Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Julai 2014

Shopping raya di Kompleks PKNS Shah Alam

 

Assalamualaikum..

 

20140724_222529

Siapa yang duduk Shah Alam atau kawasan berhampiran atau student kat sini mesti dah tau antara tempat wajib terjah bila tiba musim raya ialah Kompleks PKNS Shah Alam. Bila mai ja musim raya ka, cuti ka.. puasa ka.. memang selalu jugak ada bazaar kat dalam kompleks ni.. Kalau hari biasa memang banyak jual pakaian wanita, perhiasan rumah dan macam-macam lagi la..

 

Tapi masuk ja bulan puasa, segala jenis mak nenek butik pakaian berlumba-lumba nak bukak booth kat sini sebab depa tau ni la port hangat orang Shah Alam datang nak cari baju raya, aksesori dan macam-macam lagi laa.. Kan kan kan…

 

Jujur bagi aku, harga baju kurung / baju melayu pada hari biasa (bukan musim perayaan) jauh lebih murah dan berpatutan. Mungkin sebab time ni la manusia sekalian alam berlumba-lumba nak cari baju baru untuk pagi raya, maka harga baju pun mencanak-canak naiknya. Asalnya kat Kompleks PKNS ni sememangnya dah ada kedai baju melayu, baju kurung yang memang banyak terutamanya kat tingkat 1 kompleks ni. Tu belum lagi discover kedai-kedai yang ada kat ceruk ceruk kompleks ye dak ???

 

 

20140724_214105

Lepas berbuka puasa di butik Sincerelybyus Bangi bersama kre butik, aku terus balik Shah Alam.. tapi tak tergerak nak balik rumah. Terus ke Kompleks PKNS sebab nak carikan baju kurung adik aku. Well, aku mulanya tak terniat nak beli baju kurung memandangkan aku beli baju jubah-jubah je.. tapi terrbeli jugak hahaha..

 

Punyalah ramai umat manusia kat PKNS hari ni ya ampun tapu syukur alhamdulillah mudah je aku dapat parking tadi… Sana sini orang jual macam-macam.. Tengok macam dalam gambar kat atas ni haaa.. tepi laluan ke toilet pon ade rak tudung ya ampunnn…

 

 

20140724_214241

Well.. biasa kalau bebudak kecik raya pertama je melaram baju melayu atau baju kurung… masuk petang sikit or raya kedua semua dah bergaya pakai baju fesyen-fesyen dah.. Tengok je lah booth ni semua baju budak.. banyak betul dress ala-ala Princess Elsa.. Kemahen tau demam Frozen bebudak sekarang… Nasib la adik aku yang darjah 6 tak mintak dress Elsa, kang ada yang kena humban ke kutub utara kang ahhaha !!

 

 

20140724_222138 

Sesambil aku usha baju kurung untuk adik, member aku Adam pun usha baju melayu. Nak cari yang warna pink katanya.. Awww so jambu. By the way guys.. kawan aku ni photographer. So kalau nak quotation untuk wedding shoot boleh contact beliau kat page SenseOfView Photography okayy??

 

 

20140724_222511

Haaaa bukan baju perempuan je bermacam pesen zaman sekarang ni.. Baju melayu lelaki pun bermacam pesen dah haaa… Ade corak gitu, ade corak gini. Ada jugak yang songket kat bahu, songket kat dada haa kau hado??

 

Aku perasan lelaki sekarang suka cari baju yang fit kat badan gitu? Kawan-kawan aku pun banyak yang tempah baju melayu kat tukang jahit. Ye lah, bila dapat yang saiz kita personally, pakai pun rasa smart je kan.

 

 

20140724_214316 

Baju perempuan kompem taknak kalah dengan manik-manik yang menghelip-ghelip kennzzz…. Tapi aku ni sukakan baju yang simple, plain, takde sulam takde manik. Well sulam might be okayyyy BUT no manik manik. Ergghhh aku tak minat haha !! Macam baju dalam gambar ni. Aku rasa lawa je.. tapi dah macam baju nak bertunang dah haa. haha!!

 

 

Pendek kata, tahun ni baju aku banyak jubah.. And aku beli jubah yang biasa, yang plain je.. tak beria sangat.. supaya lepas raya nanti pun aku boleh pakai buat baju hari-hari jugak. Haa kan mudah. Aku tak suka beli baju yang terlebih meriah, tapi end up pakai sekali je. Unless aku memang ade majlis di mana aku nak tampil special. Haa masa tu memang aku melaram la segala manik dan sequin dan lace. HAHA !!

