Assalamualaikum…
Haaa.. seronok tau bercerita pasal kedai baru bukak ni. Nak nak lagi kedai yang baru dibukak ni terletak dekat mall baru yang lawa.. Jual pulak barang yang perempuan suka, lagi lah seronok ye dakkk !! Haa ni nak kabor ni, baru baru ni aku ada pergi ke majlis pembukaan outlet terbaru oleh XES Premium haa !!
Jeng jengggg… wahh kemain meriah haaa, berpinar mata sebab dari jauh dah target kasut mana yang berkenan di mata lantas jatuh ke hati.. gituu. HAHA… Masa sampai kat kedai ni, ramai lagi kawan kawan yang belum datang.. So tunggu la kejap ye, sesambil tunggu tu, mata aku ni dah berpinar duk jeling kiri kanan usha dalam kedai HAHA !!
Alang alang dah sampai kat kedai baru kan, meh la cik NK menurunkan mohor besar sikit. Gituhhh..
Makanan yang alahai comel comel semuanya.. Sayang nak telan ! Haha..
Yeahh.. masa untuk merasmikan outlet terbaru XES Premium yang terletak di Quill City Mall yang lokasi nya betul-betul opposite Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur.
Ehemm.. model model sador dan cantik menayang-nayang kasut baru dari XES kat depan kami. Hahaa. Masa ni aku dah terteleng-teleng kepala meninjau kasut mana yang bakal menghiasi kakiku ini kui kui kui..
Taraaa.. seronok kan mata menjamu selera.. Haha cuci mata sungguh-sungguh tau kat butik XES Premium ni. Memang one stop centre untuk beli kasut satu keluarga, bawak lah sedara mara dan sepupu sepapat haaa… dari kasut kanak-kanak.. ke kasut untuk remaja dan dewasa, lelaki dan wanita.. semua adooo !! Untuk wanita pulak, terlebih excited la yek, sebab ada jugak koleksi beg yang bakal membuatkan anda bergaya zass lantas dicemburui jiran tetangga.
Haaa tetibe ramai menyerbu masuk tak ketentuan hala ni, nak buat apa ni ?
Yeahhh pilih kasuttt !!! Pilih kasutt !!!!! Hahaaa apesal muka tu macam nak pukul orang guna kasut je? Mih mih mih..
Yang wanita nye macam itu.. Yang lelaki nye macam ini.. Bermacam ragam kita tengok bila masing masing duk berfikir nak pilih kasut mana satu. Haa kasut ke beg ? Kasut ke beg ? Kasut ke beg ? Haaa sila ulang lapan belas kali untuk jawapan pasti. Kui kui kui…
Meh nak kenalkan suami-suami mithali.. Haaa kot la beg untuk bini dorang di rumah ye dak ? Belah kiri abam jambu a.k.a. Izzue Islam jadian iaitu Melastik Bintang.. dan belah kanan pulak abam acah acah sador iaitu Shakiddo hahah ! Jangan marah yee..
Antara kasut yang aku pilih. Hahahaa… Mana satu pilihan kalbu oiii.. Berpinar mata haaa.. mana nak pilih nii. Sebab masa event sebelum ni aku dah pilih kasut wedges, sesuai la kalau nak bawak jenjalan ka.. pi event ka… pi dating ka…kan kann.. So this time awal-awal aku dah target nak rembat flat shoes sepasang untuk dipakai sehari-hari..
Err… tapi kan.. macam ter-berkenan kat kasut lain pulak. Haa sudah lah ! Dilema wanita sangat ye di situ ! Jadi, apakah keputusan aku ? Haahaa.. aku tetap bawak balik flat shoes sebab memang itu lah tujuan aku. Haa rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menahan godaan heels ni kui kui kui..
Yeahhh !! Berjaya pilih sepasang flat shoes ! Bakal memakai ia setiappp hari, menjadi teman setia ke mana mana. Gitooh !! Hahaa terima kasih sangat sangat sangat kat XES SHOES yang tidak lokek kepada kami bloggers dan media !
Jemput semua yang berhampiran tu mai la shopping kat kedai XES Premium ni.. mudah je nak pegi sini.. Kalau malas nak drive or merempit, boleh naik monorail, dan turun kat stesen Medan Tuanku. Taraaa.. sampai sudah ! Haha mudah je kan. Sebab stesen monorail ni betul-betul depan Quill City Mall ni.. Datang shopping ramai-ramai ye !
XES Premium @ Quill City Mall, Kuala Lumpur
Address : F4-13 & F4-13A, 4th Floor, Quill City Mall,
Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur
FB: XES Shoes
Website : http://www.xesshoes.com.my/
Terima kasih sudi baca ! XOXO !
belum sempat masuk lagi quill ni. semalam baru lalu! kena check out ni
BalasPadambeauty fashion and lifestyle blog here:
Najlaa 'Aqilah
makin maju xes nie....hrga pun berpatutan....
BalasPadamnice collection..tak pernah beli kasut xes lagi..tapi kasut skrg masih elok.. =.=
BalasPadamP/S : Jom sokong segmen pertama kami! >>> Segmen Blogwalking bersama AfifahAddnan dan Amiez
dah lama tak beli kasut. hehe.
BalasPadambtw cantik blog nisa. dah berwajah baru ye. heeee.
Lebih berminat tengok gambar makanan tuh..
BalasPadambestnya dapat pergi event macam ni. boleh cuci mata sekali hihihi
BalasPadam