Selasa, 10 September 2013

TIPS KECANTIKAN - Tips mudah untuk kulit berminyak


Assalamualaikum..






Haaa dua minggu lepas aku ada kongsikan tips mudah untuk kulit kering, so ada pulak yang request tips-tips untuk oily skin pulak.. Aku dengan rajinnya malam ni nak search sikit-sikit la tips untuk kulit berminyak.. Aku cari tips yang mudah-mudah je ye.. Kire untuk pengetahuan asas bagi mereka yang kulit berminyak. Ok?






1. CUCI WAJAH ! CUCI WAJAH !

Aku ada terbaca yang mereka yang ade oily skin ni kena selal cuci wajah mereka and have to keep it clean at all time kan. Penting cuci muka dua tiga kali sehari untuk membersihkan kotoran yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Haa bila tersumbat tu banyak pulak lah masalah kulit kan kan? 


Pencuci muka pulak kena pilih yang sesuai dengan kulit berminyak. Beli pencuci muka yang berasaskan gel atau foaming cleanser, dan yang paling penting, OIL-FREE ! Tak pun korang cari medicated soap yang banyak dijual kat Guardian or Watsons.  And one more, jangan pulak gosok kasar kulit dan cari produk dengan bahan-bahan seperti : tea tree, salicylic acid, madu dan kunyit.





2. SCRUB WAJAH

Actually aku baru tahu lah bahawasanya penting jugak nak exfoliate skin bagi mereka dengan oily skin ni. Rutin scrub ni hanya perlu dilakukan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebum berlebihan boleh membawa kepada sel-sel kulit mati pada permukaan kulit, then akan menyebabkan jerawat, white heads, bintik hitam dan kulit kusam. 


So untuk bersihkan kotoran dan sel kulit mati ni, jangan lupa skrub wajah korang okay. So bila kulit bersih, jerawat pun kurang lah bermaharajalela atas muka. And yeah be gentle ya bila scrub wajah. 






3. MASK MUKA

Lepas exfoliate wajah, ikuti pulak dengan langkah memakai mask muka. Lakukan secara mingguan. Rutin ni penting jugak. Gunakan mask yang mengandungi Kaolin and Bentonite clay, Sandalwood, Fuller’s Earth (Multani mitti) sebab bahan-bahan ni antara bahan yang bagus dalam penyerapan minyak secara lembut.


Aku ada satu tips buat mask wajah dengan bahan semulajadi. Jumpe kat internet je hehe : 

  1. Kupas buah epal segar dan potong, kisar bersama 2 sudu madu
  2. Kisar dan gaul sebati hingga jadi smooth paste, kemudian sapu rata ke muka
  3. Biarkan 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air suam

Fungsi : Mengawal kilatan, mengecilkan pori dan melembapkan wajah dengan natural. Selamat mencuba !






4. GUNAKAN TONER WAJAH BEBAS ALKOHOL !

Bagi mereka yang kulit berminyak ni, time nak pilih produk memang kena sangat berhati-hati. Pastikan anda cari produk yang bebas minyak dan juga... bebas alkohol ! Menggunakan toner wajah setiap hari sebenarnya membantu membuang kotoran dan lebihan minyak dari wajah. Skin care dengan rosewater sangat bagus tau. 




5. JANGAN SKIP PENGGUNAAN MOSTURIZER !

Aku ingatkan orang yang oily skin ni tak payah guna mosturizer dah, mesti korang pun ingat macam tu kan. Tapi sebenarnya, melalui pembacaan aku, orang dengan oily skin ni jugak tak boleh skip menggunakan mosturizer dalam rutin mereka ! Tapi sebenarnya oily skin ni perlukan mosturizing dan hydrating. TAPI.. !!! Carilah mosturizer yang OIL-FREE, ALCOHOL-FREE dan WATER-BASED.





6. TITIK BERAT PENGGUNAAN SUNSCREEN

Mungkin ramai yang fikir kalau pakai sunscreen, kulit akan bertambah berminyak kan. So sebab tu ramai yang tak guna sunscreen. Tapi bila kulit terdedah kepada cahaya matahari, ia akan mengakibatkan pigmentasi dan tompok gelap pada wajah. Oh no !!! So, pilihan terbaik untuk oily skin ialah sunscreen yang berasaskan gel, atau sunscreen yang memang khas untuk oily skin.


Jauhi makanan ringan, atau makanan yang bergula, minum banyak air untuk sentiasa terhidrat dan singkirkan toksin dari badan, dan makan jugak at least sebiji buah sehari. Jangan lupa makan jugak sayuran hijau. Semua ni akan bantu regulate jumlah minyak yang dihasilkan kulit.






MEKAP ???

Mereka yang oily skin ni pun mesti nak berhias cantik dengan mekap jugak kan? Yes boleh but please piluh sebaik-baiknya jenis mekap yang anda nak beli dan pakai. Go for OIL-FREE makeup ! Yes, dah banyak jenis mekap yang terdapat di pasaran dan boleh disesuaikan dengan jenis-jenis kulit. So kena cari dengan teliti mana yang sesuai ya. 