 

 

Apa-apa pun, dalam berbelanja, syukurilah rezeki Allah beri dan jangan lupa kepada yang memerlukan. InshaAllah biar Allah je tahu niat kita, keikhlasan kita.. tak perlu ditonjol menjadi ukuran mata-mata yang memandang.

 

 

 

 

SELAMAT SHOPPING ! SELAMAT HARI RAYA !


Read More»

Jumaat, 26 Julai 2013

JAHIT – Webfilm oleh PETRONAS sempena Aidilfitri 2013


Assalamualaikum..

Tergerak nak kongsikan satu video yang aku baru tengok kat Youtube tadi. Tak lain tak bukan iklan raya dari syarikat gergasi PETRONAS. Macam kita tahu PETRONAS setiap tahu akan come out dengan iklan yang menyentuh hati, makna mendalam dan terkesan dalam hati kita. Jom tengok webfilm yang dihasilkan tahun ni..


Bagi aku, memang kebiasaan iklan PETRONAS tiap-tiap tahun memang akan membawa mesej yang tersendiri dan menyentuh hati. Iklan mengisahkan seorang ibu tunggal yang bekerja keras di bulan puasa untuk mengumpul duit buat perbelanjaan anaknya ke kolej kelak.

Sedih tengok seorang ibu tua gigih berusaha bekerja tanpa mengira penat lelah demi anak nya seorang. Mesej yang ditekankan pulak KUDRAT MEMBAWA BERKAT. Betul tu. Selagi kita ikhlas berusaha, inshaAllah satu hari nanti Allah balas usaha-usaha kita. Iklan jugak menunjukkan kasih sayang seorang ibu yang tak berbelah bagi kepada anaknya.

Antara mesej yang tersirat yang lain adalah (pada aku) golongan muda atau anak-anak zaman sekarang perlu sedar ibu bapa yang sanggup bekerja keras untuk kita. Rezeki tu memang Allah dah tetapkan untuk kita, so tugas kita lah nak berusaha mencari rezeki halal kan? So.. kita ni patut sedar, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada dan hargai ibu bapa yang banyak bekerja keras untuk kita.


So tu je lah.

YOSH !!!

Read More»

Khamis, 25 Julai 2013

Kad raya dari NISA KAY

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh setelah lebih kurang nak 2 minggu kita berpuasa, makin terasa kemeriahan nak raya tu uolls kann! Mesti korang dah beli atau tempah baju raya.. Tak pun order je yang ready made kan? Online pun dah banyak jual baju raya.. Sebelum tu, nak promote lah, siapa takde lagi baju raya boleh usha De Lensa Boutique ye ! Sebab salah satu baju raya aku pun dari butik ni wink wink !

 

photo 2

 

Ok berbalik kepada tajuk di atas, aku sekali ingin nak bagi kad raya kepada readers yang bertuah.. Selama bertahun blog cabuk ni menempatkan diri di arena blog yang luas ni, ada juga yang tak putus-putus bagi sokongan , yang silent readers.. semualah..

 

Tahun lepas aku ada bagi juga kad raya.. Banyak yang bagi by hand la berbanding pos.. Bila ingat-ingat balik totalnya lebih 30 keping kad raya. Tak larat nak bagi banyak-banyak wuwuwuuwu.. So tahun ni pun sebab kesibukan melandaaa.. Aku pun dengan ini nak menyatakan tahun ni aku peruntukkan 20 keping kad raya sajo..

 

 

MACAM MANA NAK DAPAT KAD RAYA DARI AKU ???

LANGKAH 1 – Like fanpage SAYA SUKA MENAIP di sini
https://www.facebook.com/nisamenaip?ref=hl

 

LANGKAH 2 – Inbox fanpage butiran anda :
Nama Penuh
URL Blog
Alamat Lengkap

 

 

 

 

So terima kasih in advance ya ! I’ll be waiting for your messages !

 

YOSHH !


Read More»

Isnin, 30 Julai 2012

Kad raya ohh kad raya

 

Assalamualaikum..

 

Hari tu aku ade buat ala-ala kad raya giveaway. Hehehe.. not really a giveaway. Lebih kurang contest kot sebab aku siap suruh orang bagitau kenapa suka baca blog aku, dan berapa lama dah baca blog aku.

 

Tujuan aku buat macam tu bukan nak tengok kata-kata pujian yang melambung-lambung. Seriously itu bukan yang aku mahu, itu bukan yang aku cari. Aku pun manusia biasa. Takut aku kena puji-puji ni… compliment might lead to expectation. And expectation might lead to frustration. Wahh gituuu!

 

kad raya

Gambar dari instagram aku : nisa_kay

 

 

Baiklah ini adalah sebahagian kad raya yang aku beli semalam, sebelum aku balik kampung. Aku memang suka beli kad raya gambar kartun. Harap yang menerima tu nanti, terimala dengan hati yang terbuka.. kekekee… Baiklah.. berikut adalah nama-nama readers yang aku pilih untuk terima kad raya dari aku muehehee… :

 

  1. Namazi b. Ab. Rashid
  2. Nur Khairunnisa Binti Mohamad Fuzi
  3. Nurul Syafiqa Jamaludin
  4. Meor Zaidee bin Meor Ahmad
  5. Nur Syazana bt Abdol Rahman
  6. Siti Khatijah Abu Bakar
  7. Adibah bt Dollah
  8. Fatimahtol Mukmimah bt Awang
  9. Saidatul Azreen Bt Abdul Khalib
  10. Nur Amalina Nadri
  11. Nur Amalina Munirah binti Zahari
  12. Miss Fyqa

 

 

Hari tu aku janji nak pilih 10 orang pembaca kan.. Tapi disebabkan ade rezeki lebih sikit dan melihatkan kegigihan semua yang join, aku tambah dua orang lagi. Mereka yang di atas ni antara pembaca setia blog aku dari dulu hingga kini..

 

Bukan aku nak kata orang lain bukan pembaca setia.. Tapi ingat ye, penilaian aku adalah berdasarkan apa yang korang mesej kat aku.. Semua mesej korang aku baca satu-satu dan nila satu persatu. Takde pakai mesin atau pembantu okayh.

 

Kepada yang lain, hope teruskan menyokong aku dan blog aku. InsyaAllah lain masa nanti aku buat lagi GA ke, hehehe… pada yang belum dapat hadiah GA aku yang terdahulu, mohon hubungi aku di emel sukamenaip@yahoo.com ya… Thank you.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 25 Julai 2012

Aku nak bagi kad raya ni…

 

Assalamualaikum…

 

Dah beberapa hari pun kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan kan.. Alhamdulillah.. smeoga hari-hari yang seterusnya kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik… Dan menyebut pasal puasa, pasti tak sabar menunggu raya kan? Setelah 30 hari umat Islam berpuasa, kita akan menyambut Syawal pula..

 

One thing about Syawal yang aku suka ialah bertukar-tukar kad raya. Yes memang sejak dari sekolah lagi aku memang suka bertukar-tukar kad raya dengan sahabat handai, jauh atau dekat.. Jadi.. tahun ni, aku nak bertukar-tukar kad raya dengan pembaca blog aku. Mungkin aku tak kenal korang individually, tapi aku tetap nak bagi kad raya.

 

kad-raya (1)

 

Kalau korang nak kad raya, ikut langkah-langkah mudah ni :

1. Like fan page Saya Suka Menaip –> https://www.facebook.com/nisamenaip

2. Hantarkan butiran diri anda iaitu NAMA dan ALAMAT ke inbox fanpage tu.

3. Tulis secara ringkas dan padat kenapa korang suka baca blog aku dan berapa lama dah korang follow blog aku. (Jangan panjang-panjang. Nanti aku takut aku tak baca)

 

TARIKH TUTUP ?? Hmm.. selepas aku mendapat 10 pembaca bertuah yang aku rasa layak untuk menerima kad raya. Cewahhh!!

 

PERHATIAN !! Aku hanya akan pilih 10 pembaca bertuah ye. So kalau anda dah hantar mesej tak bermakna anda kompem dapat. Maaf ler bajet ciput je tahun ni, so hanya dapat bagi kad raya kepada 10 yang bertuah :’)

 

 

 

Kenapa aku beria duruh korang tulis kenapa korang suka baca blog aku? Kenapa aku nak tahu dah berapa lama korang dah follow blog aku? Sebab aku nak bagi kad raya kepada 10 pembaca yang layak menerimanya. Yang lain tu bukan bermakna tak layak.. Tapi inshaAllah lain kali panjang umur aku bagi kad raya ye.

 

 

I’ll be waiting your messages! Bye bye.

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay