Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Jumaat, 25 September 2015

Buat facial pakej beratus ringgit tapi bayar RM25 sajor !!

 

Assalamualaikum..

 

Alkisahnya aku terlihat akan status Facebook Neyra Shazeyra ni haaa… kisahnya beliau nak buat facial muka.. Kemudian aku tanya dia, kat mana dia buat.. berapa ringgit dia buat. Tanpa berselindung (cewah!) beliau menjelaskan kepada aku pakej yang diambil hanya berharga RM25 ! Wahh gile tak tertarik ? Kompom la aku tertarik nak tahu di mana tempatnya ! Kemudian si Neyra ni bagi satu link ni kat aku yang membawa aku ke gambar di bawah :

 

victoria facelift 1

Ahaha serius ini bukan iklan.. sebab semalam Neyra Shazeyra ada kongsi la sikit feedback dia pasal facial session dia kat tempat ni.. So aku pun nak share jugak pengalaman aku haaa.. Tengah menaip pepanjang kat status fesbuk, tetiba aku rasa “ehh baik aku update blog kan” hahaha maka yeah aku tengah menaip entry blog la ni.

 

victoria facelift 2

Ahaaa kemain dia ni suke benor ye dengan servis Victoria Facelift Malaysia ni yee.. Haa aku pun nak share lah kisah aku ! Jom teruskan membaca entry daku ! Soo.. promonya begini. Kita daftar kat facebook dia (link pendaftaran DI SINI) dan pihak akan call lah siapa yang register thru link tu. Dia akan call untuk tetapkan appoinment, dan dia akan follow up beberapa kali untuk confirm kan kedatangan. Some people mungkin rasa rimas, but for me yang super acah-acah busy ni, memang kena remind dua tiga kali. Andd pakej RM25 ni includes 1 UK Power-Facelift Treatment Facial, 1 set of product + other freebies.

 

victoria facelift 4

Okay sooo aku pun tertarik la dengan apa yang diwar-warkan oleh Neyra Shazeyra  tadi tuu.. then aku pun daftar kat link yang aku share di atas. Keesokannya pihak Victoria Facelift Malaysia  call aku untuk terus tetapkan dan confirmkan waktu appoinment yang aku pilih. Kalau ikutkan aku nak sama sesi dengan Neyra, tapi hari tu penuh la pulakkk.

 

 

victoria facelift 3

So.. appoinment si Neyra ni jam 3pm.. manakala facial aku pada jam 6pm. Sebenar-benarnya aku LUPA bahawa aku ada appoinment. Nasib jam 4.30 petang camtu dorang call dan nak tanya aku datang ke tak. Kebetulan masa tu memang aku dah berhampiran Mid Valley sebab aku menghala ke ofis aku di KL. So, aku just detour balik and terus ke Mid Valley. Lambat lambat kang jem pulak ye.

 

image1 (2)

Ehee usha sikit la produk yang mereka ada ni… Oh ye..Victoria Facelift Malaysia ni special in treatments for anti-aging, sagging dan wrinkles. Untuk orang muda macam aku uhukkk, dorang ada rawatan seperti UK-Power Facelift dan juga pre-anti aging. TAPI mereka akan memberikan konsultasi dan check keadaan kulit dulu. Okay as for my skin, kulit aku kering sangat.. sampai tahap dehydration. Plus kulit aku akan prone to acne dan parut yang tinggal boleh merebak menjadi pigmentation.

 

Memandangkan aku daftar dengan promosi ni, kalau aku nak upgrade treatment pun aku akan tambah sikit je la berbanding harga asal. Oh ya aku tidak dipaksa ya, aku memang nak upgrade sendiri sebabnya aku sedar keadaan kulit yang memang tengah sangat tak okay sekarang. Kulit aku dehydration, kering dan banyak sel kulit mati (lepas cek internal dan external). Tompok hitam (bekas parut jerawat) pulak kalau tak dirawat akan merebak jadi pigmentasi ! Tidakkk !!

 

 

Victoria Facelift - Testimoni 5

Ini jadinya bila balik rumah ! Hahaha tak sangka si Neyra ni when it comes to facial facial macam ni, she can be so gigirl !!! Haha jangan marahhh… Yes menurut perbualan di atas jelas menunjukkan kami berdua sama sama berpuas hati dengan perkhidmatan oleh Victoria Facelift Malaysia  ni.. Beautifician peramah, mengurut best.. rasa berbaloi dengan harga dibayar sebab teknologi yang digunakan canggih, tak sakit dan macam macam produk ada. Kiranya bukan kerja cincai-cincai punya la. Kami siap janji dah bila nak sama sama pergi lagi facial kat sini hehe..

 

 

Victoria Facelift - Testimoni 1

Okay ini muka aku sehari selepas facial. Tu jerawat dua ketol kat dagu tu, baru semalam dia naik merah gila, macam nak meletop, gatal gatal dan juga tak dapat ditutup dengan mekap ! I’ve tried foundation full coverage, concealer.. semua nya tak boleh cover jerawat yang berketul ketul tu. Alhamdulillah lepas facial jerawat tu mengecut dan kering.

Mekap pulak, biasanya aku buat double layer. Sebab muka aku ni susah lekat mekap, and aku nak cover parut jerawat yang bertompok atas pipi. Biasanya dua kali pump foundation dari botolnya (by the way, aku guna foundation Sephora). Tapi that day, aku pakai satu layer je ! A very light layer. Betullah nasihat pakar.. Kalau nak mekap senang lekat dan nampak lawa kat muka, kulit muka tu kena sihat dulu. Poro pori pun tak obvious dan aku tak perlu pakai krim khas untuk tutup pore tu.

 

Tak sabar nak pergi lagi buat facial… Aku sekarang lebih kepada nak sihatkan kulit muka, so that I don’t need to wear thick makeup every day dahhh hehe. InshaAllah… Kulit muka kita, kita kena lah jaga elok elok kan. Sebab muka ni bahagian pertama orang akan tengok, dan apa apa kat muka kita ni boleh mempengaruhi keyakinan diri.. betul tak ? Kulit muka aku pun bukanlah elok je sentiasa. So once a month kena lah bagi treatment, kasi “belanja” la muka kita nak relax kan.. Hehehe.. Apa apa pun, ini review ikhlas dari pelanggan yang berpuas hati. Gituu.

 

 

Psstt.. di Victoria Facelift Malaysia siapa yang student tu boleh dapat potongan 40 ke 50% ! Wohooo…

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Isnin, 14 September 2015

innisfree Green Tour 2015 – Korea PART 2

 

Assalamualaikum..

 

Ahaaa selesai sudah perjalanan kita di sekitar innisfree HQ. Seronok kan tengok suasana dan budaya kerja orang Korea. Sesungguhnya bagi Nisa banyak yang kita boleh belajar dari orang luar.. cuma kita kena bersedia menerima perubahan ke arah lebih baik dan pemikiran kena lebih terbuka orang kata.. Hehee… Jadi, selepas lawatan pejabat innisfree, ke mana pulak kita ?

 

innisfree Green Tour 2015 (20)

Oppa Gangnam Style ! Ahaha mood oppa gangnam terus menyerbu masuk ke pelusuk diri ini sebaik sahaja kaki melangkah turun dari bas. Ye semuaaa kami di bawa ke Gangnam untuk melawat innisfree Flagship Store. Memang cantik kan.. dari luar pun lawa !

 

innisfree Green Tour 2015 (21)

Hiasan dalaman yang sangat cantik dan segar. Nampak luas dan bahagian atap nampak macam dalam green house je kan ? Ada feeling country pun ye jugak. Hehe honestlyyyy I love this kind of bright-looking store. Make me feel at so much ease and increase my shopping mood. HAHA !

 

innisfree Green Tour 2015 (22)

Pameran hiasan botol yang menarik ! Sekali lagi… ia boleh dijadikan idea untuk hiasan dalaman. Cuma kitar semula botol dan jadikan ia barang hiasan. Dan di innisfree memang mereka mengamalkan konsep kitar semula dan produk mereka dihasilkan menggunakan bahan organik dan melalui penyelidikan yang menyeluruh.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (23)

Oh ya… masa kami ke innisfree Flagship Store ni, antara produk terbaru pada masa itu ialah innisfree Jeju Sparkling Mineral Essence. Hmmm macam menarik je kan produk ni kan.. Sedikit info mengenai essence ni – fungsi nya untuk mencerahkan kulit dan maintain skin elasticity. Ada banyak lagi produk dalam rangkaian Jeju Sparkling Mineral ni.. Mungkin you guys boleh check website innisfree atau Google to know more about this product ya :)

 

 

innisfree Store 2

innisfree Green Tour 2015 (24)

Baiklah jom jalan jalan sekitar innisfree Flagship Store ni ! Jika ada di antara pembaca yang pernah ke outlet innisfree di Malaysia (di Sunway Pyramid), mungkin kalian perasan yang produk-produk innisfree disusun mengikut FUNGSI PRODUK. Contohnya, untuk bahagian Cleansing Ranges, semua produk membersih kulit akan disusun satu tempat, begitu juga untuk fungsi Mosturizing atau Whitening/Brightening, produk dengan fungsi terbabit akan disusun satu tempat. Mudah untuk kita mencari produk yang kita inginkan.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (25)

One of my favorite part in the store ! The “Beauty Tools” section. I’m a fan of make up brushes and all that.. So I’ve been spending quite some time here. I already have concealer, lip and foundation brush. Looking forward to add my innisfree beauty tools collection very soon ! Selain berus mekap, mereka ada juga blotting paper, fake eyelashes dan span.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (26)

Great assistance from this beautiful staff at innisfree Flagship Store, Gangnam. She helped me with the application of blusher and share some info about the product. She suggested the best blusher shade for me. Kamsahamnida !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (27)

Kami para media dan bloggers berpeluang membawa pulang produk innisfree dan of course lah memang berbelah bagi nak pilih barang yang mana.. sebab banyak yang Nisa guna dan produk mereka memang best ! Organik dan rasa selamat je pakai.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (28)

Best nyaa dalam kedai pun ada taman ! Haaa ingat dalam hati je ke ade taman ? HAHA !!! Dalam innisfree Flagship Store di Gangnam pun ada innisfree GARDEN. Memang fresh sangat ! Dan barang yang dijual di bahagian innisfree  GARDEN ni merupakan barangan yang dibuat daripada bahan kitar semula. How cool is it ?

 

innisfree Green Tour 2015 (30)

Jom usha sikit… Barangan yang diperbuat dari bahan kitar semula dan barangan yang menyokong kitar semula. Haa faham tak ? Contohnya kertas, dibuat dari kertas yang dikitar semula. Kalau beg tu, korang boleh guna untuk pergi kelas atau pergi shopping barang so tak perlu guna beg plastik. Haa gitu !

 

innisfree Green Tour 2015 (31)

Kannn banyak kali dah Nisa duk war-warkan mengenai kempen kitar semula yang innisfree jalankan ni. Jika anda pengguna produk innisfree, jangan lupa bawa botol produk yang kosong dan letak dalam bekas yang disediakan tau, outlet innisfree di Malaysia (di Sunway Pyramid) pun ada bekas khas untuk kitar semula botol dan bekas produk yang dah digunakan. Harap kalian semua support this good cause ya ! Kalau tak kitar semula pun, bekas produk boleh guna untuk tanam pokok kecik kecik macam dalam pic ni. Nice kan !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (29)

Selesai sudahhh waktu shopping di innisfree Flagship Store, Gangnam. Akhirnya dapat produk yang diinginkan setelah menimbang tara segala kemungkinan dan keinginan… wakakkaa… Banyak juga produk yang dibawa pulang. Thank you so much innisfree for being sooo generous!!

 

 

innisfree Green Tour 2015 (32)

 

Yeayyyy jom bergambar di depan innisfree Flagship Store ! InshaAllah kalau ada rezeki lagi ke Korea, akan ku jejakkan kaki sekali lagi di  flagship store ni ! Sebabnya ada beberapa produk yang mungkin tiada di Malaysia, hanya di  Korea sahaja kan ? Akan Nisa kongsikan sekiranya Nisa ada produk innisfree yang hanya ada di Korea ya ?

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Jumaat, 26 Jun 2015

[DAY 16] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Aduh aduh sayanggg makin nak dekat dengan tarikh acara Vendeur Festival, makin busy pulak akuuu.. Lets hope semua baju aku siap on time ! Supaya ade lah stok nak dijual semasa acara tu nanti ! Hahaa… Kena gaduh lebih sikit dengan tailor ni ! Okay jom kembali ke jalan yang benar.. mari sambung next topic untuk The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ha… entah berapa puluh entry dah aku miss ni..

 

16)   If you planted a time capsule right now of your life to be opened in 20 years, what would be in it?

