Assalamualaikum
Alhamdulillah aku dapat feedback baik-baik dari pembaca yang baik-baik mengenai entry-entry percutian aku ke Korea. Kembali ingin diingatkan bahawa, aku bercuti selama seminggu ke Korea bukannya under mana-mana travel agency… tapi cuma mengikuti group trip yang dipandu arah oleh rakan blogger aku, iaitu UZAIR OTHMAN.
Okayyy berbalik kepada trip aku ke Korea Selatan, pada hari kelima kami bakal menghabiskan masa satu hari di satu taman tema yang popular di Korea haaa.. Ala-ala Genting Highland jugak tempatnya, cuma bukanlah terletak betul-betul atas gunung macam Genting tu.. Ketinggian dia ala-ala separuh gunung la gitu. Boleh???
Perjalanan dimulakan dengan sarapan susu pisang ! Aku dah rasa semua perisa. Serius yang light jugak yang sedap haha, mungkin aku suka rasa dia yang ala-ala kurang manis tu? Tapi bagusnya susu pisang ni, buat kita cepat lawas. Ehhh !!
Taraaa… yeayyy sampai sudah di Everland Theme Park, menaiki bas terus ke stesen shuttle bus, lepas tu naik shuttle ke taman tema ni. Entrance dia lawa woii. Suka aku. Ala ala nak masuk istana fantasi je kann.
Memandangkan aku datang masa bulan April, lebih kurang pertengahan musim bunga gitu.. maka ada selautan bunga di taman tema ni ! Hahaaa macam melampau-lampau je guna perkataan selautan gitu. Tapi tu lah, banyaknya bunga di merata-rata taman tema amatlah menyejukkan mata yang memandang.
Lawa pulak staff Everland Theme Park ni.. Unni jom selfie jap ! HAHA ! Nasibbb dia sporting. Daebakkk !!!
Okay sejujur-jujurnya aku kalau pergi taman tema macam ni, aku lebih suka buang masa dengan bersiar-siar, naik rides yang tak extreme langsung dan bergmmbar.. bergambar.. sampailah penuh memory card aku. Boleh gitu ? Sebab aku ni penakutlah nak naik rides sume tu. HAHA. Tambah tambah dah nampak bunga dan tempat cantik merata-rata memang aku bergambar je la keje nye kan.
ALLAH ! Cantikk sangat pemandangan kat sini. Ala-ala English town yang zaman koboi tau. Unik sangat bangunannya. No wonder la ramai jugak datang sini walaupun weekdays ! Warga Korea sendiri ramai yang datang taman tema ni. Syukur masa kami datang tu, kebetulan hari terakhir tulip festival (kot nama dia??) so memang banyak pokok bunga tulip pelbagai warna.
Menyampah pulak tengok gambar sendiri yang mengada-ngada nak naik rides budak-budak. Mula-mula naik tren kecik tu, ambil angin sambil menikmati pemandangan taman penuh bunga. Lepas tu terkinja-kinja nak naik kuda kat merry-go-round HAHA !
Nahhh.. tepek gambar je lah mampu. Dah tak tahu nak tulis apa. Yang penting datang sini mohon bawak kawan-kawan yang pandai ambil gambar sebab kat sini banyak spot nak amik gambar cun-cun. HAHA !!!
Alkisahnya hari kelima di Korea memang dipenuhi dengan jadual sehari suntuk di Taman Tema Everland. As for me, aku tak berminat langsung nak naik rides yang extreme semua tu. Sebab aku ni penakut ya rabbi, so memang aku buang jauh-jauh idea nak naik rides tu. Nasib laa dapat geng yang kurang minat nak naik rides HAHA. Maka kami habiskan masa kami dengan jalan-jalan di sekitar Everland dan bergambar sepuasnya.. sebab banyak sangat port lawa kat sini!!!
Jom ! Ikut saya ke Fable Garden ! Acah-acah pengacara siri travelog je ye.
Dalam kisah dongeng kura-kura dan arnab berlumba, rupanya akulah peserta ketiga dalam acara larian tu ! Hmm.. mungkin masa tu aku telah bertukar menjadi seekor cacing, maka watak aku tak kelihatan dalam kisah dongeng tersebut. Sedihnye macam ni!
Dalam hati ada taman bunga Korea.. la la laa~~ Kemain hati berbunga je kat Korea ni. Pergi mana-mana bunga kembang mekar berwarna-warni, mendamaikan hati yang menghayati. Ecececeehhh ! Ayat tak boleh nak jiwang lagi ke?
Tapi serious Allah Maha Besar, dijadikanNYA bunga-bunga yang pelbagai bentuk, rupa dan warna. Semua cantik sangat sangat MashaAllah tak dapat nak gambarkan betapa damainya hati sepanjang berada di Korea niiii !! Kalau Malaysia ni sepanjang masa musim bunga kan lawaa hak hakk!!
Eh eh !! Tengah jalan-jalan terserempak pulak dengan boyfie ittew. Boyfie ittew ade shooting kat sini. Ittew lak tengah bercuti dengan kawan-kawan. Kuat betul jodoh kami, sampai kat Everland ni boleh terjumpa. PUIHHH sila muntah hijau dengan drama menggedik-gedik ittew !!!
Hahaa pendek kata, balik je dari Everland ni, kami semua balik rehat. Phewww penat tapi seronok sangat ! Ohh yee, sebelum balik tu aku sempat la cuba satu ride ni. Hmmm apa tah nama dia. Tapi dia macam bulatan, pastu semua duduk, pastu ride tu dia pusing tinggi-tinggi. Apa lagi, memang aku menjerit macam nak putus anak tekak. HAHA !! Then, ade jugak rides bebudak yang aku naik, main bumper car. HAHAAA… Okay lah tu kira naik jugak rides. AHAHAHAA !!!
Pendek kata, Everland ni memang cantik and best best jugak rides dia. Ohh ye, kat dalam Everland ni ada tempat main air. I mean naik pelampung besar gila yang muat 8 orang tu, then dia tolak do that pelampung tu dibawa arus. And ade jugak Safari World. Boleh laa tengok Kwangsoo zirafah secara dekat.
BERMINAT DENGAN PAKEJ KOREA MACAM NISA PERGI NI ???
CONTACT : UZAIR OTHMAN
Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!
serius cantik tempat ni . hari tu tgk kat insta je /
BalasPadamBila la dapat jejakkan kami :)
BalasPadamCantiknya musim bunga di korea :)
BalasPadamKalau ittewww, mesti dah naik semua rides yg ade.. Heks! Tapi selfie itu sudah semestinya.. Lawa betul bunga2 pelbagai warna kat sana.. I is jeles.. Guuu~~
BalasPadamRosmiza Ali Official Blog™
Nisa.. tingginya boot anda
BalasPadambestnya!
BalasPadamSaya nak save page ni sebab nak jadikan guide ke korea nanti, terima kasih banyak ye!
BalasPadam