Assalamualaikum…
Antara aktiviti wajib bagi para blogger di bulan puasa ni semestinya jemputan ke majlis-majlis berbuka puasa atau lebih glamor nye IFTAR. Haa gitchuuu. Ada je beberapa majlis berbuka puasa yang aku hadiri tapi yang lainnye just makan dan balik. Wakakaka..
Tapi berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam ni best sikit sebab banyak gila makanan best dan berbuka pulak dengan rakan-rakan blogger yang gila-gila. Gitewww.. Mungkin rezeki aku lah kot dijemput turut sama berbuka di sana memandangkan ada yang tak dapat datang..
Ahaa maaf lah ye pembaca semua.. memang takde gambar entrance ke apa terus aku tepek gambar suasana buffet Ramadhan kat De Palma Hotel ni. Diingatkan sekali lagi ini De Palma cawangan SHAH ALAM tau.
Makanan disaji dalam suasana gerai-gerai makan yang tersusun. Ada bahagian masakan melayu, masakan india, western food, dan pencuci mulut. Yang bestnye ada lebih 100 jenis hidangan pilihan untuk berbuka puasa ! Dah bayar kan, maka ini lah masa nak merasa semuaaaa nya ! Wah over gituu..
Antara lauk pauk yang sedia untuk dimakannn ! Ada bahagian masakan tradisi melayu, ada pulak bahagian lauk pauk raja sehari.. haa maknanya kat bahagian tu ada beberapa jenis masakan kenduri. Atau dengan erti kata lain, lauk yang memang kenduri kahwin punya style laa. Nasi minyak.. rendang daging.. Fuhh sedap-sedap semuanya, menggegar iman betol !
Ini gambar sebahagian daripada ballroom di De Palma Hotel yang menjadi ruang makan. Ada meja yang kerusinya banyak, ada yang sikit, bergantung kepada yang dah reserved awal-awal. Boleh je kalau korang nak walk-in tapi dah masuk minggu kedua berpuasa ni kami difahamkan jumlah pelanggan meningkat. So untuk mengelakkan kekecewaan tak dapat kerusi meja, sila lah buat reservation dulu okayy?
Kami para blogger lepak-lepak dulu sambil tunggu waktu hampir berbuka, then baru nak terjah gerai-gerai makanan yang terletak di luar dewan ni. Haa masing-masing excited nak rasa pelbagai juadah berbuka puasa nampaknyaa!
Yang bagusnya, majlis berbuka puasa di De Palma Hotel ni dijalankan seiring dengan elemen-elemen Islamik. Tepat jam 7 malam, dewan ballroom ni bergema dengan alunan indah Qasidah oleh anak-anak tahfiz. Lunak suara adik-adik ni. Sejuk hati mendengarnya. Alunan ini berlangsung selama lebih kurang 20 hingga 25 minit dan berhenti sebelum azan Maghrib dilaungkan.
I’m very impressed bila dimaklumkan bahawa azan Maghrib akan berkumandang secara LIVE di dalam dewan ! Tersentuh betul bila adik ni melaungkan azan. Sedap betul suaranya..
Yeahh sudah tiba waktu berbuka puasa, serentak dengan azan yang berkumandang. Lauk pilihan aku semestinya Gulai Tempoyak Ikan Patin (makanan tradisi Temerloh!), udang masak lada, capati dan kambing panggang. Haa ini baru first round. Hahah jangan disangka diri ku yang kurus tak mampu makan berkali-kali.
Lebih kurang 10 minit lepas tu, dewan The Grand Ballroom bergema pula dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Bacaan Al-Quran dilaksanakan oleh qari yang didatangkan khas dari Mesir, Sheikh Hassan Abdel Ghany Mohamed Abouseta. Sheikh Hassan juga akan mengimamkan solat Terawikh di hotel ini.
Ehemmm my second round. Nak rasa pasta dia.. and of course my favourite desserts, ABC !!! Sedap wohhh. Hehehe kesukaan tu macam nak tambah dua tiga kali je ABC ni..
Ini pula sesi tazkirah ringkas yang berlangsung semasa hadirin tengah menjamu selera. Makan tu makan jugak ye dak.. Sambil-sambil tu dengarlah tazkirah, ada juga pengisian rohani. Tak rugi apa pun, lagi untung sebab dapat ilmu baru kan kan kan.
Ada banyakkk jenis pencuci mulut kat sini. Daripada makanan sejuk seperti ais krim dan ABC, ada juga kuih tradisional dan kek.
Okay jom makan pencuci mulut dah jom. Ais krim strawberry dan keladi menjadi pilihan. Dan juga beberapa potong kek yang memang wallah ! Delicious and sooo fluffy !
Mr Ray (pakwe Nisa Kay?) yang malu-malu setelah ditegur oleh Boni Yang Tak Berapa Kacak Pun. Ke tak sudi Mr Ray? Anyonyonyooo~
With blogger Nizam Ijam dan Namia Cinta.
Antara blogger yang turut sama berbuka puasa buffet Ramadhan di De Palma Hotel ialah :Bro Framestone dan Eira Kan, Abang Ensem, Boni Kacak, Sohoque, Namia Cinta, Melastik Bintang dan MalaysiaBackPackers
Terima kasih DE PALMA HOTEL, SEKSYEN 19 SHAH ALAM ! Great food and great day with blogger friends indeed ! Kepada yang nak berbuka puasa di buffet Ramadhan De Palma Hotel ni, harga untuk seorang dewasa ialah nett RM75 dan nett RM35 untuk kanak-kanak (8 hingga 12 tahun).
Untuk tempahan, jangan segan silu hubungi :
03-5542 8080
De Palma Hotel Shah Alam,
Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, P.O Box 7511, 40718 Shah Alam, Selangor D.E
XOXO
Wah, sedapnya. Rasa macam nak sahur terus pulak.
BalasPadamsaya pun suka ikan patin masak tempoyak! hehe
BalasPadammacam best je nisa!
BalasPadamkak lea dulu duduk seksyen 18,memang selalulah buka puasa kat situ,kadang2 dengan family,kadang2 dengan kawan2 he3..
BalasPadamselamat bersahur ye ^^
tergoda tgok gambar nizam ijam tu hehe
BalasPadamboni yang tak berapa kacak ye??hahaha
BalasPadamAE, Bro, ada di mana mana..huhu
BalasPadambagus klu dieselit elimen islamik...
BalasPadamWaaaaaaa lapaqqq !
BalasPadamselalu berbuka luar..seronok
BalasPadamdekat sangat dengan rumah... 5 minit dah sampai... =D
BalasPadamseronoknya dapat berbuka dengan blogger2...makanan pun meriah...^^
BalasPadamwahhh terliurnya..yummy yummy dan price pun not bad =)
BalasPadamhy bakal menantu... kekekeke...
BalasPadambestnya. teringin juga hendak berbuka dengan blogger-blogger yang hebat nih.
BalasPadamSedap nya makanan kat sanaaa!
BalasPadamterliur nengok ^^
BalasPadam