 

Hmmmm…. ini pun buat aku berfikir panjang ni… agak-agak apa yang aku nak abadikan untuk dikenang / buka kembali selepas 20 tahun ya ?

 

IMGL0832

 

Kalau perlu aku tanam kapsul masa, aku akan tanam KENANGAN SEMASA DIRI AKU HIDUP SUSAH. Ya.. aku akan tanam semuanya dalam kapsul masa tu.. bagaimana masa tu seorang pun takde di sisi kau, melainkan mak ayah kau. Bagaimana masa tu kau rasa kau selangkah lagi ke arah putus asa. Masa tu kau rasa tak berguna sangat sangat. Semua tu aku akan tanam.

 

Selepas 20 tahun, akan aku buka kapsul masa ni, dan pandang balik ke belakang. Ingat balik semuanya, agar aku sentiasa ingat asal usul, siapa diri aku dan walaupun masa depan tu nanti, MUNGKIN aku berada di atas, aku nak ingat balik macam mana payah aku bermula. How hard life has treated me. Semua yang Allah tentukan, aku akur.. Semoga ada hikmah di sebalik semuanya.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Isnin, 22 Jun 2015

[DAY 15] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Hai haiii… maish lagi aku setia update blog aku agar kelihatan meriah dan penuh dengan entry Hahahaa.. takde lah bersawang sangat kan. Thanks to The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni sebab bagi aku 30 sebab / topik untuk aku update kat blog hohoo.. Kalau takde topik, memang aku mencari entry tag macam ni… satu haru buat satu topik. Tapi biasanya memang akan miss sebab busy dan travel.. Sebab tu terkejar-kejar nak update !

 

15)   Narrate a conversation between you and someone in your life who you never had closure with (a friend, an ex, a family member, etc.) What would you say? What would they say? What outcome would you hope for?

 

Hmmmm…. agak sukar aku nak reka dialog – mengharapkan situasi yang telah berlaku, berlaku seperti yang aku fikirkan..

 

nisakay 2

 

AKU : Kalau awak tak pernah simpan perasaan sikitpun kat saya, atau awak tak pernah berniat nak serius dengan saya, jangan layan saya baik sangat. Biasa-biasa sudah.. macam sebelum ni. Jangan baik sangat. Jangan caring sangat. Saya perempuan, hati halus saya mudah tersentuh dengan layanan sebegini. Sebab nanti bila apa yang saya harapkan tak berlaku, saya yang sakit sendiri. Bukan awak.

 

DIA : Maafkan saya. Ya, mungkin memang saya begitu. Selalu sakitkan hati awak.

 

AKU : Saya tak minta maaf dari awak. Perkara dah jadi pun. Takpelah.. I’ll move on. (Walau dalam hati luka berdarah).

 

DIA : ………….

 

 

Kenapa si dia takde jawapan ? Sebab saya tahu dia takkan ada jawapan… Dan jujurnya saya sendiri tak tahu apa outcome yang saya harapkan.. Hmmm mungkin saya mengharapkannya agar dia tak melakukan perkara yang sama kepada orang lain… Agar tiada hati yang “salah faham” dan kecewa… macam saya……………………….. Atau mungkin… aku mengharapkannya membalas perasaan aku ? Hmmm sukar nak cakap… Tak dinafikan perasaan sayang ini ada.. dan aku ni, once dah sayang orang, aku sukar nak move on, it will takes time. Aku berdoa pintu hati dia terbuka untuk aku.. Tapi.. kalau dia BUKAN JODOH AKU.. Aku terima, pasti Allah punya rencana terbaik untuk aku.

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

[DAY 14] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Okayyy habis kisah Paris ! Marilah sambung upate The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni Haaaa banyak lagi nak kejar ni.. Lebih seminggu dah delay… Haa blogger jenis apalah aku ni suke hati je nak update blog ke tidakkkk !

 

14)   Describe the last moment you felt really,
truly blissful

 

nisakay

Tak perlu cakap panjang. MAK dan ABAH made my entire life truly blissful, every moment. The only people that will definitely be with me even I’m at my lowest point. I may not a good daughter to you two, but please know that Mak and Abah are the greatest gift from Allah that I could’ve asked for. And I love you both dunia akhirat.. Semoga Allah memberkati dua insan kesayangan aku ni… dan mempermudah segala urusan mereka, murahkan rezeki mereka dan kurniakan kesihatan yang baik..

