Assalamualaikum..
Hmm.. satu topik yang agak berat nak ditulis sebenarnya kalau
sentuh bab bab HALAL ke tidak ni kan.. Isu HALAL ni sememangnya isu yang besar
lagi berat lagi penting bagi kita rakyat Malaysia.. lagi lagi negara kita ni
kebanyakan penduduk beragama Islam… dah terang terang Islam sebagai agama rasmi
kan..
Kalau sentuh bab-bab halal ke tidak ni, mostly isu yang disentuh
ialah isu berkaitan dengan MAKANAN atau MINUMAN. Lagi-lagi kat negara kita ni
banyak jenama makanan kan.. lagi lah isu ni akan dikaitkan.. Hmm.. macam kes
coklat Cadbury hari tu kan kan kan. Mau tak kecoh seantero Malaysia ni
masa sijil HALAL Cadbury digantung sementara.
Baca semula : DIGANTUNG SEMENTARA
Sebenarnya agak kecewa bila wujudnya golongan yang terus
menghukum TANPA MENYELIDIK dulu.. kalau ikutkan bahasa Malaysia yang kita
belajar, rasanya tak perlu nak explain balik kot frasa DIGANTUNG SEMENTARA tu..
kecoh la makcik pakcik kat kedai kopi membentang surat khabar atas meja,
berlawan-lawan la para keyboard warriors kat alam maya pasal isu ni.
Pelik jugak kenapa ada yang nak menghentam habis-habisan.. Puas
jugak aku teliti frasa di atas. Tidak pulak dinyatakan sijil halal nye DITARIK
atau DIBATALKAN atau DIMANSUHKAN ke apa… cuma digantung sementara untuk memberi
laluan kepada proses siasatan teliti dilakukan ke atas produk dan kilang
Cadbury sendiri…
Masa isu coklat ada DNA oink oink ni… sana sini JAKIM kena
hentam pasal tak buat keje betul-betul… kilang Cadbury jual produk haram laa..
bla bla blaa.. penat aku baca kat timeline fesbuk haa pasal kes ni ! Kita pulak
yang membaca “fakta-faktun”
yang dilontar sang keyboard warriors tak berwajah, kita ni buat apa ?
Aku akan berasa bodohlah diri ini andai aku terus mempercayai
setiap perkataan yang bertebaran kat laman sosial. Dah kita ni duduk nya dalam
zaman dan era yang serba canggih, serba pantas.. apa kata KITA YANG CARI
KESAHIHANNYA ? Informasi yang kita perlu sekarang ni semua hujung jari.
Korang gugel je, semua keluar pap pap kat skrin komputer. Tapi kita pun nak
membaca info pon, pilih lah dari sumber yang sahih. Jangan pulak pergi baca kat
laman laman web atau blog yang kita tak tahu kredibilitinya kan kan kann…
SO
HALAL KE TIDAK NI ?
Yang tak boleh blah nye, yang duk kutuk badan JAKIM punya kerja.
Ya Allah, camne tah nak kasi faham orang macam ni.. Tahukah korang bahawasanya
nak mengiktiraf sesuatu produk itu sebagai produk yang HALAL digunakan /
diambil / dimakan, ia melalui prosedur yang sangat sangat ketat dan sangat
teliti.. bukan senang nak bagi sijil HALAL kat mana mana produk tau !
Jadi, dalam isu coklat Cadbury tidak lama dulu, pihak JAKIM
telah pun melakukan siasatan secara menyeluruh untuk memastikan setiap inci
kilang dan mesin pembuatan coklat Cadbury tu bebas dari sebarang bahan atau
unsur unsur yang haram dimakan / diambil oleh kita orang Islam. Tu plastik
pembungkus pun dia siasat bahan-bahan dia semua ! Tak boleh lah ada yang sesuka
hati tuduh kerja JAKIM macam mana.. proses siasatan pun bukan ambil masa
sekejap!
PENDEK KATA… Yakinlah dengan JAKIM,
sebab amanah yang digalas oleh pihak JAKIM sangatlah berat dunia akhirat ha !!
Kita yang duk bising kat laman sosial ni, mampu ke nak menggalasnya ? Kalau
korang was was dengan JAKIM, maknanya korang was was dengan semua produk yang
telah JAKIM iktiraf halal. Hahh macam mana tu ? Nak rasa was was pun biar
dengan ilmu pengetahuan dan ilmu tu biar dari sumber yang benar okay ?
Dan produk yang disyaki ada DNA oink oink tu dah pun disahkan
HALAL. So please open up your mind and bersyukurlah coklat sedap ni halal.. jom
lah makan tanpa was was ya. Hahaa…
Aku nak share dengan
korang sekali, boleh baca pasal sistem jaminan halal kat sini :
http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/garis-panduan/sistem-jaminan-halal
http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/garis-panduan/sistem-jaminan-halal
AWASI RASA WAS WAS ANDA
.. :)
betul2. Kena yakin dengan jakim. Jakim the only one trusted co kot. Yang lain tu tak tahu lee
BalasPadamitula...msh ada lgi org yg mmpertikaikan jakim..xpaham btul
BalasPadamnak was awas pun ada tempatnyaa.. jakim dah buat kerja diorang dengan beul :)
BalasPadamsokong
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamboleh kan saya nak buat penambahan kat sini,
Yakinlah dgn JAKIM, saya sendiri kerja di jabatan kimia dan dah sahkan yang produk Cadburry tu bebas dari unsur2 yang haram...
produk yg diorg kata ada unsur tu bukan diorg ambil dari kilang tapi dari kedai yang kita boleh tau berlaku pencemaran mungkin dari kedai tu sendiri,,,
Cadburry pun bertanggungjawb bila dgr produk diorg disyakwasangka terus diorg tarik smua pengeluaran diorg, nmpklah diorg gentlemen,,, rugilah spe xmkn coklat caburry
tq cik nisa,,, sorry terlebih ckp,,
agree with Nisa..
BalasPadamIf sesapa yg masih ragu-ragu dgn JAKIM, tak ke macam ragu-ragu dgn status HALAL produk-produk yg lain.. huhu.. wallahu'alam..
kalau was2 jatuhnya haram.. wallahuallam..
BalasPadamBiasa la keyboard warior ni cik nisa...
BalasPadamdia orang ingat pegawai-pegawai jakim ni kena cop tiap-tiap bungkusan produk barulah tak makan gaji buta kot?
propa je org yg nak bash jakim lg pasal isu cadbury... hadeh.. kalau ragu2, produk lain2 pon dia dah kira was2 jugak laa kann..
BalasPadamkadang2 yg best tu, org2 yg dok kata jakim tak buat keje la, cadbury haram la, itu la, ini la, diorang ni jugak yg dok frequent kedai2 dan beli produk2 yg sah2 takde pengesahan halal dari jakim atau badan2 halal yg diiktiraf. haaa... tu mcm mana pulak tu kan?
BalasPadamsatu lagi, sebenarnya was-was berlebihan dan tak kena tempat ni pun sebenarnya penyakir syaitan jugak ni. so hati-hati...
Terpulang kepada hak individu masing-masing dalam isu ini yang penting jakim sudah buat yang terbaik yang berlandaskan Islam
BalasPadamHmmmm ada juga produk import yang tak ada tanda Halal Jakim mahupun mana-mana badan diiktiraf, yang ramai kata produk tu Halal. Bila Jakim kata produk tu TIADA SIJIL HALAL .. ramai tak ambil pedulik, still ambil produk tu sbb percaya dengan kata-kata Syarikat tu ... hoho
BalasPadampada akak sijil halal tu penting, tak kiralah Malaysia ke tidak. kena hati-hati. cuma kalau JAKIM dah kata halal, insyaallah halallah produk itu. berbaik sangka. tapi kalau rasa was-was, tak payahlah nak makan
BalasPadamhttp://welovesusuibu.blogspot.com/2014/12/5-cara-mudah-bantu-mangsa-banjir.html