Assalamualaikum…
Ke hadapan blog kudus, dan pembaca blog aku. Thanks for being here reading my blog selama ni. (Ni apehal ayat rojak nih?!!) Berhenti blogging? Ye aku pernah terfikir. Sebab aku dah tak happy blogging macam dulu. Ye pembacaku, TAK HAPPY.
Blog ni dah lama sangat terbiar. Advert pun aku abaikan. Call dari agensi aku elak. Sebab aku dah nekad aku takkan buat. Taknak buat. Aku dah semakin hilang passion blogging aku. Tapi nekad kah aku berhenti blogging? Berhenti terus dan tak libatkan diri dari dunia blogging dah?
Hmm.. jawapannya hampir kepada TAK MUNGKIN tapi Allah je tahu apa ada dalam hati ni. Ada beberapa perkara aku hadapi dan berlaku sepanjang tempoh aku berdiam diri atau menjauhkan diri dari update blog. Ada perkara yang terjadi, membuatkan aku membatalkan sesuatu yang patut aku jalankan. Tanpa boleh aku explain kenapa. Orang duk caci maki aku, kata aku penipu bagai, AKU TELAN JA ! Nak buat apa, orang tak rasa apa kita rasa. Takpelah…
Mungkin ramai yang ingat aku nak stop blogging sebab aku busy meniaga.. But hey dari dulu aku memang buat meniaga online kot. Syukur Allah bagi aku rezeki dan perniagaan online aku makin berkembang dan permintaan bertambah. Syukur. Tapi even before meniaga aku berkembang pon aku dah mula hilang arah dalam dunia blogging ni..
Well, blog aku ni acah-acah lifestyle blog, tapi passion sebenar aku more to female content and entertainment. Sebab tu aku ni dulu rajin pergi event. Kalau dapat event berkaitan dengan produk kecantikan / kesihatan lagi best, lagi syiok nak update blog and share dengan korang. Bukanlah aku memilih.. tapi mungkin takdak rezeki ke apa, aku dah tak dapat event macam tu dah..
And bila takde event, takdelah entry blog ye dak? Takde entry, maka takde trafik, takde trafik maka takdelah advert. Client mana nak blog yang trafik jatuh ye dak? Plus aku ni masa tu takde lesen dan kenderaan so sangat susah nak ke sana sini, lagi lagi kalau event waktu malam. Terpaksa la tebal muka tumpang orang en?
So bila aktiviti berkaitan blog pon dah berkurang dengan drastik, maka aku pun decide untuk spend masa aku untuk fokus bebetul bisnes FSYN aku, at least mendatangkan hasil ye kan ? Pendek kata, ade lah bendanya yang buat aku HILANG KEPERCAYAAN dan HARAPAN yang aku gantung tinggi. Alih-alih kena la telan cakap cakap orang sebelum ni.
Bak kata seorang sahabat yang saya dah anggap macam kakak saya sendiri (since saya takde kakak dan susah nak jumpa sahabat yang faham hidup orang susah macam saya *eh hoi sebak lak aku menaip nih* ) , kakak ni pernah kata dia takkan stay dalam situasi atau keadaan yang boleh buat dia ke belakang, yelah hidup mesti maju ke depan kan..
Bukan nak kata blog ni buat langkah aku makin ke belakang ke apa, tapi since no progress aku decide nak move on. Bukan aku tak berusaha woi. Aku berusaha jugak. Tapi usaha aku pon kena ikut perjanjian yang telah terpatri. Ahh kalau korang tak faham takpelah. Dah baca sampai ke ayat ni pon aku dah cukup bersyukur.
So kesimpulannya aku nak STOP BLOGGING kah? Aku sendiri tak pasti. Tetibe kalau aku aktif balik ke, ade rezeki ke, jangan pulak korang caci aku ni lalang ke apa eh ? HAHAHHAA. Apa-apa pun aku rasa nak lebih komited terhadap kerja yang lebih MENJAMIN MASA DEPAN gituh. Blog ni aku sayang gila. Kalau takde blog ni, takde readers yang setia macam korang, siapalah NISA KAY ye dak?
Sayang semua pembaca baik, muahhx !
im a reader and i read your blog, love reading it and i may new to you blog but hey, new does not mean lack at anything, seriously, jangan berhenti menulis, saya pun lagi lah, dah beberapa tahun blogging, walaupun traffik tak banyak but still, pernah gak terfikir, kenapa blogging ni? Well, memula nak glamour tapi bila dah lama, well, lupakan je lah, menulis la selagi ada minat. hihu.. :) takde minat, berhenti kejap then nenati tulis balik. hahaha
BalasPadamSaya doakan awak berjaya tak kira apa pun yg anda buat. Berhenti blogging tu sebenarnya dilemma yg biasa dialami oleh blogger yg dah lama-lama ni. Saya pun begitu. MAybe masa dah tiba untuk move on.
BalasPadamCuma, maybe we shouldn't call it Berhenti... Maybe Bercuti kot kan?
saya pun sebenarna sedang mengharungi suatu kejadian yg menyebabkan saya tak mampu berblogging lansung. :-(
semoga tabah.
saya still leh tgk Ig anda. hehe..
Alaaa Nisa..Carry on je la.. banyak benda lagi boleh cerita kat blog kan?
BalasPadamjgn la berhenti. suka baca belog nisa.
BalasPadamwhatever you do Nisa, all the best =) peduli orang nak kata apa ...
BalasPadamBuat benda yg kita enjoy..jgn paksa diri..
BalasPadamRezeki datang bersaa usaha jadi bila usaha lebih pada bisnes jadi lebih juga di situ.
BalasPadamHeeyyyy...Nisakay nak berhenti berblog? Mimpikah aku... Buat pilihan terbaik sis. Ikut mulut orang kita binasa.
rilek nisa, stiap org dpt ujian berbeza. Ap2 pun, slagi ap yg kita buat xsalah di sisi agama just buat je. ^_^
BalasPadamJom ke blog cik anis pulak nisa
Keep your spirit in blogging ok...
BalasPadamkeep on blogging Nisa.I know u can do it ! Trust yourself!Not others! :)
BalasPadamAllah always with You! :)
huhu nisa..tak payah la berhenti blogging. just take a break kejap je pun. tak pun on hiatus ke.
BalasPadamnanti bile passion tu datang balik, just continue je macam biasa.
okeyyy...heeee ;)
huhu nisa..tak payah la berhenti blogging. just take a break kejap je pun. tak pun on hiatus ke.
BalasPadamnanti bile passion tu datang balik, just continue je macam biasa.
okeyyy...heeee ;)
jangan macm tu nisa..nisa bangkit pun dari dunia blogging kan..believe your heart yang nisa mampu lakukan lagi.
BalasPadamHai Nisa.
BalasPadamMaaf nak tanya, contest yang last year tu dah umumkan pemenang ke? rasanya macam tak lagi kan? ke saya terlepas pandang? kalau tak lagi, dah terlalu lama sangat dah tu.
Actually, saya follow blog Nisa ni dah lama. Bertahun dah. Harap nisa pertimbangkan semua la kalau ada niat nak berhenti berblogging :)
IMHO
lama jugak saya dah bace blog nisa kay .
BalasPadamit's okay quit blog . don't push yourself that much .
if ade feel balik nak tulis blog .
tulis jee sure ade org bace :)
Kenapa berhenti, padahal saya begitu mengagumi blog anda
BalasPadamHidup perlukan cabaran dn perubhan diri utk terus mju kehadapan.. Keep it up! U can do it..
BalasPadamhaha just gimik jer ni....
BalasPadammacam ada control versi aje ni haha
BalasPadam