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Khamis, 18 Jun 2015

Koleksi musim bunga & musim panas Jelly Bunny ! Yumss… !

 

 

Assalamualaikum..

 

DSC03591

 

Lebih kurang dua minggu lepas Nisa dan beberapa blogger lain telah dijemput untuk satu sesi hi-tea bersama jenama kasut yang terkenal sejak 2011 iaitu JELLY BUNNY ! Wahh teruja betul bila melangkah masuk ke lokasi acara hi-tea iaitu di Restoran Full House, Sunway Pyramid.

 

DSC03592

Okay jeling-jeling kat meja makan kejap.. Wahhh banyak makanan yang diidamkan anak tekak ! Comel-comel pulak tu… Ehemmm adakah bakal menandingin kecomelan koleksi terbaru produk JELLY BUNNY ??

 

 

3

Antara highlight semasa acara hi-tea ini adalah sesi khas bersama Haida Yusof, seorang perunding imej. Beliau berkongsi dengan bloggers yang hadir beberapa tips and trick untuk mix-and-match kasut dan aksesori dari JELLY BUNNY untuk gaya pemakaian yang berbeza mengikut situasi.

 

 

DSC03666

Kemudian kami di bawa ke outlet JELLY BUNNY di Sunway Pyramid untuk main games ! Wahh ini memang seronok.. Sebabnya.. kalau menang, boleh dapat lagi satu kasut percuma dari Jelly Bunny ! Wah wah memang besttt !!! Gambar di atas ni ahli kumpulan Nisa.. walaupun kami tak menang tapi we had a great time !

 

 

DSC03668

Tahniah kepada kumpulan yang menanggg !!!

 

 

1

Ehemmmm usha sikitt koleksi yang ada di outlet JELLY BUNNY ! Agak-agaknya mana satu pilihan hati Nisa yaa ???

 

 

SPRING & SUMMER 2015 :
DREAMING IN THE CLOUD !

 

Wahh begitulah nama koleksi musim bunga & musim panan oleh JELLY BUNNY !! Dari namanya sahaja dah boleh bayangkan betapa sweet, tersendiri dan cantik koleksi terbaru mereka ni !

5

Kasut Jelly Bunny yang semestinya umum sudah mengetahui betapa selesanya ia, diperbuat dari bahan yang berkualiti tinggi dan tahan lasak kini didatangkan dengan rekaan baru yang sangat sweet, mudah nak match dan juga bergaya ! Memang menganga betul tengok koleksi baru niii.. Suka sangat !

 

 

DSC03664

Antara kunci utama koleksi terbaru JELLY BUNNY ialah berinspirasikan dan dihiasi dengan perhiasan seumpama manisan seperti toffies, candies dan juga liquorice ! Wahhh tengok pun dah rasa nak gigit je kan. Haha jangannn… kasut dan aksesori hanyalah untuk dipakai dan kelihatan lebih bergaya serta sweet dengannya !

 

 

DSC03698

Oopss ! My friend here cannot decide !
Too many sweet and pretty choices of Jelly Bunnies !!!

 

 

DSC03734

Setelah berjam-jam lamanya memikir kasut mana yang sesuai nak dibuat bergaya dan beraya (wahh!!) akhirnya, terpilih sudah kasut yang aku kira sangat sweet, selesa dipakai dan juga mudah nak match dengan pelbagai gaya dan warna pakaian… Gituu. Tak sabar nak pakai bawak ke event.. jalan-jalan.. hehee..

 

Thank you sooo much JELLY BUNNY for the treat ! Kalau korang cari kasut yang tahan lama, tahan lasak, serta selesa dipakai, dah boleh lah pergi usha outlet Jelly Bunny okay ?? Jangan lupa cuba koleksi SPRING & SUMMER 2015 : DREAMING IN THE CLOUD oleh Jelly Bunny nii ! Pasti terpikatt dek kemanisan koleksi nii !!

 

 

 

Like JELLY BUNNY Facebook page now
https://www.facebook.com/jellybunnyMalaysia

Follow JELLY BUNNY on Instagram for more updates and offers !
https://instagram.com/jellybunnymalaysia/

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Rabu, 17 Jun 2015

[DAY 11] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

Okay okayy nasib bangun pagi hari ni.. terasa produktif je update pasal The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni hahaha.. Okay last entry then nak bersiap keluar dahhh. Ade kerja lah hahaha.. lepas tu malam kang nak update pasal sehari di Paris.. event.. dan lain lain..

 

11)   Your worst/funniest/most embarrassing date

 

 

Hmmmm… a date ?? Lama dah hoi tak berdating kah kah kahhh…. Okay tipuuu… date paling teruk tu takde lah kot.. Everything boleh dikelaskan pada tahap Okay kepada tahap paling sweet hahahaha pffttt !! Gelakkan diri sendiri.

 

GOPR3786

 

Okay kisah nye mengenai my most embarrassing date ! It happened many years ago ! Masa tu umur aku 17 tahun. Hahahaa…. aku ada la keluar dengan sorang mamat ni, budak sekolah aku jugakk. Eh maksud aku dia ex-schoolmate aku.. sebabnya aku tingkatan 5 dan dia tua setahun dari aku. Kami berkawan dah setahun camtu… duduk pun satu taman perumahan.

 

Masa tingkatan 5 tu aku single.. ecewahh.. so aku keluar la dengan mamat ni kan. Masa tu aku baru habis tusyen, then kami jalan-jalan ke bandar lepas tu nak balik ke taman perumahan kami tu, kami naik bas… Dalam bas tu aku duduk sebelah dia la kan…

 

Nak dijadikan cerita, bekas pakwe aku masa tingkatan 4 ada dalam bas tu hoihhh ! Haha aku buat bodoh je la kan… Bekas pakwe aku tu ada dalam bas tu sekali dengan besfren dia yang merupakan kawan yang aku kenal jugak laa… Aku buat biasa saja lah kann nak buat macam mana lagi… Tiba-tiba besfren bekas pakwe aku tu menyanyi kuat-kuat dalam bas “BILA BUNGAAAAA DIPETIK ORANGGGGG…” Lebih kurang macam tu la lirik lagu dia.

 

Malunye aku masa tu takyah nak kata lah kan.. Mamat yang aku date tu bukan tak kenal bekas pakwe aku tu, sebab kami semua satu sekolah ! Kah kah kahh… Nasib la mamat tu cool je.. dari naik bas sampai laa aku turun bas. Serius rasa nak sumpah seranah tapi aku buat bodo je la.. tapi malu gila siot! Hahahaa….. Ngeng je bila ingat balik zaman cinta monyet HAHA !!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Jumaat, 12 Jun 2015

[DAY 9] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

Assalamualaikum...

Hutang entry menimbun-nimbun ni haaa… marilah teruskan dengan topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! yang seterusnya.. Walaupun sekarang aku harus buat research pasal benda lain, marilah kita update blog sebarang dua dulu.. Haha.. 

 

 

9)      Your favorite WEIRD or FUNNY single behaviour.

 

 

Ohoooo… WEIRD ? FUNNY ?? Hahaaa aku tak sure lah kalau aku ni kerap buat benda benda yang pelik tapi benar, jauh sekali nak buat perkara yang kelakar setaraf maharaja lawak mega ke apa.. Kui kui kuii…

 

 

SIRI BERCAKAP DENGAN KUCING !

 

IMG_0361

 

Ahahaaa.. yang aku tau, bila hidup single ni, aku nak kan teman.. so aku bela lah kucing. Walaupun aku ni bukanlah orang senang mana pun, makan sendiri pun tunggang langgang.. lagi mau bagi makan kucing ?? Hahaa…

 

Satu perangai aku, aku treat kucing aku MACAM ANAK SENDIRI. Walaupun aku ni takde pengalaman jaga anak orang.. tapi aku anggap kucing aku ni macam anak kecik je.. Makan diberi, berak kencing aku basuh.. aku mandikan.. And satu habit aku.. aku kerap berbual dengan kucing aku.. macam aku bercakap dengan budak-budak. Haha… Aku siap bahasakan diri “mama” kottt ! Bagi pencinta kucing yang lain ini mungkin hal biasa kalau bela kucing. Hehe..

 

 

IMG_0818

Lagi satu tabiat aku kat rumah.. aku KUAT BERANGAN !! Hahahaa.. duk berangan laa jadi m  pelakon la, pelagak ngeri la… penyanyi laa.. Haha walaupun suara ke laut uolss ! Mampuih laaa.. Ada masanya aku suka rakam video aku menyanyi. Pastu aku tengok, gelakkan diri then delete. Kah kah kahhh !! Pastu ulang balik. Rakam, tengok, delete.. Ngek betul ku rasakan !

 

So farrr… itu je lah kot tabiat aku kat rumah. Aku tak rasa aku ni mempunyai tabiat yang pelik-pelik ke apa. Biasa-biasa je laaa.. Hew hew heww…

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

[DAY 7] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Aiyoooo… tertunggak lagi entry entru cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ye.. sebabnya Nisa baru je balik dari Bangkok untuk satu acara bersama Air Asia Blogger Community. Memang best ! Apa apa pun.. mari kita teruskan dengan soalan seterusnya iaitu….

 

7)      Where you are in your life vs. where you thought you would be at this point

 

 

Ahaa… ini satu topik yang memerlukan aku memikir sedalam-dalam nye gituuu…… DI MANA AKU SEKARANG ???? Mari rujuk rajah di bawah dulu ehehee…

 

SUFYA Promo 7

Sekarang aku masih lagi struggle dengan kehidupan. And I bet everyone is. Masih lagi struggle nak memperkenalkan blouse label nama aku sendiri. Serius susah… bukan mudah nak meet customers’ demand and sediakan yang terbaik untuk semua…Macam dalam gambar di atas ni, ini merupakan koleksi pertama jenama aku sendiri iaitu FSYN by Nisakay. Antara yang menjadi dilemma ialah kos produksi yang tinggi, tapi orang nak beli cheap cheap. Haha.. Adoi nakkk, harga yang diletak tu dah setara laa dengan kualiti yang kami deliver. Gitu. So far itu aje lah dilemma setiap hari..

 

 

nisakay WHI

Dann… where I thought I would be at this point ? Haaa setiap hari berangan sekarang ni aku merupakan seorang pengacara di kaca TV… doing what I do best ! Bercakap bercakap. Tapi nak bercakap bukan boleh cakap kosong, cakap tanpa fakta dan sebagainya. Sebagai pengacara kena banyak membaca juga, kena buat homework juga supaya boleh berkongsi info dengan penonton. Gituu..

 

Oh ye.. gambar di atas diambil semasa sesi pertama aku mock run shooting untuk rancangan Wanita Hari Ini di TV3. InshaAllah kalau ade rezeki aku, aku akan terpilih… Buat masa ni sesi mock run shooting masih lagi berjalan.. sampai masanya nanti pihak pengurusan akan memilih di antara 4 orang calon untuk menjadi wajah baru Wanita Hari Ini… Doakan ya ! :)

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Khamis, 9 April 2015

Macam mana nak melegakan senggugut ?

 

Assalamualaikum..

 

Ehemm… Ternyata entry kali ini aku fokuskan kepada golongan remaja dan wanita di luar sana. Sebab perkara yang aku nak terangkan dengan panjang lebar lepas ni HANYA dialami oleh mereka yang bergelar perempuan sahaja yaa.. Ekekeke…

 

DSC00253

Mesti ramai di antara pembaca blog aku yang sering mengalami sakit senggugut atau PERIOD CRAMP kan kan kan… Bezanya cramp yang teruk dengan kurang teruk sahaja kan.. Macam aku pulak, aku bila alami period cramp, alhamdulillah tak teruk sangat, tak lah sampai tak boleh bangun.. TAPI kalau dah namanya senggugut tu kan, confirm confirm lah tak selesa nak buat kerja, nak keluar dan buat aktiviti lain kannn?

 

 

DSC00254

Seriously korang buat lah posisi macam mana pun, tergolek, baring terlentang, aksi kuak lentang, mesti tak kena je kan ? Nak tidur pun tak senang. Nak bangun duduk pun lagi lah tak senang. Bila dah menahan sakit je, mood pun lari.. Haa ini merupakan antara cabaran kita orang perempuan. Biasanya mesti korang bergantung kepada ubat (sama ada pil atau cecair), tak pun cuba segala macam cara tradisional kan ?

 

 

DSC00256

NEEE NOOO NEEE NOOO !! Berita baik bagi mereka yang tak suka ambil ubat atau ambil segala jenis makanan kesihatan untuk kurangkan senggugut tuuu (macam aku lah hehe)… aku jumpa dahh dengan satu produk yang dapat MEMBANTU MENGURANGKAN KETIDAKSELESAAN SENGGUGUT dengan pantas dan sangat sangat mudah haaa !!!

 

 

DSC00370

Hari tu aku ada share dah kat instagram aku mengenai produk ni. Wahh ramai lagi yang masih belum tahu dan belum cuba produk ni ya.. Haa berita baik sungguh, sebab hari ni aku suka sangat nak share produk ni dengan korang. Kalau benda ni bermanfaat kepada semua, alhamdulillah.. so jom baca !

 

 

DSC00372

Produk AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal yang tidak asing lagi kat Malaysia, iaitu Kobayashi Pharmaceutical. Produk AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni mampu membantu mengurangkan menstrual pain dengan cara terapi haba (non-medical),  di mana ia akan menghasilkan haba yang stabil dan selamat dengan suhu mencapai 40°C dan masa bertahan mencapai 8 jam.

 

Haa haba yang dikeluarkan ni pulak akan membantu peredaran darah dan ianya berkesan untuk mengurangkan rasa sakit. Seriously produk ni sangat mudah dibawa dan boleh digunakan pada bila bila masa. Korang prepare je dalam beg korang okay. Mana tahu period cramp datang pada waktu waktu yang tidak diduga ke kan ?

 

 

DSC00374

Haa saiznya juga tak besar sangat pun, hampir bersaiz tapak tangan aku je ni… Dan bila dibuka, boleh terus tampal di bahagian yang rasa sakit tu. Biasanya kalau period cramp ni, aku tampal bawah sikit daripada perut. Heat patch ini mempunyai fungsi “air-activated”. Ini bermakna ia akan mula mengeluarkan haba apabila dikeluarkan darpada bungkusan dan terdedah kepada udara.

 

 

DSC00252

Haaaa aku mulanya hampir nak cancel pergi event sebab rasa nak demam… ditambah pulak dengan menstrual pain, memang nak pitam rasa. Nasibbbb ada AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni haaa ! Tampal je, pap pap dalam masa 5 ke 10 minit macam tu, dah lega alhamdulillah. Kurang dah sakit tu.

 

MACAM MANA NAK GUNA :

  • Buka bungkusan, keluarkan heat patch ni dan tanggalkan pelekat belakang.
  • Pastikan kulit bersih dan kering, kemudian tampalkan di bahagian yang rasa sakit tu.
  • Selepas menggunakannya, tanggal perlahan-lahan. Jangan gunakan lebih 8 jam ya !
  • Setiap keping heat patch ni untuk SEKALI penggunaan sahaja ya !

 

DSC00307

Taraaa bila dah lega sikit dari mestrual pain, maka dapatlah aku pergi event.. dan enjoy aktiviti-aktiviti semuaa.. sakit senggugut pun tak mengganggu sangat haa… memang mudah lah dengan AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain  ni.. So why not korang semua try ? Harga cuma RM10.90 sekotak (dalam satu kotak ada dua keping), boleh didapati di kedai-kedai seperti Watsons, Guardian dan sebagainya.

 

 

DSC00377

Oh ya… nak share sekali lah… AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch juga datang dalam variasi lain, iaitu khas untuk NECK & SHOULDER PAIN. Jadi bagi mereka yang ada sakit-sakit bahu atau pinggang tu, boleh lah cuba ya.. Yang ini pun  menggunakan fungsi terapi haba untuk mengurangkan rasa sakit. Jadi boleh cuba ya ? Harga pun RM10.90 (dua keping dalam satu kotak) dan boleh dibeli kat kedai-kedai seperti Watsons, Guardian, Caring dan lain-lain.

 

 

++++++++++++++++++++++++++++++++

AMELTZ YOKO YOKO GIVEAWAY !!!

 

LIMA PEMBACA BERTUAH akan dipilih untuk memenangi satu pek AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain  okayy ! Kalau lelaki pun boleh join, mana tahu nak bagi kat makwe ke.. mak ke.. adik or kakak ke kannn ? Jawab soalan mudah di bawah :

 

1) What is the safe temperature of AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain and how long does it last?

2) How does AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch help for Menstrual Pain?

3) Share with us, why do you want to try AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain?

 

Wah wahh mudah sangat ni ! Jawab di bahagian komen di bawah yaaa ! Dalam masa seminggu, lima pemenang akan dipilih. Goodluck semua !!!

 

++++++++++++++++++++++++++++++++

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Copyright © Nisa Kay