Jumaat, 26 Julai 2013

JAHIT – Webfilm oleh PETRONAS sempena Aidilfitri 2013


Assalamualaikum..

Tergerak nak kongsikan satu video yang aku baru tengok kat Youtube tadi. Tak lain tak bukan iklan raya dari syarikat gergasi PETRONAS. Macam kita tahu PETRONAS setiap tahu akan come out dengan iklan yang menyentuh hati, makna mendalam dan terkesan dalam hati kita. Jom tengok webfilm yang dihasilkan tahun ni..


Bagi aku, memang kebiasaan iklan PETRONAS tiap-tiap tahun memang akan membawa mesej yang tersendiri dan menyentuh hati. Iklan mengisahkan seorang ibu tunggal yang bekerja keras di bulan puasa untuk mengumpul duit buat perbelanjaan anaknya ke kolej kelak.

Sedih tengok seorang ibu tua gigih berusaha bekerja tanpa mengira penat lelah demi anak nya seorang. Mesej yang ditekankan pulak KUDRAT MEMBAWA BERKAT. Betul tu. Selagi kita ikhlas berusaha, inshaAllah satu hari nanti Allah balas usaha-usaha kita. Iklan jugak menunjukkan kasih sayang seorang ibu yang tak berbelah bagi kepada anaknya.

Antara mesej yang tersirat yang lain adalah (pada aku) golongan muda atau anak-anak zaman sekarang perlu sedar ibu bapa yang sanggup bekerja keras untuk kita. Rezeki tu memang Allah dah tetapkan untuk kita, so tugas kita lah nak berusaha mencari rezeki halal kan? So.. kita ni patut sedar, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada dan hargai ibu bapa yang banyak bekerja keras untuk kita.


So tu je lah.

YOSH !!!

8 ulasan:

  1. mak sy pon amik upah mjahit dari kami kecik..kami smua dah keje pon,mak masih mjahit..sbb org y dah biasa tempah dgn mak,nk mak jugak y wat baju diorg...

    BalasPadam
  2. ramai jugak yg kata touching..
    tunggu iklan raya versi lawak ler pulak..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum nisa. sheila pun suka iklan Petronas. sangat touching, ada pesanan disebalik ceritanya :)

    BalasPadam
  4. Akk, bila akk akan umumkan pemenang utk I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com eyh? :)

    BalasPadam
  5. menitik air mata tgk video nie..huhu.bersungguh mak dia menjahit nak dptkan duit..iklan petronas mmg terbaik!

    BalasPadam
  6. huhu..xley tgk plak video ni :(

    BalasPadam
  7. sangat menyentuh hati iklan ini...yup..kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..^^

    BalasPadam
  8. Iklan petronas derek aa -,- huhuhu .

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay