Assalamualaikum..
Hahaa tak memasal kan aku melaksanakan misi ni tetengahari buta ni kan ? Al-kisahnya aku akan menjalani photoshoot untuk sebuah majalah weekend ni, dan aku HARUS berpakaian mengikut tema vintaj. Tambah lagi aku HARUS memakai busana berwarna biru dan putih. Haa gitoohh. InshaAllah akan turut bertemu beberapa rakan blogger lain semasa photoshoot ini..
Makanya, aku yang tidak biasa berpakaian fesyen pelik-pelik ni, terus panik bila diberitahu mengenai tema photoshoot ini. Hadoi mana nak cari pakaian vintaj ni haa ! Yang aku tahu, kalau nak cari vintaj-vintaj ni, pergi cari kat bundle sana. Tapi kalau masuk bundle kompem la jumpa seluar jeans or tshirt lelaki je banyak. Iskk..
Okay ini gambar pertama di Google yang menarik minat aku. Tapi warna tema dalam pic ni, coklat-coklat sikit kan… Haaa aku cuma perlu dapatkan inspirasi dan tukarkan kepada pakaian yang berwarna biru putih la kan? Aku tertarik dengan kasut coklat tu haa.. sebab aku ada kasut tumit warna coklat macam tu.
Aku ingat nak cari tapered pants macam dalam gambar belah kiri tu. Tapi warna biru lah. So aku nak pakai blouse putih, then tudung biru. Haaa simple mimple pimple dimple ! HAHAHA ! Tapi macam plain sangat pulek. Wuhuhu. Kalau oversized outerwear kire vintaj ke idok ye ?
Okay I’ve been following this vintage online shop sebab dulu pernah jugak cari dress vintage. HAHA. Well.. pallazo telah mencetuskan idea untuk aku ! Haha pallazo macam sopan sikit kan.. Since vintage dress kebanyakannya bersaiz besar untuk orang perasan petite macam aku, lengannya sampai paras siku je, lepas tu skirt pon banyak midi skirt..
Well.. biasanya kalau nak cari baju / dress vintage ni kena pergi dekat tempat jual-jual macam ni kan? Duluuu kat Tesco Shah Alam ade jualan baju macam ni. Sekarang dah takde, since kat bahagian bawah Tesco tu dah ade booth jualan tetap yang jual baju kurung and tudung je.. Kalau ade sesiapa tahu kat mana ade jual baju macam ni, do share ye ? I need it urgently ! THANKS IN ADVANCE !
Sooo.. masih lagi pening-pening lalat mengenai tema pakaian vintage ni. I would like to keep it simple. Plain and not too much prints on the clothes. Since aku memang lebih sukakan baju plain. Hew hew hew. So do share kalau tau mana-mana kedai baju vintage area KUALA LUMPUR dan SELANGOR ye. Kalau ada kat tempat lain tu.. ermm takpelahh ! HAHA..
Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!
Bagi ena semua cantik.. tak reti sgt fashion2 ni, mana2 sedap mata memandang itu yg cantik bg ena
BalasPadamcuba cari kat ig theplainKL. Sebab mereka jual pakaian termasuk barang2 vintage.
BalasPadamBeli kat mana-mana pun takpe Nisa.. Vintaj ni more kpd English classic style. Cuba nisa pakai kemeja dengan tie, bow dan hat. Kasut, blocking color.
BalasPadamaduss,, susah gak kalau nak bervintage sebab saya suka vibrant colours, hee
BalasPadamtu dia bloggerati, nak photoshoot bagai haaa..
BalasPadamHebak ah
Selamat bervintage la ye
kat tesco kepong ada booth yg mcm dlm pic tu :)
BalasPadamtak terfikir selama ni nak try fesyen vintage. menarik gak ni utk dicuba kan..
BalasPadam