Dan please please jangan lupa bersihkan mekap sebelum tidur ! Mekap yang tertinggal pada wajah semasa kita tidur akan hanya menyebabkan pori tersumbat, kulit tak dapat bernafas, lepas tu mulalah naik jerawat, naik blackheads dan whiteheads.. So jagalah wajah dengan teliti ya!








So.. itu je lah perkongsian aku hari ni.. Hope dapat jawab soalan korang mengenai penjagaan wajah untuk oily skin ni ya. Mudah-mudahan perkongsian aku ni memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca di luar sana, inshaAllah... Aku suka sharing macam ni.. Kalau korang nak tau apa-apa lagi pasal penjagaan muka, pasal tips mekap, tanya lah ye.. InshaAllah aku akan cuba kongsikan mana yang aku tahu, or cuba search and share dengan readers semua ! 




XOXO

31 ulasan:

  1. Hello kakNisa.
    Saye silent reader sebelum ny.
    Nak tanye tips untuk blemished skin and skincare yg bagus.

    BalasPadam
  2. thanks...muka sy jenis kjp berminyak, kejap kering, kjap ok je...confused...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah.Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    BalasPadam
  3. wahhhh...tips2 yg baik...kulit sy mmg bermasalah sikit..berminyak..kalu x jaga btol2 mula la jerawat timbul... thx nisa coz share tips2 for oily skin..:)

    BalasPadam
  4. terima kasih kak nisa. tips yg berguna. :)

    BalasPadam
  5. thnks kak nisa atas perkongsian..tips kak nisa sgt membantu and shaz mengalami kulit berminyak and alhamdulillah sekarang dah kurang setelah mengunakan cosmoderm (tea tree punya ).

    BalasPadam
  6. salam sis.. what a good info.. thanks for sharing.. :) ;)

    BalasPadam
  7. tips - tips ni sesuai untuk kulit macam saye. Thanks share !

    BalasPadam
  8. teman sendiri taktau kulit ni jenis kering or berminyak.. kadang kering mengelupas.. kadang berminyak macam kilang pemprosesan minyak kelapa sawit.. hu3.. konpius sudaaa..

    jom baca entri yg dibuat utk NIsa.. heee.. janagn Marahh.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/09/nisa-kay-oh-nisa-kay.html

    BalasPadam
  9. Saya suka NISA KAY! Hehehe... Jangan delete pulak komen nie -_=

    BalasPadam
  10. Thanks 4 tje tips dear..
    Btw, bole juga amalkan supplements semula jadi utk kesihatan kulit.. :)

    http://sayasukavitamin.blogspot.com

    BalasPadam
  11. untuk blogger babyface boleh cuba cara ni tak?


    menanti Nisa approve saya di FB sebagai kawan

    BalasPadam
  12. sye ada masalah kulit x de minyak tolong cari penawar

    cerita apakah

    BalasPadam
  13. hye, assalamualaikum. sy suke tgk tips2 kt cnie. sy da follow awk, klu sdi awk follow back. tq :)

    BalasPadam
  14. Salam Nisa,

    Bagus info ni utk yg masih tercari2 jalan penyelesaian. Sharing is caring, kan!

    BalasPadam
  15. Nisa...
    boleh suggestkan bedak yang berkesan nak absorb minyak x? sbb kulit saya berminyak, so susah nak pilih bedak yang sesuai..=(

    BalasPadam
  16. thank you for the info....appreciated

    BalasPadam
  17. Salam..very informative..tang masker dengan epal tu bagus hehe sambil makan sambil bermask..2 in 1. Bnyk bahan makanan yg sebenarnya boleh gune buat mask kan?

    Thumbs up! Loves beauty n health tips!

    Www.adaa-inspiration.com

    BalasPadam
  18. Nice tips.kulit mka sy bmnyk dan kering.kering ketara bla d bwh aircond.dssbkn itu sy jd x bsemngat dan jd mls utk jg ::((

    BalasPadam
  19. SY XTAU SUNSCREEN APA YG SESUAI UTK SY.. SBB ASAL PAKAI JE LG BERTAMBAH GELAP JE... HUHUHUHUHUHUHUHU

    BalasPadam
  20. Hai,saya pn mengalami masalah kulit berminyak..boleh x korang share apa product skin care y korang pakai n makeup y sesuai.. Thanks ^_^

    BalasPadam
  21. It's all about oil-free right? Kalau untuk moisturizer, saya pilih yang jenis water-based.

    BalasPadam
  22. Hai,
    Boleh x korang share product ape y korang guna skarang y boleh kurangkan masalah kulit berminyak. Saya guna Alaisyah,so far utk masalah jerawat da ok cuma tang kulit cepat berminyak tu still ad lagi.
    Trima kasih ye utk siapa yang share product y guna tu. ^_^

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay