Assalamualaikum...
| Allah !!! Sedapnya ia kelihatan.. Huhuhuu.... |
Read More»
| Allah !!! Sedapnya ia kelihatan.. Huhuhuu.... |
Assalamualaikum…
Antara aktiviti wajib bagi para blogger di bulan puasa ni semestinya jemputan ke majlis-majlis berbuka puasa atau lebih glamor nye IFTAR. Haa gitchuuu. Ada je beberapa majlis berbuka puasa yang aku hadiri tapi yang lainnye just makan dan balik. Wakakaka..
Tapi berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam ni best sikit sebab banyak gila makanan best dan berbuka pulak dengan rakan-rakan blogger yang gila-gila. Gitewww.. Mungkin rezeki aku lah kot dijemput turut sama berbuka di sana memandangkan ada yang tak dapat datang..
Ahaa maaf lah ye pembaca semua.. memang takde gambar entrance ke apa terus aku tepek gambar suasana buffet Ramadhan kat De Palma Hotel ni. Diingatkan sekali lagi ini De Palma cawangan SHAH ALAM tau.
Makanan disaji dalam suasana gerai-gerai makan yang tersusun. Ada bahagian masakan melayu, masakan india, western food, dan pencuci mulut. Yang bestnye ada lebih 100 jenis hidangan pilihan untuk berbuka puasa ! Dah bayar kan, maka ini lah masa nak merasa semuaaaa nya ! Wah over gituu..
Antara lauk pauk yang sedia untuk dimakannn ! Ada bahagian masakan tradisi melayu, ada pulak bahagian lauk pauk raja sehari.. haa maknanya kat bahagian tu ada beberapa jenis masakan kenduri. Atau dengan erti kata lain, lauk yang memang kenduri kahwin punya style laa. Nasi minyak.. rendang daging.. Fuhh sedap-sedap semuanya, menggegar iman betol !
Ini gambar sebahagian daripada ballroom di De Palma Hotel yang menjadi ruang makan. Ada meja yang kerusinya banyak, ada yang sikit, bergantung kepada yang dah reserved awal-awal. Boleh je kalau korang nak walk-in tapi dah masuk minggu kedua berpuasa ni kami difahamkan jumlah pelanggan meningkat. So untuk mengelakkan kekecewaan tak dapat kerusi meja, sila lah buat reservation dulu okayy?
Kami para blogger lepak-lepak dulu sambil tunggu waktu hampir berbuka, then baru nak terjah gerai-gerai makanan yang terletak di luar dewan ni. Haa masing-masing excited nak rasa pelbagai juadah berbuka puasa nampaknyaa!
Yang bagusnya, majlis berbuka puasa di De Palma Hotel ni dijalankan seiring dengan elemen-elemen Islamik. Tepat jam 7 malam, dewan ballroom ni bergema dengan alunan indah Qasidah oleh anak-anak tahfiz. Lunak suara adik-adik ni. Sejuk hati mendengarnya. Alunan ini berlangsung selama lebih kurang 20 hingga 25 minit dan berhenti sebelum azan Maghrib dilaungkan.
I’m very impressed bila dimaklumkan bahawa azan Maghrib akan berkumandang secara LIVE di dalam dewan ! Tersentuh betul bila adik ni melaungkan azan. Sedap betul suaranya..
Yeahh sudah tiba waktu berbuka puasa, serentak dengan azan yang berkumandang. Lauk pilihan aku semestinya Gulai Tempoyak Ikan Patin (makanan tradisi Temerloh!), udang masak lada, capati dan kambing panggang. Haa ini baru first round. Hahah jangan disangka diri ku yang kurus tak mampu makan berkali-kali.
Lebih kurang 10 minit lepas tu, dewan The Grand Ballroom bergema pula dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Bacaan Al-Quran dilaksanakan oleh qari yang didatangkan khas dari Mesir, Sheikh Hassan Abdel Ghany Mohamed Abouseta. Sheikh Hassan juga akan mengimamkan solat Terawikh di hotel ini.
Ehemmm my second round. Nak rasa pasta dia.. and of course my favourite desserts, ABC !!! Sedap wohhh. Hehehe kesukaan tu macam nak tambah dua tiga kali je ABC ni..
Ini pula sesi tazkirah ringkas yang berlangsung semasa hadirin tengah menjamu selera. Makan tu makan jugak ye dak.. Sambil-sambil tu dengarlah tazkirah, ada juga pengisian rohani. Tak rugi apa pun, lagi untung sebab dapat ilmu baru kan kan kan.
Ada banyakkk jenis pencuci mulut kat sini. Daripada makanan sejuk seperti ais krim dan ABC, ada juga kuih tradisional dan kek.
Okay jom makan pencuci mulut dah jom. Ais krim strawberry dan keladi menjadi pilihan. Dan juga beberapa potong kek yang memang wallah ! Delicious and sooo fluffy !
Mr Ray (pakwe Nisa Kay?) yang malu-malu setelah ditegur oleh Boni Yang Tak Berapa Kacak Pun. Ke tak sudi Mr Ray? Anyonyonyooo~
With blogger Nizam Ijam dan Namia Cinta.
Antara blogger yang turut sama berbuka puasa buffet Ramadhan di De Palma Hotel ialah :Bro Framestone dan Eira Kan, Abang Ensem, Boni Kacak, Sohoque, Namia Cinta, Melastik Bintang dan MalaysiaBackPackers
Terima kasih DE PALMA HOTEL, SEKSYEN 19 SHAH ALAM ! Great food and great day with blogger friends indeed ! Kepada yang nak berbuka puasa di buffet Ramadhan De Palma Hotel ni, harga untuk seorang dewasa ialah nett RM75 dan nett RM35 untuk kanak-kanak (8 hingga 12 tahun).
Untuk tempahan, jangan segan silu hubungi :
03-5542 8080
De Palma Hotel Shah Alam,
Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, P.O Box 7511, 40718 Shah Alam, Selangor D.E
XOXO
Assalamualaikum…
Seperti yang diketahui semua, sepanjang bulan Disember 2011 hingga Jun 2012 aku bekerja part-time sebagai wartawan pelatih untuk AMANZ NETWORK. Dan di bulan Ramadhan tahun ni, aku dijemput untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama keluarga AMANZ NETWORK.
Mulanya boss merancang nak buat majlis berbuka di rumah anak-anak yatim. Tapi ada pulak halangan yang tak dapat dielakkan. Maka, kami berbuka puasa sesama kitorang sahaja. Hohohoo..
Setelah perbincangan diadakan (perbincangan lah sangat kan), kami semua bersetuju dengan cadangan untuk berbuka puasa ala buffet di restoran Marche Movenpick di The Curve, Damansara. Wahh ni first time ni aku datang Marche !
Aku sampai aje, tengoklah meja yang banyak dengan gadjet! Boss Amanz iaitu Aman Firdaus tengah update website AMANZ NETWORK ! Yaa.. tengah bekerja, walaupun dah nak berbuka puasa. Pergghh gigih. Yang buat peace tu Arib Ismail, seorang lagi intern Amanz la kot. Manakala Husna si Boodark Kewchik pulak tak dapat join sebab duduk jauh.
Disebabkan aku ni orang kampung semata-mata, tak pernah jejak kaki kat Marche (pronounce Mar-shay), maka aku dengan excited nye duk ambik gambar sana sini..
Suasana restoran Marche ni mengingatkan aku kepada The Terrace di Genting Highland yang turut mempunyai food centre / counter yang dibahagikan mengikut kategori makanan seperti, western, chinese, drinks & beverages dan lain-lain. Ohh aku suka betul dengan environment Marche ni !
Woahhh pembaziran yang nyata di situ ! Mentang-mentang tengah berpuasa kan, nafsu je semua melihat makanan-makanan. Selagi boleh amik, hah amik hangkut bawak pegi meja, sampai meja pun sarat dengan makanan !
Hohohoo.. tenang ye semua, alah dah nak dekat waktu berbuka dah pun ye dak? Puasa pun tinggal dua hari apalah yang nak terliur sangat. Esok lusa dah tak puasa boleh lah pergi makan kat Marche ye dak?
Acara memberi duit raya dari boss !! Yahuu yahuu tenkiu boss ! Semoga AMANZ NETWORK dilimpahi rezeki yang banyak inshaAllah.. Amin !! Haha Aman Firdaus buat tak tahu je orang nak bergambar dapat duit raya. Rela ke tak tu boss? Haha !!
Pastu main cabutan bertuah cenderahati pulak, sempena bini CEO AMANZ NETWORK Ikhwan Nazri pergi ke Bandung. Tenkiu Kak Wani ! Herherher..
With Arib Ismail.
Family pic. Ehh Group photo !
Harusss bergambor dengan lembu hijau si maskot Marche Movenpick !
Last but not least! Muka sememeh aku. Just pakai bedak Miyami je. Eyeliner tak pakai. Muehehe… And I really really love the shawl. Marwah Shawl from RINASALLEH.COM :)
Masa pun berlalu dan masa untuk kita balik wuhuuu.. Ini kali terakhir kot aku gathering dengan keluarga AMANZ sebab lepas ni aku dah sambung belajar di tempat orang, so jauh di mata gituuu. Sobs Sobs. Kbai.
Assalamualaikum…
Sebelum aku biarkan entry ni bersawang lalu basi, lebih baik kiranya aku update kat blog dulu.. Walaupun gambar-gambar makanan yang akan menyusul tiba bakal mengundang kemarahan bagi individu berpuasa, tapi hey itulah dugaan bulan puasa right? Itulah yang kita kena tahan kan, right?
Tanggal 1 Ogos yang lalu, aku berkesempatan berbuka dengan ex-classmates aku semasa diploma dulu. Walaupun ade dua orang cuma, tapi mereka inilah yang sangat aku rindui. Turut menyertai berbuka puasa ialah Arip, senior gadang aku dan Syafiq Rosli, rakan blogger aku.
With Ana yang kini berkerja di TM Klang dan sangat semangat pakai jersi Team Malaysia itu. Mentang-mentang kau keje TM kan, so kau dapat free je lah kan jersey tu? Ehh aku pun dapat free jugak? Hohoho..
With my dear Shiema! Nun jauh datangnye dari Taiping kan.. So memang aku takkan lepaskan peluang untuk bertemu dan berbuka puasa dengan beliau. Hee Shiema ni tanyelah apepun pasal Kpop inshaAllah dia boleh jawab :p
Yang berbaju hijau dan malu-malu kucing nak bergambar tu lah Arip, senior aku. Ehh pemalulah sangat kan kau ni Arip! Makan sambil tersengih-sengih, ambik gambar pun sambil sengih tutup mulut…
So this is what we ate on that day.. Garlic bread, deli chicken wings, pepsi, cheese-baked meatball, and two regular pizzas. Kenyang aihh makan, tu belum masuk borak-borak lagi, padahal hakikatnye aku terpaksa berkejar pulak ke The Curve untuk premiere screening STEP UP REVOLUTION bersama Nuffnang.
So inilah antara rakan-rakan blogger yang turut sama dalam premiere screening itu. DARI KIRI : Syafiq Rosli, Ikeen, Nisa Kay, Koqin Karemo dan Akmal Hilmi yang sekarang dah tak ber-blogging. Motif sangat kan kitorang bergambar depan poster Dark Knight Rises.
Okay ini baru betul bergambar depan poster dan skrin yang menayangkan trailer filem STEP UP REVOLUTION. Oh lighting kat Cineleisure tu amatlah tak lawa nak ambil gambar tapi aki taram aje lahhh!
With my partner on the screening day, AKMAL HILMI. Woi Kemal bila lah kau nak kembali ke zaman kegemilangan kau blogging hah? Hahahaa motif sangat aku kan!
With Koqin Karemo yang sungguh berbangga dapat CD Soundtrack Step Up Revolution.
Ouhhh yang ni feeling-feeling kat stesen bas lama. Kat e@Curve sekarang ni ade props ala-ala stesen bas gitu.. Feeling balik kampung nak beraya kan? Hua huaa…
Sementara abang-abang yang lain decide nak lepak mana lepas tengok wayang, aku mintak tolong Ikeen amik gambar aku dekat props yang ada kat situ. Kemain tau…
Maka lepas kami tengok wayang tu kami decide nak lepak kat kedai mamak area situ-situ. Maka aku penuhkanlah perut aku dengan roti canai untuk sahur. Dalam pukul 2 jugaklah kami balik. Hehehe pendek kata, berbuka puasa dengan kawan-kawan best.. Filem STEP UP Revolution pun best! Tengok jangan tak tengok!
Copyright © Nisa Kay