-kawan best.. Filem STEP UP Revolution pun best! Tengok jangan tak tengok!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 7 Ogos 2012

Jangan pernah putus berharap dan berdoa padaNYA

 

Assalamualaikum…

 

Bersedialah pada yang mahu baca entry ini. Entry ini tidak bergambar. Malah entry ini mungkin entry yang lebih panjang dari kebiasaan. Setelah aku fikir-fikirkan, setelah aku dalami, aku decide nak share dengan korang kat sini. Niat aku cuma satu, nak berkongsi apa yang mungkin baik buat kita semua inshaAllah..

 

Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna, jauh sekali yang manusia yang baik. Aku alpa dan terus menerus melakukan kesilapan. Namun ALLAH MAHA PENYAYANG, berkali-kali DIA bawa aku ke jalan yang sepatutnya. Didatangkan di depan aku manusia-manusia bertuah yang diberi peluang kedua dan masih boleh bahagia.

 

BERUBAH. Bukan satu perkara yang senang. Memerlukan keimanan yang teguh. Ya aku mencuba. Tak perlulah aku tunjuk atau mempamer sejauh mana aku mencuba untuk menjadi lebih baik. Kerana matlamat aku ialah untuk menjadi lebih baik di mataNYA, kerana yang akan menilaiku di akhirat kelak ialah YANG MAHA ESA.

 

 

*          *          *          *          *

 

 

Tak lama lagi aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH MAHA PEMURAH kerana diberinya aku peluang yang aku idam-idamkan. Namun, di saat aku bergembira di atas berita ini, aku didatangkan pula tawaran pekerjaan yang juga aku idamkan. Aku dilema. Kerja atau sambung belajar? Aku dilema. Kerana kedua-duanya adalah perkara yang sangat aku idamkan.

 

Keluarga aku bukan orang senang. Aku fikir mungkin aku boleh bekerja untuk memiliki pendapatan sendiri, membantu keluarga dan mengumpul duit untuk menyambung pelajaran yang akan datang. Aku jadi takut, aku fikir sekiranya aku melepaskan peluang ni, mungkinkah takkan ada peluang lagi untuk aku di masa lain?

 

Namun ALLAH jua telah menetapkan hati aku supaya kekal pada keputusan untuk menyambung pelajaran. Ini bermakna aku akan berjauhan dari keluarga, dan juga berjauhan dengan perkara-perkara yang aku suka lakukan iaitu sebarang aktiviti berkaitan dengan blog.

 

Selama beberapa bulan ni, aku telah bekerja keras untuk mencari pendapatan tambahan untuk belanja aku sehari-hari kerana aku taknak susahkan mak abah. Walaupun tak banyak, namun aku bersyukur kerana yang sedikit tu lah aku masih mampu meneruskan hidup sendiri di Shah Alam.

 

Bila aku memilih untuk slow down dalam blogging, banyak jugak jemputan ke events yang aku tolak. Aku semakin tertekan. Apakah pintu rezeki aku semakin sempit dek kerana aku dah tak boleh pergi events dan mendapat peluang-peluang untuk advertorial di blog lagi? KepadaNYA aku bersujud dan berdoa agar DIA murahkan rezeki aku.

 

ALLAH MAHA PEMURAH DAN MAHA BESAR. Walaupun aku dah tak lagi aktif pergi events, namun ada juga jemputan yang sempat aku penuhi walaupun aku terpaksa datang ke Shah Alam dari Pahang seminggu sekali. Dan di bulan yang mulia ini Allah bukakan pula pintu rezeki yang lain buat aku. Yang aku tak tersangka-sangka kan. Aku terharu ya Allah. Walau aku bukan hamba yang baik, namun Kau tetap membantu aku.

 

Di bulan yang mulia ini juga Allah sedarkan aku bahawa sumber rezeki bukan cuma satu. Ada banyak. Janji kita berusaha dan berdoa kepadaNYA, kerana segala rezeki itu dariNYA. Di bulan yang mulia ini juga Allah sedarkan aku bahawa janganlah kita takut untuk kehilangan satu sumber rezeki, kerana Allah pasti akan mengurniakan rezeki yang lain buat kita. Pokoknya, kita harus berusaha, berdoa dan bertawakal padaNYA.

 

Niat di hati bukan nak menunjuk-nunjuk kepada semua yang membaca, tapi ingin aku kongsikan pengalaman sendiri dan tekankan bahawa jangan kita berhenti berharap pada Allah yang Maha Esa. Pasti akan ada yang baik buat kita kerana ALLAH MAHA PEMURAH. Dan tetaplah kita pada jalan yang HALAL untuk mendapatkan rezeki yang diredhaiNYA. InshaAllah…

 

 

Nota penulis : Jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi insan yang baik. Moga sama kita berusaha ke arah keredhaanNYA.. inshaAllah..

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 30 Mei 2012

Love Note

 

 

In the middle of the night…

 

 

love1

 

 

Thank you.. I’m so.. touched!

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 28 Februari 2012

Hari untuk makan, makan dan makan…

 

Assalamualaikum…

 

Hari yang sungguh membahagiakan ini terjadi Khamis minggu lepas. Hari tu aku pergi ke kampus untk ambil transkrip yang dah siap di proses dengan kawan-kawan yang turut sama buat transkrip. Lepas ambil transkrip kitorang ramai-ramai lunch kat Restoran Mega Sup Utara, Wisma MAIS Shah Alam.

 

Lepas lunch, kitorang ke cyber café, nak settle masalah permohonan UPU aku, memandangkan masalah permohonan tu tak tahu dah macam mana nak settle, aku decide nak beli nombor pin UPU yang baru, tapi rasa macam kena tipu sebab dia bagi nombor ID yang sama, tapi aku kena bayar lagi.

 

Lepas tu aku blah je lah, kawan aku Lela ajak pulak singgah Tutti Frutti sebab dia teringin nak makan. Mulanya aku taknak beli sebab masih kenyang. Iejam pun mulanya taknak beli sebab dia sakit gigi, takut ngilu pulak. Lepas tu tengok Lela dengan Ika beli Tutti Frutti, aku dengan Iejam pun join sekali lepak makan frozen yoghurt kat situ.

 

 

P2230994

Hello, meet my classmate, Ika. Lepas makan Tutti Frutti boleh pulak dia cadangkan pergi IKEA makan meatball pulak memandangkan masing-masing free hari tu. Iejam pulak taknak terus balik Gombak sebab dia taknak stuck dalam jammed waktu maghrib nanti.

 

 

P2231008

Maka, persetujuan telah dicapai dan kami pun gerak ke IKEA. Heehehe here we are! They are my classmates, (dari kanan) Ika, Iejam dan Lela. Errr minah spek mata pakai pashmina tu tuan blog ni ye, tak payah diperkenalkan ye…

 

 

P2231016

Menu wajib, nyum nyum nyum.. Aku pun agak impressed dengan diri sendiri sebab masih mampu menyumbat 5 biji meatball walaupun perut masih kenyang makan mihun sup daging untuk lunch dan makan Tutti Frutti sebelum bertolak ke IKEA.

 

 

P2231026

Dah muak makan meatball kot, Iejam decide nak order sandwich besarrr nih dan a slice of cake. Kek tu baru first time aku rasa, so not bad lah kot. Aku tak suka kek berkacang-kacang nih. Huhuhuuu antara kitorang 4 orang Lela je lah kot tak makan sebab dia kenyang lagi.

 

 

P2231058

Dah puas berborak kat IKEA, bosan pulak duduk lama-lama kat situ… Kitorang turun ke Ikano and then jalan-jalan sikit, aku beli mekap kat Elianto.. Lepas tu gerak masuk The Curve pulak. Ohhh kalau masuk toilet nampak cermin besar memang tak sah lah kalau tak posing maut dulu ye tak???

 

 

P2231066

Kesian Iejam tunggu kitorang. Bosan lagi, kitorang decide nak tengok wayang. Nasib baik movie This Means War ada!! Hehee maka kami beli tiket wayang, lepas tu lepak lagi sementara menunggu waktu tayangan jam 8.30 malam.

 

 

P2231074

And… yeah, makan lagi woot woot!! Ika laa.. ape entah mimpi dia nak beli ais krim Lecka Lecka pulok dahh… Aku dah surrender, tak larat aku nak beli ais krim walaupun aku teringin jugak nak beli. Lagipun dah lama tak makan ais krim Lecka Lecka. Tapi Ika je yang beli ais krim.

 

 

P2231081

Okay, lepas lepak kat Lecka Lecka, kitorang beralih ke kiosk sebelah, Hot & Roll. Kali ni Lela dengan Ika beli pulak roll. Aku dengan Iejam tak beli apa-apa. Malas nak menyumbat dah, kang cepat mengantuk. Lagipun aku tak minat Hot & Roll. Dalam gambar di atas ni cuma gambar posing dengan roll tu. Herherherr…

 

 

P2231090

Okayyy masa untuk bergambar sebelum masuk dewan tayangan. Aku dah baca banyak review pasal movie This Means War. Ramai kata best!! Kawan-kawan aku pun excited nak tengok. Hehehe masa nak masuk panggung aku just beli air sebab haus.

 

Okay lepas tengok movie tu aku sangat sangat sangat puas hati sebab movie tu memang superb!! Memang kelakar gilaaaa!! Bayangkan dua orang yang berkawan baik boleh berperang sesama sendiri sebab berebutkan perempuan!! Last sekali, perempuan tu pilih… haa siapa belum tengok boleh tengok movie This Means War ye!

 

 

P2241092

Gambar kat atas ni barang-barang mekap yang aku beli kat Elianto.. Mulanya aku nak beli lip gloss je, lepas tu nampak blusher teringat lak aku nak beli. Lepas tu kena pengaruh dengan akak sales girl untuk beli dua eyeshadow supaya cukupkan belian RM60, maka aku pun dapatkan gel wash tu dengan PERCUMA.

 

Balik rumah tu memang aku terbongkang kat katil sebab perut sangat-sangat kenyang dan mata pun dah mengantuk! Memang seharian keluar bergembira dengan kawan-kawan. Ye lah.. urusan transkrip pun dah settle, so lepas ni mesti dah jarang jumpa…

 

Ohhh thank you so much classmates! Aku taknak panggil korang ex-classmates sebab kita dah tamat belajar, aku tetap nak panggil CLASSMATES okay! Thank you so much Iejam, Ika and Lela, I had so much fun with you guys. Muah muah!! See you guys soon, take care.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 9 Februari 2012

Dulu…Kini…

 

Assalamualaikum…

 

Rasanya macam dah lama sangat dah tak meluah apa yang terbuku di hati ni.Blog aku bagaikan berubah 360 darjah. Sehingga ada yang menegur bahawa blog aku tidak lagi seperti dulu. Bosan? Ya mungkin para pembaca pun naik muak aku asyik update pasal event, movie, dan promosi online shop?

 

Bagai telah hilang siapa diri aku yang dulu.. Bagai telah hilang budak yang suka menaip dulu… Bagai telah hilang identiti blog yang dulu.. Ya, manusia berubah.. berubah mengikut keadaan sekeliling dan waktu yang berputar dan terus berputar…

 

DULU…

Aku tulis blog suka hati. Aku nak buat vlog suka hati akulah walau aku tahu akan dikutuk habis-habisan di ruangan komen YouTube, tak kurang juga paduan cercaan makian dari anonymous di blog ni. Ada….? ADA AKU KESAH?

 

KINI…

Aku menulis blog kerana orang mahu. Orang mahu lihat aku ke sana sini. Ya aku menyibukkan diri dengan event segala benda. Bahagiakah begini? Ya, mungkin. Mengenal rakan baru dan dunia blogging dengan lebih meluas. Tapi… penatnye korang tahu ke?

 

DULU…

Semua benda aku nak update. Agaknya dulu kalaulah ke jamban boleh ku update, pasti aku update! Tapi takdelah sampai macam tu sekali kot??? Aku jalan tepi tasik pun nak cerita, aku makan nasi ayam kegemaran pun nak cerita? Aku study pun nak cerita? Blog selalu dihiasi gambar dari webcam. Kerana di situlah banyak masaku terluang.

 

KINI…

Bukak blog aku aje nampak entry event.. event… movie.. movie.. promosi.. promosi… AHHH bosan tahu tak? Aku pun bosan dengan blog sendiri! Ahh apakah perasaan ini??? Memandangkan aku dah tamat diploma maka masa yang tersangat lapang ni aku isi dengan menghadiri event sana sini. Maka dengan itu blog aku asyik pasal event atau pun movie.

 

Ahhh… aku ingin identiti blog aku yang dulu. Ya, boleh sahaja aku kembalikan tapi… it will take time sebab aku tak rasa ada manusia pun yang memahami betapa sibuknya hidup aku sekarang. Betapa aku rindu waktu tidur sampai ke tengahari. Betapa aku rindu waktu-waktu melepak dengan rakan sekelas.. Ahh… macam-macam.

 

Cukup aku luahkan sampai di sini. Kenapa luah di sini? Kerana blog ni dah cukup sebati dengan aku. Akan aku cuba kekalkan identiti warna pink ini sampai bila-bila yang aku mampu.. Maaf jika isi kandung blog ini semakin tidak menepati citarasa pembacaan kalian. Aku juga punya urusan hidup sama seperti kalian. Harap dimengerti.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 2 Februari 2012

Jalan-jalan cari gitar.

 

Assalamualaikum…

 

Wohhh rasa macam dah lama benor tak menaip mengenai personal life kat sini. Aku rasa mesti readers dah naik muak dok tengok entry aku pasal event sana sini. Kihkihkih… Dah nak buat macam mana, seminggu lebih ni setiap hari ada aje event atau urusan aku. Huhuu busyyy…

 

Kisah kali ni aku nak kongsi pasal aku keluar dengan kawan-kawan masa aku balik bercuti di Temerloh masa holiday CNY yang lepas. Nasib baik ada member blogger yang aku kenal kat Temerloh, boleh jalan-jalan. Hikhik…

 

IMG_0431

Misi kali ni ialah menemani Nurul Izzati atau mesra aku panggil Nurul dan juga member beliau survey harga gitar. Aku join aje sebab boleh aku tumpang cuci mata sekali ye dakk??? Mula-mula pergi bandar Mentakab, tapi tak jumpa pulak kedai muzik? Ehh.. ke kami yang tak nampak..

 

Tengah lalu di satu lorong belakang, lepas tu aku terperasan satu kedai alat muzik. Kami pon berhenti… Sekali aku yang tak senang duduk sebab ada gitar akustik warna pink !!!! Arggghhh tension aku. Tak pasal-pasal aku pulak kang yang pergi beli??? Hahaha…

 

 

IMG_0432

Oleh kerana member Nurul ni tak bertemu gitar idamannya di  kedai tu, maka kami ke bandar Temerloh pulak. Kami singgah di kedai kat bangunan lama. Papan tandanya nama kedai buku, tapi dalamnya jual alat muzik. Paling banyak gitar lah. Tak pasal-pasal aku feeling-feeling nak belajar main gitar tauu…

 

Tapi kesudahannya agak sadis bila takde satu pun gitar yang berkenan di hati member Nurul itu. Mungkin dia belum jumpa gitar yang punya ciri-ciri idaman beliau??? Atau belum bertemu dengan gitar berwarna kegemaran beliau??

 

 

IMG_0439

Perut dah lapar sangat sebab seharian aku tak makan. Nak pergi makan pun punyalah susah nak decide. Mula-mula nak try Chic King tapi aku macam tak berkenan, kekekee… maka kami ke Secret Recipe… Boleh lah minum iced choc yeayyy!!!

 

 

IMG_0443

Tuuuuu dia iced chocolate yeayyy!! My fav kot! Yang takde whipped cream tu aku punya. I find the whipped cream makes me feel… Errr… I dunno. The iced choc with whipped cream belonged to Nurul.

 

 

IMG_0454

Spaghetti!! Yeahh tekak aku ni mengada sangat kan nak makan western food aje. Cehhh kemain tau aku makan seafood spaghetti. Sedap sangat tapi agak pedas yang kurang boleh diterima oleh anak tekak aku yang mengada ni.

 

 

IMG_0460

Sudahnya tak habis spaghetti tadi, aku take away. Kat rumah ramai yang nak tuh. Kihkihkih… Ohhh ye, member Nurul tadi ada belanja a slice of cake. Tu pun aku take away sebab nak makan dengan adik kat rumah… Thanks member Nurul for the cake! Hehee…

 

 

IMG_0444

Inilah dia Nurul Izzati, antara rakan blogger yang aku kenal di Temerloh. Kitorang jarang jumpa sebab Nurul study kat KL. So bila time cuti macam ni lah time untuk jumpa. Kadang-kadang kitorang jumpa kat Times Square aje…

 

By the way, a good day for me sebab keluar jalan-jalan tengok dunia. Kihkihkih… over sangat tau aku. Mana tak nye, aku balik Temerloh duduk rumah aje.. Kalau ta keluar dengan member-member aku keluar dengan para sepupu sekalian. Anyway, thanks for reading!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay